Advertisement

ads

BIAR LELAKI JE YANG SEBUT "ALE UTO"..YANG PEREMPUAN DOK TEPI DAH LA..

Assalamualaikum...



Kesian jugak saya rasa kat anak gadis yang wajah nya terpampang ke sana sini gara-gara "ale uto"..Salah siapa bila diri sendiri yang memang sengaja mencari penyakit.Dah terang2 perkataan tu memang tak elok,dia nak sebut jugak.Mustahil dia tak tahu makna perkataan "Ale Uto" tu..Perkataan tu dah berbulan2 dok jadi bahan gurauan lelaki2 bila dia orang bergurau di laman sosial ni..Dah la awak tu anak gadis,muka comel,tak pasal2 dah jatuh saham.


Memang la anak gadis ke,mak orang ke,..ramai jugak yang reti mencarut.tapi mencarut pun jangan la sampai semua orang dengar.Sebut pelan2.ni siap buat video lagi..



Baca status2 lelaki di facebook yang kadang2 agak lucah.Bagi lelaki itu biasa bila dia orang punya status kadang2 ada double meaning.Ada juga yang terus depan2 mencarut je..Itu hiburan bagi mereka bila bergurau dengan kawan2.tapi kita yang perempuan ni dok kat tepi dah la.Nak jugak menyampuk..Nak tunjuk konon nya kita bersikap terbuka bab2 macam tu..Dapat komen "heheheh..." pun jadi la..


Saya pernah tengok satu rancangan soal jawab agama di tv.Ustaz tu buka peluang pada penonton untuk tanya apa2 je soalan.Bangun sorang wanita dan dia tanya pasal keputihan pada ustaz tu.Rasa nak tekup je muka bila dia cerita dia punya ada putih2 dan banyak bla..bla..Alahai..saya yang kat depan tv ni pulak yang malu dengar.Macam dah tak de ustazah pulak kat malaysia ni.Itu salah satu contoh kurang rasa malu .Tak kan la terdesak sangat time tu sampai tak de orang perempuan untuk dia rujuk masalah keputihan dia tu.Ustaz juga yang dia cari..


Jangan lah kita anggap malu ni satu benda yang tak elok.Kita kena ada rasa malu.sebenar  nya malu ni boleh   melindungi kita.Ada masa2 nya dan sesetengah perkara kita kena buang malu kita tapi tak bermakna kita buang terus sikap malu dalam diri kita ni..


sekian...



Catat Komen

17 Ulasan

  1. kena la tau maksud kan sebelum sebut

    BalasPadam
  2. huhuhu..saya ramai kawan lelaki kak diana.kalau kita nak diorang hormat kita, kita jangan sesekali mencarut atau buat lawak lucah dengan diorang.kalau dia tengok kita open, diorang akan hilang respect.

    BalasPadam
  3. akk masa memula dulu pun tak tahu apa tu ale uto..hehehehe

    BalasPadam
  4. perkatan tak elok takyahlah di sebut..itu lebih elok sebenarnya dan hal perempuan rujuk pada perempuan yang lebih arif

    BalasPadam
  5. setuju sangat entry ni
    perasaan malu perlu wujud pada diri kita

    p/s-saya pun secara jujurnya tak tahu maksud "benda" tu asalnya =)

    BalasPadam
  6. hahaha.. ada juga org xmalu langsung

    BalasPadam
  7. dah keluar astroawani muka budak tu

    BalasPadam
  8. ye..malu gak sbagai kaum hawa..
    siap ade video lagi...
    yg tukang ckp nye ponpuan berlitup
    mula2 x thu gak ape mkne dia..

    BalasPadam
  9. zaman skrg ni MALU makin kurang kan kak

    BalasPadam
  10. Serius, Diana. Saya tak tahu apa maksud perkataan ni. Ini first time saya dengar dalam blog ni.

    BalasPadam
  11. perkataan nie tak elok utk pompuan gune..

    BalasPadam
  12. Saya pun baru je tau pekataan ni. Tak senonoh betul perkataan ni. Hehe. Betul tu diana, kita kena ada sifat malu. Yang penting, malu tu kena terapkan pada anak sejak kecil. Tapi malu yg bertempat la.

    BalasPadam
  13. ada satu video bdk pompuan tu siap promo & jual ts yg bertulis perkataan tu..tanpa rasa bersalah..hihi

    BalasPadam
  14. kesian ke dia. akak pun tak tahu shortform yg digunakan rupanya maksudnya tu. semoga jadi pengajaran buat adik tu dan kita semua.

    apa pun thumb up entri ini.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)