Advertisement

ads

SAYA TAK RASA IANYA LUCU

Assalamualaikum..




Saya suka orang yang kelakar..
kalau tengok filem dan drama pun saya suka drama dan
filem yang lucu.
Sebab itu saya tak tengok drama2 cinta petang2 tu
sebab saya rasa ianya tak lucu.

Bila saya buka facebook
saya tengok ada rakan2 yang share video dan gambar lucu.
dengan caption.."lawak giler.." "pecah perut ketawa tengok ni.."

tapi bila saya tengok saya rasa tak lucu pun..
nak senyum pun tak boleh apa lagi nak ketawa.


Saya rasa mungkin saya dah terlalu banyak
tengok drama ,rancangn hiburan dan filem lucu,
sampaikan saya sudah tak boleh terima lawak2 yang biasa je ni.
hahahah...

macam semalam saya terbaca satu komen,
katannya komen satu lagi tu lawak..
tapi saya baca banyak kali saya tak nampak lawak pun..
jenuh saya cari dimana lawaknya
sebab saya tahu kawan saya tu bukan buat komen lawak.
tapi orang kata komen tu lawak.

saya keliru sangat..
apa yang patut saya buat
eceh!macam masalah besar je..hahah

malam ni running man ..itu rancangan lawak yang saya suka..:)

sekian..

Catat Komen

18 Ulasan

  1. hahahaha... macam saya banyak tengok filem seram sampai susah nak rasa seram dah. bagi org lain dah seram sangat bg saya biasa jer.. tgk tgh mlm pun xde feel seram.. cuma blh beza antara filem best dengan yg x best jer...

    BalasPadam
  2. Eh..saya pun sama.. kalau baca komen2 yg lucu mmg ada masanya saya pelik kenapa saya rasa benda tu biasa je.. jenuh juga cari apa yg dikatakan lucu sangat tu..

    BalasPadam
  3. ada tahap lawak memasing kot ..tapi running man memang lawak..hehehe

    BalasPadam
  4. hehehe.. entry awk ni mmg lawak..ekekeke :p

    BalasPadam
  5. running man realiti tv terbaik
    episod mlm semalamnyer lawak giler..tu baru lucu
    ranc lawak spontan channel 135 semalam..tergaru2 kepala..memikirkan mana yg lucu..rasa mcm raja lawak lg bez..entah..maybe sense humor dlm diri ni makin malap kot..haha

    BalasPadam
  6. pokoknya, selera semua orang tak sama kan kak..

    BalasPadam
  7. samalah.. susah nak gelak walaupun lucu sangat kalau setakat tonton video atau gambar

    BalasPadam
  8. ala.. running man tu Ros tak suka tengok.. tak kena dengan jiwa. hihi

    BalasPadam
  9. sm la kita...tgk ulangan pun ketawa berdekah2 mcm antu hehehehe

    BalasPadam
  10. Kdg2 yg lawak jadi tak lawak & yg tak lawak jadi lawak.. :D

    BalasPadam
  11. Salam, hahaha..aku tak tau ni kategori apa, maybe betul lah ape ko ckp tu, sbb dah biasa tgk something yg lawak dia over the standard, so bile tgk benda2 biasa rasa tak lawak..ngehee...owh running man, my fav gak tu :D

    BalasPadam
  12. bergantung pda persikataran..
    ada yg suka ketawakan kesalahan seseorng..
    contoh mcm org tu ckp bi x betul dan dijadikan bhan lawak..
    sakit ht tak? malu tak..

    BalasPadam
  13. Kadang-kadang kita rasa lawak sangat tapi orang lain tak rasa lawak lepas tu kita terkedu. Tak tahu nak kata apa :)

    Saya suka aje bab-bab lawak ni tapi kalau lawak menjatuhkan orang lain itu saya tak rasa lawak sangatlah. Contohnya macam melawakkan nama orang.

    BalasPadam
  14. Salam K.Diana..
    hahaha.. yg pasti, cma ketawa bila baca caption buaya2 tu..kelakar ke? :p

    BalasPadam
  15. hahahaha..entri diana yang ni lawak..pelik tak? hahaha..

    BalasPadam
  16. Kesian budak ni..Saperlah punya kerja ni...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)