Saya ni memang dari zaman anak dara lagi suka betul pakai pengilat kuku
dan pewarna kuku...nampak cantik kuku kita bila pakai warna warni gitu..
Tapi tak semua orang bersikap terbuka bila bab2 pewarna dan pengilat kuku ni.
Saya sendiri pernah di tegur sorang makcik ni..
"eh..kamu pakai pewarna kuku ni,macam mana nak sembahyang..berdosa pakai ni..air sembahyang tak kena..kalau kamu tiba2 mati cemana??tak sempat nak cuci..'
ha..macam tu la bunyi dia men'sekolah"kan saya masa tu..
macam saya ni buat dosa besar pulak.
saya mampu senyum je la kat makcik tu..
saya anggap makcik tu ambil berat dan sayangkan saya..
Saya mengenakan pewarna kuku supaya kuku saya sentiasa nampak bersih.
dulu saya bekerja di bahagian stor dan ada masanya saya kena buka kotak2 untuk check barang.
Bila jari saya ni terkena kotak,bahagian bawah kluku saya akan pecah2 kulit nya..
kadang2 kuku saya akan jadi pucat dan kotor
Makcik tu mungkin tak tahu
ada cecair yang boleh kita guna untuk buang pewarna kuku tu bila kita nak solat.
tak sampai 5 minit pun nak cuci nya..
kalau kita mati pun dah tentu2 orang akan cuci kuku kita tu dulu..kan??
Tak kan la bodoh sangt manusia ni sampai
nak kebumikan kita gitu je tanpa mandi semua..huh!
Hukum memakai pewarna kuku..
Semalam pun ada yang komen di entry Ini katanya haram memakai pewarna kuku.Islam ni bukan la susah pun.tak de hadis yang mengatakan memakai pewarna kuku adalah haram.
Rujuk di sini..
sekian..
32 Ulasan
tu pasal ILMU itu penting.
BalasPadamTanpa ILMU, kita sesat.
Lagi sedih, kita keluar hukum dan menyesatkan orang lain
islam itu mudah..kt je yg suka susahkan..
BalasPadamKita tengok sekarang ada jenis yang peel-off pula. Dah boleh main kopek kopek. Senang. Hehehe. Ada yang jenis boleh bawa p sembahyang lagi.
BalasPadamgreat sharing
BalasPadaminsha Allah, moga yang baca entry ni bertambah ilmunya..
BalasPadamakak suka jugak pakai pewarna kuku masa dulu2 yang ada bunga2 :)
Kita pun suka dulu-dulu pakai pewarna kuku ni, Diana. Lepas tu kita nangis-nangis dok bersihkan bila time nak sembahyang. Of courselah, kita takdalah beritahu semua orang yang terangkat kening tu (bila tengok pewarna kuku kat tangan kita) yang kita buat juga solat sebenarnya.
BalasPadamSekarang ni dah tak pakai lagi. Kuku pendek-pendek, kemetot je alahai. Tak cun pulak letak pewarna.
Makcik tu org MELAYU. Bukan org ISLAM. Heheheh!
BalasPadamentri yg bagus. orang yg tak tahu, boleh jadi tahu.. :)
BalasPadamzaman dulu2 takde pembersih yang mudah cam sekarang..tapi bagusnya tak payah pakailah sebab akan mendatangkan fitnah (macam makcik tu nasihat)..dan kalau kuku rosak..better pakai inai..inaikan ubat juga kan..
BalasPadamSalam, haa yup2 sama mcm hukum pakai pewarna rambut...aku dulu mase study suka pakai quitac (camne nak eja entah), warna hitam tapi pakai kat kuku jari kelingking semate~ haha..tu pun pakai masa period..tapi mmg senang lah nak hilangkan guna cecair pencuci dia tu..hehe
BalasPadam@mar mansor..
BalasPadamkalau tak tahu hukum memang akan mendatangkan fitnah..sebeb itu kita kena belajar tentang hukum hakam ni.jangan mengharamkan sesuatu yang halal..
alah boleh cuci kan.. bukan pakai 24 jam
BalasPadamInfo baru .... terpulang pada individu masing2 kan... :)
BalasPadamsekarang ni, ada pewarna kuku yang boleh kupil.. biasa la tu.. org tua.. mak saya pun mcm tu kak.. tapi, boleh la nk terangkan kat dia.
BalasPadamlain org lain pendapatnya..asal kite tau ape niat kita dah la kan..
BalasPadamyang penting tahu hukumnya kan :)
BalasPadamI is malas....boleh? hahaha tapi kan, si anak dara kita ni kan, senang jer nak "beli" dia, janji buat kaler2 kuku terus happy giler.
BalasPadamTeringat masa jaman skolah. Kaler kuku pakai magic kaler...hehehe...
BalasPadamDiana tak suka pakai pewarna kuku...selalu pakai inai jer...inai ni setiap nak raya pasti Diana pakai...dah jadi kebiasaan dah...hehe..
BalasPadamXpernah pakai pewarna kuku..inai pun pakai time kahwin dlu
BalasPadamsenang2 je cakap...yg saya tahu kalo mati kuku masih ada warna,boh la pencuci apa pn tak boleh kluar...pasai darah dalam badan dah tak mengalir tidak boleh bertidak balas dengan pencuci...jadi dia akan kekal kedalam liang lahad,nanti jawab la dengan mungkar dan nagkir....
BalasPadamBetul tu En. BADRUL. Kebanyakan mereka berhujah macam betul je. Tiada tindakbalas kimia pada kuku org yg dah mati. Takpa la, depa2 dok rasa yg malaikat tak cabut nyawa time dtg bulan kot.
PadamBetul tu En. BADRUL. Kebanyakan mereka berhujah macam betul je. Tiada tindakbalas kimia pada kuku org yg dah mati. Takpa la, depa2 dok rasa yg malaikat tak cabut nyawa time dtg bulan kot.
PadamLor...pesal la komen kat atas tu macam teruk sgt..macam la kita pakai ari ni esok confirm mati...nukan kita pakai hari2 kot dan x basuh...sekarang dah moden...macam2 benda ada..bukan kita x tahu hukum langsung kan...
BalasPadamKalau tahu hukum. Tang Aurat kene tutup tau tak...
Padampikir la sendiri.
Kalau tahu hukum. Tang Aurat kene tutup tau tak...
Padampikir la sendiri.
Pernah pakai gak....curi curi pakai entah sapa punya lupa dah.... pas tu berangan haha....
BalasPadamHurm, warnakan kuku tidak haram alau di depan suami, tetapi kalau di.depan bukan muhrim hukumnya berdosa sbb menunjuk2, macam.memakai alat solek, lebih2 lagi kalau memakai warna yg terang, tak ke attract attention lelaki? Itu pendapat sayalah.. And ya, ada bahan kimia yg boleh hilangkan pewarna kuku tu, tetapi buatnya kita meninggal dunia n masih memakai pewarna kuku, n yg memandikan jenazah kita tu makcik2, yelah walaupun ramai ahli.keluarga kita yg boleh memandikan.kita, tapi setahu saya xramai yg boleh memandikan jenazah.. Boleh ahli keluarga mandikan, contoh.mak kita n mak cik2 ni mandikan jenazah kita, nak2 pulak makcik2 yg xtahu menahu pasal pewarna kuku ni, takkan mak cik ni boleh detect ni jenis peel off ke apa kan? Tak ke urusan memandikan jenazah tergendala sbb nak beli bahan kimia untuk hilangkan pewarna kuku? Itu pendapat saya lah.. Wallahua'lam.. Kalau ada salah silap, minta maaf.. :)
BalasPadamhttp://marfatinriko.blogspot.com/2012/12/disebalik-kisah-si-pemakai-cutexnail.html?m=1
BalasPadamhttp://macikzkonah.blogspot.com/2013/04/memori-pewarna-kuku.html?m=1
Fuhh... Siap ada yg komen mcm mati tu utk hari tua je. Better safe than sorry. Go for henna instead.
BalasPadamDiorang tau kot bila time malaikat nak cabut nyawa...
PadamAmal dah cukup. Kita semua banyak kekurangan, tak salah saling ingat mengingatkan Kan.
Inai kalis air ade, pakai la. Cantik jgk ape...
Diorang tau kot bila time malaikat nak cabut nyawa...
PadamAmal dah cukup. Kita semua banyak kekurangan, tak salah saling ingat mengingatkan Kan.
Inai kalis air ade, pakai la. Cantik jgk ape...
sila tinggalkan komen anda...:)