Advertisement

ads

TANTRUM :BILA MIKHAIL MENGAMUK...

Assalamualaikum....



Tantrum bagi anak kecik selalunya berlaku diusia seawal usia 2 tahun.Itu lah yang berlaku pada anak saya ,Mikhail.kalau dia nak apa-apa,semuanya perlu dipenuhi.Kalau tak dia akan menunjuk kan perasan marah nya dengan menjerit-jerit,melemparkan mainan nya dan ada masanya dia akan menggigit siapa sahaja yang ada berdekatan dengan nya.



Setiap kali dia mengamuk segala bentuk tindakan saya sama ada pujukan berbentuk sentuhan atau percakapan ianya tidak akan mendatangkan hasil.Dia akan menolak semua yang kita buat untuk menghentikan amukan nya.

Jadi saya dan suami biasanya hanya membiarkan sahaja dia terus menangis.Tantrum biasanya berlaku hanya di hadapan ibu atau ayah.Sebab tu kadang2 saya masuk bilik dan bertenang...tapi tindakan ni tak akan menghentikan tantrum si Mikahil.Dia akan terus mengamuk sambil mengetuk2 pintu.Dalam sehari 2,3 kali dia akan bersikap begitu.

Dulu setiap kali dia mengamuk saya selalu merakam gelagat nya tu menggunakan telefon bimbit.Kemudian saya akan ulang bebrapa kali .dan pernah juga cara ni berjaya..tapi sekarang dia macam tak kisah dah.dia tetap mengamuk macam biasa.

Baru2 ni saya jumpa satu cara nak hentikan amukan Mikhail.setiap kali di melemparkan mainan sambil menangis,saya akan ikut pura-pura menangis.Kadang2 saya pura2 seperti mainan yang dilemparkan terkena pada saya.Dan saya akan menangis.Bila saya menangis serta merta dia akan berhenti dan memeluk ayah atau kakak nya.Mungkin takut atau sedih kot..heheh..



Setakat ni ,ini sahaja lah cara yang saya ada untuk hentikan tantrum Mikhail.Melalui bacaan saya ,tak ada cara untuk menghentikan tantrum pada si anak kerana setiap anak berbeza.Mungkin dengan mengalih perhatian sianak akan berkesan hanya pada sesetengah anak kecil.Namun tantrum  boleh dielak kan dengan melihat pola tingkah laku anak  untuk memastikan apakah perkara2 yang boleh menyebabkan anak mengamuk.dan seharusnya apa yang menjadi punca itu kita segera elak kan.

sekian..



Catat Komen

19 Ulasan

  1. Betul kata Diana
    Kena hentikan segera tantrum anak2 kita supaya tak jadi habit. Penyelesaiannya kadabg2 ikut situasi.. kita kena alert dgn emosi dan keadaan sekitar masa tu.. maklumla clientnya budak kecil yg tak matang lagi.

    BalasPadam
  2. setakat ni luth ada jgk tantrum. dan saya gunakan cara alihkan perhatian dia. kadang2 mcm pelik gak, mana la dia dpt kemahiran melempar barang bila tak puas hati tu. nak kata saya ada buat mcm tu, mmg takde la.

    BalasPadam
  3. trick buat-buat nangis tu saya selalu pakai kat anak sedara saya sebaya mikhail.hehe

    BalasPadam
  4. My qhalif skang pon dalam fasa tantrum. Sabar jer lah.

    BalasPadam
  5. Kedua-dua anak saya tak ada tantrum masa umur baya ni. Si Adik tu pun tak jenis meraung menjerit. Cuma kalau nak mainan, dia akan kejang setempat ler. Bila pergi dari tempat tu, elok je back to normal. Saya selalu juga pura-pura menangis terutama bila suruh kemas mainan dia tak mahu kemas. Kalau si Abang senang je, luruh hatinya kalau dengar Mommy merintih. Terus jadi baik :)

    BalasPadam
  6. heheh..
    dah pandai memberontak yer.
    nasib baik ibu dia pandai berlakon.
    kikiki.
    snang nk pujuk pasni.

    BalasPadam
  7. Tak ingat dah anak tantrum macamana DR hehe....nampak sgt dah kilauan yek DR hihi....
    Budak budak rasanya berubah ubah so betul awak cakap tu DR....kena tgk pola tantrum dia saat tu utk tanganinya

    BalasPadam
  8. Ha'ah setiap budak berlainan.. Mcm anak2 buah deno ermm tak pernah pula mengamuk.. mmg budak2 lain2 kan...

    BalasPadam
  9. Anak buah Diana pun selalu juga mengamuk kalau kemahuannya tak di penuhi tapi nasib baik mudah di pujuk juga...gitau jer tak bawa jalan2...terus redahlah dia...hehe..

    BalasPadam
  10. Boleh praktikkan nih kat ank ank kalo die mengamuk nangis mcm nih kan..

    BalasPadam
  11. Lya pun prnh alami masa lya jaga ank sedara lya..bila kemahannya x d ikuti.mula la buat prgai

    BalasPadam
  12. ok la klu setakat depan mak bapak jer ... mcm tunjuk perasaan lah ni ... setiap masalah pasti ada penyelesaiannya ... sabar ya .

    BalasPadam
  13. Fasa tantrum adalah untuk anak lebih mendapat perhatian....anak dara SA pun sama...padahal dah besar dah...

    BalasPadam
  14. salam k.diana..
    huhu..nak berdepan dgn tantrum anak ni kadang2 memerlukan kesabaran diluar kotak..
    cma jenis kalau anak tantrum kat umah biar je sampai reda sendiri..tp kalo kat luar mmg kena pujuk..tak kesahla dgn cara reversed psychology atau kita2 skali buat cara2 menangis mcm akak bt tu.. eheheh

    BalasPadam
  15. Susah jugak kalau macam owg yang tak pandai nak pura2 menangsi macam saya nie. Hahaha.

    BalasPadam
  16. Salam, wah gejala tantrum ni aku pernah bace gak..haha comelnya ko buat2 nangis jugak kak..haha

    BalasPadam
  17. pura pura berlakonlah ni kan..okay jugak cara macam tu kan :)

    BalasPadam
  18. lebih kurang sama tindakan kita bila melayan tantrum budak pada usia ni
    menguji kesabaran pun satu hal
    biasa buat tak tahu ajelah

    tapi gambar no 2, serious paling comel! =)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)