Advertisement

ads

BOLEH KAH NASIHATKAN KAWAN UNTUK MENUTUP AURAT

Assalamualaikum...



Saya tak tahu lah kenapa kita cukup takut nak berterus
terang pada kawan2 kita yang belum menutup
aurat tu supaya sudah masanya mereka menutup apa yang sepatutnya.
Bila kita tengok ada artis yang tua2
masih berambut perang dan berbaju singkat dan ketat
mesti kita akan kata.."tak ingat mati ke.."

Tapi bila kawan2 kita sendiri yang macam tu
perasaan nak tegur tu tak de langsung.
Kalau ada yang menegur kawan kita tu
lagi kita pertahan kan dia ada la..
Risau hati kawan tu terluka...



saya sendiri pun sebenarnya macam tu jugak..
sedangkan ada di kalangan kawan2 saya masih belum bertudung..
masih seronok dan selesa dengan legging nya..
masih suka mencukur alis
Tapi nak tegur dan suruh dia berubah tu memang tak pernah terlintas.
Paling2 pun saya doakan  je la
supaya mereka berubah..
(Ayat biasa bila kita malas nak panjang2 kan citer..heheh)

Tapi..
salah ke kalau kita berterus terang??
meh nak kongsi tips cemana nak nasihat kawan
supaya dia tak kecil hati..

1-jangan lakukan nya di depan kawan2 lain atau orang ramai atau dilaman sosial
2-nasihat dia dalam keadaan santai .
3-jangan luahkan kata2 kesat.
4-Nasihat  dia sambil memegang tangan atau menyentuh bahu nya.
5-Aurat ialah perkara peribadi jadi ianya agak memalukan jika seorang lelaki menasihatkan perempuan tentang aurat.nasihat dari sama jantina lebih berkesan dan tidak memalukan.
6-beri masa dan jangan memaksa


kebiasaan nya mereka2 ini akan memberi alasan bahawa tak mahu berubah kerana ianya seakan2 tidak ikhlas atau berpura2 sedangkan hati belum terbuka untuk menutup aurat..Tugas kita untuk meyakin kan mereka bahawa dalam islam perkara yang wajib itu tidak ada istilah "berpura-pura" atau "belum sampai masanya" ..nak tak nak kita kena buat sebab itu namanya "WAJIB"

jangan tak tahu kita juga akan di tanya dan dipersoalkan tentang hal ini di akhirat kelak bila mana kita tidak pernah cuba untuk merubah orang2 yang kita sayang ini...


Sekian..


Catat Komen

17 Ulasan

  1. Kalau orang yang sesuai, saya pernah juga melawak pasal suruh tutup kepala .. kalau sekali sekala diorang pakai tudung untuk majlis, saya pujila lawa bertudung.. harapnya diorang faham la maksud.. nak paksa orang ni lagi2 yg dah tua rasanya payah..

    BalasPadam
  2. ramai yg mudah melenting bab agama ni..bila kita nasihat wp btujuan baik..dikatanya kita ni berlagak baik..emm..

    BalasPadam
  3. memang susah nk tegur..takut kang die xbetegur ngan kite dh..tp wat ms ni xde lg la kwn cmtu..

    BalasPadam
  4. Tips yg bagus ni diana. Mmg serba salah. Tp kalau betul2 kwn rapat, ada jugak cuba2 ckp dgn nada santai.

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum... diana,

    bagus diana tips2 nie.. nasihat pasal tutup aurat nie kekadang kena guna pepatah nie.." tarik rambut dalam tepung , rambut jangan putus tepung jangan berselerak"...

    mselim3

    BalasPadam
  6. Salam, kak...yup aku pun pernah fikir benda ni..yg kita tak kenal bolehlah kita tegur2 sesuka hati, tp bila kawan sendiri rasa mcm tak terkeluar kata2 nak menegur tu, maybe sbb kenal, dan rasa dia baik even tak tutup aurat..kecih hati tu pun satu hal..thanx for those tips..harap mampu menegur kawn2 sendiri lepas ni..wuwu

    BalasPadam
  7. peringatan yg bagus kak. ada kalanya sy pun takut utk menegur kesalahan seseorg. sbb teralu memikir, bagaimana kalau rakan td mempersoalkan diri kita yg belum sempurna. moga lepas ni memebranikan diri utk tegur demia kebaikan dirinya dan diri kita jg

    BalasPadam
  8. peringatan yg bagus kak. ada kalanya sy pun takut utk menegur kesalahan seseorg. sbb teralu memikir, bagaimana kalau rakan td mempersoalkan diri kita yg belum sempurna. moga lepas ni memebranikan diri utk tegur demia kebaikan dirinya dan diri kita jg

    BalasPadam
  9. betul tu sis...dan salah satu cara lagi, tunjukkan akhlak yang baik dengan kawan kita tu..sentiasa bersama dia susah dan senang...mudah2an satu hari nanti hatinya terbuka untuk berubah kepada lebih baik kerana akhlak kita...insya'Allah

    BalasPadam
  10. semoga mereka cepat sedar sebelum terlambat..

    BalasPadam
  11. Yang menasihati dan dinasihati mesti bersedia berlapang dada dan berfikiran positif..yang menegur bersedia untuk dibidas kembali dan yang ditegur mesti terima dengan telus dan redha,,

    BalasPadam
  12. Kalau sayangkan kawan kita kena tegur walaupun pahit....

    BalasPadam
  13. dah banyak kali juga nasihat...tapi masih tetap sama...semoga kawan2 ku diberi hidayah...

    BalasPadam
  14. saya juga tak cukup keberanian untuk menegur
    biasa ambik pendekatan berdiam aje
    moga mereka diberikan petunjuk

    BalasPadam
  15. sy dlu nasihatkan adik adik. ..kne byk sbr

    BalasPadam
  16. Lama dulu sebelum saya bertudung, ramai kenalan juga beri nasihat tapi saya tak makan nasihat. Bukan kerana apa, cara mereka menegur sedikit kasar dan rasa macam mengutuk sesaja. Tapi ada seorang kawan ni memang lembut orangnya. Bila tengok saya cuba-cuba pakai tudung dia pun berkata - Cantiknya awak kalau bertudung. Wah, bangga dalam hati walaupun tak tahulah betul atau tidak. Pun begitu, bukan sebab itulah saya bertudung. Saya rasa dah cukup lama saya tak tutup aurat sedangkan perkara itu wajib maka saya tutuplah segala aurat yang ada bagi seorang perempuan :)

    BalasPadam
  17. Nak tegur boleh je cuma kena pada caranya yang betul. Jangan tersalah cara menegur takut nanti disalahfaham oleh kawan tu dan mungkin boleh porak perandakan ikatan persahabatan.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)