Assalamualaikum..
Dalam seminggu dua ni saya rasa macam tak banyak benda yang saya boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog senyum-senyum ni.Tapi saya akan cuba lawat blog kawan2 selepas anak-anak tidur.
Disebabkan apa yang terjadi pada Maisara di sekolah baru2 ni saya mahu emosinya di ubati.
Saya yakin semasa di sekolah pun dia tak boleh nak tumpukan perhatian sangat pada pelajaran.Sebab dia sekarang memang cakap tak mau pergi sekolah.Selain mengharapkan bantuan dan kerjasama guru-guru di sekolah tu saya di rumah pun banyak mengajar dia supaya apa yang dia tak dapat tumpukan di sekolah ,semuanya tak tercicir.Saya nak dia suka pada sekolah semula.
Mesti ada yang berkata saya terlalu melebih-lebih tentang hal anak-anak.Jujurnya saya mengaku bila melibatkan anak-anak memang saya jadi melebih-lebih.Mereka adalah masa depan saya.saya tak boleh pandang ringan.
Kalau masa saya belum kahwin dulu saya tak kesah pun kalau ada orang pukul saya,bergaduh dengan saya.InsyaAllah..bila kita bertemu saya boleh senyum dengan dia.berbual macam tak ada apa-apa yang berlaku.Tapi bila dah bertukar status semua tu saya tak mau berlaku.Anak saya 24 jam dengan saya.Apa-apa yang berlaku pada saya mesti diaorang nampak.Sedikit sebanyak perasaan mereka pun akan terjejas.Apalagi perasaan suami Saya,
Sebab itu bila sampai melibatkan anak-anak saya terus jadi tak de tolak ansur.Awak buat salah,saya maafkan tapi nak bebaik macam dulu saya tak boleh lagi..
Susah kan bila berjumpa orang macam saya.??hahah..nak buat macam mana,..keutamaan saya sekarang ni pada suami dan anak-anak saja..
sekian...
Cendol Bawah Pokok Pasar Besar Seremban
10 minit yang lalu
11 Ulasan
samalah kita diana
BalasPadamsaya pun mudah emosional kalau melibatkan anak-anak
sebab mungkin kita ibu
hati tu macam dihiris-hiris
cuba pergi sekolah tanya kot jumpa jawapan
aritu saya ada pergi sekolah juga sebab afif tak mahu eprgi sekolah
cikgu mengaku dia pukul sebab afif tak mahu belajar
saya accept alasan tu
bagi nasihat dekat afif kalau tak nak kena pukul kena rajin belajar
sekarang nampak ok
betul la tue family first
BalasPadamsaya tak sangka lak kes maisara tu jadi seserius ni. Yup.. saya pun jenis protective jugak bila dah ada anak. saya faham sbg ibu yg x pernah berenggang dengan anak memang emosi kita mudah terganggu apa yang melibatkan anak nak2 lagi ada org ganggu emosi anak kita. Sampai dia hilang minat ke sekolah tu agak serius sebab memang emosi dia dah terganggu dengan kejadian yg bg dia memalukan sangat. Kak diana bawak berbincang dengan cikgu.. atau kalau dia tak nak jugak maybe kena tukar sekolah jugak. tp rasanya boleh settle lagi.
BalasPadamsama kes mcm aleesya ni...selalu kena buli kat sekolah kafa..dah bagitau ustazah supaya tengokkan..tapi mende tetap jadi jugak..last2 saya bentikan dia dari kafa...saya sendiri ajar dia skrang..walaupon selalu jer denga ada mulut2 yg tak puas hati..tapi sy puas hati saya dpt tgk sendiri peningkatan anak sy..
BalasPadamNormallakan kita sokong ank...bkn kita mnja kan dia ke apa kan..
BalasPadamTp bdk2 skg mmg suka mmbuli..saya taula sbb saya kan dok sekolah..kecik2 thun 2 pun pndai buli
rasanya semua mak2 akan jdi protective.
BalasPadamx tau nk ckp mcm mna hal cikgu tu..cuma hrp dpt penyelasaian terbaik..kita pun kalau bolh x mau nanti anak plk jd mangsa dendam cikgu.. selesai cr baik ye.
tak salah sebab anak kita kan.
BalasPadammungkin saya tak rasa lagi sebab tak ada anak lagi tapi kalau sepatutnya pun, ibu bapa berhak nak rasa macam tu
kesian maisara
BalasPadamakak pun pernah rasa apa yang maisara rasa..
moga semangat dia pulih nak ke sekolah, insha Allah yea Diana..
sabar dan doa
saya pun sama...mmg saya akan berlebih2 pasal anak...
BalasPadamEh, serius jadinya kisah Maisara ni! Sebenarnya sebagai mak memanglah kita akan jadi protective. Saya ni lagilah, superfreaking mak senang cerita. Kalau anak balik sekolah tengok tergarit muka sikit je, sikit je, mulalah hati kacau bilau. Terus soal siasat tak sampai rumah pun. Nak tahu cerita apa yang berlaku. Saya pesan pada anak, dalam kelas dia paling tinggi, paling besar dan tak patut dia takut pada sesiapa kecuali cikgu. Kalau ada yang nak buli, lawan balik. Lawan mulut je bukan lawan sampai naik tangan!
BalasPadamharap ade penyelesaian yang baik..kesian Maisara
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)