Advertisement

ads

INI LAH PERMAINAN KANAK-KANAK YANG PALING MAHAL

Assalamualaikum..

Sebagai ibu apa dah tentu kita mahukan anak kita bermain sambil belajar sesuatu..kan??maksud saya bukan lah belajar ABC atau 123 saja..ada banyak benda lain yang anak2 kita patut tahu.Lepas tu kita pun mula la nak belikan anak kita mainan2 yang boleh merangsang daya kreativiti anak kita.Tak kira berapa harganya kita sanggup bayar.Sedangkan ada mainan sebegitu yang tak perlu anda bayar pun sedangkan  harga nya mahal sampai ada setengah2 ibu bapa yang tak sanggup bagi anak main permianan ini....Ini dia...



Ada segelintir ibu bapa merasakan anak2 tak patut bermain di luar sebab kat dalam rumah pun dah banyak permainan yang bagus.Main pasir tak boleh,main lumpur tak boleh..Kotor katanya..Tapi yang sebenarnya ini lah permainan kanak-kanak yang paling mahal dan punya nilai yang besar.Dari sini ada banyak yang anak kita boleh belajar..dia belajar bagaimana untuk jadi berani,lasak  dan belajar untuk mengenal persekitaran nya.



kalau selama ni kita cuma bagi anak kita ipad dan smartphone untuk dia bermain,jangan pelik kalau anak kita selalu mudah jatuh sakit,sebab badan nya tak tahu nak melawan penyakit bila sekali sekala terdedah kepada hujan,panas dan debu.Tengok pulak anak kita bila pulang ke kampung,malas nak keluar.geli lah..jalan berlumpur,Baik duduk dalam rumah.Oh!ruginya..Seolah2 dia mensia-siakan zaman kanak-kanak nya.Entah apa yang akan diceritakan kepada anak-anak nya nanti tiap kali anak-anak bertanya "masa kecil dulu mainan apa yang ayah paling suka main?" 


Bermain pasir dan tanah juga boleh meransang kreativiti anak.bayangkan dia duduk diatas pasir dan dia boleh lakukan banyak benda dengan pasir tersebut.Dia tak perlukan pensil dan kertas untuk melakar apa yang dia perlu buat.Ianya bagaikan automatik bila jari jemarinya bergerak membentuk pelbagai benda dengan pasir yang di sentuh..Ajaib tak??



Saya paham tak semua orang berpeluang untuk dedahkan anak dengan permainan sebegini.Jadi apa kata bagi anak pasir tiruan ni.Pun best jugak..sediakan ruang kat luar rumah tu sikit sebagai tempat untuk anak-anak merasa bermain pasir dengan lebih bebas.Awak pun boleh join sekali..




sekian..


Catat Komen

15 Ulasan

  1. seronok betul Mikhail dapat main kat luar ye..pasir tu macam pernah tengok sebelum ni..jeni melekat tu kan

    BalasPadam
  2. Betul anak-anak sekarang tak sama dgn anak dulu-dulu. Tapi anak dulu tak mudah kena alahan. Anak sekarang sikit-sikit kulit jadi merah...

    So mainan pasir synthetic ini memang bagus buat anak-anak kecik Dee. Anak kakak semua dah besar:)

    BalasPadam
  3. nie pic kecik2 ka... saya dulu suka main pasir, tanah,masak 2

    BalasPadam
  4. seronoknya mikhail!
    betul sangatlah tu diana, rugi kalau kita tak berikan
    peluang dan ruang untuk anak kita mencuba benda gini

    BalasPadam
  5. anak saya kurang berpeluang untuk main di luar rumah bukan sebab tak nak bagi tapi tempat tinggal yg atas awan ni pepaham je la.. sini playground pun dah macam tak playground dengan persekitaran tak selamat sangat.. di tambah lagi si bapak yg overprotect nak keluar main kena ada dia baru boleh so seminggu sekali dua jer keluar rumah. kadang2 kesian.. zaman kanak2 anak saya mungkin tak seseronok saya. untung jadi budak kampung berbanding budak bandar

    BalasPadam
  6. Salam, akak kreatifnye cara kau nak jual barang, aku xecpect langsung di akhirnya ade penjualan barang..haha nice work! and aku setuju anak2 sepatutnya boleh main2 kat luar rumah, dgn syarat ibu bapa kena bersama diorang lah kan.. 'jadi cikgu'..hehe..

    BalasPadam
  7. Budak kenit yg berjubah tu, bkn men sonok awak ya? Haihlah comel! Heheheh!

    BalasPadam
  8. entry ni mengingatkan sy kpd pak cik sy. ms ank2 dia kecik dulu, bla blk kg dia ckp pantang kalu ank dia keluar. x pakai kasut je pun. dia punya bising... alahai...

    BalasPadam
  9. La, Mikhail rupanya! Inikan gegirl manalah tadi yang main pasir. Comelnya alahai pakai jubah si bujang ni!

    Anak-anak saya malang sikit sebab omaknya overprotective. Semua start dengan jangan. Yalah, persekitaran sekarang yang jadikan saya sangat over-over protective. Itu yang bila balik kampung tengok lopak air pun geli. Nampak semalu lari pecut 100m. Apatah lagi nampak anak itik yellow-yellow!

    BalasPadam
  10. seronok tengok dia main...anak2 saya tak dapat nak main camni...rugi...emmm..

    BalasPadam
  11. Comelnya Mikhail pakai jubah tu.. mesti lawa diaa masa lari2 dgn jubah tu..

    Berminat juga nk beli pasir tu tapi tunggu dululah..

    BalasPadam
  12. ade anak sedare selalu jugak main tablet . tapi dia lasak jugak . ajak main bola , main je xkisah kotor . nasib balance dua2

    BalasPadam
  13. Anak2 kita kalau bagi outdoor dan indoor pun ok..Kalau bagi main outdoor macam taknak balik langsung..Betul macam diana cakap kadang kena bagi anak2 pendedahan luar, tapi kena pantau la kan..Kita memang berminat nak beli pasir tu insya allah akan beli.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)