Tuesday, 25 June 2019

BALIK SEKOLAH DENGAN KESAN BENGKAK ~ BUDAK-BUDAK SEKARANG MEMANG DAH TAK MAKAN NASIHAT KE?

Hi Semua..

Waktu saya muat naik gambar-gambar ni di Facebook mesti ada yang fikir saya ni nak hentam cikgu je.. Hahahaha.. Padahal tak de pun hentam cikgu dalam post tu.

Mesti ada jugak yang fikir.. "ala..sikit je.."

Heh..Meh anak kau aku cubit sikit sampai lebam , sampai dia menangis.. Kita tengok dia punya sikit tu cemana.



So hari ni saya nak cerita apa yang jadi pada Mikhail ni. Ceritanya pendek saja.

Jumaat lepas dia balik sekolah dengan kesan bengkak kat atas mata. Bengkak tu memang jelas sangat jadi kakak nya terus menjerit sebab risau . Apa lagi kita ni, terus tanya dia jatuh kat mana.






Mikhail ni memang selalu terlanggar dinding dan jatuh sebab dia tak suka pakai cermin mata padahal dia rabun. Sebab tu mula-mula saya cuma syak dia jatuh.

Tapi benda yang jadi sebenarnya ialah kawan dia baling botol air dan kena bahagian atas mata tu.

Tak de kaitan pun dengan cikgu tau. Masa kejadian tu Mikhail kata dia menangis dan ada cikgu yang dah marah budak2 tu. Siap denda lagi.



Tapi yang buat saya geram sangat , lepas je cikgu tu keluar diaorang masih baling2 alat tulis pulak sampai hampir2 kena mata Mikhail.

Mikhail kata " adik terpaksa jaga-jaga sebab adik risau ..adik dah la tak nampak.."

Jenis tak makan saman dan tak serik pun. Budak2 sekarang memang tak reti takut dengan cikgu ke? Tak faham ke bila cikgu kata " jangan buat"..

Nak je saya pi sekolah jumpa budak2 tu lepas tu ugut nak bawak pi balai polis. Biar diaorang sedar sikit. Biasa budak2 kan takut polis. Tapi tak tahu la kot budak2 sekarang tak takut polis.

Alhamdulilllah anak-anak saya masih takut polis. Hahaha.

Saya ni tak nak la sampai benda gini pun nak pergi tunjuk muka kat sekolah. Nak telefon pun tak nak sebab nanti bercakap yang bukan2. Sebab tu saya lebih memilih untuk menulis. Bila tulis ni ayat kita pun tersusun dan terjaga..kan??



So kita pun tulis la aduan kita kat cikgu cuma melalui mesengger facebook saja supaya dia tak la anggap kita serius sangat ..kan??  Jadi kemarahan saya tu bukan lah pada cikgu tapi pada budak2 yang tak makan nasihat tu dan cuma luahkan kerisauan saya jika benda ni berulang lagi dan berharap budak2 tu diberi denda yang lebih mengesankan.





Tapi tu la.. cikgu senyap je.. Kita pun rasa tak pe la kalau dia diam je..

Tapi lepas ni kalau jadi apa2 pada ank saya tak de la nak mengadu-mengadu dah.. Ada budak yang buat hal dengan anak-anak saya memang saya terus pi balai je. Tak mau susahkan cikgu2 je.. Boleh gitu?

Bye..

Wednesday, 19 June 2019

ROGOL : SIAPA YANG BERSALAH. WANITA ATAU LELAKI?


Cara berpakaian punca wanita jadi mangsa rogol.

Nak setuju ke tidak korang terpaksa setuju.

"tapi ada perempuan tutup habis semua pun jadi mangsa rogol.."







Ye..sebab lelaki tu dah tengok perempuan yang berpakaian macam telanjang. Tak tahu la dia tengok kat mana. Kat tv ke, kat website ke, kat wasap video ke, kat dalam bas ke, kat tempat kerja ke..

Dia dok tahan2 lama2 tak tertahan jadi yang akan jadi mangsa ialah mana2 perempuan yang sempat dia "sambar".

Sebab tu lah wanita yang tak bersalah pun jadi mangsa kerakusan lelaki tak de moral ni.



Lelaki juga bersalah.. Lelaki salah sebab tak reti nak jaga pandangan.

Kan ke islam dah pesan pada lelaki jaga pandangan. Islam juga pesan pada wanita jaga aurat. Tanggungjawab tak boleh diletak pada satu pihak saja.

Wanita tolong lah bantu lelaki supaya dapat kawal nafsu mereka. Lelaki pula bantu wanita dengan menjaga mata  dan pandangan.

Jangan lah asyik buka website tak senonoh je. Jangan asyik tengok gambar-gambar artis seksi di laman sosial.

Kalau lelaki boleh pesan pada wanita supaya jangan berpakaian menjolok mata, lelaki pun patut tahu yang menonton video tak senonoh pun adalah satu dosa.







Jaga lah diri masing2 dan tahu tanggungjawab sendiri. Korang jangan fikir yang korang pandai jaga diri, tak lalu tempat gelap, ada bodyguard dan ada seni pertahankan diri jadi tak pe untuk korang pakai seksi.

Tindakan korang mungkin akan membuatkan orang lain menjadi mangsa.

Lelaki pula jangan fikir yang ianya tak pe kalau tengok tengok saja .. Tengok gambar dan video artis menari melentik-lentik, tengok video Kak KM, layan video sajat.. Mula-mula mungkin tak rasa apa. Tapi kalau hari-hari tak ke yang bawah tu meronta-ronta minta kebebsan???

Bye..

Tuesday, 18 June 2019

TUTORIAL EDIT GAMBAR GUNA PICSART SUPAYA ADA SATU COLOUR SAJA.

Hi semua..

Hari ni nak share tutorial edit gambar guna Picsart memandangkan ada yang tanya saya tahu tak cemana nak edit gambar supaya ada satu bahagian sahaja yang ada warna. Saya ada banyak apps untuk edit gambar dan salah satunya yang korang boleh guna ialah Picsart. So hari ni saya ajar cara edit gambar guna picsart. 



Maknanya dia nak ada ada warna untuk bahagian-bahangian tertentu saja. Contohnya macam gambar Maisara ni. Cuma bajunya saja yang ada colour.










Caranya senang saja. Mula-mula buka Picsart yang korang dah install dalam phone korang. Boleh pi ke Play Store untuk install.

Korang pilih la gambar apa yang korang nak edit. Saya pilih gambar Mikhail yang atas ni.

Kemudian pilih Effext dan pilih colour. Nampak kat gambar atas ni.. Akan keluar satu bulatan kat gambar korang.



Gerak kan bulatan tu pada warna dalam gambar yang korang nak. Saya nak warna kulit Mikhail je. Ada tanda + pada bulatan tu..kan? jadi pastikan warna yang korang nak betul2 kat tanda + tu.

Jadi saya gerak kan pada warna kulit Mikhail.



Jeng--jeng..Terus warna gambar bertukar. Kat situ ada Min Hue dan Max Hue. Korang boleh adjust la warna-warna tu.  tolak sikit tarik sikit. Ikut apa yang sedap kat mata korang la.

Kalau korang tak adjust nanti gambar tu warna nya tak sekata. So pandai-pandai korang la nak adjust dia cemana. kalau nak tambah bagi ada dua colour klik pada tanda + kat bawah tu, Pilih lagi colour yang korang nak. 









Oleh sebab saya nak cuma Colour Mikhail je yang menyerlah, saya guna pemadam tu dan padam warna-warna daun kat belakang Mikhail jugak. Daun2 tu colour sama dengan kulit Mikhail, so kita tak nak yang tu.. Kita pun padam la ..

Dah siap..cemana??Senang je..kan?? Dah siap save je la. Bye.

Monday, 17 June 2019

BACA ARTIKEL DAN DAPAT REWARD DENGAN CASHZINE - PELUANG JANA INCOME DENGAN MUDAH

Hi Semua..

Saya nak share satu applikasi buat duit yang sangat bagus untuk korang yang memang nak kumpul duit sikit-sikit. Applikasi Cashzine ni adalah aplikasi yang menyediakan artikel-artikel untuk bacaan umum.




Korang yang suka membaca tu, di samping boleh tambah pengetahuan bab isu semasa boleh la jadikan ianya sebagai duit poket. Lepas la untuk beli jajan. Heheh..






Lagi banyak korang baca lagi banyak la duit yang masuk. Selain tu korang boleh share artikel tu dan dapat lebih lagi coin untuk korang tebus ke wang tunai.

Untuk 1000 coin korang boleh tebus rm1. 1000 coin ni mudah je korang nak dapat. Cuma baca artikel dan share saja.



Pada korang yang nak join boleh klik sini dan masuk kan invitation code: 1499424 untuk dapatkan 800 coins secara percuma. Senang2 je dah dapat 800 coins. pergi kat bahagian "Me" dan pilih "Enter Invition Code"  ..Paham ye?





Bagi yang nak download apps ni , apa yang korang perlu buat ialah download apps Cashzine lat sini . Klik. http://lzzhuocai.com/?1499424

Kemudian daftar la untuk buat akaun korang. Masuk kan email dan pasword.

Kemudian buka email yang dia hantar untuk pengesahan akaun.






kemudian korang dah boleh login dan baca artikel kemudian share kalau mahu duit lebih. Coins akan diupdate terus ke akaun cashzine korang.

Mudah je..kan.. Jom try dan jangan liupa masuk kan invitation code untuk dapat coins percuma.

Bye..

LAPORAN PENTAKSIRAN PERTENGAHAN TAHUN MIKHAIL UNTUK TAHUN 2019

Hi Semua..

Kalau update blog ni maknanya ada la benda nak cerita. Kalau tak de benda diam sendu je la blog ni.kan???

Macam biasa ceritanya pasal anak. Minggu lepas sempat ke sekolah Mikhail sebab ada pelaporan pentaksiran. Sedia tahu tahap 1 tak de peperiksaan tapi diaorang ada pentaksiran ni..  Nak cerita pun bukan paham sangat pun. Hahaha..



Walaupun tak paham bukan bermakna kita tak payah ambik tahu. Kena juga tahu prestasi anak-anak kita kat sekolah walaupun tak di tumpukan pada akedemik semata-mata. Bagi yang tak tahu apa benda Pentaksiran Bilik darjah (PBD) boleh la klik untuk lebih faham.






Bab akedemik saya tak risau sangat pada Mikhail ni. Berbeza dengan kakak nya yang bab akedemik memang kurang menarik bagi dia. Dia belajar macam terpaksa. Harap-harap makin besar kakak boleh berubah.

Masa UPSR ni ibu ayah masih rasa "tak pe..Dunia kanak-kanak dia masih banyak nak diteroka" tapi nanti dah naik sekolah menengah tolong lah berubah wahai kakak.. Tumpu pada PT3. Hahah.\\

Balik semula pada Mikhail, saya dapat respond yang sangat baik dari guru kelas nya. Tak de masalah bab pelajaran. CUMA.....

Mikhail tak suka bercakap dalam kelas. Dia lebih banyak diam.

WAHHHHHH!!!! Ni sesuatu yang mengejutkan..Hahahah..

Berbezanya perangai dia kat rumah dengan kat sekolah. kalau kat rumah asyik sebut nama dia je. Kuat mengusik, suka buat apa yang orang larang, tak boleh di tegur,

Sebenarnya dari dia tadika lagi kami dah tau dia suka berpura-pura depan cikgu.haha.. Depan cikgu nya baik ya amat.Lagi2 depan cikgu yang dia suka.

Kalau la satu hari nanti cikgu mengadu kata dia nakal, kami tak kan terkejut sebab itu lah Mikhail yang sebenarnya.

Tahap pengusaaan dalam tp2 dan tp4. Tak de tp5 dan tp6 lagi.Tak pe la..baru darjah 1.. Perlahan-lahan lah.



Tapi untuk pelajaran Pendidikan kesenian (muzik dan PSV) dua-duanya dapat PT2 saja. Nampak sangat dia memang tak minyak seni. Menyanyi ke melukis ke.. Tak minat, Kat rumah pun dia cuma suka lukis bayblade dan Ultraman. Tu pun sebab dia minat bayblade dan Ultraman. kalau tak minat dua benda tu, sah tak de dia rasa nak melukis.






Kalau bab menyanyi lagi la dia tak minat. dengar lagu pun dia kata bising. Cemana???hahah..

Tu je la nak cerita pasal Mikhail.Simpan la semuanya kat sini. Mana tau kot2 ada sesiapa baca boleh la




Thursday, 13 June 2019

5 RESEPI BISKUT RAYA PALING SEDAP TAPI MUDAH DAN CEPAT DIBUAT

Hye Semua..

Selamat Hari Raya.. Tahun ni rajin betul saya buat kuih raya. Kalau tahun-tahun sebelum ni memang malas nak buat. Buat pun setakat brownies dan kek saja. Biskut-biskut tak buat pun. 

Tapi tahun ni saya buat biskut raya. Buat biskut raya yang senang dan simple je. Tapi sedap.  


Ini lah 5 biakut raya yang sempat saya buat. Nak buat ni pun jenuh la halau anak-anak balik kampung kejap. Kalau si kakak tu dia tak peduli sangat biskut raya ni. Dia nak makan je. 

Tapi si adik tu. Aduh!! dia nak buat sama. Nak uli tepung macam kita buat. Tu yang susah sikit. Sebab tu nak buat biskut raya kena la buat masa dia tak de di rumah ataupun masa dia tidur.








Kalau untuk makan sendiri tak pe la ajak dia buat sama-sama. Ni benda nak jamu kat orang memang tak boleh la buat dengan dia. Hahaha,. Pengsan nanti orang makan. Tak pasal2 masuk hospital.

kat bawah ni saya dah sertakan sekali resepi untuk biskut raya simple tapi sedap ni. Boleh la korang try buat.

Coco Crunch Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:

1 bungkus coco crunch
200g coklat masakan (dark chocolate)
1 sudu besar majerin
100 paper cup

hiasan: Boleh letak almond, coklat rice atau gula warna warni macam saya guna ni..

Cara-Caranya:

1- Susun paper cup dan masuk kan coco crunch dalam semua paper cup . ketepikan dulu.
2- Hancur kan coklat dan cairkan - double boiler.
3- Masuk kan majerin dan kacau lagi sampai cair semuanya,
4- masuk kan coklat yang dah cair dalam piping bag.
5- paipkan coklat dalam paper cup yang ada coco crunch tadi.

Buat sampai habis,. Lepas tu letak kan bahan hiasan yang korang suka.

Sejuk kan .Bila dah keras masuk kan dalam bekas. 

Biskut ni kalau tak sorok memang cepat la habis.Tak sempat nak jamu kat tetamu. Hahah




Biskut Nestum rangup dan sedap

Bahan-Bahan:

3 cawan Tepung gandum
3 sudu besar Tepung jagung
3 cawan majerin
1 biji telur
2 cawan nestum yang sudah dikisar halus
1 cawan badam yang di cincang .
1 cawan gula ising
1 sudu kecil esen vanila

Hiasan: coklat masakan yang dicairkan dan juga nestum 

Cara-Caranya :

1- Masuk kan majerin, gula ising , telur dan esen vanila ke dalam bekas pengadun. Pukul sampai sebati.

2- Masuk kan tepung gandum. tepung jagung , serbuk nestum dan badan. Uli dengan tangan je sampai jadi doh yang lembut.

3- Canaikan atas papan lepas tu potong petak ikut sama saiz. Baru lah masak sekata bila di bakar nanti.

4- Boleh juga kalau nak buat bentuk lain. Ikut suka la nak buat cemana.

5- Lepas tu ambik satu keping dan gaul2 dengan nestum . 

6- Susun dalam loyang. Ulang proses ni sampai habis adunan. 

7- Lepas tu bakar. 20 minit dengan suhu 180.  Bila dah sejuk boleh la lorek kan dengan coklat  yang dah di cairkan.

Kalau tak suka coklat boleh sapu kuning telur je . Biskut ni sangat sedap kalau makan dengan kopi O petang hari.Hahah..

Rasanya sama macam rasa biskut Oat dalam kotak yang ada jual kat kedai tu. Sekotak tu mahal jugak la. Tapi isi tak banyak. Buat sendiri puas hati makan.






Biskut Chips Coklat Rangup

Bahan-Bahan nya:

75g gula perang
300g butter
300g tepung gandum
1 sudu esen vanila
50g nuts (almond/walnut)
50g chip chocolate

 Cara-caranya: 

1-Campur gula perang,esen vanila dan butter.Kacau sikit2 je bagi sebati Tak payah kacau sampai kembang .

2-.Lepas tu masuk kan tepung gandum.

3- Almond atau walnut tu cincang-cincang  dulu lepas tu bakar dalam 15 minit je.Lepas tu masuk kan ke dalam tepung tadi.uli supaya dia jadi doh.Uli pun sikit2 je.asal kan nuts tu merata kat dalam tepung

4- last sekali baru masuk kan chip chocolate. kacau sikit2 je sebab nanti coklat tu cair habis doh jadi kaler koko.

5- kemudian Simpan dalam peti sejuk dalam setengah jam. Bukan tempat beku..simpan kat bawah-bawah je..








6- 15 minit sebelum bakar panas kan oven.suhu 180 .

7- Lepas tu keluarkan doh tu dari peti sejuk .jemput2 dengan tangan je letas atas loyang..Loyang tak payah sapu apa-apa..Boleh guna sudu je kalau tak nak guna tangan

8- saya bakar 30 minit suhu 180. 

Bila dah masak sejuk kan dulu baru masuk kan dalam bekas.Kalau tengah panas memang dia nampak macam lembik2 lagi.tapi ok dah tu sebenarnya..Dah sejuk baru la dia betul-betul keras. resepi dan gambar dari : Resepi Biskut Chips Chocolate

Biskut sarang Semut

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula ising
1 cawan tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard
1/2 mentega  buttercup
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna kuning (saya tak letak)

Hiasan: paper cup , manik gula warna warni atau pun coklat rice.

Cara-Caranya:

1- Pukul mentega dan gula ising sampai kembang. masuk kan esen vanila dan pewarna. Kacau sebati
2- Masuk kan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.
3- Uli sampai jadi doh.
4- kemudian tekap doh pada penyagat dan tekan perlahan-lahan, 
5- Cedok tepung yang dah di tekap pada penyagat tadi guna garfu dan masu kan dalam paper cup.
6- Taburkan hiasan dan bakar dengan suhu 180 selama 15 minit. 

Korang boleh guna cup yang kecil atau pun yang sedang je. saya guna paper cup saiz kecil. Buat yang kecil lagi bagus sebab raya orang nak try macam-macam biskut. kalau kita buat besar  nanti orang makan tak habis takut dibuang je.

Guna cup kecil sekali ngap je . Hahah 




Biskut Kacang

Bahan-bahannya: 

2 cawan kacang tanah yang dah di sangai - buang kulit dan kisar halus.
1 cawan majerin
1 cawan guna halus
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat

Hiasan: kuning telur

Campurkan semua bahan dan uli sampai jadi doh.

Tekap guna acuan yang korang suka.

Biskut ni akan jadi gebu bila dia tebal dan jadi rangup bila dia nipis. Jadi terserah korang nak biskut ni gebu atau rangup.

Sebelum bakar sapu kuning telur kat atas biskut.

Bakar dengan suhu 180 selama 20 minit. sejuk kan dan simpan dalam balang.

Yang dah habis biskut raya di rumah boleh la cuba resepi-resepi ni. Membuatnya pun tak lama. Boleh la dijamu pada tetamu yang datang.. Selamat mencuba



Tuesday, 11 June 2019

PENGALAMAN PERTAMA KALI DISERANG GEGATA ATAU KELOPAK GARAM

Hi semua..

5 hari  sebelum raya macam mimpi ngeri bila tiba-tiba nak bangun sahur badan jadi gatal2. Sambil panaskan kuah dan nasi terasa macam gatal-gatal je kat betis ni. Tak kan nyamuk banyak sangat kot saya fikir.
Sekali tengok betis bengkak-bengkak macam nyamuk gigit.

Saya perhati je kat dinding ke , kat lantai ke kot-kat ada nyamuk. Macam tak percaya je nyamuk gigit banyak sampai jadi gitu.

Eh!!dah habis sahur pun gatal lagi . Sampai ke siang masih tergaru-garu satu badan pulak. Kulit dah start bengkak sana sini.

Tunjuk kat suami.. Sah!!kena kelopak garam ataupun Gegata






Mula dok fikir apa yang saya makan sampai timbul gegata sedangkan sebelum ni saya tak pernah kena gegata atau kelopak garam ni.

Memang ada makan kepah semalam nya. Tapi sebelum tu pun ada makan juga.Tapi tak jadi Gegata. Tanya pendapat suami.

Katanya "mesti tak tahan dengan bodywash yang baru tu.."

Oh!!betul jugak tu.. Sebelum ni rumah kami ni semua guna LIFEBUOY. Tapi sengaja suami nak tukar selera jadi dia belikan bodywash LUX. 

Lux bau nya lebih kuat dan wangi. Seronok betul guna.Tapi kesan nya azab..hahah. Mula-mula tak mau ke Klinik sebab fikir kalau sapu garam nanti ok lah kot.

Dah lumur garam satu badan pun tak jadi apa. Pakej sekali dengan tak boleh tidur malam.Siang nya suami terus ambik cuti dan pergi klinik Kesihatan. Tak mau pi klinik berbayar sebab nak buat checkup lebih detail.

Terbaca dulu kat post Doktor Khairil Faizie katanya mungkin akan ada pemeriksaan darah. So saya fikir baik ke Klinik kesihatan je.


Pergi klinik check tekanan darah dan pemeriksaan rutin je . Macam pelik pulak bila doktor tu tak tahu apa benda gegata tu. Sebut kelopak garam pun dia tak tahu jugak.

Karang kalau saya sebut Urticaria , doktor terkejut pulak muka kampung² gini pun sebut urticaria..kan??hahha.. 


Yang peliknya masa jumpa doktor tak timbul pulak bengkak² tu. Sebab dalam klinik tu aircond sejuk giler. 

Nasib baik la kat rumah masa bengkak² tu muncul saya ada ambik gambar. Jadi tunjuk le gambar tu kat doktor. Lepas dia tengok baru dia tau apa ke benda gegata tu.

So korang sebelum pi klinik snap dulu gambar gegata kara basa  korang tu ye sebab dia memang pandai menyorok bila kena aircond.


Dapat la 3 ubat ni.. ubat selsema dan gatal² kat atas tu pahit nya ya ampun.  Satu lagi tu ubat asma.   Penting tau ambik dua² ubat ni. Takut sesak nafas je boleh mati tau. 

Dan last tu ubat sapu je. Saya lumur satu badan. Pun gatal lagi. Memang kena juga ambik ubat makan.

Calamine lotion ni kalau korang sapu lepas tu korang sentuh, dia tak melekat pun kat tangan korang. Dia bukan macam bedak sejuk. Korang cuci dengan sabun baru dia hilang. Jadi jangan lah risau ye.

Ubat tu pi mana² bawak la. Nasib baik balik raya kat kampung saya bawak ubat. Raya kedua jam 4 pagi terjaga sebab badan gatal². Rupanya gegata lagi.

Terus bangun makan ubat dan tidur. Bangun pagi hilang terus bengkak² dan gatal².

Kalau jadi gegata terus la ke klinik. Tak payah la amalkan petua sapu garam la, minum madu la, makan benda pelik². Takut jadi lagi teruk. Pergi klinik ambik ubat selesai masalah. 

Bye

Thursday, 30 May 2019

DAPAT HADIAH SAMSUNG GALAXY A20 SEMPENA HARIJADI YANG KE 39

Hi semua..



Tak sangka dah tua-tua pun masih dapat hadiah smartphone. Ingatkan bila dah tua ni dapat hadiah telekung dan Quran je. Hahah. Tu la..kan.  Suami paham je isteri nya ni usia je yang bertambah. Tapi jiwa masih muda tau. Masih comel2 gitu.

So ini lah dia Samsumg Galaxy A20 . Yang saya berkenan sangat tu. Sampai kan dah keluar A30 dan A50 pun saya masih berkenan yang A20 punya. Nampak tak betapa setia nya saya ni?

Memang kejutan betul sebab tak sangka pun dia nak bagi smartphone. Sebelum ni saya guna Oppo Neo7. Phone tu selalu hang sampaikan saya tak berani nak install banyak app terutamanya instagram dan mesengger.







Dah banyak kali bila nak buat panggilan penting , skrin jadi gelap dan kena tunggu sampai 2-3 minit baru lah berjaya buat panggilan. Bayangkan kalau ada kecemasan.  Memang nangis la. Hari-hari merungut kat suami yang phone Oppo tu buat masalah.

Tapi tak pernah sekali pun saya bersuara yang saya nak phone baru. Sebab Oppo tu pun hadiah dari dia juga sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 11 pada 4 tahun lalu. jadi sayang lah juga phone tu walaupun hang je kerjanya.

Dan sekarang Samsung A20 dah ada dalam tangan. Alhamdulillah . Semoga suami saya sentiasa dimurahkan rezeki dan di berkati pekerjaan nya.

Mula-mula saya ikut je dia pergi kedai Phone tu. Katanya nak beli smartphone baru sebab dia berkenan sangat dengan Samsung Galaxy A50. Tengah dia belek2 phone Galaxy A50 tu, kita duduk je kat tepi sambil buat muka comel.Hahah..

Dia dah siap pilih phone dia, sekali dia cakap.. "Sayang nak yang mana satu." saya ingatkan dia main-main je. Saya pun main2 jugak la tunjuk Samsung GalaxyA20. Dia suruh cina tu keluarkan phone tu sebab dia nak tengok.

Dia tanya lagi.."betul nak yang nak?" saya pun laju je la angguk . Rasa nak melompat je dalam kedai tu.





Review sikit Samsung Galaxy A20 ni. Dia punya detail dia korang boleh tengok la kat belakang kotak ni.



Bagi saya Samsung Galaxy A20 ni memang cantik. full skrin dan dia ada 3 kaler . Biru , putih dan merah kalau tak salah . Saya ambik yang biru . Sama dengan suami. Acah2 sejiwa la konon. Hahah.. Sebelum ni dah pakai phone kaler putih. Leceh la.senang kotor. Hahah.

32GB memory dan 3GB Ram. Ni pun dah cukup besar bagi saya yang tak suka simpan video dan gambar banyak2 dalam phone. Hahah.


gambar ni guna kamera samsung galaxy a20. camera tak de setting apa pun.


Kamera 4x zoom. Memang cantik paparan dia. sangat best untuk tonton filem atau video. Main game PUBG pun best weh!! mana tak nya..6.4 inci tau. Walaupun bukan FullHd tapi skrin nya super amoled iaitu skrin phone yang kelas tinggi2 tu la.

Boleh guna fingerprint kat bahagian belakang. Depan tak de ye. Ada juga fungsi yang imbas wajah tu kita panggil apa entah.Hahaha.

Kamera belakang ada 2. Ambik gambar cantik2 dah sekarang ni.Selfie pun nampak tulus je muka. Hahah.. Sebelum ni guna OPPo nampak macam Dato Vida. Kahkahkah.



Bateri pun tahan lama. Biasa la, phone baru memang tangan ni tak reti nak lepas. Tapi boleh tahan 8 jam tau baterinya. Kalau pandai jimat bateri boleh bertahan sampai 12 jam. Bateri memang tahan lama. Saya suka sangat.

Banyak yang bestnya dengan Samsung Galaxy A20 ni kecuali sound dia. Bunyi tak kuat. Kena buka sampai habis baru dengar jelas bunyi nya. Walaupun tu bukan masalah besar bagi saya tapi bagi yang kunci alarm guna phone mungkin benda ni akan buat korang geram jugak la.

Jangan terbabas tak dengar bunyi alarm dah la.







Nak cocok USB pun tak boleh juga nih. Sebab port dia besar sikit. Sebelum ni download filem guna phone je.Lepas tu pindah kan ke USB. Nampaknya lepas ni kena beli USB lain la .. Kena guna USB type C

Harga Samsung Galaxy A20 : Rm699.



Oleh sebab suami beli Samsung Galaxy A50 saya sempat la membandingkan kedua-dua smartphone ni. Tak de beza sangat pun.Hahah. Cumanya Samsung Galaxy A50 Ram dan Memory nya lebih besar. 128GB memory dengan 6 GB Ram. Fingerprit kat depan dan ada 3 camera. Sound Samsung galaxy A50 pun slow jugak.Tak kuat. Harga samsung galaxy A50 : Rm1199

Friday, 10 May 2019

SEDAPNYA SUARA ALIF SATAR - "SESUNGGUHNYA " DUET BERSAMA RAIHAN DAPAT PUJIAN RAMAI

Hi Semua..



Awal tahun 2019  satu video Alif Satar Ft Kumpulan Raihan menyanyikan lagu Sesungguhnya dimuat naik di Instagram Alif Satar. Lagu tu memang sedap dan ramai peminatnya masa saya belasan tahun dulu.

Lagu tu memang menenangkan dan mengusik perasaan,






Selepas video duet tersebut di muat naik ke instagram Alif Satar ramai yang memuji vokal Alif malah isterinya sendiri mengharapkan Alif menyanyikan lebih banyak lagu-lagu nasyid.

Minggu lepas, dalam rancangan MELETOP di Astro Ria, Raihan ada mengumumkan akan berduet dengan Alif Satar. Saya memang agak mesti diaorang akan pilih lagu Sesungguhnya ni.

Semalam video duet Alif Satar dan Raihan dah ada di Youtube. Memang ramai yang tertunggu-tunggu rupanya. Dalam sehari je video tersebut dah mencapai  227538 jumlah tontonan. Malah alif Satar juga trending di twitter.



Tahniah Alif Satar.

Vokal alif mendapat pujian ramai sebab berjaya membawa lagu tersebut dengan baik. Selalunya kalau artis remake lagu orang ni mesti dia akan ubah sikit . Tapi lagu Sesungguhnya ni tak diubah pun melodi nya. Cuma susunan muzik tu ada beza dengan yang dulu.\

Mungkin nak nampakkan  ianya lebih segar tapi dalam masa yang sama kita boleh nyanyi sama-sama jugak. Saya kurang suka lagu remake lepas tu ubah sampai kita yang minat lagu tu tak dapat nak nyanyi sama sebab melodi nya diubah.






Jom dengar Vokal Mantap Raihan dan Alif Satar . Nyanyi sama-sama jom..

 LIRIK LAGU SESUNGGUHNYA - RAIHAN FT ALIF SATAR

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Kucuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takakan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga kutahu
Syukurku hanyalah milik Mu

Composed by Nazrie Johanie
Lyrics by Nazrie Johanie


Thursday, 9 May 2019

Suami Nak Isteri Hamil Cepat, Isteri carikan Calon Untuk Suami? [Kisah Benar]

Saya perasan banyak betul trafik masuk untuk baca artikel Mengandung lepas berurut yang Dhia tulis kat blog Magicalips tu. Dalam tu si Dhia tulis panjang lebar la petua nak cepat hamil untuk pasangan yang dah lama menanti cahaya mata.

Ok jangan keliru.

Saya Adzril dari blog adzril.com yang selalu kongsi pasal percutian ke Sabah dan simkad Onexox.
Perasaan gembira dapat zuriat patut dirasai oleh semua orang.

Tuesday, 7 May 2019

RESEPI AIR BUAH CAMPURAN VIRAL YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi korang..



Bulan-bulan puasa ni kalau berbuka dengan air buah memang nikmat nya Ya Allah.. Bila ada air buah  campuran ni kurang la sikit kita makan benda-benda lain yang berat.

Saya pun esok nak kena beli buah jugak la.Sebab hari ni macam terlajak makan nasi je. Kalau ada buah tak la makan nasik sangat..kan?






Saya ada terjumpa resepi Air Buah Campuran yang dikongsi oleh Saudara Zaky Mat Ali di facebook nya. Nampak sedap betul air buah campuran ni.

Dengan kaler2 yang menarik mesti akan buat orang terkam air ni dulu bila nak buka puasa.

Perkongsian Saudara Zaky Mat Ali ni telah mendapat perhatian dari warga net dengan hampir 1.5k komen dan 10k perkongsian.

Jom kita tengok cemana cara buat Air buah Campuran ni.



Bahan-bahan nya:

- Satu tin susu sejat
- Setengah tin susu pekat
- Satu tin buah laici
- Satu biji buah naga
- Dua biji buah manga
- Cincau
- Ais

Cara-Caranya:

Susu pekat dibancuh bersama 2 cawan air panas.
Kemudian tambah lagi dua cawan air.
Campur semua bahan dan kacau.






Tada.... Gini lah rupanya bila dah siap.. Dah macam air bunga pun ada nih.. 
Kalau nak lagi sedap boleh letak buah-buah lain jugak ni.\Contohnya macam tembikai merah atau pun tembikai susu.

macam anak-anak saya ni kurang suka cincau.Jadi boleh la ganti dengan tembikai.




Nampak sedap kan??tambah pulak ada susu tu.. Kalau letak kurma pun ok rasanya.

Jom la kita try buat nanti..

Sumber: Facebook Zaky Mat Ali


MIKHAIL BERPUASA HARI PERTAMA RAMADHAN. ALHAMDULILLAH CEMERLANG DENGAN JAYANYA

Hi semua..



Semalam 1 Ramadhan berjaya juga anak teruna saya ni berpuasa. Tak banyak karenah sebab dia pun bukan jenis suka makan sangat pun.

Hari-hari nak paksa makan pun payah jadi bila masuk bulan puasa mudah pulak nak menguruskan nya.

Jam 5 pagi dah start kejutkan dia bangun sahur. Susah nya nak bangun sebab balik terawih dah agak lewat. Tidur pun lewat juga la..






Oleh sebab panggil ulang kali tak nak bangun saya guna senjata paling ampuh di waktu pagi. Iaitu buka cerita Shinchan. Jam 5 pagi dah On tv. Hahah..

Orang dengar mengaji kita tengok Shinchan. Haru!!!

Bersahur la budak ni dengan roti jagung dan milo suam. Risau jugak la takut dia tak tahan lapar sebab makan roti jagung sebiji je,

Cuma dah jam 3 petang tu dia kata perut dia lapar. Tapi tak tahu nak makan apa. lepas tu saya buat tak layan je. Mulut dia je la mengomel cakap kita ni tak bagi dia makan la hape...

Pusing sekali lagi tengok-tengok dah terlelap. Mungkin rasa lapar tu yang buat dia terlena. Sebab nya dia ni bukan senang nak terlena.

Sebelum bulan puasa ni waktu tidur dia malam je. Siang-siang tak de dia nak tidur walaupun sekejap.

Jam 6 lebih nampak macam dia boleh teruskan berpuasa. Tak de dah merungut ke apa.Lagipun masa tu kakaknya dah balik tuisyen.

Jadi tak mungkin la dia akan mengalah dengan makan depan kakak. Dia ni ego tau. Lelaki sangat!!hahah..






Bila dia dah berpuasa ni nampaknya kena lah buat masak lemak cili padi. Itu je kuah yang buat dia nak makan nasik. Kalau tak de masak lemak kuning ni memang berlapar pun dia sanggup.

Masa buka Puasa Alhamdulillah habis sepinggan nasik. Sebiji kuih dan secawan milo suam pakej dengan mengamuk sebab kakak mengadu dia suka merapu.



Meriah la puasa tahun ni dengan bertambahnya ahli yang berpuasa sama. Tahun2 lepas dia puasa tak puasa je.. Bila time orang buka puasa dia kena duduk kat ruang tamu sana .

Sekarang dah puasa boleh makan sekali. bertambah kecoh. Allahu.. Anak-anak ni time diaorang kecik ni la kita nak hadap peranagi macam ni..

Dah besar nanti perangainya lain pulak.

Monday, 6 May 2019

KUATKAH KITA UNTUK MENERIMA KEBENARAN

Hi semua..



Sesiapa pun mesti lebih suka kan perkara yang menarik dan mengembirakan lagi-lagi jika perkara tu berkaitan tentang diri sendiri.

Tak de orang yang suka dengar cerita buruk dirinya sendiri walaupun perkara tersebut adalah kebenaran dan patut kita terima.






Tak banyak, sikit mesti ada rasa kecewa dan marah. Tapi kalau bercerita tentang orang lain kita tak kisah pun nak berterus terang sampai tak sedar kebenaran yang kita luahkan tu telah menyakiti hati orang lain.

Kita akan paksa orang untuk terima pandangan kita tanpa kita tahu sama ada orang tersebut dah berusaha atau pun tidak untuk memperbaiki kelemahan dirinya.

Saya sendiri pun susah nak terima cakap buruk orang pada saya. Bukan sebab saya tak mengakui nya tapi cara orang menyampaikan tu kena la lebih berhati-hati dan menjaga perasaan saya.

Ada orang rasa dia cakap lembut dah tapi bunyi nya tu macam sindiran yang tajam. Siapa2 pun tak kan boleh terima.Kan?

Tapi saya susah nak beri pendapat tentang orang itu ini. Nampak je saya ni macam jenis cakap lepas tapi sebenarnya tak pun. hahah

Lain la kalau orang tu sendiri minta pandangan saya. Sejujurnya saya kan berterus terang akan apa yang saya lihat padanya. Kalau tak minta, saya diam kan je.






Cuma, bila orang bagi pendapat tentang saya tanpa diminta, saya rasa orang itu juga akan lebih terbuka jika saya pun bagi pendapat saya tentang dirinya.

Jangan lah kecil hati pulak. Kita sama-sama boleh saling menegur. :)

Yang selalu terjadi , kalau kita bagitau kebenaran tentang diri dia pulak, dia kata kita dengki kat dia. Dia kata kita tak boleh terima pendapat dia.

Padahal kita nak sama-sama berubah kearah kebaikan.

Ni jenis orang yang nampak keburukan dalam diri orang lain je..Diri dia, dia rasa betul dan benar selemanya.

Selalunya saya malas nak layan orang macam ni sebab dia susah nak berubah.

Tak kuasa aku!!!

Saturday, 4 May 2019

PERSEDIAAN MIKHAIL DAN MAISARA UNTUK MENGHADAPI PUASA RAMADHAN 2019

Hi Semua..



Oleh sebab lusa kita dah puasa jadi saya nak cerita sikit tentang anak-anak saya yang bakal berpuasa isnin ni. Anak ada dua je jadi cerita tak panjang mana pun.

Kalau anak 5 mungkin cerita ni 3 hari 3 malam baru habis baca..Haha.

Si kakak bukan puasa pertama kali.Dia dah umur 12. Jadi tak de masalah bab puasa ni. Lagipun sebelum ni pun dia ada buat puasa sunat dan ganti .

Cuma anak kedua saya ni je yang akan mula berpuasa tahun ni. Minggu lepas dia balik sekolah dan bagitau yang cikgu Ameera suruh puasa.

Nasib baik ada cikgu pesan. Kalau saya yang pesan suruh puasa mesti dia malas nak ikut, Terima kasih cikgu!hahah.

Oleh sebab tahun ni cuaca panas terik jadi saya ambil tindakan awal dengan melatih anak-anak tahan makan dan minum. Sejak bulan lepas dah latih kalau setakat lapar sikit-sikit tak payah la makan.

Tunggu perut betul-betul lapar baru makan. Si kakak sejak ada tuisyen memang makan tengahari agak lewat.Jam 4 atau 5 petang baru dia makan.






Si adik pulak memang bukan kaki makan, jadi tak de masalah kat situ. Cuma dia kuat minum air je. Lepas tu kejap-kejap nak mandi. Mandi pulak lama sebab mandi dengan bayblade. Hahah..

Saya nak kena tegas sikit la kali ni. Siang kena pastikan tak de sebutir makanan pun kat dapur.

Saya juga tak biasa janjikan ganjaran kat anak-anak bila diaorang berpuasa. Saya tekan kan tentang kebaikan-kebaikan berpuasa je dkat diaorang ni.

Kat kakak tu setiap tahun dia berpuasa tak de upah dan tak de hadiah untuk dia.Tapi dia berpuasa juga. Paling "jahat" saya cuma kata. "tak puasa tak boleh raya.." atau pun.. "Malu sikit kat kawan2 lain yang berpuasa"

Ini pun dah cukup untuk dia berpuasa lengkap.






Si adik ni pun saya guna cara yang sama.Tak de upah dan ganjaran hadiah kalau berpuasa. Tapi saya nak tekan kan pasal kebaikan berpuasa dan apa tujuan kita berpuasa.

Adik ni agak susah nak dengar cakap..hahah .. Jadi kali ni mungkin mencabar sikit la tugas saya nak suruh dia puasa.

Harap-harap bermula isnin ni anak-anak berjaya berpuasa dengan cemerlang.

INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA

Hi semua...

INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA Tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Ada beberapa hari sahaja lagi ni.Mesti dah ada yang memastikan bekalan makanan sepanjang Ramadhan ni lengkap dan salah satunya yang perlu ada ialah Kurma.



 Rasullullah sendiri berbuka dengan makan kurma . kemudian Baginda akan bersolat Maghrib. Kalau tak de kurma cukup dengan air sejuk sahaja.

Tapi kita zaman sekarang kalau berbuka puasa tu kurma semata-mata jadi perhiasan diatas meja sahaja. Mana tak nya , mata ni dah fokus pada air katira, air buah, kuih muih dan sebagainya. Nanti dah kemas meja baru teringat.."..Alaah..lupa nak makan Kurma." Itu biasa sangat jadi pada
saya..hahahah




Tahun ni saya dah berazam nak berbuka dengan kurma dan seteguk air sejuk sahaja. Bukan sahaja nak mengikut sunnah nabi tapi demi kesihatan jugak.Setahun perut ni disumbat dengan macam-macam makanan sampai jadi kembang dah ni.hahaha..

INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA


Kurma ada banyak khasiatnya.Sebab itu lah ianya disarankan untuk kita makan kurma terutamanya selepas seharian berpuasa . Mengikut kajian Kurma sangat kaya dengan glukosa . ianya mampu menggantikan tenaga yang berkurangan.

Ketika berpuasa   tubuh akan memproses zat gula yang tersimpan di dalam sel tubuh di waktu siang. Namun ketika  hampir menjelang maghrib, tubuh akan mengalami penurunan kadar gula dalam darah . Sebab itu lah ketika berbuka puasa penting untuk mengambil makanan manis yang cepat diproses oleh tubuh menjadi zat gula. Makanan manis yang cepat prosesnya tersebut adalah kurma.





Kurma juga sangat bagus untuk pencernaan. Tidak kira kurma kering atau basah  , berbuka dengan kurma akan menyihatkan sistem pencernaan kita. Ianya juga mampu mengelak kan kita dari mengalami pening dan muntah-muntah.

Disebab kan kurma di pasaran negara kita ni adalah kurma yang di import jadi kena la hati-hati dalam memilih Kurma.Kalau tahun2 lepas heboh kisah Kurma yang ada telur lipas, ada semut, ada serangga bersarang , harap-harapnya tahun ni akan buat kita lebih berhati-hati dalam memilih kurma.

Kebanyakan kurma kering memang akan ada masalah macam ni.Lain la kalau kurma yang dah di sira dengan air gula tu.Biasanya kurma tu memang tak de masalah serangga ni.

Kurma-kurma tu ambil masa berbulan-bulan untuk sampai kepada kita dah tentu lah ada yang dalam keadaan tak elok.

Korang dah beli kurma??


sekian..




Friday, 3 May 2019

PEADOFILIA : ANGGOTA TENTERA CULIK DAN ROGOL MURID SEKOLAH RENDAH

Hi semua..

Seram rasa bila setiap kali terbaca berita tentang Paedofilia. Anak-anak kecil kita tak selamat bila paedofilia ada dikalangan kita. Bukan mudah nak kenal pasti mereka ni. Susah nak kenalpasti dengan mata kasar.



Sebab tu berhati-hati lah dengan orang sekeliling yang melayan anak kita dengan baik. Kalau boleh biarlah anak-anak tu ada depan mata kita setiap kali mereka bersama orang lain. Jangan terlalu mudah mempercayai orang.  Jangan berikan keizinan kalau orang tu nak bawa anak kita kemana-mana.

Ada satu kes Paedofilia yang saya nak kongsikan pada korang. Kes ni sedang hangat diperkatakan di Indonesia. Paedofil yang berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia ini sebenarnya adalah salah seorang Anggota Tentara Indonesia.

Lebih menakutkan apabila dia juga didakwa menggunakan ilmu hitam.



Adrianus Pattian merupakan anggota tentera Indonesia (TNI) yang berasal dari Ambon, Maluku.  Adrianus kini telah dipecat dari jabatannya. Pemecatan dilakukan sejurus dia dikesan melakukan paedofil.

Adrianus, melakukan jenayah dengan menculik dan memperkosa beberapa orang murid-murid sekolah rendah (SD) di Kendari, Sulawesi Tenggara







Sejak 29 April, surat pemecatannya terus dikeluarkan oleh Korem 143 Halu Oleo. Pemecatan dilakukan dengan tidak hormat atau PTDH (Pemberhentian Tidak Dengan Hormat).

Pada 27 April sewaktu dia melakukan perbuatan terkutuknya itu, dia masih berstatus anggota TNI
berpangkat Prajurit dua (Prada) sebelum dipecat. Dia mula menganggotai TNI pada tahun 2011 dan bertugas di Yonif 725 Woroagi.

Adrianus mula menjadi buronan apabila kerja jahatnya di kesan pihak polis. Dia bersembunyi di bilik-bilik sewa selama seminggu. Namun dia dapat dikesan dengan maklumat orang awam.



1-5-2019- Berpuluh-puluh anggota polis dan TNI kemudiannya mengepung bangunan tempat dimana dia bersembunyi. Orang awam mendakwa sempat melihat Adrianus dikawasan tersebut sejak subuh.

Tidak lama kemudian kedengaran suara orang berteriak dari belakang bilik kediaman itu.  Polis menemui Adrianus bersembunyi di bawah kolong rumah salah seorang penduduk di Lorong 55  Kelurahan Wawowanggu Kecamatan Kadia, Kota Kendari.

Ketika ditemui Adrianus Pattian dalam keadaan meniarap di tanah dan menutup kepalanya. Adrianus sempat berusaha menyembunyikan kepalanya dengan baju t-shirt.



Dengan penahan Adrianus Pattian  akan terungkaplah kejahatan dan jenayah seksual kanak-kanak yang pasti akan memeranjatkan seluruh masyarat dunia. Pasti ianya akan didedahkan oleh media dalam sedikit masa lagi.

Setakat ini polis masih mengumpul bukti jenayah-jenayah seksual yang dilakukan oleh Adrianus Pattian.




Adrianus Pattian kini berada di Rumah Tahanan Militer (RTM) di Jalan Garuda, Makassar, Sulawesi Selatan.