Aksi ghairah dan kurang sopan Miley Cyrus di MTV Video Music Award telah mendapat kecaman dari berbagi pihak termasuk la seorang ibu yang lantas menulis surat untuk anak nya.Surat yang ditulis Kim Keller melalui blognya, Roadkill Goldfish, mengundang perhatian. Dalam tempoh tiga hari, surat ini dibaca oleh tiga juta pembaca dan mendapat 1568 komen setakat ini. Surat terbuka yang di beri tajuk “Dear Daughter, Let Miley Cyrus be a Lesson to You" itu menunjukkan kerisauan sebagai seorang ibu yang tak ingin anak perempuan nya melakukan perkara yang sama..
Anak ku, ambil pengajaran dari apa yang dilakukan Miley Cyrus.
Inilah yang terjadi bila dirimu selalu dipuji-puji. Inilah yang terjadi bila orang-orang selalu setuju dengan "tweet" dan gambar-gambar kamu di Instagram. Inilah yang terjadi ketika dirimu tidak punya ibu bapa yang mengingatkan atau mengatakan "tidak" pada pilihan baju yang kamu pakai, atau memukul punggungmu dengan kuat kerananya.
Jangan pernah berfikir untuk melakukan aksi seronok itu.Walaupun dirimu pernah berfikir untuk mencubanya,ibu berjanji akan menunjukkan pada kamu bagaimana bentuk gerakan twerk itu sehingga dirimu tahu betapa janggal dan tidak elok untuk dilihat.
Ibu akan memberi pita pelekat pada bibirmu supaya lidah tidak terjulur seperti anjing yang kepanasan. Ibu akan memukul lelaki yang kamu dekat2 pada bagian pelvisnya, malah ibu akan memukul punggungmu terlebih dahulu sebelum itu. Agar kamu tak lupa bagaimana caranya bersikap seperti seorang perempuan di depan orang ramai.
Kenapa ibu berbuat begitu? Kerana ibu sayang kan kamu, dan ingin agar dirimu menghargai diri sendiri. Miley Cyrus sebenarnya tidak hebat dan seksi. Di pentas itu dia seperti seorang gadis yang dahagakan perhatian, yang seakan-akan menjerit, "lihat lah saya, saya cantik, saya seksi, semua lelaki inginkan saya, dan semua perempuan ingin menjadi saya”.
Mungkin pada satu masa nanti, Anak ku, kau akan melihat ada rakan yang akan melakukan tarian yang dianggap cool ini. Tapi percayalah, jangan sesekali kamu melakukan. Dirimu jauh lebih berharga, dan itu hanya akan membuat dirimu nampak murahan. Biarkan mereka menilaimu dari sikap dan keperibadian, bukan sekadar dari penampilan, yang hanya akan mereka nikmati sebentar dan kemudian mereka lupa.
Ibu minta maaf jika kamu pernah berasa sedih kerana ibu seperti tidak menghargai ke atas semua yang kamu lakukan. Peranan ibu adalah untuk memuji apabila layak di puji, tetapi juga untuk memberi kritikan membina dan pembetulan apabila ia diperlukan juga. Ibu juga berasa sedih jika kamu pernah berasa patah semangat kerana tidak mendapat banyak komen di instagram yang memuji2 penampilan mu.
Ibu minta maaf jika kamu mahu mempunyai seorang kawan dan bukannya ibu, .Anak ku..ibu berjanji, akan sepenuh hati sampai mati akan terus menjagamu agar kamu tidak sampai berkelakuan seperti apa yang dilakukan Miley Cyrus.
Dan dirimu akan berterima kasih kerana ibu mengatakan semua ini suatu hari nanti.
Surat Kim mendapat sambutan luas sehingga dia juga kemudian turut diundang dalam talkshow Good Morning America.
SUMBER:kompas
16 Ulasan
macam2
BalasPadamtahniah! ibu yg prihatin...meluat tgk MC tu
BalasPadamwow kat kim. Ada lagi mat salih yang macam ni kan? org melayu sendiri pon dah makin ramai 'berfikiran lebih terbuka' drpd org US. huhu.
BalasPadambudak2 memang senang terpengaruh...
BalasPadamAda sapa2 ke di Malaysia yg berani tulis kpd selebriti kita macam tu?
BalasPadamMemang lain da skrg.huhu
BalasPadamMemang patut pun buat surat macam tu sebab saya tengok Miley Cyrus sekarang macam lain macam jark.
BalasPadammoga ibu ni dapat taufik dan hidayah..berbaloi didik anak dia nanti
BalasPadamLain dah dia ni...dulu suke sgt tgk hannah montana...
BalasPadamcelebrity memang suka buat kontrovesi kan..yang baik boleh di ikut,yang buruk jangan di ikut.
BalasPadamibu yg sgt prihatin..mohon miley cyrus terasa..
BalasPadamprihatin betul ibunya..
BalasPadamprihatin betul ibunya..
BalasPadamRisau anak2 tgk benda camni. Takut terpengaruh
BalasPadamorang putih pun tau bende tu tak elok. mmg semua ibu bapa takut bende2 ni jadi kat ank sendiri. tapi tengok kat amerika skrg menjadi2 pompuan nye desperate tnjk badan.
BalasPadamdesperate.
omputih.tp fyzz minat gak masa dier lakon hannh Montana...then dier seangkatan ngan serena gomez..kan..
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)