Advertisement

ads

ADAKAH ANDA IZINKAN SUAMI ANDA KELUAR MALAM?

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..mujur la suami saya bukan kaki lepak kat kedai mamak atau keluar berjumpa kawan2 sambil lepak2...kalau tidak jenuh jugak dia nak kena isi borang ni.hahaha..memang ada suami yang tak sedar diri dah berkahwin dan dah beranak pinak masih nak melepak dengan kawan2 ..ada yang kata  nak "ngeteh"..Dia bukan tak tahu dia ada anak dan isteri di rumah,cuma dia tak tahu apa yang dia buat tu sebenarnya salah.lagi2 bila dapat isteri yang jenis suka pendam je .tak berani nak berterus terang dengan suami..lepas tu lama2 mula makan hati.



Si suami pulak lagi tengok isteri diam,lagi panjang langkah nya..mula-mula minum2 setakat jam 10 je..lepas tu makin berani lajak sampai jam 12 dengan alasan nak tengok EPL..padahal kat rumah tu ada banyak benda lebih penting dari EPL yang perlu di buat.

Dah la waktu siang si suami pergi kerja.sampai  rumah dah jam 7.mandi solat,makan malam kemudian terus capai kunci motor.."abang nak keluar minum jap dengan si Anu.."..amboi..bahagia nya hidup.Apa awak ingat tanggungjawab suami cuma keluar kerja je ke?perhatian pada isteri dan anak-anak tu siapa nak bertanggungjawab?


Alangkah baiknya kalau waktu malam itu di isi untuk anak-anak dan isteri.Isikan dengan solat berjemaah,pantau pelajaran anak-anak,berbual dengan keluarga sambil bersantai depan tv.itu lebih baik dari keluar melepak.Awak pun bukan muda remaja lagi...


sekian..

Catat Komen

15 Ulasan

  1. Asben saya pun lbh kurang macam asben kak diana jugak x gemar nak lepak malam2 dengan kengkawan. dia berkawan masa keja jer.. abis keja dengan anak bini je dia berkawan. nak keluar pun dengan kita jer..

    BalasPadam
  2. hahaha...Alhamdulillah..laki kita jenis duduk di rumah..kalau dia kuar minum pon mesti dia ajak join sekali..haha..

    BalasPadam
  3. jenihlah kita nak buat filing kalau guna borang ni..
    pastu bergaduh pasal borng tak lengkap plk..
    kita xleh kalau buat kerja form, record2 x lengkap ni.. nanti nak audit susah

    BalasPadam
  4. Nehi ! Nehi ! Nehi ! Hahaha. Kalau kita print borang ni. Mau sampai hujung tahun penuh almari. T_T

    BalasPadam
  5. betul tu..bak kata en.suami.."bukan bujang lg nk melepak lama2 camtu..dah tua pon.."kih2..
    tp sesekali kluar ok je..setakat lepak sejam 2..tak pun g main badminton sebulan sekali..ok je

    BalasPadam
  6. Saya memang kaki lepak mengeteh malam-malam yang tegar. Tapi bukan selalu la kan. Kalau kerja kat rumah banyak lagi terbengkalai, sure better duduk rumah aje la.

    BalasPadam
  7. husband saya time cuti ada jugak hangout malam2 dengan kawan2 kampung. nasib baik kedai dekat ngan umah ja :D

    BalasPadam
  8. so far Mr Big tak cam tu lah.. ada jugak kuar malam tapi sekali sekalanye.. kekadang dia heret kita sekali suruh pi gak hehehhehe..

    BalasPadam
  9. Yang ni saya memang one happy wife gitu :) Suami saya tak suka ngeteh/keluar malam/borak ngan kengkawan sampai pagi. Husband saya kalau hari cuti, memang keluarga je keutamaan. Kalau malam hari, makan dengan famili, menonton TV berjemaah lagi afdal. Kalau nak keluar pun siap tanya isteri dulu boleh ke tidak. Saya bukan queen control tapi dah suami yang suka nak tanya kat kita, okey jelah. Harapnya berkekalan perangai ni sampai ke tua :)

    BalasPadam
  10. Salam, yup betul tu. Sy ni bersyukur sgt sbb ayah sy bukan jenis suka melepak...dia selalu pergi surau tiap kali maghrib..lepas tu terus balik rumah, xmelencong..alhamdulillah..

    BalasPadam
  11. Seeloknya stay kat rumah je la kan :)

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..suami pun bkn jenis yg kuar lepak mlm2..klu kuar pun ngan pak mertua je gi mnnm kt mamak..hihi

    BalasPadam
  13. kadang-kadang keluar malam sekejap dpt banyak input dari kekawan dan yang x keluar malam tu kurang dapat input

    BalasPadam
  14. Bini kata keluaq la lepak lama mana pun,jgn xbalik rumah sudah lah. (Keluar sesudah abis buat apa yg patut pd keluarga).

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)