Skip to main content

Posts

CARA MEMBUAT SALAD PEDAS THAI ( YUM) YANG MUDAH DAN SEDAP

Banyak betul makanan Thai yang saya suka. Susah nak jumpa makanan Thai yang tak sedap. Kebanyakan makanan Thai ada rasa masam dan pedas. Sebab tu ramai yang suka. Rasa pedas dan masam buat selera kita terbuka. Salah satu makanan Thai yang sedap ialah Yum atau pun Salad Pedas Thai.



Saya tak pernah cuba membuat Yum tapi saya pernah makan Yum dan rasanya memang sedap. Sampai sekarang tertanya-tanya apa lah resepi membuat yum ni. Bila ada yang sudi berkongsi tips dan resepi membuat Yum atau Salad Pedas Thai ni, terus la saya catit dan simpan dalam blog ni.

Mungkin Boleh jadikan rujukan juga untuk pembaca lain yang nak mencuba membuat Yum.




Yum atau Salad Pedas Thai agak mudah dibuat namun nak mendapatkan rasa yang sempurna tu memang susah. Rasa Yum lebih kepada rasa Tom Yam. Tapi bezanya cuma Yum tidak berkuah.

Bahan Utama yang melengkapkan rasa Yum ialah perahan limau. Tapi yang membuatkan Yum ini memerlukan kemahiran ialah sukatan bahan yang sempurna dan tepat. Agak susah nak dapatkan r…

GAMBAR-GAMBAR LISA BLACKPINK SEBELUM PEMBEDAHAN HIDUNG

Bagi peminat Kpop mesti tak asing dengan nama Lisa dari Blackpink. Dia dikatakan antara wanita paling cantik di dunia. Gadis berdarah Thailand ni memang sangat di senangi oleh peminat-peminat kpop bukan sahaja kerana kecantikan nya malah dia seorang yang bersemangat dan ada karisma.
Baru-baru ni tersebar beberapa gambar Lisa yang membandingkan saiz hidungnya dahulu dan sekarang. Gambar yang dimuat naik oleh haters Lisa itu mendakwa Lisa pernah melakukan pembedahan plastik untuk mengubah keadaan hidungnya.
Walau bagaimana pun gambar-gambar tersebut bukan nya menjadi kecaman pada Lisa, malah peminat dan mereka yang melihatnya berasa kagum dengan perubahan hidungnya yang nampak semula jadi.



SEBELUM







SELEPAS




 Apa pun Lisa tetap cantik dan menawan. Semoga Lisa terus success dalam kerjayanya.


LAKSA TAK HABIS NAK BUAT APA? RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP

RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak-anak. 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang.Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa.

Bila dah masak laksa ni, benda biasa jadi bila ada laksa lebih yang tak habis. Kuah habis dulu dari laksa. Tak kan nak buang pulak laksa tu..kan?

Jadi saya buat laksa goreng yang simple ni.



Laksa goreng ni sedap bila laksa tu direbus sampai laksa betul2 lembut. Kalau korang rebus laksa tak berapa lembut atau guna laksa yang jenis liat sikit tu, memang tak berapa sedap la kejadian laksa goreng ni.

Kalau laksa lembut rasanya lebih kurang je macam kuetiow goreng.

Saya buat laksa goreng ni agak basah sikit. saya tak suka kering sangat. kalau korang suka yang jenis kering, masa tumis bahan tu tak payah la masuk kan air. tumis bahan lepas tu masuk kan je laksa dan masak sampai kering.




Jom baca semak resepi laksa goreng yang simple dan sedap.
Bahan-Bahan:

1 mangku…

APA ITU DEPRESSION, BIPOLAR DISODER, SOCIAL ANXIETY DISODER, OCD DAN ADD

Masalah kesihatan mental semakin membimbangkan di zaman sekarang ni. Baru-baru ni saya dengar di radio yang mengatakan , sosial media antara punca mengapa semakin ramai yang mengalami masalah kesihatan mental.



Sebab tu la sekarang ni saya dah semakin kurang menghabis kan masa di facebook, instagram atau pun twitter. Saya pun ada terfikir nak tutup semua akaun sosial media saya. Cuma bukan sekarang. Biarlah ianya perlahan-lahan.

Yang saya perasan, bila kurang layan sosial media ni, saya jarang-jarang diserang vertigo.
Saya ada hadapi masalah untuk tidur malam. Bila saya nak tidur je saya akan fikir pasal mati, pasal sakit, dan kalau ada masalah kecil je saya akan terus fikir sampai tak tidur.

Saya risau benda ni melarat sampai jadi Anxiety. Sebab tu saya kena buat sesuatu. Saya kena hidup bahagia , tak mau rasa serabut dengan masalah orang lain, tak mau sedih, dan saya nak fikir pasal diri saya dan keluarga saya je.




Baru-baru ni pakcik saya meninggal, saya jadi lebih tertekan dan siang…

ANAK RAJA PUN TAHU MEMASAK : INI SEBAB MENGAPA KITA MESTI BELAJAR MEMASAK

Anak dara saya dah umur 13 tahun. Waktu zaman saya dulu, umur 13 tahun dah boleh masak nasik, goreng ikan, tumbuk sambal belacan dan buat gulai ikan. Setakat celur ulam, rebus telur tu, celah jari je la.



Tapi si Maisara ni umur 13, buka tudung periuk pun sambil menjerit, takut panas. Nak salahkan dia pun tak boleh juga sebab ibu dia ni bukan bagi sangat dia ke dapur. Kalau saya memasak, saya suruh dia baca buku ke, jemur kain ke, kemas bilik ke.

Tak de la nak suruh masak pun. Tapi setakat ni kerja memasak yang dia tahu cuma masak nasik. Pernah la sekali dua dia goreng nugget.

Perlukah orang perempuan tahu memasak?

Bagi pendapat saya , Ya!orang perempuan kena tahu memasak. Bukan orang perempuan je. Lelaki pun kena tahu memasak. Selagi kau bernama manusia kau kena la tahu memasak. Kebanyakan orang bujang  yang rajin memasak ni, saya tengok dia sangat mudah menyimpan duit.

Tak de la sampai nak makan telur goreng pun kena beli.kan?




Tapi cara didikan tu yang buat ada setengah orang tak ta…

INI PUNCA MENGAPA CHINA INGIN MENGHAPUSKAN ETNIK UIGHUR

Hi semua..

Sekarang ni dimana-mana dah ramai orang bukan islam yang pandang serong dengan agama islam. Ada yang berani yang menghina agama islam secara terang-terangan. mereka dah tak takut kalau dikenakan sebarang tindakan lebih-lebih lagi orang bukan islam dari negara luar.



Di Malaysia ni tindakan tegas dikenakan pada sesiapa saja yang menghina agama lain. Tapi setakat yang saya tahu belum ada lagi tindakan dikenakan pada mana2 orang islam atas dakwaan menghina agama lain. Sebab di Malaysia ni orang islam lebih suka ambik tahu hal agama sendiri berbanding agama orang lain.

Tapi yang peliknya orang bukan agama islam pula yang buat "terokk" tentang agama islam. Agaknya kenapa mereka ni sibuk sangat dengan hal-hal agama islam ni?  kenapa bukan islam terlalu membenci agama islam?

Sebenarnya mereka ni bukan risau kalau-kalau ada anggota keluarga atau rakan mereka yang masuk islam tapi mereka rimas dengan sikap orang islam yang kadang-kadang melebih-lebih dan minta diberi keuta…

HANTAR SI NOPAL KE ASRAMA SK GANGGA

Minggu ni ramai anak-anak yang dah memulakan kehidupan di asrama. Anak saya memang tak duduk asrama sebab ibunya nak anak-anak berkepit  bawah ketiak selama diaorang masih kecil ni.Hahaha..

Nanti anak dah besar , dah kerja jarang dah nak dapat duduk dengan ibu ayah ni.Entah2 balik pun dah tak selalu.Lagi2 bila dah kawin..kan??So masa kecik ni duduk je dulu dengan ibu.Heheh..



Tapi anak saudara saya yang sorang ni memang kami tak sangka la dia nak duduk asrama. Umurnya baru 11 tahun. Tapi ibu dia galak kan juga lah.. Pertama sebab dia suka main phone. Asyik minta phone ibu dia. Duduk asrama ni tak de la phone. Boleh la main galah panjang petang-petang, bersukan dan waktu belajar dan waktu makan pun dah di tetapkan..

Tahun depan dah nak UPSR. so kena pulun sikit la. .

Tapi kata ibu dia , dia suka duduk asrama sebab ramai kawan.





Jujurnya kami ni sebenarnya sedih weh bila dia duduk asrama. Pertamanya dia anak bongsu. Bukan pernah jauh dari keluarga. Dia tido malam pun sebelah Angah  dia. …

INI YANG PATUT ANDA TAHU TENTANG SAYUR KALE

Hi semua.
Bagi penggemar sayur atau yang mengamalkan diet sihat korang mesti cukup biasa makan sayur Kale. Daun nya nampak macam kerinting dan kalau di Malaysia ni ada yang panggil sayur ni Sayur Kailan Kerinting.

Harga nya tak la mahal sangat. Memang korang boleh dapatkan di banyak pasaraya kat Malaysia ni.Kalau kat pasaraya AEON tu memang ada la. Dekat pasar yang jual2 ikan tu mungkin tak banyak la dijual. Dan rasanya tak de jual pun.



Khasiat Sayur kale
Sayur ni dah ramai yang makin suka makan sebab dah tentulah kerana khasiatnya. Mengandungi 33 kalori untuk 1 cawan daun kale. mengandungi  protein, dan juga serat untuk membantu proses pencernaan.

Sayur kale juga mengandungi vitamin A, vitamin C, vitamin K, asid folat dan vitamin B yang penting untuk perkembangan otak, asid alpha-linolenic dan lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung, lutein, zeaxantin, fosfor, kalium dan kalsium

Ada yang kata dah cari kat tesco, econsave tapi tak de, Bukan tak de tapi dah habis kot sebab sayu…

PAKCIK ZAROL HELMI DALAM KENANGAN

Hi semua..

Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru untuk semua yang membaca blog saya ni. Dah lama juga blog saya ni tak berupdate disebab kan kesibukan menguruskan perkara-perkara berkaitan persekolahan anak-anak.



Sedang kami semua masih dalam keadaan menguruskan keperluan anak-anak, 31 Disember 2019 saya dapat berita Pakcik saya meninggal dunia.

Semuanya berlaku tanpa kami sekeluarga duga. Menurut apa yang diceritakan makcik saya, Pagi 31 Disember Pakcik saya keluar agak lewat ke Masjid untuk kerja-kerja memasang sound sistem. Arwah belum bersarapan pagi tu. Dengan ditemani anak sulung nya, dia memulakan kerja-kerja.

Jam 10 lebih kami sempat bergurau-gurau dengan arwah di group Whatsapp keluarga. Beberapa jam lepas tu nampak satu Whatsapp dari isteri arwah (makcik Yati) yang meminta keluarga segera call. Beberapa minit kemudian sepupu saya maklum kan Pakcik kami dah tak ada.




Arwah dikatakan terjatuh dari menara masjid dan meninggal serta merta di situ. Bayangkan lah a…

APA JENIS MAKANAN YANG MENGGUNAKAN LEMAK BABI (LARD)

Saya bukan lah traveler atau food hunter yang selalu kesana sini mencuba berbagai makanan luar. Tapi saya selalu menonton berbagai rancangan masakan dan dokumentari tentang makanan dan masakan luar negara.

Sedikit sebanyak memberi saya pendedahan berkaitan makanan dan masakan. Tak la kita ni dilabel sebagai kaki makan saja. Hahha.

Penting untuk kita tahu tentang masakan dan makanan luar  memandangkan kita ni orang islam yang  memang dilarang untuk makan makanan yang mengandungi bahan tidak halal.



Kali ni saya nak bercerita tentang penggunaan lemak babi dalam masakan. Mungkin ada yang rasa , betul ke ada lemak babi yang dimasuk kan dalam makanan? kenapa banyak sangat makanan yang boleh letak lemak babi? Macam tak logik je.. Tak kan Kek dan desert pun ada lemak babi?? Tak kan la laksa dan mee pun diaorang nak letak lemak babi?

Percaya atau tidak, lemak babi boleh la diumpamakan sebagai penyedap dalam masakan. Macam kita guna serbuk perasa la. Dalam mee goreng pun letak serbuk perasa, l…

JANGAN SKIP IKLAN KALAU ANDA TONTON VIDEO DI CHANNEL YOUTUBE INI

Waktu lapang saya memang suka tonton video di youtube. Ada banyak video yang bagus dan menarik di Youtube. Salah satunya ialah Channel Azfar Badrul. Kalau tonton video di Azfar badrul Channel ni saya pastikan yang saya tak skip iklan. Nak tahu kenapa??



Channel Azfar Badrul ni banyak mendedahkan kita dengan kisah-kisah tentang kemiskinan di Malaysia. Dah banyak tempat yang di terjah untuk membantu mereka yang kesusahan.

Ini adalah salah satu sebab kenapa bila korang tonton video dari Channel Azfar ni, korang tak patut skip iklan. Ini kerana pendapatan yang diterima Azfar melalui Youtube ni, disaluran kepada mereka yang kesusahan.



Kita nak derma setiap hari mungkin kita tak mampu dari segi kewangan dan masa tapi ini adalah salah satu cara untuk kita turut sama membantu dan melibatkan diri dalam usaha murni Azfar Badrul.



Sumbangan wang tunai turut ditunjuk kan dalam setiap video. Jadi korang boleh nampak wajah-wajah ceria, gembira dan terharunya bila mereka menerima sedekah. Dalam tak …

HAIQAL HANAFI KONGSI TIPS KEJAYAAN DINOBATKAN SEBAGAI RAJA PECUT ASIA TENGGARA

HAIQAL HANAFI RAJA PECUT ASIA TENGGARA 

Tahniah untuk Haiqal Hanafi yang dinobatkan sebagai Raja pecut Asia Tenggara apabila beliau menjuarai acara 100m lelaki di Sea Games Manila 2019.


Haiqal mencatat masa terpantas 10.35s mengatasi pelari dari Thailand Ruttanapon Sowan yang mencatat masa 10.49s  diikuti rakan senegaranya, Lac bandit Chuanchai juga dari Thailand di tempat ketiga  dengan catatan masa 10.52s.

Menurut Haiqal, rahsia kejayaan nya ialah solat 5 waktu, restu kedua ibu bapa,  solat hajat setiap malam, berdoa dan tawakal.



Di laman twitter nya dia meluahkan perasaan seolah-oleh tidak percaya dan berasa seperti bermimpi apa bila dinobatkan sebagai Raja Pecut Asia Tenggara.





Biodata Haiqal Hanafi Raja Pecut Asia Tenggara Sukan Sea Manila 2019 Nama penuh: Mohd Haiqal Hanafi
Tarikh lahir: 29 April 1999
Umur: 20 tahun (2019)
Tinggi: 169 sentimeter
Acara: 100 meter lelaki, 200 meter lelaki
Asal: Senawang, Negeri Sembilan







REVIEW DAN SINOPSIS KDRAMA CHOCOLATE 2019

Hi semua..

Sekarang banyak betul Kdrama yang best-best. Tapi korang perasan tak genre kdrama ni macam bermusim jugak la. Sekarang dah makin kurang Kdrama dengan genre fantasy. Tapi lebih kepada cinta yang lebih serius dan matang.



Contohnya macam cinta dalam perkahwinan dan alam pekerjaan. Kalau beberapa tahun sebelum ni genre fantasy dan horror memang mendominasi di banyak saluran tv yang menyiarkan Kdrama.

So untuk Kdrama terkini yang sedang ditayangkan saya nak review sikit tentang Kdrama tajuk Chocolate. Drama ni dibintangi oleh Ha Ji Won dan Yoon Kye Sang.




Kalau korang masih ingat Ha Ji won ni pernah berlakon drama Secret Garden pada tahun 2010. Memang meletup habis drama tu. Sekarang umurnya dah 41. Tapi masih cantik tau.

Yoon Kye Sang pulak adalah bekas anggota kumpulan G.O.D dulu. Banyak drama2 yang dia berlakon cuma watak sampingan saja.

Ok..jom baca sinopsis Drama Chocolate 2019. Posting ini saya dah kongsikan di laman IG saya dan facebook. Cuma tak lengkap saja. So ini dia …