Thursday, 3 October 2019

7 PENAMPILAN CANTIK DAN ANGGUN SHERRY AL HADAD SEPANJANG BIG STAGE MUSIM KE DUA

Hi semua..

Nama Sherry Al Hadad adalah nama besar dalam industri hiburan yang berjaya mengetengahkan bakat melebihi penampilan. Namun ramai yang lebih mengenali Sherry  kerana bakat dan penampilan nya seiring menjadi inspirasi dan dikagumi ramai.



Walaupun sering menjadi bahan jenaka namun Sherry tetap melangkah dengan senyuman dan sikap meredah dirinya amat disenangi ramai. Tidak hairan lah wanita anggun ini mempunyai ramai peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya dan sering memberi kata-kata semangat setiap kali ada pihak yang cuba menjadikan nya sebagai satu bahan jenaka.





Sejak mengendalikan rancangan realiti Tv Big Stage, Sherry semakin dikagumi ramai dan sehingga siaran Big Stage musim kedua , gandingan Sherry dan Alif Satar dikatakan sebagai pasangan pengacara paling serasi.

Satu lagi yang menjadikan kemunculan Sherry dinanti-nantikan oleh penonton ialah kerana penampilan nya menggayakan berbagai busana. Ianya sangat elegent dan menyerlahkan kecantikan seorang Sherry Al Hadad.



Big Stage Minggu 1

Big Stage Minggu 2

Big Stage Minggu 3


Big Stage Minggu 4

Big Stage Minggu 5


Big Stage Minggu 6


Big Stage Minggu 7

Sherry Al Hadad memberi inspirasi kepada ramai wanita bertubuh besar untuk lebih berani dan yakin dengan diri sendiri. Kebanyakan wanita yang bertubuh besar malu lebih suka kekal dengan satu gaya fesyen kerana risau kan penampilan mereka.

Kecantikan dan ketertarikan diri kita datangnya dari keyakinan diri. Jika kita sentiasa malu dan berasa rendah diri kerana bertubuh besar orang lain juga akan melihat seperti mana yang kita tunjuk pada mereka, Simpan saja rasa malu dan takut itu. Berdirilah dengan yakin dan berani.


Monday, 30 September 2019

TAK HORMAT LAGU NEGARAKU: PELAKU PATUT DIBERIKAN HUKUMAN BERAT

Hi semua..

Sejak kita kecil lagi kita diajar setiap kali lagu Negaraku berkumandang, kita kena bangun berdiri tegak sebagai tanda hormat. Kalau tidak memang tokwan dan opah kita jeling je. Ada yang siap kena tibai kaki tu sebab malas nak berdiri tegak.

Orang dulu-dulu memang sangat jaga bab ni sebab diaorang je yang betul-betul faham betapa susahnya nak mencapai  kemerdekaan dan ketika di jajah. Apabila lagu Negaraku mula dimainkan , ianya bagikan sesuatu yang perlu dihargai dan dihormati .



Tapi sekarang ada pihak yang nak tunjuk kerasa kepala dengan tak menghormati lagu Negaraku. Ketika lagu kebangsaan dimain kan mereka hanya duduk seperti orang yang tak de kewarganegaraan.

Baru-baru ni tersebar sebuah video dimana sekumpulan lelaki yang tidak berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang.

Lebih mengecewakan mereka ni bukan nya orang muda.  Tak tahu la kalau mereka ni memang sebenarnya bukan warga negara Malaysia dan hanya nak tunjuk keras kepala.

Video tersebut dikatakan diambil dalam sebuah majlis yang berlansung di Sarawak. Kumpulan terbabit yang dikenali sebagai S4S (Sarawak For Sarawak) menegaskan tindakan mereka itu adalah sebagai tanda protes kepada kerajaan kerana janji-janji berkaitan royalti minyak Sarawak  tidak dilaksanakan dan menganggap ianya sebgai tidak adil kerana merasakan Negeri Sarawak seolah-olah diabaikan.
Disebabkan itu mereka merasakan tidak perlu berdiri ketika lagu Kebangsaan dimainkan.
Penyertaan Sarawak sebagai negeri dalam Malaysia juga turut di jadikan sebab mengapa mereka bertindak sedemikian. Menurut wakil S4S Sarawak hanya menyertai Malaysia pada tahun 1963. Oleh sebab itu mereka perlu membuat lagu baru untuk persekutuan Malaysia.

Tak kiralah kita ni dari negara mana sekalipun, lagu kebangsaan dari negara lain pun kita kena hormat. Walaupun mereka tak nak mengaku Malaysia ni negara mereka sendiri, tapi sekurang-kurangnya hormat lah.





Diharapkan tindakan tegas dikenakan kepada mereka-mereka ni agar tak ada lagi yang berani bertindak seperti mereka. Apa kaitan royalti minyak dengan hormat lagu kebangsaan sendiri? Betul tak?

Mereka tak sedar ke tindakan mereka ni macam mendorong orang lain untuk ikut buat perkara sama , padahal isu nya adalah berbeza. Umpama awak marahkan nyamuk tapi kelambu yang dibakar.



SURAT UNTUK MAKCIK CLEANER DARI GADIS KECIL USIA 9 TAHUN INI MENYENTUH HATI WARGANET

Abigail Tan, gadis kecil berusia 9 tahun ini telah menyentuh hati warganet apabila dia mengirim sepucuk surat bagi menghargai seorang makcik cleaner disekolah nya. Surat tersebut dimuat naik ke laman twitter oleh anak wanita yang bekerja sebagai cleaner di sekolah tersebut yamg dikenali sebagai Khairunnisa.

Pada 29/09/2019 @Khai_afifah dalam tweetnya menceritakan betapa surat tersebut telah membuat dia berasa terharu kerana kerja dan usaha ibunya dihargai.









"Mak aku kerja sebagai cleaner di sekolah SJKC. Tapi harini aku pula rasa sangat terharu ada murid ni buat mak aku macam ni. Kerja dan usaha mak aku dihargai. " tulisnya di twitter.



Sehingga ke hari ni Tweet tersebut telah mendapat lebih 30k retweet dan like.

Dalam surat tersebut Abigail meluahkan rasa terima kasihnya  kepada makcik cleaner kerana membersihkan tandas dengan sempurna hingga memudahkan mereka menggunakan tandas setiap hari. 




Tersentuh dengan kebaikan hati gadis kecil tersebut , ibu Khairunnisa sempat mengambil gambar bersama Abigail sebagai menghargainya. 

Netizen juga turut terharu dengan kebaikan gadis kecil ini dan menyifatkan ianya disebabkan didikan yang baik dari kedua ibu bapa Abigail sendiri.







Friday, 27 September 2019

API KELUAR DARI BAWAH TANAH. PENDUDUK ANGGAP IANYA FENOMENA ALAM LUAR BIASA

Penduduk Ringinsurup, Desa Kupuk, Kecamatan Bungkal, Kabupaten Ponorogo Jawa Timur, dikejutkan dengan kerjadian berupa api dari bawah tanah milik seorang penduduk disitu

Kejadian ini menjadi viral sejak seminggu lalu dan mula tersebar.Penduduk setempat menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang ajaib.



Menurut penduduk setempat perkara tersebut sebenarnya bukan baru berlaku. Malah ianya sudah berlarutan sejak sebulan yang lalu. Mereka sendiri tidak pasti apakah punca berlakunya perkara aneh di tanah milik seorang penduduk dikenali sebagai Bonatun



Video kejadian juga turut tersebar di sosial media dan menyebabkan ramai yang datang sendiri ke Ringinsurup untuk menyaksikan fenomena alam tersebut.

Penduduk juga sudah beberapa kali menyiram air bagi memadam api. Namun selepas apinya padam , akan muncul pula api di kawasan lain nya.



Kejadian tersebut membuatkan tempat tersebut berbau kurang enak dan keluarga yang mendiami tanah tersebut hidup dalam keadaan kurang selesa memandangkan jarak rumah dan tanah tersebut hanya 3 meter.

Penduduk setempat memasang tali di sekeliling tanah yang muncul api bagi mengelak kan orang ramai memasuki kawasan tersebut sekaligus bagi mengelak bahaya dan  kecederaan kepada penduduk kampung.

Ketua Darurat dan Logistik Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Ponorogo Setyo Budiono menjelaskan bahawa kejadian tersebut bukan lah satu fenomena alam.

Ianya berlaku disebabkan terdapat sampah dan benda yang mudah terbakar yang ditanam di kawsan tersebut.




Menurut Budi, kejadian api keluar dari tanah bukan lah perkara yang luar biasa dan kejadian tersebut pernah berlaku di beberapa kawasan lain. Wilayah Kecamatan Bungkal tidak memiliki sumber alam seperti gas dan minyak. Dengan demikian, dapat dipastikan api yang keluar dari tanah tersebut bukan disebabkan  gas atau minyak.



Thursday, 26 September 2019

REVIEW FILEM HINDI SUPER 30. FILEM 2019 WAJIB TONTON

Hi semua..

 Hari ni saya nak review filem hindi tajuk Super 30.  Tak ramai yang tahu filem ni dah keluar kecuali kalau kau memang betul² suka tonton filem Hindi dan ambik tahu tentang bila filem.baru nak keluar.



Sebelum tu meh baca sinopsis dulu. Sumber : facebook Diana Rashid.

Korang pernah tengok filem hindustan tajuk Super 30. Pelakon Hrithik Rosyan.

Cerita tentang sorang lelaki genius matematik nama Anand yang terlalu suka sangat dengan Matematik.Sampai kan Gf dia pun cemburu pada matematik tu 🤣🤣




Satu hari dia terima tawaran ke CAMBRIDGE sebab dia pernah hantar satu artikel ke sana. Artikel tu pihak cambridge suka dan pilih dia.

Dia dan keluarga dia pun mula la buat persiapan nak ke Cambridge.  Besar belanjanya..ayah dia posmen je.  Dan benda tu tak la mudah.. kalau bab belajar ni tak de sokongan dari menteri diaorang. Impian nak pi cambridge tu pun macam mustahil dah.




Dia rasa susahnya nak dapat duit buat dia rasa duit tu sangat penting . Dia terima tawaran mengajar kat kolej. Bila dah mengajar duit pun banyak la, beli motor, ambik maid dan macam² la apa lama2 dia dah jadi macam bukan diri dia.

Tiba2 satu hari dia macam teringat kata2 ayah dia tentang orang biasa yang akan jadi raja. Dia fikir balik yang diri dia masih si tempat sama. Tak kemana pun sebab orang lain yang makan hasil kerja dia.

Lepas tu dia mula buat sesuatu... yang tu kena tengok le.. bagi spoiler nanti dah tak best pulak.

Review filem Super 30

Pendapat saya tentang filem ni.. kalau korang peminat Hrithik Rosyan yang hensem, bergaya korang mungkin akan kecewa sebab dalam filem ni Hrithik Rosyan yang pegang watak Anand adalah seorang lelaki kampung, muka comot,hitam baju lusuh dan naik basikal je . Jual Papadam..

Tapi gf dia cap tangan. lawa le.. apa ke nama pelakon pompuan tu.

Cerita ni ringan je. Tak meleret dengan babak² tak penting. Cerita biography memang macam ni la kan.. lagu pun kurang.

Tapi lagu best tau. Tak de la muzik moden sangat macam lagu filem² baru ni. Untuk peminat usia 39 macam saya memang suka lagu² macam dalam filem ni.

Filem ni bagus kalau kita tonton dengan anak² remaja. Tunjuk kat dia betapa susahnya remaja² kat India tu nak belajar. Kita yang macam² kemudahan ada ni pulak yang tak nak belajar.



Dan satu lagi lepas tengok filem ni korang akan sedar pentingnya ptptn dan bayaran baliknya.Hahah...

Saya suka peranan keluarga Anand ni yang sentiasa menyokong dan bantu dia.





Babak yang paling saya suka dalam filem ni bila Cijhu Anand nak diaorang buat persembahan dalam bahasa Inggeris. Padahal hudak² tu tak reti English. Bayangkan lah betapa gelabah nya budak2 tu.

Rupanya cikgu Anand nak diaorang rasa bangga guna bahasa Hindi. Tak payah rasa rendah diri bila ada kawan² pandai berbahasa english.


Tuesday, 24 September 2019

SIAPA PESERTA GEGAR VAGANZA 2019 PILIHAN DIANARASHID DOT COM

Hi semua..

13 oktober 2019 akan bermula rancangan kegemaran ramai Gegar Vaganza 2019. Setiap tahun ni je rancangan realiti tv yang boleh di menawan hati ramai penonton. mesti banyak lagu-lagu lama yang menggamit memori kita semua. sebab tu ramai yang suka tengok rancangan ni.



 Seramai 13 artis lama yang bakal berentap merebut gelaran Juara Gegar Vaganza 2019. Kalau tahun lepas pemenangnya ialah Noryn Aziz, tahun 2019 ni siapa pulak. Harap-harap juara yang dipilih mampu lah mennadingi Siti Nordiana.

Setakat ni cuma dia sorang je yang menjadi. Yang lain lepas jadi juara terus senyap. Kalau keluar berita pun cuma pasal berlian palsu. Hehehe.

Cakap pasal berlian palsu, untuk tahun Gegar Vaganza 2019 penaja nya ialah farm Fresh dan Cuckoo.. Mesti kurang drama penaja tahun ni..kan? Di bawah ni adalah senarai peserta Gegar Vaganxa 2019.

1. Sham Visa
2. Jatt Black Dog Bone
3. Roy
4. Ameer Sofazr
5. Hady Mirza
6. Naqiu Boboy
7. Wann
8. Mazleela
9. Feeza
10. Noorshila Amin
11. Nurfatima
12. Kool
13. One Nation Emcees





Untuk tahun ni saya memilih  Wan Rashidah sebagai artis pilihan saya.  Dengar cerita dah 3 kali Gegar Vaganza lamar Wan untuk join GV. tapi dia tolak. Agaknye sebab ramai pengikut di IG yang nak dia join GV ..kan??



Saya memang dibesarkan dengan lagu-lagu beliau dan dah lama saya follow beliau di instagram. Saya tengok dia masih aktif menyanyi dan peminat-peminat dia pun masih ramai walaupun dia tak de album baru.

Apa yang saya tengok kalau artis tu dah lama tak menyanyi agak sukar dia nak bertahan dalam Gegar Vaganza.  Tapi yang aktif menyanyi dan mengasah suara , skill nyanyian mereka masih hebat dan akan mendapat pujian juri.

Saya tak tahu tentang artis lain tapi antara artis yang dalam senarai diatas masih aktif menyanyi ialah Wan rashidah, Norshila Amin, One Nation Emcees,Naqiu dan Hady Mirza. Yang lain tu saya tak berapa pasti la diaorang aktif ke tidak.

So, artis mana satu yang korang nak sokong kali ni?meh kingsi







Monday, 23 September 2019

KANTOI : ASTRO DEDAHKAN DATA PENGGUNA PADA PIHAK KE 3.

Hi semua..

Korang mesti pernah terima panggilan telefon dari wakil insuran kan? Mesti korang tertanya-tanya dari mana la diaorang ni dapat no phone kita. Nak kata kita ni artis tak jugak. wakil rakyat pun bukan. Tapi macam mana diaorang boleh hubungi kita.



Hari ni saya nak cerita pengalaman saya dihubungi seorang wakil insurans yang telah mengkantoikan dari mana dia dapat no tel kita. Dan dalam kes saya ni pihak yang terkantoi ialah Astro.

Astro lah yang mendedahkan no phone saya ni kat wakil insurans tersebut.

Kisahnya macam ni..

Oleh sebab saya dah pasang Unifi TV kat rumah jadi saya dan suami sepakat nak tamatkan perkhidmatan Astro. Jadi suami saya pun call Astro dan bagitau la tujuan nak potong astro tu. Selepas dah bincang2 mata bersetujulah kami untuk menamatkan perkhidmatan Astro.





Keesokan hari nya saya dapat panggilan dari seorang wakil insuran. Panggilan diterima oleh nombor telefon saya yang saya gunakan untuk daftar akuan astro, tapi  akaun astro ni menggunakan nama suami.

Bila dia hubungi no tel saya tapi nak bercakap dengan suami , kat situ je dah buat saya pelik.

Lepas tu dia silap sebut nama suami saya.

Masa saya daftar akaun astro dulu, ada satu huruf yang saya tulis salah. Jadi orang Astro tu mungkin dah salah tengok dan ingat huruf L ialah I.

Bila wakil insuran tu tanya " ..Boleh saya cakap dengan Encik ******?

Terus saya tanya dia.. " ni astro ke? semalam kan dah called. Ada apa urusan lagi ye?"

Dia jawab "bukan...saya bukan dari astro. Saya dari bank *****..

Saya: Ye ke?? tapi nama ni dan no tel ni cuma guna untuk akaun astro je. So macam mana awak boleh dapat no tel saya untuk cakap dengan nama ***** ni?

Dia terus tak tau nak jawab apa. dia gelak2 dan tanya boleh tak cakap dengan suami . Of course la saya kata tak boleh. Hahaha.. suami saya memang tak kan bercakap dengan wakil bank melalui phone.



Jadi sebelum letak telefon tu saya sempat la buat luahan kecewa sebab Astro jual data pengguna pada wakil insurans.

Jadi tahu lah saya selama ni yang dedahkan no kita ialah company2 besar macam ni.

Pernah dulu telefon rumah asyik berdering dan yang tel tu ialah scammer. Dari mahkamah la, dari SPRM la..Balai Polis, menang peraduan.. Padahal no tel rumah ni tak de digunakan untuk bagi kat orang pun kecuali sekolah anak-anak.

Ada kemungkinan besar TM sendiri yang dedahkan no tel pengguna pada scammer. Sejak tu no tel rumah ni kalau berbunyi tak pernah saya jawab. Sekolah pun akan call guna no handset je.

jahat betul!



REVIEW KDRAMA THE GREAT SHOW - BUKAN DRAMA KOMEDI TAPI DRAMA YANG ANNOYING

Hi semua...

Aku dah la tak suka budak-budak lepas tu pi tengok pulak kdrama The Great Show ni lagi geram je dengan perangai budak-budak.



Drama ni annoying sebab ada budak² macam ni. Kalau aku la memang kena penampar dah 4 beradik tu. Lagi2 yang lelaki tu. Kurang ajar sangat.

Korang rasa budak2 dalam The Great show ni punya perangai comel ke tidak??

Nak tahu kena tengok la. The Great Show.

Drama ni tentang seorang ahli politik ,Wie Dae Han yang kalah masa pilihanraya.  Dia kalah pada senior dia.

Lepas dia kalah dia tak boleh dah jadi Ahli Dewan dia berhenti dan kerja jadi pemandu. Tapi semangat nak jadi ahli politik masih tebal.

Satu hari datang sorang gadis yang mengakui dia anak kepada Dae Han dan paksa Dae Han terima dia dan adik² nya. Duduk serumah la Dae Han dengan 4 beradik tu.Lepas dia buat DNA test ternyata gadia tersebut bukan anak dia.

Awalnya dia halau budak² ni keluar sebab tak suka. Tapi satu hari dia dapat idea nak jaga budak² ni untuk raih perhatian dan populariti supaya dapat kembali dalam dunia politik.





Seterusnya korang kena tengok sendiri. Tapi drama ni memang annoying giler ba....

Ada masa nya kita akan rasa apa la fungsi perempuan yang rapat dengan Dae Han tu sebab bila ada orang mengutuk Dae Han dia cuma diam je dengar. Padahal boleh je kot dia sangkal kata² makcik² bawang tu.

Macam tak logik bila kau dengar orang mengata kawan kau lepas tu kau cuma diam dan tukar topik lain. Kan?

Kiranya drama ni banyak sangat watak2 yang annoying. Hahaha. Orang tengok drama nak hilangkan stress tapi kau tengok drama jadi bertambah stress. Hahah.

Ok.. tu je nak cerita.


Tuesday, 17 September 2019

APA PERLU BUAT JIKA MENGUAP KETIKA SOLAT

Assalamualaikum..

Ada orang yang tiap kali solat mesti menguap. Ianya jadi macam tabiat. Start solat je sampai habis solat entah berapa kali menguap. Sah ke solatnya kalau menguap ketika solat? Menguap ketika solat hukumnya makruh. Jadi apa yang perlu dibuat jika menguap ketika solat?




Rasulullah SAW bersabda:

“Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap maka tahanlah seboleh mungkin”. (HR Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda:

“Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ha… bererti syaitan tertawa dalam mulutnya”. (HR Bukhari dan Muslim)







Bila menguap ketika kita sedang membaca Al-fatihah dalam solat kita kena ulang semula bacaan Al- fatihah tu. Kalau kita tak ulang semula tak sah la solat kita tu.

Boleh jugak kalau kita ulang semula ayat dimana kita terganggu dengan menguap tadi. Wajib betulkan bacaan kita sebab bila menguap angin yang keluar dari mulut kita mungkin dah mengubah sebutan huruf dan bacaan alFatihah kita .

Sama jugak kalau kita sedang angkat takbir tiba-tiba menguap, kita kena angkat takbir sekali lagi.

Tapi jangan la sampai menguap ternganga mulut. Tahan la sikit mulut tu dari terbuka. Jaga adab kita ketika solat.Jika tak boleh tahan dari terbuka mulut , tutup lah mulut dengan tangan kerana menguap sambil mulut terbuka ni akan buat syaitan masuk ke mulut kita.

RESEPI BUBUR ASYURA VERSI UTARA YANG SANGAT SEDAP DAN MUDAH

Hi semua..

Tiba lah musim orang buat bubur Asyura. Bubur Asyura ni biasa kita buat bila tiba tahun baru islam Iaitu pada bulan Muharam. Sepanjang bulan Muharam ni memang ramai la yang buat bubur Asyura. Di masjid-masjid pun ada buat program masak bubur Asyura.

Di malaysia ni macam-macam versi bubur Asyura. Ada yang manis, ada yang berempah, ada yang letak durian. letak lempuk letak pisang pun ada. Tapi untuk tekak saya dan kebanyakan orang utara kami lebih suka bubur Asyura yang rasa manis dan dalam nya ada kekacang dan jagung.





Keluarga saya di kampung pun dah buat bubur Asyura ni. Sayang nya saya tak dapat balik jadi kita ambik mood Asyura je la. Bubur Asyura yang kat Penang ni pun sama je macam kat Perak. kat sini pun ramai yang buat bubur Asyura jadi kita tumpang makan je la nampaknya.Hahah

Bagi yang nak cuba buat bubur Asyura kat sini saya kongsikan resepi Bubur Asyura yang kaka saya buat baru-baru ni. Saya nak buat kat rumah ni memang tak la sebab yang makan nya saya sorang je. Bagi yang nak cuba buat boleh la ambik resepi ni.

Resepi Bubur Asyura versi utara sedap dan mudah

Bahan-bahan nya.

1 1/2 kg tepung beras
2 biji ubi keledek - potong dan rebus separuh empuk
1/2 kilo kacang merah - rebus sampai empuk
1/2 kilo kacang tanah yang disangai dan dibuang kulit
1/2 kilo gula merah
1kg  santan + 3 cawan air
2 tin jagung
1/2 kilo kacang kuda yang dah di rendam dan di rebus empuk.
1/2 kilo kacang hijau rendam dan rebus sampai empuk
sedikit garam untuk buat bubur lebih rasa lemak.

* tos semua bahan yang direbus dan jangan ada air.









Cara-caranya.

Masuk kan tepung beras garam, santan dan air.. kacau supaya tak de tepung berketul.Nak mudah guna je penapis. Tapis adunan ke dalam kuali.

Letak kan atas api dan kacau  dengan api perlahan. Mula-mula akan ada meletup 2 macam gunung berapi.letupan kecil2 je.




Bila dia dah pekat sikit, Kita masuk kan Gula merah, dan semua kacang2 dan bahan yang dah direbus tadi.  kacang tanah, keledek, kacang kuda, kacang merah , kacang hijau, jagung.

Kacau sebati. Tempoh mengacau ni pun lama.. dalam sejam lebih. Sebab tepung tu kena betul-betul masak. Kalau tak masak nanti dia tak cukup pejal. potong pun lembik je.Jadi tak cantik.

Kalau nak letak pisang masak, letak masa last sekali.masa dah nak angkat baru letak pisang.

Bila dah masak masuk kan dalam talam besar tunggu sejuk baru lah potong.


Sumber: Heryantee Rashid

Sunday, 15 September 2019

JANGAN PERCAYA - TUALA WANITA BOLEH DIJADIKAN TOPENG MUKA UNTUK ELAK JEREBU

Banyak video hack dari luar negara yang sering kita tonton menjadi panduan di saat-saat kecemasan untuk membantu menjalani kehidupan seharian.



Contohnya menggunakan baking soda untuk mencuci karat dan juga menggunakan barang terpakai untuk dijadikan barangan yang boleh digunakan.

Di Malaysia sekarang musim jerebu melanda dengan menunjuk kan kenaikan IPU yang semakin hari semakin membimbangkan. Disebabkan itu terdapat pihak yang menyarankan agar menggunakan topeng muka yang dibuat menggunakan  tuala wanita.





Mesej yang bertebaran di group-group whatsapp yang memberi panduan cara membuat topeng muka menggunakan tuala wanita itu banyak di kongsi di banyak group whatsapp hinggakan ada yang mempercayai tuala wanita tersebut mampu menghalang manusia dari terhidu asap jerebu.

Pada mesej whatsapp tersebut turut disertakan kebaikan menggunakan topeng wajah dari jenama tuala wanita terbabit. Antaranya menghindari bakteria dan habuk.



Menurut Dr. Khairul Hafidz mesej tersebut yang banyak dihantar kepada kumpulan WhatsApp adalah sesuatu yang tidak patut dipercayai oleh orang ramai kerana ianya adalah palsu dan tidak benar.

Dr Khairul juga mencadangkan penggunaan topeng muka yang betul iaitu Mask 95 yang boleh didapati di farmasi.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini ramai yang mempercayai tuala wanita bukan sekadar digunakan ketika haid namun mereka percaya ianya mampu mengurangkan bacaan meter elektrik, menghilangkan panas badan, mengurangkan sakit sendi, dan banyak lagi perkara yang tidak masuk akal.

Pengasas produk tuala wanita mungkin sudah kehabisan idea untuk memasarkan produk mereka hingga mula menggunakan taktik "over claim " ini. Menghairankan mengapa ramai yang mempercayai taktik pemasaran seperti ini.


Saturday, 14 September 2019

DALAM RAMAI-RAMAI KAWAN MESTI ADA SORANG JADI PALAOTAOLOGIST

Hi semua..



Dalam ramai-ramai kawan yang korang ada mesti ada sorang dua yang kerjanya asyik nak membangkang  orang lain. Golongan ini juga suka memperlekehkan citarasa  dan minat orang. Kiranya dia punya pandangan dan minat je la yang bagus. Dia je la yang serba tau. Orang lain tak tau apa. Kita gelarkan orang macam ni sebagai Palaotaologist..

Palaotoa = Definisi buat palatau adalah buat kepala tahu. Bermakna buat pandai dalam semua perkara .

Kalau korang cerita pasal tempat makan yang korang rasa best dan sedap. Sedap dan best ni ikut tekak masing-masing. Tapi Bagi palaotologist tempat yang korang cadang kan tu tak best.




Dia juga akan pertikaikan dan memperlekehkan citarasa korang tu padahal tekak kita tak kongsi dengan tekak dia pun. Dia pun cadangkan la tempat yang dia yakin lebih best.

Bila dia dah cadangkan tu, kita pulak tak boleh bangkang. Kita dengar dan angguk je. Baru dia akan rasa seronok dan rasa dia betul. Padahal kita balik rumah kita gelak kan je perangai palatao dia tu.

Ini termasuk la dalam apa-apa saja isu. Tak kira bab kesihatan, rumahtangga, isu semasa, apa saja perkara si Palaotaologist ini akan membangkang dan tanpa di minta beliau akan memberi cadangan dan saranan yang kita tak perlukan pun tapi di paksa juga kita dengar dan terima walaupun kita tak rela. 




Thursday, 12 September 2019

REVIEW DAN SINOPSIS KDRAMA HOTEL DEL LUNA - CUKUP LA TONTON SAMPAI EPISOD 14 SAJA.

Hi semua.



Bila orang asyik update pasal Hotel Del Luna kita pun teringin jugak nak tengok.Ramai yang kata  drama ni best dan drama ni sedih. Mula-mula ada terbaca satu tweet yang kata drama Hotel Del Luna ni ada sikit-sikit macam Kdrama Goblin.

Oleh sebab saya ni peminat Drama Goblin memang tak sabar la nak tonton Hotel Del Luna walaupun terlewat sikit tonton berbanding orang lain. Episod terakhir Drama ni dah ditayangkan 2 minggu lepas kalau tak salah saya.

Minggu ni saya  tonton Hotel Del Luna. Dan hari ni saya buat keputusan untuk tak teruskan menonton.Cukup la sampai episod 14 saja. Cerita ni agak membosankan bagi saya. terlalu slow dan banyak babak yang membosankan.





Sinopsis Hotel Del Luna : Jang Man-Wol seorang wanita cantik, tangkas dan tidak pernah berubah wajahnya walaupun dia sudah berusia 1300 tahun. Dia juga adalah CEO Hotel del Luna.

Hotel ini terletak di tengah bandar Seoul dan kelihatan seperti bangunan yang sangat tua. Jang Man-Wo pernah membuat kesalahan besar beratus tahun yang lalu dan akibatnya dia dihukum menguruskan sebuah Hotel yang dikenali sebagai Hotel Del Luna.






Pertemuan nya ditakdirkan dengan seorang lelaki dalam satu insiden menyebabkan dia membuat perjanjian untuk mengambil anak lelaki tersebut setelah dewasa sebagai satu bentuk hukuman. Selepas beberapa tahun Koo Chan-Sung , kembali ke Korea selepas menamatkan pelajaran di luar negeri dan tiba lah masa untuk Jang Man Wol menuntut janjinya.



Koo Chan Sung mulanya curiga dan tidak mempercayai sumpah dan perjanjian antara Jang Man Wol dan ayahnya. Namun selepas bertemu Jang Man wol dia mula berasa takut dan tahu yang dia tidak mampu untuk melarikan diri dari Jang Man Wol.

Bermula la episod dimana dia terpaksa bekerja di Hotel Del Luna walaupun dia sedar dia lebih layak untuk bekerja di hotel yang lebih terkenal dan bertaraf antarabangsa. Menguruskan Hotel Del Luna bukan lah satu tugas yang mudah kerana Hotel tersebut bukan lah untuk manusia tetapi hotel untuk roh-roh yang singgah sebelum di bawa ke alam lain selepas kematian.

Kehadiran Koo Chan Sung mengembalikan semula orang-orang yang pernah hadir dalam hidup Jang Man wol beratus tahun dahulu.



Review Hotel Del Luna : Awal tadi saya dah bagitau yang saya bosan menonton drama Hotel Del Luna. Sebagai seorang yang suka kan drama bergenre fantasy saya dah tonton banyak drama lain yang lebih menarik dari Hotel Del Luna.

Episod2 awal Hotel Del Luna memang menarik namun apa yang saya lihat setiap episod jalan ceritanya sama saja. Hanya disi dengan babak hantu yang mengganggu manusia dan menyelesaikan masalah hantu-hantu tersebut.

Saya lebih seronok tonton gelagat Mi Ra dan Shancez . Setiap episod saya lebih tertunggu-tunggu hantu apa pulak yang akan di uruskan oleh Koo Chan Sung.



Babak paling saya tak suka dan bosan bila mereka berdiri di depan Pokok besar tu. Sembang lama sangat dan bosan bila mereka cuma bercakap pasal pokok yang dah berubah , masa untuk Jang Man Wol yang semakin singkat dan bagaimana kehidupan mereka selepas Jang Man Wol pergi.





Bagi saya babak tu cuma untuk memanjangkan masa tayangan saja. Risau pulak saya nak tulis lebih-lebih sebab takut peminat drama ni marah. Tapi citarasa kita kan tak sama. Ini hanya dari sudut pandangan saya sahaja.

Apa pun korang kena la tonton dan nilaikan sendiri. Jangan pegang pada review saya ni je. Mungkin saya ni tak pandai menilai. Hahaha.




INI PUNCA MENGAPA PERMAISURI AGONG DEACTIVATE AKAUN TWITTER

Kita patut beruntung sebab di zaman sekarang kita boleh berinteraksi dengan orang-orang besar negara hanya melalui sosial media. Boleh tahu apa aktiviti mereka dan kita boleh kenal mereka dengan lebih dekat.



Tak macam dulu , sebelum sosial media digunakan dengan meluas  kita cuma boleh lihat Raja dan permaisuri dalam tv dan surat khabar sahaja. Masa tu pun tak tahu Raja dan Permaisuri ada berapa orang anak, berapa cucu, hari ni masak apa, hari ni pergi melawat ke mana. Semua tak tahu melain kan benda tu keluar berita tv atau surat khabar.






Tapi sekarang lain.. Kita dah semakin dekat dengan golongan-golongan macam ni dan mereka pun tak kisah nak berkongsi cerita dengan pengikut-pengikut di sosial media.

Cuma bila dah makin dekat dan menonjol mula la ada yang tak suka dan tak selesa. Terus hilang rasa hormat sebab dia rasa macam dapat tengok hari-hari. Biasa la, manusia ni bila ada depan mata susah dah nak menghargai.Bila hilang dan susah nak jumpa terus rasa macam batu permata.





Mungkin kecewa  dengan kata-kata segelintir netizen yang mula tak senang duduk bila melihat kemesraan dan perhatian pengikut TuanKu Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman twitter, Tuanku bertindak menutup akaun twitter nya kelmarin.

Ramai yang kecewa dan marah atas tindakan beberapa akaun  twitter yang berburuk sangka atas kemesraan Tuanku Azizah dan pengguna twitter lain nya.  Ada yang mengusulkan agar pemilik-pemilik akaun ini dikenakan tindakan tegas kerana menghina dan berlaku biadap.

Hingga kini beberapa akuan twitter yang terlibat dikatakan telah menutup akaun masing-masing.







Wednesday, 11 September 2019

MAIN COP PARKING DAN BILA ORANG MARAH DITAMPARNYA ORANG TU - COP PARKING BOLEH DI DENDA RM2K DAN PENJARA



Budaya cop parking memang budaya lapuk dan kebudak-budakan. Sama macam kita naik bas sekolah, member yang naik dulu akan cop tempat duduk kita. Kita yang naik lambat pun dapat tempat duduk dan Yang naik awal terpaksa berdiri. Adil tak?? dah tentu lah tidak...

Walaupun macam tu masih ada yang rasakan benda ni biasa dan boleh diamalkan. Cop parking boleh dikenakan denda sehingga rm2000 atau pun penjara.

Perbuatan menanda tempat letak kenderaan awam atau lebih dikenali sebagai 'cop parking' menggunakan kerusi, kon, pasu bunga, berdiri atas petak dan sebagainya di atas petak meletakkan kenderaan boleh didenda atau penjara jika disabit kesalahan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, undang-undang berkenaan merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada di tempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat beli-belah.



Baru-baru ni telah viral video dan gambar tentang sepasang suami isteri berbangsa Cina yang dikatakan menampar seorang pemandu berbangsa Arab gara-gara berebut tempat parking kereta.




" Main cop parking dan bila orang marah, ditamparnya orang tu. Bukan nak racist, but this Chinese guy & his wife just slap people while they claim parking as their while kereta myvi tu dah tunggu lama. After panggil security baru tau nk lari. Sorry, record tak clear bcause i was shaking.

Cerita dia, that Myvi dah tunggu belakang parking tu before the previous car kluar. dan tetiba wife Chinese tu keluar from kereta and stay there untuk cop parking for her husband. Her husband pusing satu round untuk sampai ke parking yang wife dia cop while myvi tu dah tunggu lama.





Then bila dah sampai, dia pintas myvi tu dan terus masuk parking dan keluar kereta like nothing happens. So yang kereta myvi ni of course la bengang dan ckp kat dia why suddenly take that parking while diorang dah tunggu lama. Btw, yang drive myvi tu was Arabian.





Then the Chinese guy tengking laki tu dan tampar. Dia yg buat salah dan dia yg tampar orang. Then my friend called security and diorang terus nak chaw.

After that, I ask the Arabian guy to make a police report, but apa yang sedihnya kat sini is he told me that police will do nothing since dia Arabian. Hmmm kat sini dah tunjukkan sisi negative rakyat Malaysia kat orang luar😔

Some Chinese were so good and know how to respect people but some are not. I respect Chinese who have a manners. My boss and colleague are also Chinese but they were nice and know how to respect others. Some Chinese je yang tak tau nak hormat orang dan tunjuk gangster."

sumber: @nurshfka

SMARTPHONE ANDA ADA CIRI-CIRI NI BERMAKNA ANDA SUDAH TUA

Hi Korang..

Sambil-sambil main candy crush saya update blog kejap. Siapa je lagi yang main Candy Crush sekarang ni kan?? Hahah.. Tapi game ni sangat setia dimainkan oleh golongan ibu-ibu macam saya ni tau. Biasanya kalau bosan mengadap sosial media ataupun rancangan tv tengah iklan baru lah saya buka kejap game Candy Crush ni.



Selesai satu level tu dah rasa hebat sangat dah.Hahah. Kadang-kadang tu sempat juga main game Candy Crush sebelum nak lelap mata. 5 kali main tak selesai jugak level tu terus la tidur. Bukan lama pun nak selesaikan satu-satu level tu. Cuma dalam 3-5 minit je. Kebanyakan golongan ibu dan ayah yang berusia awal 40 am ke atas cukup suka Candy Crush. Game  bounching ball pun ada jugak.hehe

Satu lagi golongan usia macam saya ni kalau korang perasan suka betul pakai casing phone yang jenis flip. Kan??kan??



Bukan apa, kami ni risau phone jatuh. Malas nak beli baru sebab dah selesa dengan apa yang sedang digunakan. Bila rosak nak kena beli baru lepas tu nak kena belajar pulak guna phone baru tu cemana. Walaupun phone tu jenama sama je, dia punya paparan pun lebih kurang je tapi tetap tak biasa tau.





Phone Case jenis flip ni juga kalau korang perhatikan bahagian dalam dia ada macam poket kecil. Kat situ juga kami akan selitkan kertas. kadang2 kertas tu ada pasword  fb, mungkin juga no phone kawan atau saudara yang kami nak masuk kan dalam phone kejap2 lagi. hahah . Sebab tu la Flip Phone case akan jadi pilihan orang-orang tua macam saya ni.hahah



Phone orang tua juga dia punya brightness tu, kalau terang, terang sangat-sangat. Tapi kalau malap, habis tak keluar cahaya langsung. Malap tu phone saya la sebab saya tak suka silau.Nanti sakit kepala. Kalau yang bercermin mata tu mungkin terang  Ya ampun  la sampai terpancar cahaya tu ke wajah. Hahah

Berbeza dengan orang muda. Dia punya cahaya skrin phone tu mungkin 20 % -50 % je .

Sama juga dengan ringtone volume phone ni. Sehabis-habis kuat bunyi nya. Dah la bunyi bukan main nyaring lagi. Bila berbunyi je semua orang tengok kat kami. Jangan pelik sebab biasa nya bila dah tua ni kurang fokus dan kurang peduli siapa yang called.



Kadang2 phone dalam bag bunyi kami boleh buat tak tahu je sebab ingat kan phone orang lain. Siap ada vibrate pun tak perasan lagi tu. Lain la orang muda, lagi2 yang tengah bercinta. Asyik fikir "bila dia nak call I..Dia tak rindu I ke?" hehe.. Ada juga yang tunggu panggilan penting pasal hal2 kerja. Kan?

Macam tu la biasanya keadaan phone orang2 yang dah usia 40 ke atas ni. Saya ni pun belum umur 40 lagi tapi ciri2 phone orang tua tu dah ada dah. hehe.

*entry suka2 je..Jangan dok serius sangat boleh dak??Hahaha

Bye..