Advertisement

ads

HAID KALI PERTAMA..APA IBU BAPA PATUT BUAT

Assalamualaikum..


Semua anak gadis  akan menghadapi saat2 kali pertama datang haid.Ramai yang mempunyai kenangan yang tidak menyeronok kan saat pertama kali menghadapi haid.Sebab itu sebagi ibu bapa ada yang perlu kita lakukan supaya anak gadis kita tidak merasakan Haid adalah sesuatu seperti malapetaka. Agar dia dapat melaui waktu tersebut dengan tenang dan selesa.Apa yang perlu ibu bapa buat ketika anak datang haid kali pertama?:-


1-jangan bari tahu secara terang terangan atau kiasan kepada orang lain bahawa anak kita telah datang haid.lagi2 perkara tersebut dilakukan ketika semua ahli keluarga sedang berkumpul.ianya adalah sesuatu yang boleh memalukan si anak.

2-Ajar anak untuk menguruskan tuala wanita (pad)  yang dipakai.contohnya:



      * jenis pad yang patut di pakai ketika siang dan malam.terangkan apa perbezaan pad  tersebut..

    *Ingatkan anak untuk menukar pad  yang dipakai.jangan mengharapkan anak akan dengan sendirinya tahu bila pad tersebut patut di tukar.

     *Ajar anak cara untuk mencuci dan membuang pad yang telah digunakan..

3-Melalui sesuatu yang baru sudah pasti anak akan kerap bertanya.jawab lah dengan tenang dan sabar.



4-Anak pasti akan mengadu sakit perut dan sebagainya.pastikan kita sentiasa memantau keadaan anak kerana ada sesetengan anak gadis menghadapi senggugut yang sangat serius.terangkan pada anak ianya normal dan dia mungkin akan melaui beberapa perubahan pada tubuh nya seperti sakit perut,mual dan sebagainya.



5-sediakan bahan bacaan berkaitan haid untuk anak gadis supaya dia akan  lebih memahami  kitaran haid nya sendiri.



6-sebagai orang islam ,jangan lupa untuk ajarkan anak gadis cara mandi wajib yang betul.dan pastikan ianya dilakukan dengan sempurna.Jelaskan juga perkara2 yang anak gadis kita boleh dan tidak boleh lakukan ketika dalam keadaan haid.seperti tidak boleh bersolat dan sebagainya..

sekian..

Catat Komen

8 Ulasan

  1. panduan yg sangat bermanfaat buat ibu bapa..

    BalasPadam
  2. ada anak perempuan, memang kena bersiap sedia...

    BalasPadam
  3. Hihihi.. Anak saya tiap kali nk mandi wajib mesti dtg tny niat camne. Tiap kali lak tu.. Adoiaiii klu lps mandi ada darah lg esok tny lagi. Rasa nk geget2 je

    BalasPadam
  4. my anak buah suka betul masa first time kuar haid . mrk x de senggugut dan dah 3 x ramadhan mrk tak kena ... utg kan . x mcm mak usunya ...

    BalasPadam
  5. penting ni kalau ada anak dara yang tengah membesar..good sharing kak :)

    BalasPadam
  6. Teringat Plak masa first time dulu..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...anak dara kak alin pandai uruskan ketika pestime period stlh diberi keterangan

    BalasPadam
  8. Salam, nice tips utk ibu bapa dan aku sendiri nanti.. :) aku dulu first time datang haid kat asrama, dah lah baru masuk asrama..aku setel sendiri je..wuwuwu..sian akuuu~ hahah

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)