RESEPI AYAM MASAK KICAP PALING SENANG TAPI PALING SEDAP

Assalamualaikum....

Heheh.tajuk nye..jangan marah...
Paling sedap gitewww...



Selalunya kalau saya pening tak tahu nak masak apa
Mesti saya akan sms suami kat tempat kerja..
'Abang nak kita masak apa hari ni..'
Walaupun dah tau dia akan jawab .."masak kicap"
Tapi saja gatai nak tanya jugak..
Hahahhh

Dari ayah sampai ke anak2 semua suka masak kicap.
Tak kisah la daging ke,ikan ke,ayam ke..
Kalau masak kicap mesti terlajak makan.
Ibu nye je yang tak makan kicap .heheh

>
Ada orang buat masak kicap
kuahnya pekat dan ada yang cair.
Biasanya pekat sebab dia campurkan dengan sos cili.
Tapi kat rumah ni diaorang suka yang biasa2 saja..
Tak cair tak pekat..




Meh saya nak ajar cara masak
Ayam masak kicap yang mudah dan sedap

Bahan A
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka.
1/2 cawan kicap cair
Garam dan kunyit

Bahan B
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih

Bahan C
1 biji bawang besar di hiris
(Jangan nipis sangat.
2 biji cili hijau atau cili merah
Daun bawang dan daun sup di hiris.

Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

1-potong ayam dan bersih kan.gaul dengan garam dan kuyit dan goreng.tak perlu sampai garing.angkat dan masuk kan ayam kedalam bekas berisi kicap tu.kemudian ketepikan..

2-tumbuk sampai lumat  semua bahan B..panas kan 3 sudu besar minyak kemudian tumis bahan B hingga garing..

3-masuk kan ayam goreng yang dah di campur dengan kicap tadi.perlahan kan api dan bubuh sikit air supaya tak hangus.jangan boh banyak2..tak nak cair sangat.

4- Bila dah mendidih sikit masuk kan bahan C.kacau2 sikit.sekarang  dah siap..tak payah masuk kan garam.sebab ayam tu dah ada garam.

Selamat mencuba..


Sekian..

RESEPI AYAM MASAK KICAP PALING SENANG TAPI PALING SEDAP RESEPI AYAM MASAK KICAP PALING SENANG TAPI PALING SEDAP Reviewed by Diana Rashid on 12:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.