Advertisement

ads

TIPS DAN CARA MENJAGA PUSAT BAYI YANG BARU LAHIR

Assalamualaikum...




Selepas melahirkan Mikhail 2 tahun lepas ,hampir 3 minggu  lebih pusat mikhail tak kering padahal seminggu lepas bersalin tali pusat dah gugur.Mujur lah nurse datang rumah  seminggu dua kali masa tu.Ada lah sedikit panduan untuk saya ikut apa yang diajar oleh nurse tu untuk menjaga pusat bayi supaya cepat kering.Tu lah cabaran berpantang sendiri.

Tips menjaga pusat bayi.

1-walaupun tali pusat belum jatuh kita tetap perlu membersihkan pusat bayi.pasti kan tangan kita cukup bersih sebelum menyentuh pusat bayi.Gunakan kapas lembab dan lap perlahan2 di pusat bayi.Kemudian pastikan kawasan tersebut supaya kering.


2-Sebenarnya pusat bayi tak perlu di tutup kerana dikuatiri mengalami jangkitan dan  supaya pusat cepat kering.Tapi jika nak tutup gunakan lah kain kasa dan pastikan balutan tidak terlalu rapat.

3-Sesetengah orang hanya memandikan bayi sekali sehari  kerana risau pusatnya lembab.Kita boleh lap badan bayi denga air suam dan selepas mandikan bayi jangan ditutup bahagian pusat bayi dengan seluar atau lampin nya.

4-jangn sesekali menarik tali pusat .Biarkan tali pusat jatuh dengan sendiri.Selepas tali pusat jatuh jangan di buang sebaliknya simpan lah di tempat yang elok dan tertutup.

5-jika pusat kelihat bernanah,berlendir,ada cairan di sekitar pusat sehingga bayi demam atau pun tali pusat belum jatuh ketika memasuki lebih 4 minggu segera dapatkan rawatan doktor.

sekian..

Catat Komen

11 Ulasan

  1. baby bakal lahir tak lama lagi.. yang dirisaukan juga pasal tali pusat bby la.. dh la bby first..

    BalasPadam
  2. sy mujurlh ank 1st bpantang umh mak...tp mmg dhbad ilmu sblm ni sbb dh ad pengalaman jga anak buah yg rmi.hehe.

    BalasPadam
  3. berguna buat si ibu atau bakal ibu =)

    BalasPadam
  4. thanx untuk perkongsian ni :)

    BalasPadam
  5. yg bakal ada anak tu bc ni! ;-)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. saya tidak menghadapi masalah dgn tali pusat sewaktu anak kecil. Tp ada juga kes yg tali pusat anaknya membusuk & tak kering2. Thanks sharing ye.. :)

    BalasPadam
  7. Hoooo...baru ku tahu semua ilmu menjaga anak kecil ini...hmmm thanx kak :D

    BalasPadam
  8. tambah ilmu ni..thanks kak diana :)

    BalasPadam
  9. Salam K.Diana..
    alhamdulillah.. anak2 cma seminggu berpantang dah jatuh tali pusat..
    dah lupa jgk ni.. tenkiu sharing.. mane tau tahun depan ade bby baru plaks..eheheh

    BalasPadam
  10. anak2 kita sume pusat jatuh lambat..hari ke 20, 19, 23..orang tua kata panjang umo..haha..ntahla..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)