Assalamualaikum...
Masa mula2 kawen dulu bila tau suami suka makan pekasam mula la gelabah..
sebab memang tak tahu cemana nak goreng pekasam nih..
Lagi2 sebab memang dah tahu yang pekasam ni bau nya "tudia,,,!!"..
hehehe
yang kelako nye suami pun cuma pandai makan je,
goreng pekasam tak reti..
hahahahh...
Suami saya kata ini pekasam paling sedap la.
beli kat pekan Beruas..kedai depan pasar tu.
Pekasam ni memang dia letak dalam balang.
Bukan dia bungkus siap2 macam pekasam lain tu..
Orang nak beli dia seluk gitu je...heheh..
Saya dok bayangkan dah,mesti orang yang jual tu pasrah je bila nampak muka suami saya
pi kedai dia..mesti hati gundah gulana nak menyeluk balang pekasam tu..
hahahah,,
Nak menggoreng pekasam ni sebenarnya tak payah basuh beras2 yang biji2 kat ikan tu.
Keluarkan je dari bekas dia
dah boleh goreng..
Cara nak goreng dia..
cuma potong bawang besar atau bawang merah sikit..
lepas tu cili 2,3 biji..
Goreng dulu ikan pekasam tu.
kalau setakat makan sorang goreng setengah je..
sebab pekasam ni style makan nya sikit2 saja..
kalau sorang boleh makan sekor ikan tu sekali hadap je dia memang hantu pekasam la..hahahah
Bila ikan dah garing masuk kan la bawang besar dan cili padi
yang dah dipotong2 tu.
macam suami saya dia tak suka digoreng dengan bawang merah..dia suka bawang besar sebab bawang merah rasanya agak kuat..
Bila ikan dah garing sikit masuk kan lah bawang dan cili padi tadi..
bila bawang dah garing angkat je la..
sedia untuk di makan..
sekian..
22 Ulasan
cik nor tak makn ikan pekasam..:)
BalasPadamgreat
BalasPadambila goreng ikan pekasam ni Farah tak suka makan ikannya, tapi suka yang kerak-kerak tu...ekekekeke...
BalasPadamSaya suka dengan ikan pekasam ni, cuma kadang tak tahan dengan bau dia je. Tapi bila makan, ok je. Hehe
BalasPadamsaya suka saya suka saya suka..
BalasPadammakan sedap cuma bau jelah agak kuat
kalau saya, saya goreng hancur
BalasPadamlepas tu simpan buat stok =)
marvelous!
Sedap .... Suke .... Kena garing baru sedap ... Ada orang dia perah asam limau, tapi saya tak suka ...
BalasPadamfavourite fiza jugak ni masa study kat penang mesti bawak balik johor ikan pekasam..dah bertahun tak makan..memang sedap ikan pekasam ni digoreng dengan bawang dan cili
BalasPadamOo.. tak tau plak cara mcm ni. Saya penah goreng ikan pekasam 2 kali je. Saya goreng dgn beras2 tu skali. Sbb hasben suka yg garing2 krup krup tu. Tapi mmg la masukkan ikan dulu, lepas tu baru masukkan serbuk beras tu.
BalasPadamSy peminat setia ikan pekasam.2-3 ekor sy sorg je mkn.hehe. Tips dr sy pulak;
BalasPadam1.Masa panaskan minyak,letak asam keping dulu supaya tak melekat kt kuali dan rasa ikan lebih sedap.
2.Minyak jgn byk sangat,kena pandai control minyak..kalau sikit sgt nnti tak masak..Kalau byk sgt,ikan hancur.
3.Bawang dan cili semestinya lebih sedap kalau letak.Letak carrot jgk supaya tak loya.
Sedap yer ikan pekasam...pernah makan sekali je ari tu masa dok umah mertua...ish nak pi carila...xd stok kt rumah.
BalasPadamhaha..akak tau...suami sy pun suka ikan ni. tp saya malas nak goreng mengenangkan baunya yang boleh melekat satu rumah. haha.jahat kan?
BalasPadamOkje DR...tak yah goreng bawang cili bagai tu...goreng ikan pekasam togel gitu jer pun boleh jer makan haha....
BalasPadamKalau ikutkan sekor pun habis tp takut darah naik kalooo....hihi
Nyum3!! Best pulak nengok
BalasPadamAlamak trliur suda, kat cne susah nak jumpa
BalasPadamEh, Diana... ikan pekasam tu kan kecik aje. Saya kalau goreng memang sekorlah. Kalau nasi panas, sekor pun saya tibai tapi saya bukan hantu pekasam! Saya tension kalau goreng ikan pekasam ni sebab satu rumah tutup hidung, sembunyi muka bawah cushion sambil berjemaah mengomel.
BalasPadamBaru cuba tadi..sedap
BalasPadamBaru cuba tadi..sedap
BalasPadamWife sy jual pksam...boleh kontek 0142248472
BalasPadamTerima kasih Membantu kerana isteri tak masuk dapur sebab morning sickness tapi nak makan pekasam alhamdulillah
BalasPadamTerima kasih Membantu kerana isteri tak masuk dapur sebab morning sickness tapi nak makan pekasam alhamdulillah
BalasPadamSaya cari ni sebab confuse kena basuh dulu ke tak..hehe
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)