Advertisement

ads

WAJAH PEMANDU TEKSI KURANG AJAR


Saya terbaca satu post di laman IG pelakon Fiza Halim tentang pemandu teksi.
Saya raaa pemandu teksi ni adalah warga asing.
Warga asing pun dah boleh bawak teksi di sini ye..
saya baru tahu ni
sebab dah lama tak naik teksi..



Cerita pasal pemandu teksi ni saya teringat satu kisah masa saya menetap di Johor Bahru dulu.
Saya baru balik dari Perak.Sampai kat stesyen Bas Larkin jam 7 30 pagi.
Saya terus ke tempat teksi.Saya letak beg kat satu kerusi tiba2 datang sorang pemandu teksi duduk sebelah beg saya tu.
Tau dia buat apa???
Kat belakang beg saya tu dia boleh membalut ganja..
saya sampai nak lari sebab terkejut sangat.
Tapi masih buat muka rileks la konon tak peduli.
Dalam hati memang nak menyumpah je rasa.

Sambil dia membalut tu boleh dia tanya saya
"nak teksi dik..??kejap eik??abang ada keja sikit.."

Ceh!mati hidup balik pun tak kan saya nak pilih naik teksi dia.

Sekian..


Catat Komen

19 Ulasan

  1. saya pula kat uitm shah alam masa jadi student dulu
    pemandu teksi yang saya dan kawan naiki
    keluar dari keta dengan streng lock
    sebab nak pukul budak yang block jalan dia
    seriously menakutkan!

    BalasPadam
  2. kat kl melambak pemandu teksi warga asing.. kadang2 sewa dari orang tempatan

    BalasPadam
  3. Ee, memang hati kering betul taxi driver tu. Balut ganja dekat public. Nasib baik sis tak naik. Entah apa jadi nanti.

    BalasPadam
  4. Penah ada pengalaman naik teksi pemandu dia giler sex..ms kita nk naik tu dia xbg dok blkg..dia ckp pintu blkg rosak xblh bukk.ms tu umur br 18 thun.bongok2 lg.tp dlm teksi dia xd bt apa2.cuma dia becakap agk lucah sikit.nsb xlyn.cilaka btul!!

    BalasPadam
  5. Mana awak tau itu ganja? Berani mati betul pemandu teksi tu. Haih!

    Geram pulak bila baca IG pelakon tu (Siapa Fiza Halim eh?). Berlagak betul driver teksi tu. Hrp pihak berkuasa ambil tindakan sbb melampau sgt tu.

    BalasPadam
  6. banyak kat driver teksi warga asing
    anum memang takut nak naik teksi sekarang nie

    BalasPadam
  7. x leh dibiarkan. cm ne pengusaha teksi sewenang2nya beri lesen kt warga asing? cm ne JPJ bleh terlps pandang ni?

    BalasPadam
  8. ragam pemandu teksi,,bahya nguh, terang terang balut ganja

    BalasPadam
  9. Salam, ishhhh! seram betul nak naik teksi skang ni..hmm nasib dia tak curi2 masukkan ganja tu dlm beg ko kak...haihh~

    BalasPadam
  10. Scarynya. Dah lama tak naik teksi.

    BalasPadam
  11. Scarynya. Dah lama tak naik teksi.

    BalasPadam
  12. muka pn dh mcm penjahat..ish..kat negara kita ni, org asing dh blh buat mcm2 pekerjaan..baik hati sggh

    BalasPadam
  13. kalau sorang2 saya takut nak naik teksi ni..kalau teksi perempuan pun kena fikir 2,3 kali jugak..sebab sorang2 rasa tak secure

    BalasPadam
  14. isk cuak pulak nak naik teksi sekarang ni kan

    BalasPadam
  15. banyak juga jumpa pemandu teksi yang kurang ajar..sakit pulak hati kita

    BalasPadam
  16. Selalunya warga asing ni ali baba.. org kita dpt permit, tp jual kat bangsa lain... nak untung mudah.
    Pemandu teksi yg kurang ajar ni menyusahkan pemandu2 yg betul2 cari makan nak sara keluarga hhmmm...

    BalasPadam
  17. Eh, memang kurang ajarlah kalau dah gaya gitu. Boleh pulak block sesuka hati tengah jalan. Tapi memang ada sesetengah pemandu teksi ni yang kurang ajar. Kerana mereka nilah kesian nasib pemandu teksi lain yang ikhlas mencari sesuap nasi untuk anak bini di rumah.

    BalasPadam
  18. hahaa . papan hitam ke kat bonet kreta tu ?

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)