Advertisement

ads

TIPS MUDAH SUPAYA ANAK TINGGALKAN SMARTPHONE

Assalamualaikum...



Budak-budak kalau dah menangis memang susah la nak berhenti.
pujuk cemana pun tak ok jugak.
Cara paling mudah bagi je apa yang dia suka..
tapi hati2 ye..ada benda yang korang tak boleh bagi..
terutamanya gadjet2..



Ada orang suka tenangkan anak dia dengan
gadgej2 yang ada..smartphone,tablet,laptop dan sebagainya..
Tapi aku tak buat macam tu..
kalau kat rumah ,bila anak menangis mengamuk2,
aku buka pintu bagi dia duduk kat luar sekejap..



Biasanya buka je pintu terus dia diam dan melangkah keluar.
biarlah dia main kat luar sekejap
sampai dia lupa apa yang buat dia menangis tadi.

Cara lain aku ajak dia menyelongkar barang..
heheh..tempat yang paling dia suka la..
peti sejuk dan kabinet dapur..
semua budak2 suka nih..

Ramai ibu bapa yang akan bagi anak2 diaorang
smartphone bila anak dalam kenderaan..
alasan nya supaya anak duduk diam..
nyawa lebih penting..katanya..
memang la nyawa lebih penting.
tapi sebenarnya ada cara lain untuk tenang kan dia..
salah satunya bagi makan..
takut kereta kotor..??pulak dah..tadi kata nyawa lebih penting..heheh..
nak seribu daya,tak nak seribu dalih..

banyak benda anak boleh buat masa kita memandu..
mewarna,main puzzle dan bagi dia buku kegemaran nya..
sambil memandu kita berbual dengan dia
tentang benda2 dalam buku tu.

"anak tak suka buku2 dan mainan dia.."
mulai dari sekarang bagi ank suka..

dan yang last yang patut korang cuba,
untuk seminggu awal tempoh percubaan
jangan sesekali biarkan smartphone korang
kat meja makan la,kat atas tv la..atau tempat2 yang dia senang nampak.
sorok sampai dia tak jumpa...
walaupun dia tak mintak,korang jangan tunjuk..
nak call orang ke,nak terima panggilan ke
buat la kat tempat2 tersorok..

satu yang aku nak tekan kan..
cara paling berkesan sekali adalah luangkan masa dengan
anak sepenuh nya..jangan sambil layan anak,
smartphone dok kat tangan je..
tak elok macam tu..
aku sekarang pun kalau dengan anak,
aku pegang smaratphone bila nak ambik gambar je..
snap,post kat ig terus tutup..
tak de masa nak tunggu2 komen orang ke,nak tengok siapa like ke..
itu semua tunggu time depa tidur satgi..

tak boleh buat??usaha sampai boleh..
aku dengan suami boleh je buat..
korang pun mesti boleh..

Jom tengok cara ayah ni buat untuk
hentikan anak dia menangis..
dia tak bagi smartphone kat anak dia..
mungkin cara ni patut korang ikut...




 

<<<>>Ini lah masanya untuk anda miliki kereta VW..bukan 1 sebab tapi ada 100 sebab kenapa orang malaysia kena pakai kereta VW!!


Sekian..

Catat Komen

38 Ulasan

  1. salah satu cara mendidik diperingkat awal..:DD

    BalasPadam
  2. Setuju dgn cara kak diana.
    Bleh try kat anak buah yang kuat main gajet.

    BalasPadam
  3. klu dibesekn dgn gajet, nnti diorg anti sosial woo..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..saya tak didik anak dengan smartphone tapi maybe ada org lain y didik camtu..kalo dgn saya memang jarang fon ditangan melainkan dia asyik tgk kartun & saya lak tak tau nk wat pe..

    BalasPadam
  5. hahaah semat plak caranya.kalau anak saya yang tak paham apa2 lagi camne kak?

    kalau saya..letak lipas kat smarfon sebab jasmeen takut lipas hehe

    BalasPadam
  6. budak2 skang ni lagi hebat dari kita kalau sentuh smartphone...sekali sekala kena ajar jugak anak bergaul...hehe

    BalasPadam
  7. Ramai orang yang lebih sayangkan smartphone skrg... :)

    BalasPadam
  8. Betul tu..
    Sekarang ni gajet dengan budak2 dah macam mainan diorang, kadang tu diorang lg pandai dari kita kan..

    BalasPadam
  9. hahaha..same la..danish pun sukeee sgt main kt petiais n kabinet dapur..petiais tu kejap bukak kejap tutup..stress mama!tp budak2 ngan gadget mmg payah nk pisahkan kan kak diana..tu yang payah tu..danish ade la main mainan lain..tp klu skali dh hadap tab memang susah laahhhh..spi nset mama pun slalu jd mangsa..haihhh..

    BalasPadam
  10. hehehe baguih betul tip ni, bolehlah dicuba oleh mak2 ni

    BalasPadam
  11. dah terjebak.... payah dah nak undur balik .. ;)

    BalasPadam
  12. Nasib baik masa anak2 saya masih kecil2 dulu smartfon belum wujud, kalau tak agaknya sekejap2 saja smartfon rosak dihempap budak...

    BalasPadam
  13. Memang akan menjadi addicted bila kita dedahkan sejak awal lagi dgn gadget...saya nak cuba lah teknik bagi anak keluar rumah kejap tu :)

    BalasPadam
  14. Haha. Comel je video tu...
    tp betuk jugaklah, Budak2 zaman sekarang ni gadget je mainan dia...

    BalasPadam
  15. pandai nye budak tu ikut cakap ayah die. hahahah. tak ada anak lagi tapi rase nye mmg nanti tk nak bagi anak pakai phone ke ape time dieorang masih kecik2.

    BalasPadam
  16. boleh cuba cara akak ni nanti :)

    BalasPadam
  17. Tu lah psl... Mcm sy dulu dia baby sy yg ajar main . Ni dah besar ligat otak nk alih perhtian dia.ajak mewarna la apa la

    BalasPadam
  18. tips yg baik.. skrg ni, kecik2 dah diajar melekat dengan gadjet.. dah besar nnti, kalau x de gadjet, x bleh hidup.. hmm...

    BalasPadam
  19. budak2 zaman skarang...haiii

    BalasPadam
  20. tips yg baik....bg main pasir, kuatkan imuniti tubuh...main hujan kecuali orang yang duk flat jangan ler....khee

    BalasPadam
  21. salam. nice sharing..nanti dah ada anak..sy amalkan tips ni hehhe

    BalasPadam
  22. bg gadget ni macm temporry je diana.. x solve masalah akhirnya kan? itulh..kita ni pun kecil2 kadang suka bg luth hp..padahal dia belum fahm..main tekan2 tgk lampu je..lama2 nanti berebut nga ma..

    diri sendiri rasanya kena kontrol dulu.

    BalasPadam
  23. punca gadget lah boleh buat pemikiran anak rosak.

    BalasPadam
  24. bagus perkongsian ni
    in shaaAllah akan dipraktikkan satu hri nnti

    BalasPadam
  25. Kawe selalu cakap abis bateri jer.. :D

    BalasPadam
  26. Betul tips yg berguna n sy setuju...sy lebih dedahkan anak anak tgk video upin ipin n pembelajaran...berhibur smbil blaja

    BalasPadam
  27. Susah betul sekarang ni nak jauhkan gadget dari anak-anak. Kita tak amalkan tetapi entah manalah mereka dapat peluang pegang gadget ni. Kalau tidak, memang melalak. Nak cuba juga distract mereka dengan cara gini. Nak tengok berkesan tak cara ni dengan my anak-anak.

    BalasPadam
  28. Main tanah.main pasir tu kot gajet akak masa kekecik dulu.ngeee

    BalasPadam
  29. Gambar budak yg main kat luar tu, mikail ke? Btw, entry ni ditunggu2. Mmg la buat masa ni Luth belum ketagih dgn gadget. Tapi cuma utk preparation. Sgt berguna tips yg ajak selongkar barang tu. Dah teknik bg makan tu buat masa ni ada juga saya buat waktu saya dan suami makan. Saya bagi dia pegang biskut. So, dia khusyuk makan.

    Tapi saya, skrg ni time menyusukan dia tgn mmg dok pegang henfon. Pasni kena letak jauh2 henfon.

    BalasPadam
  30. Betul tu...xde masa berkualiti ngan anak2...mata pon cepat rosak nanti asyek mengadap skrin gajet je...

    BalasPadam
  31. Adoi.... Saya ni memang x bg anak main fon tp abah dia yg suke bg kononnye x nak anak ganggu masa dia guna laptop... Jenuh dah bgtau suami tapi dia x nak dengar. Kita yg Jadi mak ni yg risau. .... Dah la anak baru Seorang...

    BalasPadam
  32. OK gak kan.. Tak tau dah mcmana nak buat bila anak kecik pun sibuk dengan gajet.. Kalau tak dibagi mau menangis dibuatnya...

    BalasPadam
  33. anak2 kalau mengamuk sakan...ajak berendam dlm kolam...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)