Monday, 2 September 2019

REMAJA 15 TAHUN MAUT DILEMPAR PISAU DAPUR OLEH BAPA KANDUNG

Penduduk di sekitar Jalan Manunggal Gang Kenanga I, Kelurahan Kalampangan, Kecamatan Sabangau, Kota Palangka Raya, Kalimantan Tengah,Indonesia, di kejutkan dengan berita pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun oleh bapa kandungnya ,Mardi (37) .



Mardi yang disahkan sebagai suspek di percayai  membunuh darah dagingnya yang berusia 15 tahun yang maut  akibat dilempar pisau dapur.

Kejadian berlaku pada Sabtu (31/8) kira-kira pukul 15.30 WIB. Sebelum peristiwa itu, suspek menyuruh mangsa untuk membeli makanan ringan yang terletak tidak jauh dari rumahnya

Namun, ketika mangsa pulang ke rumah mangsa mengatakan warung penjual makanan ringan yang dimaksudkan tersangka tutup. Suspek yang sedang berada di depan rumah menyarankan agar mangsa kembali untuk membeli di warung lain yang berada berdekatan dengan masjid.

Tidak lama kemudian, mangsa pulang dan membawa makanan ringan itu ke rumahnya. Sesampainya di rumah, mangsa bersama adiknya yang berumur 5 tahun sempat bertengkar di depan rumah.

Akibat berasa marah dengan pertengkaran anak-anak nya, suspek yang berada di depan rumah dan memegang pisau, terus melemparkannya ke arah dada sebelah kiri mangsa.







Kemudian suspek  mendengar mangsa merintih kesakitan. Melihat mangsa bercucuran darah suspek membawa mangsa ke hospital terdekat.

Ketika berada di Hospital mangsa  diberikan pertolongan  perubatan oleh pihak hospital. Namun, tidak lama kemudian mangsa disahkan meninggal dunia.

Buat masa ini suspek masih di tahan di balai polis Palangka Raya untuk menjalani pemeriksaan intensif.

Mardi (suspek) mengaku sangat menyesal dengan perbuatannya. Dia menegaskan melakukan itu secara spontan.

"Benar Mas kejadiannya memang seperti itu. Sebelum meninggal, saya sempat membawa anak saya yang dalam kondisi berdarah-darah itu ke rumah sakit dan meninggal di rumah sakit," katanya.

Sumber: Merdeka.com

Thursday, 29 August 2019

DAPAT EMAIL MACAM NI. : Coverage issues detected on dianarashid.com

Hi semua..



Kelmarindapat email dari google macam ni.. Coverage issues detected on dianarashid.com. 

Saya ni macam give up dah dengan blog ni. Nak cerita pun tak tahu nak mula dari mana. Letih oi.. Tak diteruskan rasa sayang sebab banyak masa dan tenaga habis untuk blog. Tapi dapat duit tu yang kuatkan juga semangat ni walaupun semangat tu dah tinggal ciput je nih.






Rasa macam kena bermula dari A semula.



Sebenarnya ada dekat 4K entry blog saya yang ada masalah.Saya terpaksa edit satu-satu entry tu supaya google dapat index entry tu. Saya dah try cari cara nak selesaikan nya dengan cara yang mudah. tapi tak jumpa.

Kadang2 rasa nak je copy dan publish semua 4k entry tu dan publish semula. Mana tau cara tu Google index semula entry tu..kan?? Tapi tu pun makan masa jugak.

So kena buat la satu2. Tapi bila nak siap nya.  Tak kan nak hadap benda ni je. Tu je la luahan perasaan hari ni.



Bye.


Wednesday, 28 August 2019

RESEPI NUGGET AYAM TEMPURA HOMEMADE PALING SENANG DAN SEDAP

Hi semua..

Mikhail demam pulak malam ni. Apa pun tak nak makan. pagi tadi sebelum pi sekolah makan roti pun tak habis. Selalunya makan habis je. Tak sangka pulak tu petanda dia nak demam. Balik sekolah ayahnya kata macam nak demam je budak ni.

Tengok muka dia pun nampak lemah dan bibir nampak merah. Selalunya kalau sampai rumah je mulut tu asyik bercakap cerita macam-macam. hari ni tak de cerita apa pun.



Dah jam 4 petang dia kata tak larat. Sekali check dahi punya la panas.Terus tampal cool fever lepas tu bagi makan ubat demam. Tertidur la kejap. Bila bangun dia kata perut lapar. Terus la saya ke dapur nak buat nuget.

Nugget ni saya goreng guna tepung goreng ayam yang beli kat kedai tu. Ada rasa pedas2 rempah tu. Memang sedap la. Jom saya tunjuk kan resepi buat Nugget Tempura Home made yang sangat senang dan sedap.



Bahan-bahan :

1 mangkuk isi ayam.
1 biji bawang besar
1 tangkai daun sup
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu baking powder
1 cawan air.
sedikit garam
Boleh je kalau korang nak letak sedikit kuib ayam. Tapi saya tak letak

**Minyak Untuk menggoreng
** Tepung goreng ayam
** sedikit air.




.

Cara-Caranya:

1- Panaskan pengukus

2- Masuk kan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sampai hancur dan sebati.

3- Tuang ke dalam loyang yang dilapik dengan plastik. Sebab nanti senang kita nak keluarkan dia lepas masak.

4- Bila pengukus dah panas, Kukus adunan tadi selama 15-30 minit.

5- Bila dah masak sejuk kan.

6- kemudian keluarkan dan potong petak ikut saiz yang korang suka.

7- Panaskan minyak dalam kuali.



8- celup nugget ke dalam tepung ayam yang dah dimasuk kan sedikit air. Jangan cair sangat. Pekat lagi sedap.

9- kemudian goreng sampai garing dan keperangan. Boleh la diangkat dan dihidangkan dengan sos.

selamat mencuba..




RASA MENGANTUK BETUL LEPAS MAKAN UBAT SELSEMA UNTUK GEGATA

Hi Semua..

Mood kelaut hari ni gara-gara makan ubat selsema. Pagi-pagi dah rasa gatal2 badan macam nak kena gegata. Sambil dok siapkan Mikhail ke sekolah sambil laju je tangan ni dok garu2 kaki.

Sikit-sikit gegata mula timbul. Terus stop kejap buat kerja, capai ubat dan terus makan. Lepas budak-budak pi sekolah mata dah layu. Mengantuk sangat rasanya bila makan ubat selsema ni. Lepas tu dah bangun pun mood tak baik je rasa.



Bagi yang tak tahu memang kalau jadi gegata ni doktor akan bagi ubat selsema ( Chlorpheniramine 4mg). Ubat ni ada dua jenis. Satu yang mengantuk dan satu lagi yang tak mengantuk. Saya ni boleh dicategorikan sebagai chronic Urticaria sebab dalam seminggu kena sampai 1-2 kali,

Saya pergi klinik kesihatan je untuk ambil ubat.

Baru-baru ni pergi klinik berbayar kat sini. Ada ke patut doktor tu tak bagi saya pakai baju labuh2, tak bagi pakai tudung. Dia kata sebab saya pakai macam ni la jadi gatal2. Padahal kat rumah saya tak pakai pun macam nak pergi klinik tu.






Jadi tak mungkin la sebab sebab saya pakai baju labuh lengan panjang dan bertudung punca gegata muncul. Sebab masa saya pergi klinik dia tu gegata tu tak timbul pun. kelakar betul.

Lepas ni malas dah nak pergi klinik dia. Banyak kali saya pi klinik kesihatan tak pernah lagi doktor tu larang saya pakai tudung dan baju labuh lengan panjang untuk elak gegata muncul. Dia pun tau kat rumah tak de nye kita pakai macam nak keluar.

Saya agak doktor klinik berbayar tu menyampah kot tengok perempuan pakai macam tu.Dia suka macam bangsa dia pakai. Seluar pendek  dengan baju nampak tiak.

Ok..tu je la nak cerita. Kang cerita lebih2 naik angin nanti.Hahah..






Tuesday, 27 August 2019

MAKANAN PERCUMA UNTUK KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH BERMULA 2020

Hi semua..

Baru-baru ni kita menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri , Dr Wan Azizah mengumumkan pemberian makanan atau sarapan percuma kepada kanak-kanak sekolah rendah yang akan bermula pada 2020.

Langkah ini supaya anak-anak bersarapan sebelum memulakan sesi pembelajaran. Melalui program ini nanti, anak2 akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ianya adalah percuma



Sarapan ni penting tau terutamanya untuk anak-anak kita. Ada ramai ibu bapa yang mengabaikan sarapan untuk anak-anak memandangkan ada yang bergerak keluar awal ke tempat kerja atau menghantar anak ke sekolah.

Ada mak ayah fikir anak-anak mereka akan bersarapan di sekolah padahal anak-anak sampai je kat sekolah tak sempat nak makan dan ada yang malas nak membeli. Bila benda ni jadi amalan, anak-anak mula terbiasa untuk tak ambil sarapan.






Kemudian dalam kelas mula la mengantuk, sakit perut dan sebagainya. Bila perut lapar nak fokus belajar pun dah tak boleh.

Cuma bila program ni dah berjalan nanti harap diberikan tumpuan pada kualiti makanan sebab bila masak banyak-banyak setiap hari ni mula la bab kebersihan diabaikan. Makanan juga perlu dipastikan sedap dan anak-anak suka.


Risau pula nanti ada pengusaha kantin atau orang yang sediakan makanan ni  akan simpan lebihan makanan untuk keesokan hari. Peruntukan yang kerajaan bagi terus masuk poket. Nak untung punya pasal sanggup abaikan kesihatan anak-anak.

Saya ingat masa saya terima Bantuan Rancangan Makanan Tambahan masa kecil dulu, saya selalu tak makan makanan tu. Sebab tak sedap. Budak-budak ni bila tak sedap memang dia tak kan makan dan benda tu jadi membazir saja.

Walaupun percuma tapi biarlah makanan tu lengkap dan tak mengabaikan bab kebersihan. Kalau pengusahan kantin diberikan tugas untuk menyediakan makanan pihak sekolah patut nilai semula tander yang diberikan pada pengusaha kantin. Tengok prestasi pengusaha kantin ni macam mana.

Ada kantin sekolah yang jual makanan tak sedap, tak banyak pilihan dan jual makanan tak menyihatkan di kantin sekolah.Contohnya jual Vitagen dan Air kotak.  Boleh ke kita nak percaya pengusaha kantin macam ni untuk menyediakan makanan yang sedap dan menyihatkan pada anak-anak kita?






Ditambah pulak dengan keadaan kantin yang kotor dan tak terurus. Bila anak bawak makanan sendiri mula nak complain pada sekolah. Padahal pengusaha kantin sendiri tak usaha nak tarik anak-anak untuk membeli.

Kerajaan juga perlu pastikan dan tetapkan sendiri menu apa yang perlu disediakan. kalau serah bulat-bulat pada pengusaha kantin atau penyedia makanan, memang makan bubur kacang 3 kali seminggu la jawab nya.

Harap-harap program ni betul-betul akan dilaksanakan. Jangan tak jadi ye.. Ramai yang setuju dah ni.Klaau tak jadi memang minta kena kecam la. hahaha..

bye.


SEMOGA BLOG DIANARASHID DOT COM CEPAT BEBAS DARI GOOGLE SANDBOX

Hi Semua..

Sedih betul bila try check blog kelmarin tengok-tengok blog saya masuk dalam Google Sandbox. Benda dah nak jadi. Jadi saya tabahkan je la hati ni. Tak tahu nak cakap cemana. Patut lah pengunjung tak ramai macam dulu. Rupanya ada entry yang tak di index Google.

Bagi yang tak tahu,blog kita ni kalau masuk dalam senarai Google Sandbox bermakna ada kemungkinan yang ada entry dalam blog kita tak di index Google. Kau pulun menulis hari-hari pun tak guna.




Banyak sebab nya kenapa blog kita masuk dalam Google Sandbox. Salah satu mungkin sebab banyak letak keyword dalam entry tu atau pun entry copy paste. tapi saya tak buat entry copy paste. Kalau dari sumber lain pun usaha juga letak link contohnya macam ambik kat twitter.

Tapi saya agak mungkin punca dari ambik gambar di google.Benda tu nanti kena tengok balik la.

Kalau korang nak check blog korang boleh la check kat Sandbox Checker ni.


Lepas tu akan keluar result sama ada korang punya blog masuk dalam Google Sandbox. Kalau tak masuk dalam Google Sanbox kiranya Alhamdulillah.. Tapi kalau ada masuk ke Google sanbox korang kena submit balik sitemap korang ke Google Webmaster.

Sebelum Submit tu kena edit dulu la entry korang yang tak de keluar kat enjin carian Google. Kiranya memang banyak la kerja nak kena buat.

Saya pun mula-mula pening nak kena check satu2 entry sama ada keluar ke tidak kat enjin carian. Kebanyakan nya tak keluar.




So sekarang ni saya dah submite sitemap. Cuma tunggu je la keputusan nya . tak tahu la bila. seminggu lagi saya nak check tengok dah keluar dari senarai dalam Google Sandbox atau pun belum.

Kalau dah keluar dari Sandbox saya akan buat satu entry apa cara yang saya guna untuk atasi masalah ni.Kalau tidak , memang kena edit balik la entry dan submit sekali lagi sampai berjaya.

Korang doakan lah ye semoga blog saya ok semula.

FACEBOOK PAGE DAH CECAH LEBIH 7 RIBU FOLLOWER - CARA NAIK KAN JUMLAH FOLLOWER DALAM MASA SINGKAT

Hi semua..

Macam tak percaya je saya punya facebook page dah lebih 7 ribu follower. Facebook page saya tu awal nya milik orang lain. masa tu tak ramai follower pun. Post pun tak banyak like dan share. Mungkin sebab ianya lebih fokus pada sukan . Saya pun dah lupa nama asal page tersebut.



Tapi selepas saya ambil alih page tu, saya try update dengan post tentang blog saya je. Masih juga tak nampak yang page tersebut boleh menarik ramai follower. Rasa putus asa pun ada jugak.

Walaupun macam tu saya tak pernah invite sesiapa untuk follow page tu. Kalau ada yang tanya baru saya bagi link. Kemudian saya fikir dari saya biarkan je page tu baik saya update saja dengan content yang pelbagai supaya page tetap aktif dan tak sunyi.

Awal tahun 2019 page tersebut hanya ada 4 ribu lebih follower saja. Dalam masa yang sama saya cuma mampu update satu post sehari. Tak sempat sebab sibuk. Saya pulak bukan selalu dapat layan sosial media.





Dan baru 3-4 bulan kebelakangan ini saja saya mula aktif update berbagai post. awalnya memang tak ramai yang nampak. tapi semakin banyak video dan post yang saya kongsi, ianya mula dilihat oleh ramai pengikut asal page ni.

Semakin ramai yang share post-post lama dan ianya buat lebih ramai yang follow. jadi kuncinya ialah sentiasa update dan banyak kan posting ke page kita. Jangan biarkan ianya tak berupdate sebab ianyakan buat page kita semakin lama semakin tenggelam.

Walaupun tak de idea nak post apa, letak je la gambar atau status berkaitan isu semasa dan sebagainya. Kebanyakan follower suka page yang aktif.



Jangan terlalu kerap share link blog. klau boleh selang seli kan post kita. Dalam sehari letak 1-2 link cukup la. Tapi kalau sehari kita kongsi  10-20 post , tak jadi masalah untuk kita letak 3-5 link. Cuma jangan lah secara berterusan.

Content pula mesti lah yang masih segar dan baru. Jangan la kongsi content yang terlalu lama atau yang orang dah biasa tengok. Cari lah video-video baru contohnya di Dailymail.

Kalau page korang tentang skincare dan kecantikan, banyak post pasal kecantikan atau share video2 lucu pasal makeup dan sebagainya. Boleh share tips makeup jugak. tak semenstinya kena share link blog saja.. Pelbagaikan supaya orang tak bosan.





Dan last sekali jangan lupa nyatakan sumber asal content tersebut. kalau tak tahu sumber susah sikit la nak letak, tapi boleh letak kan detail tentang post tu contohnya lokasi atau bila kejadian tu berlaku.

Ok.. tu je la. Kalau nak kongsi apa2 boleh tinggalkan komen di bawah. bagi yang berminat boleh la follow page saya Apa Cerita Hari Ini

bye.


Sunday, 25 August 2019

PENGHANTARAN BISKUT MAKMUR, KEK SARANG SEMUT , BROWNIES DAN CONGO BAR GUNA J&T

Hi semua..

Sebelum ni saya tak pernah cerita pasal jualan saya kat blog sebab saya tak buat penghantaran jauh2 guna pos.






Tapi sejak dah ada J&T dekat dengan rumah ni saya pun berani sikit la nak guna pos untuk siapa2 yang jauh dari rumah saya ni nak rasa biskut makmur,kek sarang semut , brownies dan congo bar.





Buat masa ni saya buka order untuk biskut makmur, kek sarang semut,brownies dan conho bar sahaja sebab benda² ni paling senang di hantar.

Mungkin akan datang saya akan buka order utyuk biskut brownies dan yang lain nya.



Pada siapa2 yang berminat nak beli kek sarang semut, brownies, congo bar dan biskut makmur boleh la pm saya atau contact saya di fb untuk tempahan.

Whatsapp: 012 597 7656 - diana

Bye.






Saturday, 24 August 2019

MAINAN KEGEMARAN KUCING (AYU)

Hai semua..


Suka betul Ayu dengan patung singa nih. Kalau dapat main dengan patung ni sampai terlompat-lompat. Padahal dia yang lambung dia jugak yang sambut.๐Ÿคฆ‍♀️

Ayu ni umurnya dah nak masuk 6 bulan kot. Jadi memang waktu ni tengah ligat melompat. Dia pun dah makin besar .

Risau je takut terhamil. ๐Ÿคญ๐ŸคญSetakat ni dia tak dekat dengan mana2 kucing lagi. Harap tak de kucing la yang jatuh hati kat Ayu. Belum spay lagi si Ayu ni. Kami tengah fikir dulu nak bagi dia ada anak ke tidak. 



Buat masa ni berkawan la dulu dengan patung singa ni. Dia suka patung ni sebab ada bulu² kot. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ







Awal nya tak tahu pun dia suka patung ni. Satu hari tu dia masuk bilik Maisara. Entah apa yang dia cari tiba² je dia keluar dari bilik Maisara sambil gigit patung ni.๐Ÿ˜ฒ๐Ÿ˜ฒ

Dia bawak je patung ni ke ruang tamu.. lepas tu bawak ke bilik store, bawak ke dapur. ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Siap lambung2 patung ni. Sejak tu patung singa ni jadi mainan dia la.

 

Sebenarnya patung ni adalah pencil case Maisara. Maisara dapat hadiah . Tak ingat dah hadiah dari siapa.

Tapi maisara tak pernah guna pun sebab kecik sangat katanya. Jadi dia letak je atas tempat buku dia kat dalam bilik.







Ingatkan sampai bila² la tak de orang nak guna pencil case ni. Rupanya ada jugak peminat nya. ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜…

Korang punya kucing suka mainan apa?

Bye..



Friday, 23 August 2019

KEDAI MAKAN DI SUNGAI BAKAP YANG PELAYAN NYA KURANG AJAR.

Hi semua..

Nak cerita la pengalaman makan kat satu kedai makan ni. Ahad lepas kami keluar makan. Oleh sebab tahu dah yang kedai makan yang kami suka pergi tu tutup sebab pekerjanya cuti raya haji jadi kami pilih untuk cari kedai makan lain.

Kami pi ke Sg Bakap. Nampak satu kedai ni ada buka. Ada tulis macam2 menu tapi sebab kami tak pernah makan kat kedai tu lagi kami ambik jalan selamat untuk order benda yang biasa2 je la.

Nanti kalau tak sedap menyesal pulak..




Suami order Kue tiaw goreng,
Maisara order Nagi GOreng Ayam
Mikhail Order Roti Kosong
dan saya order Mee goreng.

Nak kata ramai sangat orang pun tak de la ramai pun. Kedai makan kecik je. Meja pun tak sampai 10 buah. Yang saya  nampak, ada sorang buat roti canai, sorang tukang masak, sorang tukang buat air dan sorang untuk ambik order.



Kami sampai dalam jam 8:30 malam tapi nak dekat jam 10 makanan belum sampai. Anak2 dah merungut lapar sebab lama sangat. yang pelik apa hal roti kosong pun lambat sampai??

Nak kata diaorang tak perasan , meja kami betul2 kat depan orang buat roti canai tu. Tak kan diaorang tak perasan kami dah tunggu dekat 2 jam.

Dekat nak pukul 10 pinggan pertama sampai, Nasi goreng. Jadi itu dah tentu lah Maisara punya. Aku belek je nasi goreng dia tu. Ada ayam besar ibu jari, sotong sepotong je. Bukan sekor tau.sepotong besar guli dan udang saiz kecik sekor.

Macam ni ke Nasi goreng Ayam diaorang ni?  Maisara pun terus makan je sebab lapar sangat. Saya pun tak fikir yang diaorang silap masak sebab masa order tu jelas kot dia tulis NASI GORENG AYAM depan mata kami ni.

Maisara dah makan separuh pinggan, tiba-tiba datang satu lagi Nasi goreng. Siap dengan ayam .

So saya tanya perempuan tu, "habis yang dia ni makan nasi siapa?" ..

Tau tak yang buat saya geram ialah dia buat muka tak puas hati , tak jawab apa kita tanya dan dia tinggalkan je nasi goreng ayam tu kat meja kami.

Makna nya apa?? Maknanya kesilapan dia tapi. kami kena bayar. So nak tak nak suami bayar juga la untuk nasi goreng yang dia dah silap hantar tu.

Saya ok je kalau dia tak buat perangai. Cakap je "maaf, tersilap hantar" .. tak pun dia ambik balik nasi goreng yang dia hantar tu bawak semula ke dapur  dia.

Tapi kita geram sebab kurang ajar tau cara dia tu.

Masa kami baru sampai tu saya dah perasan yang perempuan ni mulut dia kurang ajar tau. Dia cakap kasar2 , tinggi suara je dengan pakcik yang buat roti canai tu.

Pakcik tu silap tak tulis kat kertas order tu yang makanan tu kena bungkus je. Dia punya jerit tu.. Alamak!!memang tak layak buat menantu tau.

Dah la pakai seluar ketat , bontot tergolek sana sini. pakai tudung baju singkat. Apa punya pesyen entah.

Ha!!saya ni mula la nak mengata bab bontot dia pulak..haha.. Geram tau tak!!



Kedai makan ni letaknya dekat dengan Kubur Cina tu. Ada kedai jual susu lembu.. kan?? kedai pelayan kurang ajar ni dekat hujung sekali. Baris depan punya kedai.

Abang Lan kata ni pertama dan terakhir la makan kat sini. Serik oi..

Saya tahu kerja di kedai makan ni bukan senang. letih kerjanya. Tapi tu bukan bermakna kau boleh buat suka hati hanya sebab kau penat ke apa. Semua kerja letih dan penat. Orang datang nak makan . Bukan minta sedekah pun. Kami bayar untuk makanan tu..






Melayan pelanggan dengan baik pun adalah salah satu skop kerja di kedai makan dan apa juga jenis perniagaan.

Dah la kedai daif, cuba la perbaiki service supaya perniagaan makin maju dan boleh untung lebih bila ramai yang suka. kedai kecik ke besar ke, cuba layan orang dengan baik.

Jangan la tunjuk macam kau tak suka kerja kau tu.

TIPS MASAK BAWANG GORENG JADI RANGUP DAN SEDAP

Hi semua..

Dalam masakan melayu korang perasan tak kita suka gunakan bawang goreng sebagai bahan tambahan yang bukan saja untuk meyedapkan masakan tapi juga sebagai hiasan.


Bawang goreng : tribunews.com


Bila tabur je bawang goreng tu terus masakan tu nampak Ya Ampun sedap bangat ini Soto.. Hahahah..

Mee kari pun letak bihun goreng, nasi goreng pun letak bawang goreng, bihun goreng, mee goreng, Nasi biryani, nasi daging, macam-macam lagi la..Boleh dikatakan bawang goreng tu kena ada je kat dapur kita.





Anak saudara saya, duduk saja-saja makan bawang goreng. siap boleh jajan jugak bawang goreng ni rupanya.

Tapi tak ramai yang tahu cara membuat bawang goreng yang rangup dan sedap. hari ni saya kongsikan Rahsia macam mana nak buat bawang goreng yang rangup  sedap dan tahan lama.

Apa yang korang perlukan ialah bawang merah yang sudah di buang kulit, bersihkan dan dihiris nipis.


kemudian korang rendam bawang  yang dah dihiris tu dengan air garam. Anggaran dalam 2 cawan air untuk 2 sudu besar garam. rendam selama kira-kira 30 minit hingga 1 jam.

Kemudian tos kan bawang merah tadi. Jangan ada air kerana ia akan buat bawang goreng lembik dan ambil masa lama untuk menggoreng.

Ambil sedikit tepung jagung dan tabur diatas bawang merah tadi. ratakan ke semua bawang merah.

Angaran tepung jagung = 1 sudu besar tepung jagung untuk 1 kilo bawang merah.

Kemudian biarkan beberapa minit sambil panas kan minyak. Bila minyak dah panas  boleh la goreng bawang tu. Goreng dengan minyak yang banyak dan cukup panas.







kawal api agar bawang tidak hangus. Bawang yang hangus akan membuatkan ianya rasa pahit. Selepas masa toskan minyak, sejuk kan dan boleh di simpan di dalam balang.

Boleh simpan dalam peti sejuk supaya bawang goreng tahan lama.

Selain tepung jagung korang juga boleh gunakan tepung gandum dan tepung Ubi. Sedikit tepung gandum di campur dengan tepung ubi lepas tu tabur atas bawang . Gaul sebati dan goreng.
Tepung tu guna sikit saja. Bukan banyak macam buat cekodok tau..

Korang boleh guna bawang putih juga untuk dapatkan bawang putih yang rangup dan sedap..

Selamat mencuba..


MENCARUT DAN MAKI HAMUN ADALAH SATU DOSA TAK KIRA DENGAN NIAT BAIK ATAU SEBALIKNYA

Hi semua..

Kalau kita perhatikan zaman sekarang ni , orang-orang muda mencarut dan maki hamun tu macam perkara biasa je. Orang tua pun pandai juga mencarut tapi time marah je.


Sebab orang2 tua ni, masa kecik dulu diajar untuk tak guna bahasa kesat dalam percakapan seharian. Kita guna maki hamun ni time kita marah je. Tak de pun mencarut maki hamun sambil ketawa-ketawa ketika bertepuk tampar dengan kawan.

Tapi sebenarnya tak kira marah ke tak marah ke tetap tak boleh mencarut dan maki hamun tau. Haram dan berdosa tindakan kitta tu.

Yang muda-muda ni pulak mencarut tak kira tengah marah ke, tengah seronok ke, tengah beramah mesra ke.. Semuanya nak diselitkan juga dengan mencarut dan caci maki. heran la.. Hahah.

Saya tertarik dengan apa yang dikongsikan oleh saudara The Guy di laman twitter nya..

"Peringatan buat yang suka melazimi mencarut, saya kongsikan mutiara kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi  tentang perbuatan tersebut :-

"Kalimah yang bakal disebut saat kita menghadapi Sakaratul Maut adalah kalam yang sering kita lazimi semasa kita hidup"







Kalau kita sering lazimi zikir La ilaha illallah maka in sya Allah saat menghadapi kesakitan Sakaratul Maut, kita akan ucapkan itu juga"

"Tapi kalau lidah kita sudah terbiasa dengan ucapan kasar dan mencarut, maka kalam itu jugalah akan automatik keluar saat menghadapi kematian"

Na'uzubillah, moga-moga Allah melindungi kita semua daripada kalam tersebut, dan permudahkan perjalanan sakaratul maut kita in sya Allah.

Bagi mereka yang bertanyakan bagaimana hendak berhenti atau kurangkan mencarut, berikut sedikit tips :-

i. Sucikanlah hati dengan lazimkan diri baca Quran, serta fahami contentnya. In sya Allah hati yang bersih akan menyumbang kepada lisan yang bersih jua.


ii. Ketika marah, instead of mencarut gantikan dengan zikir yang simple seperti "Subhanallah", "Masya Allah".

iii. Proses ni makan masa. Tidak ada masalah, ubahlah sikit-sikit, in sya Allah lama-lama akan ada hasilnya. "- TheXGuy





Pada yang suka dan terbiasa dengan mencarut dan maki hamun tu , beringat lah. Jangan nanti bila kita sakit, kemalangan ke, ucapan yang keluar dari mulut kita ialah hanya kata-kata yang tak baik..

Sebagai orang islam kita sebenarnya dilarang dari mencarut dan maki hamun. Hukum mencarut dan maki hamun adalah haram dan ada satu hadis dari Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim; "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya"

Sekarang ni kalau kita tengok orang nak menegak kan agama islam pun guna carutan dan maki hamun. Padahal islam tak nak kita buat macam tu. Orang-orang macam ni lah yang memburuk kan lagi imej islam sendiri.






Niat tu bagus dah, Cuma cara nya saja yang tak betul dan dilarang agama. Sama la juga macam kita nak beramah mesra dengan kawan-kawan kita. Kita kata "tu satu cara kami berhubung..cepat mesra.." .. Padahal tak boleh tau. Niat baik tapi cara tak baik..

Lepas ni kita ubah kata-kata kita. Gantikan kata-kata kotor dan hina tu dengan kata-kata yang indah dengan memuji nama Allah dan Rasul.

bye..





AWAS! PESALAH PEDOFILIA INI SUDAH KEMBALI KE MALAYSIA

Hi semua..

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh (prepubescent). Orang yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks. Ini juga boleh dipanggil penderaan seks kanak-kanak.



Sesetengah orang mempunyai perasaan pedofilia tetapi tidak melakukan seks atau mendera kanak-kanak secara seksual. Walaupun kanak-kanak perempuan biasanya memulakan proses akil baligh pada usia 10 atau 11, dan kanak-kanak lelaki pada usia 11 atau 12, kriteria untuk pedofilia melanjutkan titik akhir untuk prepubescence ialah berumur 13.

Seseorang yang menghidap pedofilia mestilah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun, tetapi remaja mestilah sekurang-kurangnya lima tahun lebih tua daripada anak prepubescent untuk tarikan untuk didiagnosis sebagai pedofilia.

Sumber: wikipedia.







Tak ramai yang ambil peduli tentang kewujudan Pedo . Sebab mereka ni kalau di lihat macam sama je dengan orang biasa. Tapi hati-hati sebab apa yang bermain di fikiran mereka amat lah berbeza dengan orang normal berfikir.

Mereka mudah tertarik dengan kanak-kanak dan ada yang berani bertindak.

Baru-baru ni tersebar berita bahawa pesalah Pedofilia yang telah dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara di London , kini telah kembali ke Malaysia.



Pesalah seorang warga Malaysia , berbangsa melayu bernama Nur Fitri Azmeer Nordin pernah di tahan di London dan kemudian nya dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan menyimpan lebih 30 000 imej dan video lucah kanak-kanak.

Kini Nur Fitri sudah berada di Malaysia dan meneruskan pengajian nya di UKM. sebagai ibu bapa apa perasaan korang sekarang??

Khabarnya Nur Fitri sekarang sudah berubah dan insaf kerana kejadian di tahan dahulu memberi kesan besar dalm hidupnya.

Tapi tak salah pun kalau kita sebagi ibu bapa berhati-hati sebab nya penyakit ni bukan senang nak sembuh macam tu saja. Dia tak kan boleh hilang sendiri.







Kadang2 sikap kita yang mudah menerima dan memaafkan pun akan buat penjenayah berasa selesa dan berani ulang kesilapan lama.

Masyarakat tetap pandang serong pada dia. Jadi bergantung kepada sikap dia sendiri untuk membuktikan yang dia betul2 dah berubah atau pun hanya cakap2 kosong saja.

Kalau saya tak mau la percaya sebab tak nak tanggung risiko. Sedaya uapaya saya akan elak kan anak-anak saya dari berjumpa atau didekati orang macam ni.

bye.




PENYELESAIAN MASALAH IFLIX TAK ADA SUBTITLE KETIKA TONTON DI STB HYPPTV

Hi Semua..



Memandang kan saya baru guna Unifi, ada banyak benda yang saya belajar untuk mudah kan saya guna Unifi tv ni. Salah satu kegemaran saya masa lapang ialan tonton drama dan filem di Iflix. Bila dah ada hypp tv lebih baik tonton di hypptv saja.

Tak payah la saya nak connect guna Myracast lagi. Tapi caranya macam rumit sikit. Sampai naik pening kepala saya. Kenapala susah sangat nak tonton iflix di hyyp tv.






Nak tak nak terpaksa email support team untuk selesaikan masalah. Selagi boleh google , kita google la dulu. Rasa macam dah tak tahu nak buat apa, baru lah kita email atau hubungi suport team diaorang.

Masa mula-mula tonton  Iflix di Hypp tv saya pelik kenapa subtitle untuk filem dan drama tu tak ada. saya google untuk cari macam mana nak on dia punya subtitle.



Malas dah saya nak baca saya pun email Iflix dan cerita masalah kepada staf yang layan saya tu Namanya Syahirah.

Jom saya tunjuk kan cemana cara nak on subtitle iflix di Hypp tv.


Mula-mula sekali ambil remote hypp tv korang dan tekan butang merah untuk on stb hyptv .  kemudian pilih hypp TV. jangan buka iflix pada paparan my application . Iflix korang tak kan berfungsi.
\


Lepas tua akan keluar macam gambar atas ni.. dan pilih Inter @active. Kalau benda ni tak keluar korang terus je tekan butang i



Bila dah keluar macam ni, pilih Tv Apps. Kemudian akan keluar Iflix .



Kemudian keluar macam ni.. tekan OK..




satu lagi macam ni.. OK sekali lagi.

Log in masuk guna akaun  iflix korang yang dah korang daftar. Kalau belum daftar , sila la daftar ye. Nak daftar ni kat mana2 pun boleh. Guna phone, pc tablet.

Dah log in pilih la rancangan apa yang korang nak tengok. Ada yang Free dan ada yang berbayar. Yang free ada tag biru dan yang berbayar ada tag kuning.

Kemudian pilih Play. Rancangan yang korang nak tonton sedang di tayangkan.



Tekan butang OK dan tekan butang anak panah bawah . tekan OK sekali lagi dan ada pilihan bahasa.



Guna remote dengan tekan anak panah kiri atau kanan untuk pilih subtitle.

Sekarang siap.. Subtitle dah keluar.

Bagi yang dah try cara ni tapi subtitle tetap juga tak keluar korang boleh guna cara kedua ni.





1. Tekan butang “Home” kat remote control.

2. Skrol ke bahagian “Settings” (ikon gear) dan tekan “OK

3. Pastikan kotak untuk “Enable WLAN” dan di tanda (tick) dan dah bersambung dengan network UniFi/Streamyx awak. Kalau belum bersambung, pilih “Set WLAN” dan sambungkan Set Top Box awak dengan network UniFi/Streamyx awak.

4. Kemudian, skrol ke bahagian “Date and Time” dan pastikan tarikh dan waktu adalah betul. Kalau tidak, ubah NTP Server Address ke asia.pool.ntp.org dan pilih “Confirm

5. Selepas itu, skrol ke “Manage Application”, pilih “All”, kemudian pilih “iflix”, dan “Clear Data”, dan tekan “Confirm”.

6. Restart STB awak (Tutup dan pasang semula suis utama STB).

Boleh gak Force Stop iflix app tu kat HyppTV. Pastikan HyppTV dah disambungkan dengan wifi (seperti diatas),

Pastu pergi dekat Settings > Manage Applications > Running Application > klik kat ikon iflix dan klik Force Stop.


Harap ni membantu! :)


Thursday, 22 August 2019

GARA-GARA ISU PERCERAIAN KONTRAK AHN JAE HYUN SEBAGAI DUTA MERBLISS DITAMATKAN

Hi semua..



Panas betul isu perceraian pelakon Ahn Jae Hyun sampai macam-macam isu yang keluar. Yang pasti ramai yang tak suka dengan tindakan pelakon lelaki ni yang seolah-olah nampak tidak bertanggungjawab dan mempermain kan perasaan bekas isterinya , Ku Hye Sun.

Kisah rumahtangga bintang korea ini timbul sejak seminggu lalu apabila Ku Hye Sun mendedahkan bahawa hubungan rumahtangga nya dengan Ahn Jae Hyun bakal berakhir. Pendedahan tersebut nyata mengecewakan ramai peminat mereka.





Disebabkan isu tersebut ada syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan Ahn Jae Hyun mula menamatkan kontrak dengan serta merta dengan alasan status dan imej Jae Hyun sekarang tidak sesuai dengan apa yang menjadi sasaran dan objektif  mereka.

Jenama kosmetik bertema perkahwinan MERBLISS telah mengumumkan bahawa mereka akan memadamkan semua iklan mereka yang menampilkan Ahn Jae Hyun. Ahn Jae Hyun telah menjadi model sokongan jenama selama dua tahun.



Baca kenyataan penuh MERBLISS di bawah:

Halo, ini MERBLISS.

[Kami] juga tidak dapat menyembunyikan kejutan kami di kontroversi perceraian Ahn Jae Hyun dan pendedahan yang berlaku di media sosial. Mengenai ini, kami dengan sungguh-sungguh meminta maaf kepada pelanggan kami yang mempercayai jenama kami dan dibeli daripada kami.

Sebagai jenama dengan konsep perkahwinan, MERBLISS mengejar cinta dan kebahagiaan. Apabila kami mula-mula menandatangani dengan Ahn Jae Hyun dua tahun lalu, kami percaya imejnya sebagai seorang romantis yang baru berkahwin sesuai dengan arah tuju yang kami tekani. Selepas tamat tempoh kontrak kami, kami melanjutkan kontrak dan mengekalkan hubungan selama dua tahun.






Kami percaya bahawa isu terbaru yang membabitkan perceraian kontroversi Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun sangat berbeza dengan apa yang kita jalani. Oleh itu, dari saat ini, kami akan menghentikan semua iklan dan semua kandungan berkaitan dengan Ahn Jae Hyun, dan iklan dan kandungan yang dimuat naik sebelum ini akan dipadam dsecara berperingkat.

Kami meminta para pelanggan kami memahami persefahaman mereka. Kami akan berusaha keras untuk menjadi MERBLISS yang lebih baik.

Terima kasih.



DARI STREAMYX KE UNIFI TV : PUAS HATI BILA INTERNET LAJU.

Hi semua...

Akhirnya  kami dah bertukar ke Unifi selepas 7 tahun menggunakan Streamyx. lama juga tu 7 tahun. Ingat lagi  pasang Streamyx masa saya dalam pantang kat Mikhail. Mikhail tengah tido nyenyak je sambil saya tengok technicin TM tu dok sambung2 wayar.



Alasan kenapa pasang Unifi ialah sebab dah bosan dengan siaran Astro. Anak-anak pun tengok cerita Bayblade dengan Ultraman. Saya pulak tengok Running Man. Tengok 2,3 rancangan tu je yang bertukar episod setiap minggu tapi kena bayar sampai rm70 sebulan.

Dulu anak-anak kecik lagi. Diaorang banyak la rancangan yang diaorang suka. Sekarang dah besar masing2 lebih suka layan rancangan kartun di Youtube. Jadi bincang dengan suami , baik la kita terminate Astro dan pasang Unifi.





Dah semua nya guna online untuk tengok rancangan kegemaran masing-masing, korang rasa internet tu macam mana?? Sah2 la macam siput. Nak update blog pun susah weh. Dah la saya ni suka donlod filem tamil dan hindi. Kadang sampai 8 jam nak tunggu untuk donlod satu filem hindi.

Sejak dah pasang Unifi ni , download filem yang sebelum ni 7,8 jam dan jadi 4,5 minit je. Senang kerja. lepas ni mudah la nak update blog. Eceh!! kata je mudah padahal buat dengan malas tak de nye nak update. Seronok tengok Kdrama ada la..hahahah

utuk pasang Unifi Tn ni saya tak de kena pi jumpa siapa2 atau daftar ke apa. Saya cuma bermesej dengan Fayad Rahim. Korang boleh berurusan dengan dia je untuk apa2 masalah atau hal berkaitan Unifi.

Saya ambik pakej yang sebulan rm159. Ikut pada yang di tulis kat sini dalam pakej yang rm159 ni ada 100mbps + 600 minit call free + full Channel Unifi tv. Ada 3 box yang dia pasang ni.






Masa mula-mula nak guna Unifitv ni macam susah je. Tengok video2 Youtube baru la paham sikit2 cemana nak tengok Iflix kat Hypptv, kenapa browser  tak dapat buka google page, .. Macam2 lagi la.

Bila tengok video paham la sikit2.

Sekarang ni tengah usaha cemana nak pasang Playstore kat Hypptv tu. Kalau ada playstore boleh la download Viu, youtube ..

Hari ni Stereamyx dah tamat. Bila kita tukar dari streamyx ke Unifi dia akan  auto terminate. Tak payah susah2 nak call TM dan bagitau depa.



Remote Hypptv ni je yang tak mesra pengguna. Kecik sangat. Entah berapa kali la remote ni terjatuh. Harap lepas ni diaorang tukar remote yang besar sikit. Boleh genggam. Yang ni kalau genggam, tak boleh tekan pulak. Jadi kau kena pegang remote guna dua belah tangan.

Untuk permulaan, bila langgan Unifi ,semua siaran hypptv kita dapat. Tapi lepas sebulan cuma tinggal siaran mengikut plan yang kita ambik. Saya pun tak tau siaran apa yang akan tinggal nanti. Tunggu je la lagi sebulan.

Untuk pemasangan kita bayar rm100 saja. Bayar melalui online ke Unifi. Nanti dia akan bagi kita no akaun unifi kita dan kita boleh bayar guna jom pay. Biller code untuk Unifi ialah 8888.

Harap-harap Unifitv bagi kerja sama memaudahkan hidup kami sekeluarga.. Gitewww.. hahahah. Kalau nak tanya apa2, boleh  tinggalkan komen ye. Saya pun tak berapa reti lagi ni. Sikit2 tu boleh la..



Sunday, 18 August 2019

LELAKI INI KONGSI TIPS BERGUNA BAGAIMANA UNTUK DAPAT CGPA 4.0

Hi semua..

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman dan tips berguna bagi pelajar-pelajar yang nak score cgpa 4.0 untuk final exam nanti.  Tips berguna ni di kongsikan oleh saudara Azrel Aril @benzyrl di laman twitter nya. Perkongsian nya ni mendapat hampir 5 ribu retweet.

Semoga ianya dapat membantu korang dan semoga berjaya.






*****************************
"Alhamdulillah dah dapat sijil matrikulasi. So hari ni aku nak share macam mana aku study sampai dapat cgpa 4.0 (4flat both sem).





Untuk subjek math aku study soalan past year. Aku download soalan past year tu from internet. yang bestnya dia siap ada solution sekali. link dekat bawah

https://kwkang.jimdo.com/exam-papers/qs015-sm015/ups/



Untuk subjek chemistry pulak aku suka belajar dalam youtube. Actually belajar dalam lecture memang buat-buat faham. So bila nak dekat exam aku tengok video dalam youtube. channel ni cover both sem1 dengan sem2




Untuk biology takde cara lain rasanya korang memang kena hafal la. Tapi aku hafal bio guna nota yang aku dapat dari senior from KML which nota ni ringkas dan padat. Aku suka guna nota ni. (aku tak guna lecture note ) ๐Ÿ˜







Link nota bio yang best tu
https://drive.google.com/drive/folders/1-0uH7fNPVQTLekDB7wBQJ0lrNl45v3HU








Tips dari lecturer bio aku. Bila masuk je chapter baru buat overview chapter or buat mind map. contoh:-




Link overview/mind map bio :- https://drive.google.com/drive/folders/1zd0gcb9ccQFyzot5_1cYbxDOmcMpf54A

For Physics aku guna this note for last minute revision before entering exam hall
 https://drive.google.com/drive/folders/1-bZpF1dYNcM6w22fj8BhLQzR3PqVqFxh





Phy no need pon ingat formula since bmkpm so generous sebab bagi list of formula. Ada 78 formula free. Paper 2 focus more on soalan calculation and paper 1 focus teori dan konsep Physics.




But if ingat semua formula lagi bagus. Takyah bazir masa nak rujuk


Maybe channel ni boleh bantu korang if blur dalam lecture hall yang bagus boleh pause and ulang-ulang sampai paham. Lecture matrik ni Tq sir Rodhi๐Ÿ‘




Channel ni pun berguna untk korang belajar math. lecturer kuliah aku dulu ni ๐Ÿ˜†. Jangan lupa subscribe. Tq sir sarimi



Channel untuk study chemistry matrik





nah nota untuk pelajar Matrik ๐Ÿ‘
https://drive.google.com/drive/folders/1-qagZ0R49DE4V4sCQ_ougcG60KU3-dM3

One more tips, if boleh siapkan awal past year tu sebelum study week. sebab nanti if dah siap kau akan jadi rujukan rumet dan jiran-jiran. So walaupun dah siap awal boleh revise balik soalan tu dengar ajar diorang. Thanks rumet sebab selalu tanya soalan ๐Ÿ˜‰


To prepare for muet, u should practice like my lecturer said. for listening, u can play the cd tht comes with the muet textbook and can practice with roomates or classmates. for writing, please read the band 5/band4 sample essays.



For reading, my lecturer gave us sets of past year questions to practice with. For speaking, you must know  whom are your groupmates during the test. senang nak practice. tak lah awkward masa test. boleh tahu sape candidate a,b,c,d.


nak bahan study muet tekan link
https://drive.google.com/drive/folders/1pRmB1zS_bAmuZ7Ih99Wfk2ISTjdWuPs4


satu lagi pesanan nanti kalau buat video pam (pengajian am) pastikan semua ahli group function๐Ÿ™„. jangan susahkan member


for those yang tanya sambong mana lepas ni. Alhamdulillah dapat UiTM Sg Buloh. Tak sia-sia pergi iv jauh dkt uitm selayang nuhh.. Doakan ambo lulus .. - Azrel Aril -๐Ÿ˜‰๐Ÿ‘Œ