Advertisement

ads

7 SIKAP PENGGUNA FACEBOOK YANG TIDAK DI GEMARI.

Assalamualaikum..




Anda ada facebook?berapa kerap anda menggunakan nya??bagaimana anda menggunakan nya??adakah anda tahu bahawa ada perkara-perkara yang anda lakukan tidak disukai oleh rakan facebook anda??

1-  Invite game/page
Kebanyakan pemilik akaun facebook tidak
suka apabila ada notification berkaitan games dan jemputan menyertai  facebook page apatah lagi jika dia tidak ada kena mengena dengan diri nya.bagi mereka ianya seolah-olah mengganggu .ada baik nya pemilik akaun menyekat sebarang invitation berkaitan di ruang setting supaya tidak diganggu.


2- mencari kesalahan
Mengkritik setiap status kawan-kawan itu mungkin kerana anda suka berterus terang dan menjadi diri sendiri..namun jika ianya berkaitan hal-hal kecil tidak salah jika anda mendiamkan diri .terlalu kerap memuat naik status2 tentang kesalahan orang lain juga mungkin akan membuatkan anda mempunyai ramai rakan-rakan facebook yang hanya seperti gunting dalam lipatan.





3- bercerita keburukan
Status2 anda berkaitan mertua anda jahat,ipar anda dengki ,suami anda tak bertanggungjawab bukan sahaja mengaibkan malah ia nya  juga membuatkan orang lain melihat keburukan diri anda.Apatah lagi jika anda terlalu kerap mewar-warkan nya di facebook,maka yang dilihat hanya sikap buruk anda.kebanyakan pemilik akaun tidak menyukai status2 begini di home facebook mereka.


4-post gambar lucah dan melampau
Gambar-gambar lucah ,gambar kemalangan ngeri,video pembunuhan kejam itu antara yang paling tidak digemari walaupun anda beralasan ianya untuk memberi kesedaran pada orang ramai.


5-menunjuk-nunjuk
Sebagai orang yang memuat naik gambar dan status tersebut anda mungkin merasakan ianya hanya sekadar perkongsian untuk tatapan rakan-rakan dan anda harap ianya tidak di label sebagai melampau.namun bagi orang lain tindakan menunjuk2 apa yang anda beli,apa yang anda makan,di mana anda bercuti sebagai sesuatu yang annoying dan siapa tahu di belakang anda ada kata2 yang negatif dari mereka.Siapa kisah selagi anda tidak mendengarnya sendiri..heheheh





6-Minta simpati
Bercerita mengenai diri sendiri memang seronok.lagi2 bila setiap cerita sedih kita mendapat like dan comment yang banyak dari kawan-kawan.Mereka memberi kata-kata semangat dan membuat kita sentiasa positif.namun jika terlalu kerap, lama kelamaan orang akan bosan dengan cerita anda yang seolah-oleh minta simpati walaupun anda tidak berniat ke arah itu.Anda juga dilihat seperti seorang yang lemah dan sentiasa mencari perhatian.

7-tag
facebook juga satu cara untuk memasarkan produk jualan kita,.namun jika anda terlalu kerap tagging rakan anda dengan produk2 jualan, ianya akan membuatkan rakan anda terganggu dengan nya.Apa lagi jika barang2 yang anda tag itu tidak mungkin dibeli oleh rakan anda contohnya anda tag baju-baju baby untuk rakan anda yang belum berkahwin.Ada baiknya jika anda dapatkan kebenaran rakan anda sebelum tag beliau.



sekian..

Catat Komen

23 Ulasan

  1. setuju dengan DR faktor-faktor di atas, kak ana agak kurang aktif di FB sejak kebelakangan ni :)

    BalasPadam
  2. krn yg no 5 tu laa sy angkat kaki dari FB since 6 thn yg lalu ;-)

    BalasPadam
  3. paling tak suka tag gambar kat kite..adehhh.. kadang xde kaitan pon..contoh gambar dia sekeluarga pergi ke pantai.. tang mana ntah aku ada terselit kat pokok kelapa ke.. huuhuhu.. motipp?

    BalasPadam
  4. yg nombor 7 tu selalunya Sally akan remove je..hihihi...

    BalasPadam
  5. kak guna fb utk share blog jer xreti nk tulis status...like status yg umum...suka juga berfb ni.

    BalasPadam
  6. aku tak aktif fb .... tp semua di atas tu belaku kat fb aku ... kadang tu aku bubuh sedas jugak ... hahaha dlm tak aktif tu kes menyampah ...hahaha

    BalasPadam
  7. Hmm. Biasalah lman sosial kn.. tak semua org suka dgn kita.. yg pnting share yg baik2... insha Allah yg baik2 dtg kpd kita..

    BalasPadam
  8. Salam, kak!
    Owh no! no! no!
    Filem tu starting dia ada 18sx sikit, rase xsesuai kalau budak2 tertengok...tggu part yg kawan2 dia dah join video calling baru boleh lah..tp citer tu ngeri...better anak2 jgn tgk langsung T_T... kak nak tgk kena beli dvd lah tgk kt pc..hehe

    BalasPadam
  9. pasal game tu kekadang auto invite ada pengguna sendiri tak invite tapi orang lain dapat invitation..pernah kena..tapi kalau ade org invite fiza terus block so xde lah lagi kot.yang lain lain no komen sebab sukar dibendung..huhu

    BalasPadam
  10. Setuju sangat dengan semua tu Diana. 1. Mana yg invite saya utk game saya dah blog. Saya tak suka main game.

    2. ada juga yang saya rasa melampau2 sangat bercerita tentang menutup aurat dan kerinduannya pada makkah. Bila masuk dlm timeline dia, tgk gambar kaum keluarga dan anak2 dia tak bertudung pun dan seksi melampau.

    3. Mengkritik dan mengampu usah nak cakaplah... saya rasa cam nak muntah membacanya.

    4. kena taq dgn iklan2 tu pun sama... saya delete dan tak blog terus.

    BalasPadam
  11. kerap tag, tag benda yg xda kaitan, invite game, add group sesuka hati dia je antara benda yg annoying dlm fb

    insta agak best, even org tu tag, notification x berlambak mcm fb, fb agak gedik sikit, sakai dgn notification. hihihi.. kita drop komen kat fb klo x di set off notification, habis la, pening nak dgr bunyi incoming notification yg x habis2

    selalu skrol n baca fb sepintas lalu je, jarang nak join sekali komen. sbb fb ni kalau dilayan rasanya agak melalaikan sedikit. x terasa lama masa berjalan menghadap fb.

    BalasPadam
  12. Betul2, setuju sangat dgn N3 ni,

    BalasPadam
  13. no 1 dan last saya betul2 xsuka....

    BalasPadam
  14. da kurang sikit berfacebook sekarang ni...huhuhu...share gambar direct dari instagram ke fb je kekadang...nampak sangat takde idea nak update status apa..haha

    BalasPadam
  15. Setuju dgn entri sis.. Mmg selalu terjadi mcm tu di fb.. Hehhehehehe.

    BalasPadam
  16. Setuju dgn entri sis.. Mmg selalu terjadi mcm tu di fb.. Hehhehehehe.

    BalasPadam
  17. yang suka spoil status orang paling benci.. kalo CT up status kadang2 ada kawan2 yg sembang benda xde kaitan pun.. tah apa2 tah.. yg menunjuk tu CT ok je.. diorang nye life.. kalo suka tngk kalo x tak yah..

    tapi style CT.. up apa benda yg nak share kat ig.. sbb kat ig kawan2 usually yg share minat yang sama.. kalo rasa semak boleh unfollow.. hehee..

    BalasPadam
  18. Bagus entry ni diana, julia suka fakta nombor 5 dan 6...julia selalu buat padahal bukan niat menunjuk, tp lebih kepada berkongsi rasa gembira dengan sahabat yang mahu sama rasai apa yg kawan rasa seronok...bagi mereka yang pikir negatif biarkan sahaja...manusia kan diana, ada je tak cantik kt mata dia...dia je yg betul hehehhe

    Lg satu julia memang tak suka tag org kecuali family sendiri hehhehe

    BalasPadam
  19. harapnye sy xde dlm kategori2 ni ye hehe

    BalasPadam
  20. setuju sangat. lagi satu attitude yang saya menyampah adalah kalau online seller jual barang, dah letak semua detail harga, no phone suruh wasap...pembeli masih minta suruh PM.

    BalasPadam
  21. paling menyampah yg no 7 tu..
    tp nasib sy klu org nk tag xtrs kuar kat wall..kene mintak permission dulu..klu x bersepah2 la wall ngan mcm2 produk..

    BalasPadam
  22. Nasib baiklah saya tak aktif di FB. Tak kuasa nak update setiap 5 minit gitu. Lainlah update blog, ada jugalah keterujaannya!

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)