Advertisement

ads

JADI SURI RUMAH KENA BIJAK BAHAGIKAN KERJA SUPAYA TAK LETIH

Assalamualaikum...



Rumah saya memang sentisa bersepah..dengan kertas nya dengan mainan anak2..Nak buat cemana..kan?anak2 tengah membesar..Tapi tak pe la..sebab saya ada cara tertentu untuk uruskan rumah supaya bila tetamu datang saya tak kelam kabut mengemas.Boleh tak saya nak kongsi tips kat sini..??

1-setiap hari saya akan pastikan 4 tempat ini kekal bersih..
      *tandas
      *dapur
      *bilik tidur
saya tak payah kemas satu rumah.tapi 3 tempat ini memang setiap hari saya akan bersih kan.maknanya setakat stor,ruang makan,laman rumah dan bahagian lain saya cuma sapu lantai je..kemas mengemas ni hujung minggu saja.jadi saya ada banyak masa untuk buat perkara lain.



2-kalau dibahagian ruang tamu,itu tempat paling kerap kami sekeluarga berkumpul.jadi memang selagi anak2 tak tidur bersepah tiap masa la...kalau kemas rumah setiap pagi,ruang tamu ni setakat sapu2 je. bab menyapu 3,4 kali sehari jugak la dan lap2 je.tak payah beria2 mengemop,cuci kipas,gosok itu ini sebab bahagian ni cepat bersepah dengan anak2 punya hal. nak cuci beriya2 buat seminggu sekali sahaja.


3-saya juga ada sediakan bakul besar2 macam ni.ini bukan untuk letak barang lama atau kain baju ye..tapi bekas ni gunanya untuk kecemasan..Bila ada tetamu datang mengejut,bakul ni la saya akan capai dan cepat2 kutip mainan dan kertas anak2 tu masuk kan dalam bakul ni dan tolak tepi.jadi tak payah la bergegas2 nak ambik penyapu nak sapu semua tu .lepas tu nak kutip mainan dan cari kotak mainan dan sebagainya.Lepas tetamu balik saya uruskan la benda2 dalam bakul tu.asingkan mainan anak dan kertas2  tu



4-satu lagi cara saya,.saya tak suka simpan benda yang saya tak kan guna.ada orang yang kotak besar lubang hidung pun nak simpan.pelik tak??saja simpan sebab comel katanya..mula2 nampak comel la..lama2 rumah jadi comot.jadi jangan simpan benda2 yang tak berguna ye.buang je.



5-untuk bahagian dapur,kalau nak nampak kemas jangan simpan barang2 dalam beg plastik.apa yang korang beli cepat2 simpan dalam bekas tertutup atau dalam peti sejuk.tak mau gantung2 plastik kat dinding ke,atau penuh kan atas meja dapur dengan beg2 plastik.bubuh dalam bekas dan susun cantik2..nak guna nanti senang nak cari.

saya ni surirumah biasa sahaja..kalau hari2 nak kemas satu rumah memang letih dengan anak yang masih kecil nih.jadi kena la bijak membahagiakan masa dan kena pandai atur kerja supaya badan tak letih dan hati pun senang..

jadi sesiapa yang nak try macam saya ,selamat mencuba ya..

sekian..

Catat Komen

24 Ulasan

  1. Baiklah , kita ikut nasihat puan surirumah. Hahahaha. Tapi dah kalau balik keroje je dah pukul 7 malam , ate hujung minggu juga kemasnya. Ekekeke. :P

    BalasPadam
  2. Ohh...that is so true...Nad pun fulltime homemaker...dapur adalah tempat yang paling penting dan harus sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan kemas...

    Nad paling tak suka kalau dapur kotor...kalau balik dari beli barang dapur memang akan cepat2 kemas...tak suka lambak atas meja biar je macam tu.. sakit mata...

    Jemput join...
    Giveaway "Saya Nak Sihat" Sept 2014

    BalasPadam
  3. nice tips..bkn suri rumah pn boleh amalkan ni...mmg kelam kabut nk setel semua benda dgn masa yg sgt terhad..bila konsisten mcm ni senang..jimat masa :)

    BalasPadam
  4. Info yang berguna. Suka blog sis ni banyak tips. Dilla follow

    Jemput singgah blog

    BalasPadam
  5. Tips yg bagus kak. Tersusun dan tak kelam kabut.

    BalasPadam
  6. bagus-bagus. yang sediakan bakul kosong tu idea menarik. memang biasanya ruang tamu yg paling bersepah. macam baru seminit aku kemas, dah dia selongkar balik. memang hobi kekanak ni ialah buat lembang mainan atau barang yang tersusun kot. huhu.

    BalasPadam
  7. Akak balik rumah sendiri seminggu sekali. So, tak kira nak kemas apa saja pun, semuanya hujung minggu jer. Macam tak cukup jer 48 jam tu rasanya.

    BalasPadam
  8. yup. setuju sangat2.
    mmg buat kerja rumah kena planning. mcm lin, kerja.. so, setiap hari tu, ada je kerja yang lin buat. tp tak semua. sbb tak nak letihkan badan. esok nak pergi kerja lagikan... mmg kena bijak la jadi orang perempuan ni.

    entry terkini...Makan je kerja aku ni!!!

    BalasPadam
  9. wahh..berwajah baru dah blog diana..nampak sgt lama tak singgah kan..haha..

    kita pon mesti ada bakul besar tu utk emergency..haha..

    BalasPadam
  10. dapur saya jenis selari dgn ruang tamu, mmg wajib cun selalu. malu kalo org Nampak dan serabut mata sendiri tengok.

    gd sharing Diana, tips mengemas utk semua sebenarnya ni.

    BalasPadam
  11. Terima kasih kongsikan tips yang berguna ni...leh buat rujukan ni..haha

    BalasPadam
  12. kak , kotak besar lubang hidung tu cm ne saiz nyer? ;-)

    BalasPadam
  13. tul tu...kalau semua nak buat setiap hari mau pengsan...dengan anak2 lagi...part kemas ruang tamu tu mmg tul la...selagi tak malam selagi tu la tak berkemas...kemas tak smpai 5 minit mesti dah bersepah balik...

    BalasPadam
  14. tips dapur tu saya setuju...saya pun tak suka sangat sepah2...balik dari beli barang, semua terus keluar dari plastik...masuk peti, masuk drawer, masuk bekas segala bekas...haha...

    BalasPadam
  15. para ibu atau kaum hawa patut tahu semua nih hehee..bab bakul tu mmg saya ada juga kat rumah hahaaa..

    BalasPadam
  16. Budak-budak saya benarkan sepahkan mainan kat satu tempat je. Kalau pergi tempat lain, saya start 'mengaum'. Saya pulak selalu ambil berat ruang tamu sebab bila tetamu datang, itu tempatnya nak bersantai.

    BalasPadam
  17. bab bakul besar tu sama la kita..if emergency case..huhu
    saya memang jenis pejam mata je kalo buang barang tak nak pakai dah termasuk botol susu anak..taknk simpan buat kenangan ke hape..

    BalasPadam
  18. Kalau asyik nak kemas rumah je, fengsan la mak cik...hu2, baguslah boleh amalkan,,,

    BalasPadam
  19. berguna sgt ni utk saya yg bekerja dgn ank kecik ni..tq

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)