Advertisement

ads

DISINI JUAL IKAN SEGAR

Assalamualaikum...

Seorang peniaga memulakan harinya dengan menjual ikan. dia mula memasang papan tanda yang bertulis ” Disini Jual Ikan Segar”. Tidak lama kemudian datanglah seorang
pengunjung yang bertanyakan tentang tulisannya.

“Kenapa awak tulis "DISINI"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau
awak berniaga DISINI, bukan DISANA?”

“Betul juga!” fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan “DISINI” dan
tinggallah tulisan “JUAL IKAN SEGAR”.

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga bertanyakan tentang tulisan nya di papan jualan tersebut
“kenapa awak tulis perkataan "SEGAR"? Bukankah semua orang sudah tahu kalau yang
awak jual ni sememangnya ikan segar, bukan ikan busuk?

“Betul juga” fikir si penjual ikan, lalu dpadamnya perkataan “SEGAR” dan
tinggallah cuma “JUAL IKAN”.

Tak lama kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga bertanyakan
tulisannya: “Mengapa awak tulis perkataan JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu
kalau ikan ini untuk dijual, bukan untuk pameran?

Benar juga fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan JUAL dan tinggallah
perkataan “IKAN”.

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga
bertanyakan tentang tulisannya: “kenapa awak tulis perkataan IKAN? Bukankah semua orang
sudah tahu kalau yang ini Ikan bukan Daging?

“betul juga” fikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan pengumuman itu.

Untuk renungan:Bila kita ingin memuaskan semua orang, kita tidak akan mendapat apa-apa. Be yourself!

sekian

Catat Komen

30 Ulasan

  1. kelako gak..sian dia asik ikut ckp org.

    *tetapkan pendirian pd perkara yg difikir betul.

    BalasPadam
  2. salam jumaat D ...

    aloor maka gugurlah pendirian dia .. hurmmmmm ish .. ish .. ish ;)

    BalasPadam
  3. hehe.. lawak jugak.. hehe.. tu la.. kena tetap pendirian..

    BalasPadam
  4. betol-betol.. tp lawak lah citer tuh..

    BalasPadam
  5. ehehe..bagus cerita ni.

    like 1000x

    BalasPadam
  6. setuju, x semua org suka ngan perbuatan kita

    BalasPadam
  7. biarlah papan tanda tu... cara promosilah tu.. cara kita. bukan salah pun.

    BalasPadam
  8. kena tetap kan pendirian...

    BalasPadam
  9. mengikut kata orang , akhirnya sendiri rugi. Betul tu, kita perlu jadi diri sendiri, dan ada pendirian sendiri...

    BalasPadam
  10. sy amat menghormati mereka yang berpendirian teguh

    BalasPadam
  11. kenape orang lain begitu obses tentang orang lain sehingga teguran tak bertempat macam tu?

    BalasPadam
  12. alahai... jgn ikut kata org sgt. buatlah apapun selagi perkara tu betul kan.

    BalasPadam
  13. banyak komen pulak pengunjung tu sume. bukan nak beli. hehehhe

    BalasPadam
  14. betul jugak tu kak. kita ni xleh nak puaskan hati semua orang. yg penting kita ikut cara kita

    BalasPadam
  15. Lain kali dia kena tambah kat sign board 'di sini menjual ikan segar' tu dgn ayat 'dilarang komen tentang signboard'.

    BalasPadam
  16. Betul tu, pendirian kena tetap.

    BalasPadam
  17. sian..terus tak jadi berniaga tu...

    BalasPadam
  18. kesian nya sebab terlalu mendengar kata org. pada janah biarlah kita state dgn keputusan kita kalau itu yg terbaik. tak perlu terpengaruh dgn bisikan org lain kan?? hee

    btw,salam kenal sis:)

    BalasPadam
  19. Terbaik kak..walaupun citer dia kelakar tapi membawa makna yg mendalam..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  20. xleh terlalu ikt ckp org....merana nti,sendri yg rugi....pengajrn yg bek drpd cite ni...

    BalasPadam
  21. dgr pendpt org bukan tak boleh.tp cedoklah dengan pencedok akal dan ilmu.

    ecah mashuri

    BalasPadam
  22. tgk jenis pndpat sebenarnya..tapi klu org bagi pndpt kita dgr..agak2 hmpeh biarkah jek..hehehheeh..

    tapi part ikan ni mmg sengal :p

    BalasPadam
  23. BEtul tu.just be yourself..apa apa pun fikir dulu ape yang orang cakap tu.baik dan buruk nya..kalau rasa buruk,buatlah yang baik.kalau rasa baik,teruskan saje.^^

    BalasPadam
  24. ha3..... setuju.....
    puaskan hati kita dulu sebelum puaskan hati org lain.....

    BalasPadam
  25. yup, mana mungkin dpt puas ati semua org, huh...

    BalasPadam
  26. mmg susah nak puaskan hai semua orang...kalau asyik ikut telunjuk orang je...susah la kan...hee~

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)