Assalamualaikum...
Saya memang blogger yang suka join Giveaway.tapi bukan bermakna semua GA dan kontest saya nak join.tengok pada keadaan jugak la..bukan sekadar sempat tak sempat tapi kadang2 sempat pun saya tak join .Ada setengah GA tu saya dah join tapi bila hujung2 rasa tak best dan tak puas hati pulak sebab dah "ter"join...Nak tahu kenapa??
1-Hadiah yang tak pasti
Tujuan saya join giveaway atau kontest dan tentu lah sebab tertarik dengan hadiah nya.sebelum nak buat apa2 GA atau kontest pastikan dulu apa hadiah nya.jangan dan publish entry GA tapi hadiah pun tak tahu lagi nak bagi apa.siap bagi tau.."jemput la join GA saya ni..hadiah nya tak tahu lagi nak bagi apa.nanti saya pikir kan dulu.."Buang masa saya je join Ga macam ni.
2-Syarat yang melampau.
saya tak suka GA yang menyusahkan tak padan dengan hadiah.setakat nak hadiahkan kita "review blog" topup rm5 untuk 2 orang dan watemark untuk 5 pemenang dan doodle untuk 20 pemenang..tapi syarat nya kena like 10 page penaja.10 blog penaja..follow 5 instagram penaja..buat entry kreatif,promot entry GA kat twitter dan facebook,..ergghh..awak fikir hidup saya untuk awak saja ke?
3-syarat sekadar suka-suka
Suruh buat entry tapi tak datang pun check entry kita.patutnya dia datang blog kita dan tinggalkan komen bahawa dia dah check entry kita.Ucapkan terima kaish pada peserta ..Yang penganjur pun sama je.,suruh like tapi tak check pun peserta GA tu betul2 like dan follow atau tak.lepas dah umumkan pemenang baru sibuk nak kata peserta yang menang tak like dan follow.kenapa awal2 awak tak check dan ingatkan peserta tu ye??Ada setengah penaja tu saja2 suruh like page dia yang entah tahun bila last update.dah ramai2 like pun masih tak de update apa2.langsumg tak tahu guna peluang yang ada.membazir..
4-tak ikhlas
Ramai blogger buat GA dan kontest suka tetapkan "kalau pemenang tak hubungi dalam masa tertentu,hadiah kira lebur je.." kalau betul2 awak nak bagi hadiah apa salahnya awak sendiri hubungi pemenang.paling senang pergi je kat entry GA dia tu dan tinggalkan komen kata dia salah seorang pemenang.Baru nampak awak betul2 nak bagi hadiah tu.
5-jangan buat peserta tertanya2
Bila ada yang join GA awak itu bermakna ianya menarik.jadi jangan buat peserta tertanya2.apa2 entry yang berkaitan dengan GA awak tu seperti senarai hadiah atau senerai peserta ,dan update terkini perlu la awak hebah2kan .cara paling senang sediakan satu kolum di sidebar untuk GA awak tu.Supaya senang peserta nak tahu apa2 update terkini.
6-pemilihan pemenang yang tak telus
saya ok je kalau pemilihan pemenang dari random sahaja.tapi ianya perlulah kena dengan syarat2 tu.kalau nak pilih melalui cabutan jangan la mintak peserta letak gambar terbaik ke,atau buat entry terbaik 350 patah perkataan ke atau jawab soalan pasal blog dia..dan sebagainya.macam tak adil..kan?/
ok tu je la yang SAYA TAK SUKA..awak pulak macam mana??ini cuma pendapat saya ye..kalau awak tak sependapat dengan saya jangan la bergaduh dengan saya .saya dah terlalu tua untuk bergaduh..
sekian..
Dalam Bakul Ada Ayu
16 minit yang lalu
21 Ulasan
saya dah kurang sangat nak join apa2 GA... tapi point kat atas saya setuju nak2 lagi yang jenis hadiah simple tapi syarat mak aihh.. sarat kemain.like follow sana sini.. yang tu confirm tak join. Tapi pelik ada jugak contest @ GA yang tak tau nak bagi hadiah apa lagi.. tu agak lawak. buat nya kita join last2 hadiah dia ucapan tahniah jer..nangis jugak la kan.
BalasPadamsuka layan GA yang simple je...yang banyak nak like dan ikut tu,,memang malas la..
BalasPadamSAYA SETUJU ^^ :d
BalasPadamsetuju..khaty suka yang menarik n simple rules
BalasPadamall the best
BalasPadamkalau boleh nak join je semua GA supports kengkawan blogger.tapi kalau tak menyempat dan tak cukup masa memang tak join. tambah pulak kalau xde masa denga syarat yang susah..mungkin ambil masa jugaklah..apepun kalau memberi biarlah ikhlas :)
BalasPadamno2 tu alise suka.. sebab alise ni pon tak banyak masa nak BW.. syarat pulak kalau bole semua medium social nak kena like,. pppfffttt.. maaf
BalasPadamsaya pula tak pernah dan baru sekali join
BalasPadamalasan lebih kurang sama aje dengan diana
walau ada kata menyertai GA ni bagus untuk naikkan traffik
tapi saya susah nak penuhi semua syarat yang berjela
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsuka jugak join GA.. tapi suka yang simple-simple je lah.. kalau syaratnya berderet-deret, dan masa tu tengah busy segala, memang tak sempat nak join..
BalasPadambab hadiah lebur tu memang sedih. huhu.. yelah, kadang-kadang kita ni terlepas pandang tarikh pengumuman pemenang. lepas tu penganjur umum kat blog dia dan syarat tuntut hadiah tu singkat sangat. dah tu umum pemenang waktu weekend. aduhhh.. memang melepas la den. hihih
setuju dengan semua tu..dah lama saya tak join GA..
BalasPadamSaya suka join GA yg simple syarat2 nya. Leceh lah nak suruh like & follow mollow bagai. Kalau sikit tak per. Banyak tu.
BalasPadamsetuju sangat...nak bagi hadiah tapi menang tak inform lepas tu melepaslah kita.
BalasPadamayu setuju 200% kak diana..
BalasPadamayu join GA yg simple2 je
mmg kalau syarat yang ditetapkan and byk sgt pikir 2 3 kali nak join..
nk kene terjah satu2 sponsor
kalau jenis sllu update or at least up entry yg disponsor ok jugak nk tnggkan jejak...
ni kan plak nak dtg singgah ke blog kite...
betol tuh. sgt setuju
BalasPadam1. bile byk sponsor smpai 50 org, jenuh jgk nk folow sorg2. org kte biar folow seikhlas hati. xnk folow xper.
2. bab hadiah mmg trlepas la. org busy xsmpt nk jenguk selalu kn? slalu jgk kne lebur. nk buat mcm mne.
3. kdg2 sponsor kita xbg2 hadiah. mcm sy buat GA dulu, sponsor kata nk bg itu ini. bila claim je, sponsor kata lambat sgt la, lewat la, dia ingat kita nie robot ke nk buat semuanya dgn cepat? melebur jugak hadiah sponsor masa dulu.
4. nak like fb bukan main byk. konon nak promote. tp bkn tu crenye. sy xsuka sgt nk like2 fb nie. mmg x join.
5. byk plak komeh..bye..hikhik :P
mmg jenuh nk follow n like sampai puluh2 tu. ayu ni spesis on9 phone.. mmg xlayan..
BalasPadammmg jenuh nk follow n like sampai puluh2 tu. ayu ni spesis on9 phone.. mmg xlayan..
BalasPadamkadang2 menang hadiah xdapt2 huhuu..
BalasPadamhihi..sume sy setuju kak..kadang malas nk join GA sebab tu la..byk naaa page nk kene like, blog nk kene follow..leceh..
BalasPadamsetuju2. terutamanya part yg syarat penyertaannya kena like 10 page dan buat entry. Then, pemilihan random tapi kena letak gambar terbaik. Apa motif kalo nak pick random. Lagi satu, kalo pemilihan pemenang perlu vote drpd org ramai. Yang tu pun aku benci nak join. Sebab aku tak suka tagih vote drpd org.
BalasPadambengang kanns ;p
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)