Assalamalaikum...
Bagusnya bila anak-anak kita dah mula belajar menabung sejak mereka kecil.Ini dapat mendidik mereka supaya berjimat dan berusaha sendiri untuk mendapatkan sesuatu.
tips ajar anak menabung:-
1-sasaran
Sebelum mula menabung pastikan anak kita tahu apa tujuan dia menabung.Contohnya mungkin dia mahu membeli mainan kegemaran nya atau membeli set alat tulis yang sudah lama diidam kan.Kanak-kanak tidak berminat dengan amalan menabung untuk masa depan contohnya duit tersebut akan digunakan untuk pembelajaran nya dewasa kelak.atau untuk digunakan semasa majlis perkahwinan.
2-pujian
Anak-anak ini akan kerap mengira jumlah wang simpanan mereka.jangan halang kerana mereka sentiasa ada sifat ingin tahu.Setiap kali mereka maklum kan jumlah duit mereka,berilah kata2 pujian dan ransangan untuk terus menabung.
3-sentiasa ingatkan
Setiap kali anak menyimpan duit ,maklum kan pada mereka yang tidak lama lagi mereka akan dapat membeli apa yang mereka sudah sasarkan .Ini untuk menambah semangat anak-anak untuk terus menabung
4-cabaran baru
Setiap kali anak-anak berjaya merialisasikan impian mereka,berilah cabran-cabaran baru untuk dia terus menabung mengikut peringkat usia mereka.contohnya mungkin ketika anak sudah berusia 8 tahun ,suruh anak-anak menyimpan untuk tujuan melancong hujung tahun,atau untuk digunakan ketika membeli pakaian yang mereka gemari.
Semoga dengan cara ini anak kita akan lebih bertanggungjawab ,dan sedar betapa susah payahnya ibu bapa untuk mencari wang bagi menyara keluarga.
sekian..
Pujaan Hati Kanda Full Episode
Sejam yang lalu
31 Ulasan
sy mmg ajar zafirah menabung..tp klu dia tgh pakai baju ada poket dia lbh suka 'menabung' dlm poket suar/baju dia dpd masuk dlm tabung..haihh -.-'
BalasPadambila kita didik dari kecil, Insya Allah mudah mereka ikut, dan lama lama akan jadi habit
BalasPadamkalau suruh buat jer tanpa ada target jangankan budak2.. kita mak budak pun rasa x best kan.. bila ada target ni memang meransang kita utk gigih buat sesuatu termasuk menabung
BalasPadamAlhamduluillah.. asya pom lta ajr mnabung dr kecik.. ada je duit syilibg msti msk tabung
BalasPadamDidik dan jadikan comtoh juga. Klu tgk ibubapa jenis boros tak menyimpan, anak pun mgkn ikut sama kan?
BalasPadamDulu masa anak anak kecik bukan main lagi banyak betul tabungnya....Tabung Haji, Tabung Harimaulah.
BalasPadamLa ni memasing dapat duit Raya tak menyimpan pun..yg kecik lagilah asyik beli mainan aje
Dulu masa anak anak kecik bukan main lagi banyak betul tabungnya....Tabung Haji, Tabung Harimaulah.
BalasPadamLa ni memasing dapat duit Raya tak menyimpan pun..yg kecik lagilah asyik beli mainan aje
seronok menabung..suka kira duit.hehe
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammenarik tips-tips ni kak!takde anak, praktikkan kat anak sedara
BalasPadamnote : Kak diana, shoutbox tengah bermasalah mungkin..
BalasPadamSa seawal Dania kecik mmg ajar menabung...pi sekolah pun bawak bekal..duit blanje xcabih masuk tabung...bila tanya nak buatapa duit byk...dia ckp senang nanti nak blaja masuk U...huhu....sentap jantung mak nak....
BalasPadammemang elok sgt di ajar sejak dari kecil kan..betapa susahnya nak mencari duit.
BalasPadamsetakat ni saya ajar anak2 menabung duit raya. sorang satu tabung untuk si kembar Aisya :D
BalasPadamSalam. Hee melentur buluh dari rebungnya.
BalasPadamItulah yg terbaik. Sebaiknya sebagai penjaga juga jgn sentuh duit tabungan anak. Kalau dia ada cita-cita nak beli mainan, belikanlah guna duit kita. Duit dia masukkan aje ke bank. Itu yg kakak buat.
BalasPadamPercayalah bila usia masuk U tak payah pinjam pun dah boleh guna duit tabungan itu. Cuba Dee kira (jgn kira banyaklah) kalau setahun dari usianya setahun boleh simpan 2K. Masuk usia 18 tahun? Hmmm... cuba ikut langkah kakak ni. Insya-Allah.
tq for the tips.. yup, Alycia perasan Adam bila dah masuk 5 tahun dia dah start nk kumpul duit sbb nak beli mainan idaman... so, kita galakkan dia bg at least rm 1 sehari simpan dlm tabung..
BalasPadamdesiakan tabung yang comel2..
BalasPadamhehe.
dulu2 slalu gak masuk tabung yang ada bunyi.
tapi tiap petang je korek bli aiskrim :)
mama ada sediakan tabung comel untuk mereka.. hari2 belanja baki duit mama suruh menabung kat situ.. hihi.. tapi asyik korek pulak.. isk isk..
BalasPadammmg ajar utk ketiga anak...tapi yang letihnya nak melayan anak no 2..Ayun..hari ni menabung..esoknya dah ajak keluar beli mainan baru..hahaha..
BalasPadamduit mak dia terabur pun dia kutip masuk tabung sendiri..haha
BalasPadambeznye klo ada anak..blh ajar diorg bende ni
BalasPadamskrg budak2 sekolah kayo rayo
belanja sehari kasi rm5
zaman dulu2 nak mintak 20sen sukar
peningkatan taraf hidup..cuma ada sesetnghnya dibagi wang berterusan tanpa diasuh utk menabung. perkongsian yg bgs..
memang nak ajar leona menabung... tpi skang dia sangat kecik lagi... baru dua bulan. hahhaa... tq for the encouraging tips ya... Blogwalking to ur blog... :)
BalasPadamtips yg bagus..memg bgus ajar ank menabung dr kecil
BalasPadamgood 4 now & future undertaking.
BalasPadamAnak saya kena recycle botol plastik lepas tu bila dapat duit masuk tabung khas. Nak beli kereta impian Bugatti Veyron yang entah bila boleh dpt :) Tapi setiap kali kita cakap pasal duit dia, ingat je ada berapa banyak dalam tabung khas untuk kerja kitar semula dia tu.
BalasPadamLain-lain tabung, mak je yang conquer :D
memang bagus kalau didik dari awal kan.. supaya terbiasa, dan ada sikap menyimpan hingga dewasa, takdelah boros..
BalasPadamstakat ni blm ajar lg danish menabung..mama je yg menabungkan utk danish kt opis ni..nnt dh bsr sket, bole la bwk balk tabung ni bg dia penuhkan pulak..hihi
BalasPadamSalam K.Diana..
BalasPadamhuhu..thanks share tips..anak2 menabung tapi cepat sgat cair bila tgk kedai gula2..
bab menabung anak kedua bagus..darjah 1...bagi rm4 pergi sekolah...mesti ada baki simpan dalam tabung...sasaran dia nak beli apa yg dia nak...
BalasPadambab menabung anak kedua bagus..darjah 1...bagi rm4 pergi sekolah...mesti ada baki simpan dalam tabung...sasaran dia nak beli apa yg dia nak...
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)