Advertisement

ads

BILA KANAK-KANAK PUNYA SIKAP MENGAMBIL KESEMPATAN

Assalamualaikum...


Selamat petang semua...
korang pernah tak jumpa kawan2 anak korang yang
suka mengambil kesempatan??maisara ada la sorang
kawan macam tu...

sebenarnya tak nak anggap
kawan dia macam tu sebab depa ni sebaya.
baru 5 tahun.tak mungkin la
dia ada sikap macam tu..kan??
tapi aku tengok cara dia ambik kesempatan tu bukan main2 punya..

ada satu hari tu dia datang rumah.
maisara memang ada banyak bekas air.warna hijau,warna putih
warna merah,macam2 warna la..
bila hari2 dia tengok bekas air maisara asyik bertukar
dia cakap kat maisara gini..
"boleh tak suruh ayah awak belikan saya bekas air jugak.yang macam ni.."
maisara ni pulak apa kawan kata dia setuju je..

kemudian esok dia datang dia tanya maisara lagi..
"ayah awak dah beli bekas air ke belum?"
lusa pun tanya lagi..tapi bila di tanya tu mesti time aku
tak de kat depan dia..macam waktu aku ke dapur ke...

ada satu hari yang lain tu
dia datang dan mintak mainan maisara untuk bawak balik.
sebab aku fikir tu budak2 je aku pun
pesan pada dia
"bawak la balik..tapi esok datang bagi balik ye."

kemudian baru2 ni dia datang ke rumah
waktu tu maisara ada bungkuskan hadiah untuk Nurin.
kawan dia yang dari kecik dulu la..
kebetulan budak yang suka ambik kesempatan tu datang
dan nampak hadiah tu kat tepi tv..

"hadiah apa tu?"
"hadiah untuk nurin..kawan baik saya"
"tengok jap.."
"jangan buka tau..itu untuk nurin.."
"erm..awak selalu bagi kat kawan awak je.
kat saya awak tak pernah bagi apa2.."

aku jadi risau pulak dengan kawan dia ni..
takut nanti bila lama2 maisara tak bagi apa yang
dia nak dah dia tak nak kawan dengan maisara pulak..

kalau dia nampak maisara
ada mainan yang baru mesti dia mintak
untuk dia jugak..dia akan mintak kat maisara je.
bila depan2 aku dia tak kan mintak.

aku tak rasa dia bergurau ke apa.
sebab selagi dia tak dapat selagi tu dia mintak.
tapi sekali dua je la aku izinkan dia bawak balik
mainan maisara.dengan syarat esok datang dan pulangkan.
tak boleh ambik terus.dan setiap
kali dia pulangkan maianan mesti buat muka tak puas hati,..heheheh

cemana nak buat ye???
kalau boleh aku malas nak panjang2 kan benda ni
sampai ke pengetahuan mak ayah dia.
budak2 kan??takut mak ayah dia kecik hati pulak..

sekian..

Catat Komen

16 Ulasan

  1. lain kali tegur sikit . semua bende dia nak

    BalasPadam
  2. kalo kita cuba menyelami dunia mereka camne kak

    BalasPadam
  3. mesti budak tuh nak something parents nyer xbelikan...huhu

    BalasPadam
  4. dia anak orang susah ke kak?tak pun, mak bapak dia tak pernah belikan apa2 untuk dia kot kak..

    BalasPadam
  5. Kesian jugak kat budak tu. Agaknya dia ada adik beradik ramai yg mak ayah dia takleh nak penuhi permintaan dia. Tapi kalo dah kronik sgt, kena tegur la jugak rasanya. Takut terbawa2 sampai ke besar suka meminta-minta.

    BalasPadam
  6. bahaya jugak budak camni... takut dah besar nanti lagi teruk perangainya!

    BalasPadam
  7. mak ayah dia x kn x perasan or x tanya ni mainan sapa yg dia bw blk or pinjam?
    jgn mak pak senyap je... buat rete sendiri... kalu tanpa kebenaran tu da kira mencuri..

    BalasPadam
  8. kesian la pulak kat budak mcm tu tp x leh juga nak salahkan budak tu..ini semuanya dari pendidikan mak bapak tp x salah rasanya kalau kita pun turut sama mendidik dia supaya jangan buat begitu ketika dia tengan bermain dengan anak kita..try diana tegur dan nasihatkan dia,tgok jadi macam mana..

    BalasPadam
  9. agaknya mak ayah dia tak belikan mainan utk dia kot kak..erm, susah jgk kan..kesian pun ada.

    BalasPadam
  10. susah jg klu budak perangai camtu
    silap haribulan blh bgaduh plak ngan mak ayah dia klu tegur budak tu kan huhu

    BalasPadam
  11. mmndgkn dak tu kecil lagi, mmg patut ajar n tegur dr skrg. tgur cara baiklah, jgn g pkul plak.. hehe takut2 nnti dh bsar mkin mnjdi2.. huhu ;p jaga2 maisara..hehe

    BalasPadam
  12. payah gak tu kak..isk..isk..kalau dah besar boleh laa tegur..sy pun tatau nak bg pandangan macam mana..pelik kes camni...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  13. alamak! bahaya betui budak tu... kalau deno tak bagi kawan dah... nanti takut berjangkit...

    BalasPadam
  14. Selalunya budak macam tu ..

    sama ada memang suka ambik hak org lain

    atau

    dia memang jarang dapat benda2 gitu dari mak ayah dia ..

    tak boleh nak marah juga budak-budak..

    tapi kesian pulak maisara asyik kena ikut telunjuk budak tu kan ..

    susah ni .. cer diana yang duduk dan tanya dia slow2 , kenapa dia suka mintak kat maisara , atau dirumah dia ada mainan apa , just nak survey mcm mana hidup dia ..lepas tu baru ambil tindakan

    BalasPadam
  15. diana ajak dia berbual..dlm borak2 tu cuba selitkan nasihat sket tak elok meminta2 hak org.hrp dia fhm. budak2 ni kadang2 dia fhm klu org lain nasihat dia

    BalasPadam
  16. dari kecik lagi la kena tegur..nanti da besar melarat2 pulak kan kak..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)