Advertisement

ads

JIKA SUAMI TERPAKSA BERJAUHAN DENGAN ISTERI.....

Assalamualaikum...




Ada rakan2 sekerja suami saya yang dihantar oleh pihak syarikat ke
luar negara baru2 ni..
Saya pernah tanya pada suami..
"kalau la abang dapat tawaran kerja atau MK (nama tempat kerja suami)
nak hantar abang kerja kat luar negara jauh2 nun,abang pergi tak..?"


...dan suami saya jawab tak..
Rupanya memang dia pernah dapat tawaran tu
tahun lepas.Tapi dia tak mahu..
katanya sebab memikirkan saya dan anak2 yang masih kecil2 lagi
tak sanggup rasanya nak tinggal..

Bukan takut saya tak boleh nak berdikari
tapi kata suami dia sendiri tak sanggup dan takut sampai sana
dia akan rasa kesal dan bersalah..
kalau pergi setakat seminggu dua tak pe la.
tapi sampai makan tahun tu dia tak sanggup..

Bagi suami saya..
tempat dia adalah di sisi saya dan anak2.
Tugas utama suami bukan semata2 mencari duit untuk keluarga
tapi tanggungjawab seperti melayan anak2,
bagi didikan agama pada keluarga,
bantu isteri kalau isteri dalam kesusahan ..
itu semua pun satu kewajiban..

Jadi kalau dia kesana dan saya seorang disini menguruskan anak2
dia rasa seperti tidak bertanggungjawab pulak.
Apa guna kalau dia disana dan saya disini
tapi hati dia disana tak tenang sebab asyik memikirkan
kesusahan isteri menjaga anak2 kat sini.


Jujurnya saya mengaku saya sangat bertuah dapat dia.heheh..
sebab memang dari dulu lagi kami menjadi keutamaan nya.
saya faham tak semua orang bernasib baik seperti saya..:p

Ada suami atau isteri yang tak boleh nak tolak jika
dapat peluang bekerja di tempat lain dengan bayaran yang lumayan.
Kita bukan berada di tempat yang sama..kan??
jadi nasib kita juga dah tentu tak sama dan ada sesetengah perkara
yang awak tak boleh elak kan..

Saya cuma berharap..
jika  ada kawan2 yang terpaksa berjauhan dari suami
kuatkan lah semangat.Anggap itu satu pengorbanan
untuk awak dan suami melalui kehidupan yang lebih
sempurna di masa depan bersama anak2.


sekian...

Catat Komen

15 Ulasan

  1. tak dapat bayangkan kalau terpaksa berjauhan dgn suami makan mase bertahun.. sebulan belum tentu rasa aman

    BalasPadam
  2. pernah ada pengalaman berjauhan ngan suami..mase memula kawen dulu..lepas kawen terus PJJ..kita di jepun..dia di mesia..huhu..

    sebab tu sekarang macam tamau dah kalau nak berPJJ..tu yg byk tolak tawaran mane2..huhu..rasa mcm tak sanggup..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah, saya berdekatan dengan suami..kesian tengok orang berjauhan..lagi-lagi ada anak..sangat kena bersabar..

    BalasPadam
  4. kawan saya dulu suami dia kena bertugas di iraq, korea..lama juga dia bersabar..yang penting hati pasangan masing-masing kan Diana :)

    BalasPadam
  5. PJJ mmg tak sangguplah. Tapi kalau family boleh ikut, best gak cari pengalaman kerja luar negara.

    BalasPadam
  6. Tak pernah PJJ. Setakat sehari dua tu ok lah ☺☺

    BalasPadam
  7. bukan pjj husband n wife..klu kena tggl g kursus pun dh lain macam je, apatah lg pjj..xsanggup..

    BalasPadam
  8. btol.. kalau bertahun, kita ikut jer... kah3

    BalasPadam
  9. baguslah macam ni..kalau terima pun make sure bawak anak isteri :)

    BalasPadam
  10. Oh, saya pernah berjauhan dengan suami. Baru masuk tahun kedua perkahwinan dan si Abang baru 4 bulan. Pontang-panting saya sendirian di sini dengan anak yang baru lahir walaupun ada mak dan kakak yang menemani dan membantu. Perasaannya tetap tak sama bila suami tiada. Umur Abang setahun sebulan, barulah suami saya balik semula ke Malaysia. Memang tak mampu nak dielakkan. Tapi saya ni, hari-hari menangis. Asal masak makanan kegemaran suami je nangis. Asal nampak anak je menangis. Sampai kering air matalah! Memang tak tahan dugaan.

    BalasPadam
  11. aduh.. tak leh bayangkan klu pjj... hanya yang btul2 tabah je kuat. lg2 sejak beranak pinak ni...

    entry terkini...Maaf Jikaku Tak Sempurna - Dari sudut aku

    BalasPadam
  12. Laki kerja jauh? Err sy pun x sanggup. Dia kena out station dua mgu pun sy dah rasa tak best. Giler stress urus 4 askar sorang2

    BalasPadam
  13. suka entri ni...beruntungnya akak... :)

    BalasPadam
  14. Salam, ouchh touchingnya aku baca :'( wuwuwu...bertuah kau kak..aku doakan korang sekeluarga bahagia dunia akhirat..aminn~~ suka entry ni :)

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)