Advertisement

ads

RESEPI MUDAH UDANG MASAK SOS

Assalamualaikum..

Maisara memang tak suka ikan..
pelik betul sebab ibu dia ni suka ikan..
Maisara lebih suka udang,ketam dan kerang.
Dia suka kalau saya masak  3 haiwan tersebut
dengan resepi yang simple2 je..hahahh
dan yang paling dia suka masak guna sos cili.

Hari ni saya nak kongsi jugak resepi mudah ni..
bagi yang lapar dan malas nak
lambat2 masak
ini resepi paling mudah untuk korang.
walaupun mudah tapi sedap..


bahan-bahan

Udang Masak Sos


10-15 ekor udang}digaul dengan garam dan kunyit
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih di hiris
1 inci halia di hiris
3 sudu besar sos cili
Cili hijau
3 sudu besar minyak masak

cara-cara nya

~Panas kan minyak dalam kuali dan goreng udang..
jangan garing sangat..

~lepas tu tolak udang ke tepi kuali..tak payah angkat masuk pinggan pun..

~tumis bawang besar,bawang putih dan halia...kemudian masuk kan sos cili..

~besar kan api dan terus sebatikan sekali dengan udang tu.campur cili hijau kemudian angkat.
jangan lama2 sangt masak nya.tak payah bubuh garam lagi sebab udang tu memang dah ada garam dan sos tu pun dah ada garam...

dah siap..boleh makan

Resepi ni saya masak semalam sebab Maisara kata dia tak makan pajeri nenas dan ikan merah.sabar je la..terus buka peti ais bawak keluar udang..kalau tak masak tak kan nak makan nasik dengan ayam goreng semata-mata..kan??hai la anak..mujur dapat ibu rajin melayan..

hahahah..sempat lagi puji diri sendiri..:P

sekian