Advertisement

ads

RESEPI PUFF SARDIN

Assalamualaikum...

Ramai jugak yang tertanya2 kuih apa la yang saya masak di entry ini..
..ada jugak yang teka betul..
Ini Puff sardin..
saya try google resepi untuk buat doh puff ni tapi tak jumpa yang senang,
semuanya susah..jadi saya beli je la yang sejuk beku tu..
heheheh...

Cara buatnya senang sangat,,
tambah pulak saya buat inti sardin..
cuma masak sardin je la..
masak je la sardin tu cemana yang awak suka..
asalkan pekat..maknanya jangan tambah air  la..
dan jangan tambah garam..
Sebab sardin biasanya memang dah ada garam


bahan2 untuk inti Puff

1 tin sardin
*ibiji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*lada hitam
*cili padi(kalau nak pedas)
daun bawang
daun sup
cara-caranya

1-kisar semua bahan bertanda * dan tumis dengan sedikit minyak.
kemudian hancur kan sardin..dan masukkan kedalam bahan yang di tumis tadi.
masak hingga sedikit kering dan masuk kan daun bawang dan daun sup yang dah dihiris.
dah siap..sejuk kan.

2-potong puff pastry ,ikut la besar mana awak nak.lepas tu letak inti sardin dan tutup/lipat je.tekan2 dengan garfu kat tepi2 tu..ada orang buat dia potong 2 bahagian puff pastry tu.lepas tu satu bahagian bubuh inti satu bahagian lagi letak atas .kan??tapi saya ni buat nak mudah je.boleh juga ikut cara saya ni.

3-sebelum bakar tu saya sapu majerin je..saya tak sapu telur sebab anak tak berapa suka telur..
sebab tu puff saya ni tak de kilauan emas semua tu..nampak macam garing je atas dia..kan?
lepas tu bila nak gigit pun bau wangi je sebab majerin tu..

4-kemudian bakar la..saya guna suhu 160  selama 20 minit.


Dah pun siap...

makan satu pun dah kenyang..Mikhail suka sangt nih...

sekian...



Catat Komen

10 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)