Advertisement

ads

PERJALANAN TERJAUH DAN TERBERAT

Assalamualaikum...

Perjalanan Terjauh Dan Terberat




Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya.
Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yang seminggu sekali pun terlupa.
Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya.
Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah,
Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dengan semangat yang membara.
Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yang tidak mampu mereka tempuh,
walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yang kuat dan bertubuh sihat yang mampu menakluki
puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun
sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam.
Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.


Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku.
Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid.
Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki,
tidak ada perjalanan yang paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu.
Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu.
Itulah perjalanan yang diajarkan oleh nabi serta perjalanan yang
akan membezakanmu dgn orang-orang yang lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dalam
 gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

sekian..

sumber:pakcik saya

Catat Komen

10 Ulasan

  1. Salam, akak...sedihnya...mmg terkesima bila baca ini..memang betul tu.. :( wuwu

    BalasPadam
  2. memang betul ni..terasa menusuk ke kalbu

    BalasPadam
  3. Betul tu, Diana. Inilah yang paling sukar dilakukan jika tak kena gaya. Bak kata mak mentua saya yang datang melawat sikit hari dahulu - terlalu banyak masjid/surau di Malaysia, kenapa terlalu sikit manusia di dalamnya?

    BalasPadam
  4. ada dapat kat wassap pagi ni. sangat memberi kesan dan keinsafan..

    BalasPadam
  5. Salam K.Diana..
    alhamdulillah..terima kasih atas peringatan..insyaallah...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)