Advertisement

ads

BUKAN NAK RIAK

Assalamualaikum...



tadi kan ada terbaca ni kat facebook..

Kakak aku kerja kerajaan, keluar pukul 6 pagi balik pukul 6 petang. 12 jam kerja. Gaji cecah rm2.8k sebulan. Balik kampung bercakap megah, ayat berapi dan takabbur dengan adik beradik. Tambah pulak dengan aku yang kerja berniaga tepi jalan ni. 

Tapi kerja setahun dapat pakai kereta myvi SE. Masa nak enjoy dan keluar melancung memang terhad. Apatah lagi nak ke Makkah. Hidup terikat dan tak enjoy... Wow hebat tak terhingga.

Aku tak kerja kerajaan, hanya berniaga nasi lemak kukus di tepi jalan raya. Start kerja pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Lepastu balik tidur dengan nyenyak. Hanya 4 jam kerja dapat income rm200 sehari paling minima. Setelah setahun berniaga. Aku pakai honda civic type r jer pun. Alhamdulillah dah dapat pergi 5 negara termasuk ke Mekah selang 3 tahun sekali. 

Dapat beli tanah sendiri, dan hantar mak ayah aku menunaikan umrah tiap-tiap tahun. Kakak aku tiap-tiap kali tengah bulan mesti col aku nak pinjam duit. Bukan nak riak... tapi nak cakap kerja berniaga ni sungguh enjoy kerana tak sangkut paut dengan sesiapa. Untuk kakak-kakak yang pakai kemas bergaya kerja pejabat, janganlah pandang rendah sangat pada orang yang berniaga tepi jalan. Hakikatnya poket mereka lebih tebal dari poket kamu yang sentiasa kering di tengah bulan. :)

-Khalid Nasi Lemak kukus Bachok, Kelantan-

aku copy je ...
pendapat aku..erm....
dalam tak sedar dia sendiri pun dah riak dan menunjuk2..

tak baik dok canang keburukan adik beradik kat orang..
kan??

sekian..

Catat Komen

5 Ulasan

  1. kadang2 kita semua pun sama... riak tanpa kita sedar.buat apa.. pi mana.. pakai apa.. makan apa.. check in kat mana.. jalan ke mana.. semua kita nak tulis kat FB. Masing2 punya niat share semua tu masing2 sendiri mau ingat. Beli keta baru cite dengan orang.. beli beg baru cite dengan orang.. beli tu ni baru semua share kat FB.. jadi apa niat kita buat semua tu hanya kita & Allah jer tahu.. Riak ke tak riak tepuk dada tanya selera.. betul tak?? (kita tu merangkumi semua yang pernah termasuk diri sendiri.. kadang2 pun tak sedar apa kita buat tu ada unsur riak)

    BalasPadam
  2. Hahaha.. Setuju2.. Bukan main g.. Keta Honda Civic.. Pergi Mekah selang 3 tahun..

    BalasPadam
  3. tu la pasalnya, sebab itu pun juga kita tidak bagus menceritakan perihal yang kurang elok tentang orang lain sebab samalah macam kita 'menceritakan' perihal diri kita sendiri.

    dan penyakit 'riak' ini pulak kita tak perasan...kan!

    BalasPadam
  4. dlm tak sedar sbnrnya ada riak kat situ

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)