Advertisement

ads

PULAU PINANG TAK LA SETERUK ITU...

Assalamualaikum...



Lahir di Perak,bekerja di Johor Bahru dan sekarang menetap hampir 10 tahun diPulau Pinang . Bila sebut Pulau Pinang ada orang fikir orang melayu mesti susah kat Pulau Pinang ni . Susah sebab kata mereka orang melayu/islam tak dapat beribadat dengan tenang kat masjid2.

Saya pernah dengan orang kata kat Pulau Pinang ni nak dengar azan pun susah.Terkejut jugak saya sebab kawasan rumah saya ni melayu ada sejemput ja..yang ramai india dan China . kalau kat surau rumah saya ni memang tak ramai jemaah nya sebab melayu tak ramai.Tapi setiap waktu ada je bunyi Azan.Waktu subuh pun tetap ada Azan.



2 km dari rumah saya ada masjid jugak.dipersilakan datang setiap hari sebab masjid kami ni setiap malam ada tazkirah dari ustaz2 yang dijemput.SETIAP MALAM..30 hari dalam sebulan.Kadang2 ada kuliah subuh jugak..Kalau tak percaya boleh la tengok page Masjid jamek al-ihsaniah simpang ampat.Diatas tu jadual kuliah nya..Ada Azan jugak.sampai rumah saya pun masih boleh dengar azan dari masjid Simpang Ampat ni..

Masjid kat sini nak sunyi pun waktu tengah malam.waktu subuh sampai isyak ada saja jemaah yang datang.Suami saya kata masjid kat sini waktu subuh pun ramai dengan budak2 dari sekolah tahfiz berjemaah di sini.kenapa?sebab ada majlis ilmu di masjid,ramai yang nak datang..

Saya pernah pergi bercuti disebuah negeri.tak payah la disebutkan namanya.Waktu asar kami singgah di satu masjid di pekan T untuk solat,rupa2nya masjid di kunci.Waktu Asar kunci masjid??maknanya masjid tu waktu siang memang tak ada pengunjung nya.

Dinegeri yang sama hari dan waktu yang lain bulan puasa kami singgah satu masjid yang lain untuk solat maghrib,masjid di BK.penduduk kat situ ramai melayu..boleh kata semua melayu kot,tapi jemaah nya ada 3 orang .tu pun tua2 bongkok ja.lepas maghrib duduk tepi tiang kat luar masjid sambil balut rokok daun...sayang nya.kalau ada tazkirah atau majlis ilmu mesti ramai nak kemasjid.

Baru2 ni saya balik ke kampung.waktu maghrib suami ke masjid dan tak sampai jam 8 malam dia dah balik rumah.saya tanya kenapa balik awal..kata suami saya..."dah habis solat maghrib depa tutup kipas lampu semua,kunci masjid lepas tu semua balik...abang pun balik la..."...

Jadi..macam mana tu??Pulau Pinang teruk sangat ka?atau ada lagi yang lebih teruk?


sekian..




Catat Komen

20 Ulasan

  1. Haha.. orang yang tak duduk kat tempat tu dia tak tahu keadaa sebenar..manusia, suka bg pendapat..

    BalasPadam
  2. ye la kan hanya dengar dr media2 nie

    BalasPadam
  3. Tak perlu rasanya sampai nak kunci masjid tu kan..

    BalasPadam
  4. suka snagat balik kampung hubs..lagi satu kat penang makan best2..hahaha

    BalasPadam
  5. persepsi org macam2 kak .depa bukan tahu . tahu cakap jeee sedap mulut je .

    BalasPadam
  6. suppose dtg n tgk sendiri. kalu dgr ckp2 org, mmm smpi bla pun x sudah

    BalasPadam
  7. Munna belum pernah sampai pulau pinang lagi

    BalasPadam
  8. haha..panas artikel ni kak Diana.orang yang buat cerita macam tu saja nak buat sentimen perkauman je.

    BalasPadam
  9. yup....sha setuju....sha dlahirkan di penang..sha tinggal kawasan pulau....Alhamdulillah slama sha d penang x penah ada masalah beribadat....setiap waktu mesti dengar azan walaupun komuniti Islam x ramai...masjid sentiasa ramai utk solat berjemaah cos ada2 ja majlis yg dbuat...Alhamdulillah

    BalasPadam
  10. selagi kt sndiri tak rasa kt tak tau mcm mana tmpt tu...

    BalasPadam
  11. Yang bercakap tu sebenarnya tak tahu hal yang sebenarnya. Main cakap aje dengar kata orang mungkinnya. Kita ni yang duduk di luar Pulau Pinang memanglah tak tahu. Kalau tahu pun dari bacaan dalam media cetak mahupun elektronik.

    Btw, saya macam nak jenjalan ke Penang je cuti sekolah ni tapi plan saya sentiasa adhoc. Kita sebenarnya jarang plan main rasa nak pergi jom gerak masuk kereta. Takut takda hotel kosong jek nanti. Nangis tepi jalanlah nampaknya. Opppss...terkeluar tajuk! Tapi still pasal Pulau Pinang :)

    BalasPadam
  12. yang sebenarnya tengok pada kariah tempat tu juga kan. kalau aktif, sikit org islam pun bergerak je aktiviti

    BalasPadam
  13. Sebenarnya yg cakap tu pun tak pernah tgk sendiri keadaan di penang. Just dengar media dan org cakap.. Silap silap yg cakap tu pun jarang ke masjid..

    BalasPadam
  14. saya dah beberapa kali jugak ke Penang.. tengok atas sstgh tempat di Penang la kan.. ada je tempat yang cukup tempat beribadah semua untuk kita umat Islam..


    Mungkin lepasnie nak pegi lagi Penang.. banyak tempat2 menarik kat sana.

    BalasPadam
  15. Masjid simpang empat selalu sangat lalu time keje ibiden dulu...diana duk tmn tu ke? Apa dah nama tmn tu..taman tasik mutiara ke apa..mmg ada jgk kenalan ibiden yg duduk situ..

    BalasPadam
  16. Politik dan persepsi media yang membayangkan Penang ni macam dah teruk sangat umat Islam nak amalkan Islam. Padahal biasa je. Sama macam negeri-negeri lain jugak.

    Lagipun, negeri-negeri utara ni kan famous dengan tradisi sekolah pondok. So, amalan ibadah di kalangan masyarakat lebih kuat berbanding sesetengah tempat lain di Malaysia.

    BalasPadam
  17. Depand pada tempat jugakkan DR.....syukurlah kita masih diberi peluang untuk mendengar azan pada setiap waktu solat....alhamdulilah

    BalasPadam
  18. mcm2 la manusia ni.. men cakap je.. tanpa selidik.. ish susa hidup cmtuu -,-

    BalasPadam
  19. kena pegi sendri & rasainya baru tahu..
    apsal pulak masjid dikunci bila tiba waktu..eh2..pelik nye

    BalasPadam
  20. Salam, haaa kena pergi dulu kan baru tahu hidup kat sane cmane..aku pun xpernah pegi lagi penang, tp aku rasa takdelah seteruk singapore smpi nak azan pun xbleh..
    pasal masjid kunci tu plak, area sini pun ade...mmg menyusahkan, tp orang2 kita skang yg dah tak betul, jadikan masjid utk wat kerja2 xbermoral...sbb tu lah masjid terpaksa dikunci..haihh~

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)