Ahad lepas saya ada tonton satu filem tamil tentang sepasang kembar siam
yang kemudian nya dipisahkan dan salah seorang nya meninggal
dan menjadi roh yang tidak tenteram kerana dendam pada kembar nya...
seram la jugak..mujur siang.hehehhe..tapi cerita mengarut je tu...
Hari ni baca berita pasal kembar siam jugak..
Kisah bayi kembar siam diarab saudi yang bercantum di bahagian bawah badan
telah selamat menjalani pembedah untuk memisahkan mereka.
Bayi yang bernama Abdullah dan Abdulrahman ini dilaporkan
Pembedahan yang berlangsung selama 9 jam itu
dijalankan oleh sekumpulan pakar bedah yang diketuai oleh
bekas menteri kesihatan negara arab saudi sendiri iaitu
Dr Abdullah Al-Rabeeah.
Bayi kembar, yang berasal dari Republik Yaman,
telah dibawa ke Arab Saudi untuk dibedah
dan pembedahan dilakukan di King Abdulaziz Medical City di ibu negara.
Semasa ujian awal, pasukan perubatan mendapati
bahawa kembar siam ini berkongsi organ termasuk usus.
Ini adalah pembedahan kembar siam yang ke 35 di Arab Saudi.
Sejak 1990 lebih daripada 18 buah negara antaranya
Sudan, Yaman, Mesir, Filipina, Poland, Maghribi ,Iraq
dan termasuk malaysia menerima khidmat pakat bedah Arab Saudi.
sekian..
9 Ulasan
Kesian tgk kmbr gini tp bila berjaya, syukur Alhamdulillah..
BalasPadamSemoga anak2 ni membesar dengan sihat selepas pembedahan ni.. Budak kembar siam dari Malaysia pun yang buat pembedahan kat sana pun sekarang dah 17 tahun
BalasPadamtentu ini pembedahan yg sukar
BalasPadamSubhanallah! :) Semuanya dengan pertolongan dari-NYA.
BalasPadamAllahuakbar.. Tak terkata..
BalasPadamsemoga mereka membesar dgn sihat... Amin...
BalasPadamteringat pasangan kembar Ahmad dan Muhamad dulu kan kat sini, Alhamdulillah pembedahan berjaya, DR filem tamil pun layannn ye hihi ;)
BalasPadamComplicatednya. Kaki tu cemana derang buat jadi lurus ye
BalasPadamTeringat kisah kembar dari Malaysia tu. Apa ya ceritanya sekarang. Dah besar panjang agaknya.
BalasPadamPernah juga baca tentang kembar siam perempuan yang dah besar panjang buat pembedahan pemisahan di sana tapi sedihnya mereka meninggal dunia. Walaupun tahu peluang amat tipis, mereka tetap juga teruskan niat kerana inginkan kehidupan yang lebih baik.
sila tinggalkan komen anda...:)