Assalamualaikum...
Dekat kawasan rumah saya ni ada satu
je restoran makanan thai.
yang lain kedai makain cina dan kedai mamak je la..
Kira nya restoran ni tak de saingan yang sama dengan
makanan yang dia jual.
Agaknya sebab tu makanan kat situ dia masak tak sedap.
Cuma yang peliknya walaupun tak sedap
orang ramai..Yang ramai tu
boleh kata semua lelaki.muda ada tua ada..
Memang susah la nak tengok ada
keluarga yang makan kat situ.
Nak tau rahsia nya??
kalau tengok pelayan nya tu cantik2 je..
bertudung..baju ketat seluar ketat..
Berbeza dengan satu lagi restoran makanan Thai kat
satu lagi kawsan tu..
saya selalau makan kat situ..
Makanan nya sedap..
memang sentiasa ramai orang..tak putus2..
tapi pelayan nya tu lelaki..
tak kacak pun..adik beradik tuan punya restoran kot..hehheh
kadang2 tu yang datang ambik order sorang
perempuan..muka tak comel la..
baju pun besar ,tudung labuh walau dia pakai senget benget..
Dengan apron nya lagi..
Kira nya memang tak seksi langsung la.
Tapi makanan nya sedap sangat..
walaupun tak de pesaing kiri kanan depan belakang.
Mereka cuma masak dengan sedap...
kawan2 boleh nilaikan sendiri macam mana orang tamak
dengan yang tak tamak berusaha mencari rezeki...
sekian..
Dress Cantik dari Zalia | Smocked Waist Tier Dress
2 jam yang lalu
16 Ulasan
tq for tips
BalasPadamHaritu kita makan dekat Diana atas sikit dari Simpang 9 kot. Sedap juga situ kak. Trylah! ^_^
BalasPadamSaya kalau masuk kedai makan, pastu baru perasan pelayan sume2 pakaian tak cukup kain...boleh keluar tak jd order.
BalasPadamKalau saya pergi kedai makan saya tak kisah sangat tentang rupa pelayannya kerana tak pernah terniat dihati nak makan depa hidup-hidup, yang penting saya pi untuk makan masakan yang diyakini halal dan sedap....
BalasPadamKami kalau sedap, rela pergi walau jauh..
BalasPadamkalau sedap selalu la pergi. kalau tak sedap. pergi sekali pas tu tak pi dahhhhhhhhh
BalasPadamHahahaha...semua org suka sgt tgk yg seksa2 ngambik order..sori la kalau tgok kedai mamak yg pakai pekerja perempuan indon pun camtuh..pakai xblh sendat lagi dah
BalasPadamkt tpt sy rata² restoren pelayan² rata² org laki...ssh la jmpe pelayan pompuan...laki keje lg cepat..pastu ssh nk emo..hihi kan? :p
BalasPadamKebiasaan memg mcm tu kan, klau dah pelayanya seksi seksa..fikir seribu Kali nak mkn..silap2 nnt ada something jatuh kat mknan tu eiii yakkks :D
BalasPadamyang seksi meksi tu la pelarisnye... sbb tu yang datang kebanyakkannya bujang n perasan bujang.. hahaha
BalasPadamSalam, hah sedihnya.. aku benci kedai yg guna taktik kotor mcm tu..xpelah, kedai dia kan, tanggung lah dosa atas taktik dia tersebut...hai..smoga kita diampunkan, amin~
BalasPadampelaris dia mesti kena pakai wanita yaa..tak apalah..moga tuan kedai bertaubat nanti
BalasPadamJemputlah ke blog saya #projek2ribu
ikhlas meniaga nak bagi orang makan... insyaAllah sedap.... sha tak suka masuk kedai makan especially masakan thai, bila pelayan mula bongkak dan sombong...
BalasPadamTakpe la, restoren sedap yg takde pelayan seksi tu pun sentiasa penuh maksudnya masih lagi ramai yg waras dalam memilih restoren. Heheh.
BalasPadamKedai makan yang pertama tu memang tahu tukang masaknya masak tak sedap sebab itulah dia letak pelayan restoran ala-ala model buat catwalk.
BalasPadamSaya ni kalau pergi makan di luar tak tengok langsung pada pelayan. Cantik ke tidak, sukahatilah nak letak muka macam mana; yang penting makanan sedap. Yang lagi penting kedai bersih dan tukang masak pun bersih.
Kalau Cikna bia g kedai mkn yg sedap dr pelayan2 yg cantik lua dlm blm tntu......' tpkn selalunye org kata kdi yg rmi pelanggan tu la yg sedap
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)