Advertisement

ads

KUAT TIDUR

Assalamualaikum...

Pagi ni rajin pulak aku buat cucur udang untuk sarapan..
Selalunya ikut tekak pemalas aku ni sarapan roti je.
Roti dengan kopi ...
Tu pun habis sedap dah tu.hehe

Bila dah makan cucur udang..
Yang berminyak bertepung bagai tu
Mula la mata ni mintak di layan je...

Kang kalau aku tido kang mau pukul 12 baru bangun.
Nak harapkan Mikhail kejut kan memang tak la..
Dia sendiri pun kuat tidur.
Tarik je langsir tu..
Bagi gelap sikit,lena la dia..

Dulu masa kakak dia dulu sampai tak nak tidur.
Sekarang dapat yang suka tidur boleh la rehat sikit.
Syukur la..Allah memberi yang terbaik buat kita..
Dulu muda lagi.mata tahan ngantukk.
Sekarang dah tua .jap2 ngantuk..
Dapat la anak yang kuat tidur..kan?
Hahah...

Anak korang ada tak yang kuat tidur macam korang?
Ataupun korang pun tak suka tidur macam anak korang jugak?

Catat Komen

16 Ulasan

  1. saya fobia masak cucur. hari tu cuba buat cucur. masa nak goreng tu saya masukkan minyak semangkuk. bila dah siap menggoreng semua minyak dalam kuali tu habis. perghhh seram sejuk saye :/

    BalasPadam
  2. saya time kecik kuat tidur. mak sy cakap, org dtg kat rumah gelak bergegar pon rilek je tido. jatuh dalam bas mase umur bbrp bulan pon chill je tido.

    sampai la ni kuat tidur. wkwkwkwk.

    BalasPadam
  3. budak time macam nie ada yg lasak dan ada yg tiduur memanjang .. ok lah kan ..
    kalau tido x ganggu kerja kite ;)

    BalasPadam
  4. seksi nyer mikhail...

    2-3 bln lps sy payah nk tido...bla da jogging tiap2 mlm...senang je nk tido.letak kepala trus zzzzz

    BalasPadam
  5. seksi nyer mikhail...

    2-3 bln lps sy payah nk tido...bla da jogging tiap2 mlm...senang je nk tido.letak kepala trus zzzzz

    BalasPadam
  6. Eh, awak yg bolat tu! Geram lak tgk nye. Sedap geget remote eh?

    Sy mmg spesis tdo mlm. Kul 9, mata dah layu. Siang mmg tak pndi tido. Klu tdo, pening pala smpi nak pecah. Aydin ms baya mikhail ni, mmg jenis berjaga siang. Tp mlm pukul 8 dah tido. Heheheheh....

    BalasPadam
  7. Anak tidur neyeak siang bila sunyi dan senyap.. kalau ada org bising emm kejap ja lah tiurnya....

    BalasPadam
  8. saya paling senang nak tidur, dapat bantal dan katil lelap la. kalau xde katil, susah sikit nak lelap

    BalasPadam
  9. Kalau dah landing atas katil gerenti saya tido. Saya pun jenis yang kuat tido terutama dalam class. Hari2 lect tegur sampai satu tahap lect tu fikir saya tak berminat nak masyk class dye.

    BalasPadam
  10. kenapa baby suka gigit remote control ye

    BalasPadam
  11. hehe..kelakar pulak saya baca entry ni. bagus la..senang je dia tido..tak kena dodoikan..mak dia pun dapat rehat yang cukup.

    BalasPadam
  12. untungla mikhail suka tidur. sng nak buat keje kan kak.

    BalasPadam
  13. Uit gigit remote. Hahaha

    Adoii terliur dgr cucur udang. Lama x buat

    BalasPadam
  14. zayyan pun kuat tido. semalam sebelum tengahari je 2 kali dia tido. makanya ummi pun ikut tido sama... haha..

    amboiii.. suka jugak gigit remote cam zayyan ni.

    BalasPadam
  15. Mikail kesiankan Ibu dia tu, sebab tu bagi can ;)

    BalasPadam
  16. mak mkn cucur udang...mikail mkn remote pun jadi lah..... he3

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)