Assalamualaikum...
Isteri : sayang..tengok ni..kelakar betul..
Suami.: erm.. (sambil selak suratkhabar)
isteri : hahaha..tengok la ni sayang..gelihati i...
suami : .........
isteri :malas la i nak cakap dengan u ..tak peduli pun kat i..
Suami : ye ye..apa tadi??
kalau jadi macam ni pada kawan2 mesti ada yang tarik muka..kan??
kita bercakap dengan dia,dia buat tak tahu pulak..
tak banyak sikit mesti ada kecik hati jugak..
lagi2 kalau baru kawen..
erm..terus merajuk tak masak..heheheh..
Dulu saya pernah baca ada satu blog kata
kalau isteri bercakap tapi suami buat tak dengar
tu maknanya suami tak sayang isteri..blog luar negara .
tak ingat nama nya apa..
Amboih!!tak kan sampai macam tu kot..
Tak boleh nak buat kesimpulan macam tu..
Ada setengah lelaki dia rasa cukup kalau dia ada disisi kita.
tak cakap,tak saling memandang pun tak pe..
Dia rasa kita ok kalau dia makan dengan kita,
membaca bersama2..tengok tv berdua..
Jadi bila dia tak layan time kita bercakap itu benda biasa la..
jangan la kita ambik serius sampai merajuk2 tarik muka..
Tapi kalau dah namanya perempuan sikap tak puasa hati tu tetap ada .
Sibuk pulak dia nak ubah suami atau lelaki tu jadi macam yang dia nak.
Nak suruh suami tu melayan dia bercakap bila2 masa saja dia mahu.
tak payah ubah sikap suami..
cuba ubah diri sendiri..jadi lebih terbuka dan matang.
tak payah ambil hati untuk perkara2 kecil yang boleh menjejaskan hubungan.
lelaki suka wanita yang menyenangkan dia..
bukan yang minta dipujuk setiap masa hanya untuk perkara2 remeh.
sekian...
sekian...
Lirik Lagu Sejarah - Lah Ahmad
Sejam yang lalu
20 Ulasan
Tapi sakit hati juga kak bila kita cakap dia buat tak tau je. Hahahahaa.
BalasPadamsaya kalau benda2 kecik macam tu memang malas nak ambil pot sangat.. ni terlebih tengok drama adaptasi novel la ni.. dok berangan dapat laki perfect 10 katanya.. hahahaha
BalasPadamcuba menjadi yg terbaik
BalasPadamorang lelaki konsentrasi terlebih kot..selalu alaminya
BalasPadamhuhuh... selalunya klu tak layan, iollss merajuk... main2 je.. tp kekadang terbawak2 plak emosi tu.. uhhuhu not good..not good.
BalasPadamHihi....cik akak...dengan encik sayang pun...hahaha...
BalasPadamBiasalah...lelaki....kalau kita tak sentap merajuk..mana depa laju...
Kalau dah merajuk...hahaha,..lelaju pun nak pujuk....
Ada juga lelaki macam nie kan dik
aku jarang jadi kes mcm tu, sbb laki aku jenis pendengar setia gitu...kengkadang aku rasa aku yang susah nak fokus dgn apa yg dia citer...dah terbalik..mcm mana tu? muahahaha...
BalasPadamAssalam diana,
BalasPadamhe3
hubby iols kekadang saja ilang fokus
he3
kena faham jugak..
BalasPadamfokus dia lebih... hehe
org pompuan mn yg x suka perhatian kannnn
BalasPadamada yang cakap, lelaki ni tak boleh nak fokus lebih dari satu perkara. sebab tu kalau dia baca suratkhabar, dia tak boleh nak fokus sangat pada cerita kita .. hihi
BalasPadamOrang lelaki...biasalah. tak fokus.
BalasPadamOrg lelaki banyak nak fikir..zaman romantik da habis masa bercinta kot.. Hehehehe..
BalasPadamye la..kadang2 laki ni dengar je apa kita ckp cuma dia malas nk respond
BalasPadamAda sebab kenapa pompuan tu dpt lelaki jenis yg tak berapa layan. Mungkin Allah dah atur sikap lelaki yg jadi jodoh dia begitu. Pompuan akan rase terbuai2 kalo terbayangkan dpt lelaki romantik yg suka mengadap dia je setiap masa, tapi percayalah, kalo betul2 lelaki tu mcm tu, ko sendiri yg rimas. Allah dah letak lelaki mana yg sesuai dgn keperluan ko. CUma kena pandai imbang balik je. Ceh bercakap macam terer sgt.
BalasPadamce soh dorg men game atau tgk bola..500% fokus! pheww~
BalasPadamkenalah faham memahami dan bertolak ansur gitu..sama² dapat :)
BalasPadamBetul, Diana. Lelaki ni bukan boleh dipaksa-paksa berubah ikut kehendak kita. Lebih-lebih lagi kalau dah kahwin. Masa bercinta tu tak payah kiralah. Kalau nak cucuk tali kat hidung pun depa sanggup.
BalasPadamMacam saya pun sama juga. Suami saya memang tak akan dengar kalau saya menceceh banyak sangat benda remeh. Memang macam sakit je telinganya tapi adakala time mood santainya datang, kita boleh bertepuk bertampar lawak bodoh-bodoh lagi *_*
Salam, hahaha klw si dia xlayan sbb perkara2 yg munasabah mcm tgk berita, baca paper, tgh buat kerja, main game, tgk bola ke takpe....tp klw dia buat dek sbb dia tgh syok layan FB ke apa2 dekat fon dia, mmg cari nahas! Hahah
BalasPadamMungkin jugak merajuk DR....tp mungkin itu dulu hihi.....La ni dia baca surat khabar, mak bukak blog lagi best layan hihi...
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)