Advertisement

ads

MENCEGAH KAKI KEJANG KETIKA HAMIL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
sakitnya bila kaki kejang..kan??
ibu2 hamil selalu la hadapi masalah ni..
selalu jadi masa mengeliat..
rasa macam kaki kena potong je...


cemana nak elak kan kaki kejang???

• Buat senaman meregang sebelum tidur.
Regangkan otot betis anda beberapa kali
(seperti yang digambarkan di atas) sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.

• Jangan berdiri untuk jangka masa
yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.

• Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari
kaki apabila anda duduk, di tempat kerja,
pada waktu makan malam, atau semasa menonton TV.

• Makan makanan kaya dengan kalsium.
Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis,
tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan.
(Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau
serbuk tulang; ini biasanya mengandungi plumbum,
yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.)

• Elakkan minuman bergas, ia mengandungi banyak fosforus

sumber

sekian...

Catat Komen

6 Ulasan

  1. mmg time menggeliat yg jd cramp nih..tp sy bley control..ecehh bila agak2 mcm nk kejang cpt2 berhenti geliat..pehtu pusing2kan hujung kaki ni..bg darah nek ats blk..alaa xreti la nk explain =.=

    BalasPadam
  2. dulu masa pgnent mmg tak minum air gas..automatik tak suka hehehehe

    mmg kena byk buat regangan sbb dah tntu berat bdn pun dah btambah :)

    BalasPadam
  3. Saya yg lelaki ni pun pernah menghadapi masalah kaki kejang bila air kurang dlm badan. Seorang rakan berkata salah satu cara mengelakkan kekejangan ialah dengan memasukkan diet pisang dalam pemakanan kita.

    BalasPadam
  4. sy selalu kena ni.kejang ketika main bola.kih kih kih

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)