Advertisement

ads

MITOS TENTANG IBU HAMIL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
bila mengandung ni kan..macam2 la pantang larang
yang aku dengar.kadang2 tu pantang larang yang
selama ni aku tak pernah dengar pun ada..
tapi sejauh mana kita percaya kan pantang larang tu??
adakah kita tetap berwaspada walaupun kita tak percaya.??
pagi ni aku nak kongsikan dengan korang mitos2 kehamilan
yang tersebar dari mulut ke mulut..


1-Ibu hamil yang suka berdandan bermakna anak yang bakal lahir ialah anak perempuan.biasakan dengar benda gini?ada yang cakap kalau malas je maknanya anak lelaki..hehehhe..sebenarnya jantina anak ditentukan dari kromosom si ayah,tak de kena mengena dengan tabiat dan amalan seharian ibu hamil.

2-ibu hamil tak boleh pakai pewarna kuku.kuku kita ni tebal lapisan nya.jadi bahan kimia yang ada pada pewarna kuku tak boleh menembusi kuku kita.kecuali la kalau kita warnakan kuku dan kemudian kita masuk kan jari2 kita tu dalam mulut.heheh

3-ibu hamil makan guna sudu besar nanti mulut bayi takcantik.heheh..ni paling pelik sekali aku dengar.semuanya berdasarkan genetik ibu dan ayah la..apa pasal pulak sangkut paut dengan sudu pulak..

4-ibu hamil yang angkat kain dijemuran bayinya akan terlilit tali pusat.ni pun salah satu kepercayaan orang dulu2.sebenarnya ibu2 hamil memang perlu elak kan mengangkat benda2 berat.bahaya untuk kandungan,sebab takut bayi terlalu kerap bergerak akan buat tali pusat jadi panjang dan takut terlilit.

5-jangan lakukan hubungan seks takut bayi terkena sperma.hari tu ada yang tinggalkan komen lebih kurang gini..heheh..sebenarnya terdapat tujuh lapisan perut, rahim, ketuban dan air ketuban, sehingga janin terlindung dari sebarang goncangan.sperma tidak dapat masuk ke dalam dan mengenai janinkerana adanya selaput ketuban. Bakteri yang lebih kecil pun tak boleh menembusnya, apalagi sperma yang ukurannya jauh lebih besar dari bakteri.

6-tak boleh mempersiapkan kelengkapan bayi terlalu awal.tak salah pun sebenarnya.cuma bila disiapkan lebih awal,takut apa2 jadi pada janin,dah membazirkan??tapisekarang ni disebabkan kesibukan ibu bapa yang bekerjaya rasanya baik la persiapan dilakukan lebih awal..beli sikit2 mana yang sempat dulu.takut nanti perut dah besar dah letih la nak pi beli belah barang2 bayikan??nak siapkan kerja sebelum cuti panjang lagi..jadi baik buat persiapan awal.

ok..tu je lah..ada lagi tak yang korang nak kongsi..??


sekian..

Catat Komen

5 Ulasan

  1. banyk lagi ..
    tapi ada yg boleh kita percaya dan tidak .. baca boleh .. nak percaya dlm 70-80 ajee ;)

    apa2 pun semua kejadian dari allah , kembali berserah dan berdoa , dlm pada yg sama cuba elakkan dan tanye org2 yg berpengalaman .. its better !! .. adehhh omputeh lakksss ahakssss

    BalasPadam
  2. alamak..tak tau laa plak mitos ibu tapi yang sy pernah dgr kalau bini mengandung lelaki tak elok kalau keluar pergi berburu atau memancing..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. A'ah, agree ngan Azalan Hasan, yayansmum pn dengar. org2 tua ckp la. Mitos yang 1st tu kan....pnh jadik ngan yayansmum, yoyooh je org kata sure anak pompuan sbb yayansmum suka makeup, tetiba keluar, ha amikk ko...lelaki...hehhee

    BalasPadam
  4. setakat ni xde ape untuk dikongsi sebab belum ade pengalaman lagi.mungkin akan datang baru mak n kakak nak berkongsi kot..hehe..tapi mmg pelik pantang larang kat atas tu..

    BalasPadam
  5. ada satu yg izan dengar, jgn hulur barang kot tingkap... kena kot pintu... kalau tak nanti bby keluar pun lalu tingkap (operate)...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)