Advertisement

ads

DENGAN MSG TAK PANDAI MASAK PUN BOLEH JADI CHEF

Assalamualaikum...




Ramai orang suka masuk kan MSG (Monosodium glutamate) ke dalam masakan..
katanya kalau bubuh MSG rasanya lebih sedap..
tak pandai masak pun,boleh jadi pandai masak
bila ada MSg.hebat tak hebat la MSG ni..kan??



Sebenarnya tak elok MSG ni untuk kita.
MSg ni bukan semata2 ajinomoto ye akak2 sekali..
tu yang akak2 dok guna tumix la..knor la..kuib ayam
makanan dalam tin,makanan segera,yang dalam peket2 segala tu..
dalam nye semua ada MSG.
Makna kata kalau dia tu makanan sah2 ada MSG


Pergi la kat mana2 restoran dalam malaysia ni..
boleh dikatakan semuanya masuk kan MSG kedalam masakan diorang.
keropok lekor,nasik kandaq,coq udang ,mee ketam..
huih..banyak sangt..

sepatutnya la..bila masak udang,ketam,
atau apa2 makanan laut,,daging dan ayam MSG ni tak payah bubuh.
Sebab semua tu dah ada rasa yang cukup.

Saya ni satu sebab kenapa tak suka makan laksa penang kat penang ni,
dia punya MSG boleh rasa sangat..
Untung nya saya ni bila makanan tu terlebih MSG,
bekas jahitan kat dahi saya ni mesti bengkak.
jadi restoran dan kedai makan tu
akan masuk dalam senai "tak kan pi dah.."


Kesan tak baik MSG pada kita,ianya boleh menyebabkan
sakit kepala,muka kemerah merahan,berpeluh,sesak nafas,
deria rasa yang berkurangan,kebas,jantung berdegup cepat,
pedih ulu hati,mual dan dehidrasi.

kalau awak2 ada migrain inilah
salah satu benda yang awak2 kena elak kan..
MSG boleh memburuk kan lagi keadaan kawan2..
begitu jugak kalau kawan menghidap batuk.
elak kan mengambil makanan yang mempunyai MSG.
Cukup la kita tambah kan sedikit garam dan gula sahaja di dalam makanan kita.


sekian..

Catat Komen

22 Ulasan

  1. betul...boleh katakan semua makanan proses tu ada MSG.

    BalasPadam
  2. saya klau masak sndri mmg xakn letak serbuk ni.. just masukkn garam gula ja...

    BalasPadam
  3. kalo masak sendri memang tak bubuh menda2 ni..melainkan kalo dah terdesak tak sedap..kuikui

    BalasPadam
  4. saya masak letak ajinomoto. heheh. tapi sikit je. tapi kalo saya makan msg yang terlebih sgt, saya pon boleh detect. Biasanya kalo makan kat luar, tukang maska tomyam tu, akan letak 2 sudu besar MSG. Dah tak letak garam gula dah. msg yg dia letak tu plak, bukan msg ajinomoto tu, tapi yg thailand punya. perghh. botak kepala.

    BalasPadam
  5. saya kalau perut kosong, pastu makan makanan yang ada MSG memang terus pening.huhu.makanan bersup yang selalu banyak MSG nih..

    BalasPadam
  6. kalau makan kat kedai konfem2 letak pak aji ni..tu pasal sedap je..heheh

    BalasPadam
  7. betolll!! hihi..sbb tu saya kalau masak memang tak masukkan ajinomoto tu..umi cakap nanti tak sedap..tp alhamdulillah, tekak kami boleh je terima makanan tu. sebab dah terbiasa kot tak letak ajinoto. tp kalu kiub ayam tu ada la jugak letak kalo nak buat sup. haha..

    BalasPadam
  8. Mg btul tp haih....lidah dah kebal dgn msg. Mcm ne ni? Sobs! Kena kurangkan.

    Dlm kicap pun, kuat MSG tau. Sobs!

    BalasPadam
  9. kalau kat kedai memang kena letak sebab itu penyedap makanan.. kalau kat rumah memang tak lah..

    BalasPadam
  10. cer try makan kat kedai tom yam
    perghh dia punyer msg ntah berapa kilo..
    tapinya pi jugak makan
    dah orang velanja

    thanks for sharing D :)

    BalasPadam
  11. Salam..betul tu..kita ni masak nak mudah je, malas nak tumbuk2 segala perencah dan perisa tu secara manual cam dulu2..guna yg dah siap je haa...tp tu lah side effect dia whuihh~ bahaya..hmm..

    BalasPadam
  12. sebab tu kena masak sendiri kat rumah..takde Monosodium glutamate :)

    BalasPadam
  13. Sesekali ada juga amukan MSG kat rumah ni. Entahlah bagi saya kalau terlebih MSG ni aduh, tak tahanlah kepala.

    BalasPadam
  14. setuju sangat. klu boleh elak mmg patut elak. kadang2 dorang ni tak sedar, sendiri cari penyakit.

    BalasPadam
  15. kat rumah memang tak ada langsung benda ni
    tapi kalau makan dekat luar tak boleh elak =)

    BalasPadam
  16. Saya kalau masak memang tak pakai benda ni. Memang tak pernah beli pon. Tapi bila mkn kat kedai pasrah lah sbb suma kedai makan pakai ni kan.

    BalasPadam
  17. tak pernah beli pon ajinamoto

    BalasPadam
  18. btl kak..kt umah mmg xpakai aji, kiub ayam etc..tambah gula sket je dlm masakan..yg ade ank2 kecik tu jgn la amalkan msk pakai msg ni..sian kt dorg..

    BalasPadam
  19. btl kak..kt umah mmg xpakai aji, kiub ayam etc..tambah gula sket je dlm masakan..yg ade ank2 kecik tu jgn la amalkan msk pakai msg ni..sian kt dorg..

    BalasPadam
  20. saya anti msg..lagi2 kalau g kedai tu dah siap makanan diorang tabur lak msg..saya pesan awal2 jangan letak msg..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)