Ini kes berat ni..sampai bercerai berai suami isteri ni.
saya terbaca di gambar satu satus yang dimuat naik oleh sebuah page di facebook ni.
Kementerian Pelajaran Malaysia dikatakan menjadi punca
perceraian pasangan suami isteri yang
terpaksa berjauhan selama 3 tahun sehingga kan si isteri
hilang sayang pada suami ..
Kesian nya..kalau dah 3 tahun mohon bertukar tak dapat2 ,
isteri pulak tinggal kat bandar..
Suami kat kawasan pedalaman..
Bukan boleh suka hati nak telefon,nak ber video call..kan??
nama pun kawasan pedalaman..semua nya terhad..
isteri pulak kesunyian je,.
tak mustahil sayang nya tu akan bertukar jadi bosan..
lepas tu ada pulak jejaka dok himpit2 ..
dok berkongsi rasa sunyi...
erm...memang naya la...
Tapi tu la..
masa interview dulu kalau tak kata "sanggup kalau bertukar ke kawasan pedalaman"
tak dapat pulak jadi cikgu..kan??
Bila dah cakap sanggup ,mintak tukar pun tak dapat2..
Macam ni lah nasib seorang guru..
Ada orang nasib nya tak sama dengan dia..
ada yang berjauhan selama 5 tahun..ok je..
sebab tu saya kata nasib kita semua tak sama..
perjalanana hidup dan ujian hidup kita pun berbeza..
Ada orang yang dah berusaha tapi gagal..
ada jugak yang berusaha terus berjaya...
jadi kita tak boleh la nak bandingkan nasib kita dengan nasib lelaki ini..
jalan cerita nya mungkin berbeza dengan kita.
Berjauhan mungkin memburuk kan lagi keadaaan rumahtangga mereka.
kalau dekat2 senang nak pujuk..
senang nak berbincang..betul tak??
sekian...
13 Ulasan
tak boleh juga salahkan orang lain..sendiri cari pasal tu
BalasPadamadoi
BalasPadamSA dulu antara punca kena cerai mcm ni la...tp lain kes..bukan la jauh mana..NS ngan Shah Alam je pun...tp mcm kes dlm entry ni...rasanya bkn sbb kementerian...pokok pangkal hati...
BalasPadamalahai sian pulak...erm tp x setuju gak dia duk slhkan kementerian...hihi
BalasPadamkesian pulak sy baca status tu tp... nk slh kn kementerian 100% x bleh jg... suami isteri suppose ada cr penyelesaian terbaik utk menangani masalah ni
BalasPadammgkn sebab kementerian tu 10% je kot...
BalasPadamBila tak bawa status suami isteri tu dengan baik.. bukan salah orang lain kalau bercerai even berjauhan.. pokok pangkal hati sendiri jugak
BalasPadamSalahkan KPM tu mcm xstju jgk.pokok pangkal tnya hati memasing.sng2 je bila bercerai nk letakkan kesalahan atas bahu org lain.unfair kot kan
BalasPadamYang penting hati sendiri kan. Ada orang lain yang dah beranak pinak sampai anak dah besar pun masih duk berasingan. Boleh jugak nak kata tak kena kat kita, kita tak rasa apa yang diorang rasa.
BalasPadamPelik jgk nak salahkan pihak lain sbg punca penceraian,apatahlagi utk individu dewasa.
BalasPadambila baca status tu rasa mcm kesian plak. huhu. tapi er.. tak tau lah nak kata apa.. kalau dh itu yg Dia aturkan.. hmm
BalasPadamLong distance relationship ni bergantung sepenuhnya kepada trust. Kalau hilang kepercayaan, memang sukarlah. Bukan cikgu sahaja, tanyalah pada sesiapa pun yang pernah merasainya. Nak tanya kat Kak Ton pun boleh *_*. Kak Ton dari usia kenal cinta sampai baru kahwinlah dok berjauhan dengan orang tersayang. Iman kenalah kuat ^_^
BalasPadamsaya ada nampak status ni
BalasPadampada saya menyalahkan orang atas keretakkan rumahtangga sendiri cam tak betul
back to basic adalah diri sendiri
dah paling penting sekali JODOH.
semua tu dah ditentukan
sila tinggalkan komen anda...:)