Thursday, 2 May 2019

MAJLIS PERKAHWINAN RAJA THAILAND DENGAN BEKAS PENGAWAL PERIBADI



BANGKOK, 2 Mei (Reuters) -Maharaja Thailand Vajiralongkorn melangsungkan perkahwinan dalam satu upacara di Bangkok. Upacara perkahwinan berlangsung pada minggu lalu.

Raja yang berusia 66 tahun ini berkahwin dengan timbalan komander unit pengawal peribadinya pada hari Rabu dalam satu upacara yang dianggap kejutan.

Perkahwinan ini memberikan gelaranRatu Suthida Vajiralongkorn na Ayudhaya kepada beliau



Berikut adalah beberapa fakta tentang ratu Ratu Suthida Vajiralongkorn na Ayudhaya 

-Berusia 40 tahun

- Beliau dilahirkan pada 3 Jun 1978, dikenali sebagai Suthida Tidjai.





- Beliau lulus dari Assumption University, sebuah universiti swasta di Bangkok, dengan ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi pada tahun 2000, - Sumber: akhbar Thai Rath.

- Beliau bekerja sebagai atendan penerbangan di Thai Airways sebelum menyertai unit perlindungan Putera Mahkota Vajiralongkorn.




-Mengkritik atau menghina raja dan permaisuri adalah satu jenayah di bawah undang-undang Thailand, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun. Raja, ratu, pewaris takhta dan bupati diliputi oleh undang-undang.

- Beliau telah memegang pangkat jeneral di Royal Thai Army sebelum berkahwin.  Dinaikkan pangkat pada bulan Disember 2016 oleh Raja Vajiralongkorn sejurus selepas Raja Vajiralongkorn mengambilalih takhta setelah kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej.





- Sebelum berkahwin, dia adalah timbalan komander Rejimen Pengawal di Raja. Raja sendiri adalah panglima unit, dan ketika pertama kali dilantik sebagai pegawai khusus Rejimen Pengawal Putera Mahkota pada tahun 2013.

- Dia mula menampilkan diri di Royal News dalam satu segmen mengenai keluarga di Raja yang disiarkan di semua saluran televisyen Thailand, pada hari Rabu, selepas perkahwinannya.




- Majlis perkahwinan itu mengejutkan ramai orang di Thailand kerana pihak istana tidak pernah
mengakui hubungan peribadi antara beliau dan Raja Vajiralongkorn, yang sebelum ini telah berkahwin dan bercerai tiga kali.

- Ratu Suthida Vajiralongkorn na Ayudhaya telah dianugerahkan kepujian diraja. Yang pertama pada tahun 2012 apabila Raja Bhumibol menganugerahkannya Order of the Gajah Putih atas "kejujuran, kesetiaan dan tanggungjawab ... dedikasi dan pengorbanan" ketika berkhidmat pada Putera Vajiralongkorn pada waktu itu. Keputusan kerajaan itu menamakannya sebagai Leftenan Kolonel Suthida Vajiralongkorn.





- Dalam satu majlis penobatan pada hujung minggu ini , raja akan memberikan pengantin barunya  dengan gelaran baru. Ianya dalah satu tradisi untuk raja baru memberikan gelaran baru kepada ahli keluarga.

Sumber: dailymail




BEKERJA ATAU TIDAK TUGAS ISTERI HANYA UNTUK MEMBANTU SUAMI

Hi semua..

Dah hampir 14 tahun saya tinggalkan alam pekerjaan. Kadang-kadang rasa juga sedih sebab tak bekerja. Lagi-lagi cara pemikiran kebanyakan orang ni yang rasa wanita bekerja lebih baik dari yang tak bekerja.



Bila kita tak bekerja orang akan fikir yang kita cuma minta duit suami dan tak bebas nak beli apa yang kita suka. Diaorang rasa kita ada keinginan yang tak mampu kita capai hanya sebab kita tak bekerja.

Dengar pulak suami kita tu cuma kerja kilang, lagi la pandangan diaorang pada kita ni macam "alah..kesian nya hidup dia.."

Hahaha.






Sebenarnya hidup kita ni kalau fikir cakap-cakap orang memang sampai sudah pun kita tak kan bahagia.

Saya ada juga kawan-kawan yang bekerja. Ada juga yang berkongsi kisah sedih jadi wanita bekerja ni.

Orang mula fikir anak mereka tak terurus dan terabai.Kalau orang lain yang cakap macam tu , kita lantak kan je la.Tapi bila yang bercakap tu ada lah orang terdekat, contohnya keluarga mertua, adik beradik atau saudara mara , rasa sedih dan pedih jugak la.

Niat kita nak membantu suami tapi di anggap sebagai wanita yang tak tahu nak jaga rumahtangga.

Dalam dilema betul bila jadi seorang wanita ni. Buat apa pun serba tak kena. Kerja salah, tak kerja pun salah. Yang pastinya kerja atau jadi suri rumah, niat kita tetap satu .Iaitu untuk bantu suami.

Itu lah yang sebenarnya..Tugas isteri sebenarnya ialah membantu suami. jelas yang suami pun bukan sempurna sampaikan perlu wanita sebagi pembantu nya. Jadi ahli keluarga lain sepatutnya faham.

Membantu suami bukan setakat kena memasak atau jadi suri rumah tapi juga boleh bantu dari segi kewangan.

Lagi-lagi kalau keluarga ada bebanan hutang. Suami dan isteri sama-sama cari duit. Kalau tak buat macam tu sampai tua la terbeban dengan hutang.

Bagi isteri yang tak bekerja , bukan nya kami duduk goyang kaki saja dirumah. Kami bantu suami untuk didik anak. Didik tentang solat, tentang moral dan sebagainya.

Ada juga isteri tak bekerja yang sanggup buat kerja sampingan berniaga online. Tu pun salah satu cara untuk bantu suami.

SebagAi suami pulak bila dapat isteri yang bekerja jangan lah tinggi sangat harapan nya tu.

Ada suami yang dapat isteri kerja doktor tapi berharap bila balik kerja dah terhidang makan minum atas meja. Mana mau nye gitu..hahah

Dapat isteri cikgu tapi berharap setiap pagi dapat sarapan sama-sama kat luar. Huh!!cikgu2 start kerja jam 7:30 tau. Tak kan lah dia nak keluar sarapan dengan awak jam 8 pagi.

Jadi kena la faham dan bertolak ansur.



Dapat pulak isteri yang tak bekerja. Dia fikir bila isteri tak kerja ni maknanya isteri tu tak tahu penat lah. Boleh kata semua kerja-kerja rumah isteri yang buat,

Suami balik kerja mandi-solat makan lepas tu tengok tv..goyang2 kaki. Isteri masih di dapur mengemas dan mencuci.






Suami kena ada rasa simpati pada isteri.Tak salah pun kalau suami anggap isterinya wanita yang lemah dan sentiasa perlukan bantuan.

Tak de wanita yang kecik hati kalau ada lelaki anggap mereka insan yang lemah dan sentiasa perlukan bantuan.

Lagi la wanita suka sebab ada lelaki yang betul-betul boleh lindungi mereka.

Bye! :)

Friday, 26 April 2019

RASA BERSEMANGAT DAN PERCAYA DIRI LEPAS DENGAR LAGU BARU TYLOR SWIFT~ 'ME' .

Hi Semua..



Ramai yang tertunggu-tunggu single barui dari Tylor Swift. Sejak seminggu lalu Tylor Swift dan bagi hint tentang single baru dia ni di sosial media dia. Jadi mesti la ramai yang nak dengar lagu terbaru dia yang berkolaborasi bersama Brandon Urie.

Lagu Me! adalah tentang memupuk keperibadian dan sikap percaya pada diri sendiri.






Baris pertama je dah tunjuk yang kita ni kena yakin dan bersemangat. OK..

"I promise that you'll never find another like me "

giteewww..

Ramai yang dah dengar lagu Me ni dan bagi respond yang baik tentang nya. Dia punya video klip pun best. Tak sakit mata. Penuh dengan warna warni.. Rasa macam pengambaran kat langit pulak..

Ewah!!macam kau pernah pergi langit..Hahah

Siapa-siapa yang baru gaduh dengan bf ke dengan kawan ke, kecewa dengan orang sekeliling ke boleh dengar lagu ni.






Nak buat apa sedih-sedih..kan?? Kita patut sayang diri kita dahulu sebelum fikirkan tentang orang lain.

Entah2 orang tu yang tak keruan hidup nya bila tak de kita.Padan muka dia!!hahaha..

Yang penting kita percaya kita dah beri yang terbaik ok..

Jom layan lagu baru Tylor Swft feat Brandon Urie - Me!


Thursday, 25 April 2019

NAK TONTON AVENGERS ENDGAME TOLONG JANGAN BAWA ANAK KECIL KE PANGGUNG WAYANG

Hi Semua..



Sekarang ni boleh dikatakan musim Avengers la sebab tengah tayang filem tu kat wayang sekarang ni. Maka berdoyon-doyon lah peminat-peminat Avengers ke panggung wayang.

Dan kalau korang perasan musim Avengers la akan muncul isu-isu mak bapak bawak anak masuk panggung wayang lepas tu anak bising, menangis , kacau orang .. Giteeewwww..

Oleh sebab ni blog saya jadi korang terpaksa lah baca pendapat saya ni walaupun saya tahu akan ada mak ayah yang tak kan bersetuju dengan pendapat saya.



Lagi-lagi kalau mak ayah yang memang peminat Avengers. Dia mesti la nak tengok jugak filem ni.Tapi pendapat saya la, tak rugi pun kalau kita tak tengok filem tu demi keselesaan anak kita.

Tak de budak yang akan boleh duduk diam saja selama 3 jam untuk tonton filem orang dewasa. Avengers bukan filem untuk tontonan kanak-kanak ok. Kalau kau nak bagi anak tengok Avengers boleh bagi dia tengok Avengers versi animasi.

Tapi versi filem ni tak sesuai untuk kanak-kanak apalagi anak kecil. Dia mesti akan bosan dan tak selesa.






Apa sangat la nak di kejar dengan filem tu. Kau takut orang cakap kau ketinggalan zaman ke bila tak tengok Avengers? Tak de siapa akan cakap gitu..

Atau pun kau rasa kau masih layak untuk tonton filem tu?

Bila kau dah ada anak kecil , tinggalkan lah sekejap gaya hidup masa bujang tu. Tak lama pun.Nanti anak dah besar sikit , dah boleh tinggalkan kat mak ke, atau kat pengasuh, sila la tengok wayang semula.

Kau tak boleh minta orang untuk paham kau yang tengah bawak anak kecil. Tak boleh dan dilarang sama sekali sebab kau ada pilihan.

Kau bayar dan orang lain  pun bayar.  Bayar untuk menonton. Bukan untuk mendengar anak kau menjerit melolong-lolong, berlari sana sini, kacau orang dan sebagainya.



Kadang saya tak paham dengan orang yang fikir kalau dia ada anak kecil maknanya orang kena bagi keutamaan sepenuhnya pada dia.

Wayang saja guys!! tak penting pun..

Tolong jangan pentingkan diri dan berharap semua orang perlu berkorban untuk kau hanya sebab kau bawa anak kecil.

Nanti bila orang tegur anak kau bising, kau juga yang nak naik angin. Dari nak seronok-seronok terus bikin moody je.

Bye,

Tuesday, 23 April 2019

3 SITUASI ORANG BELUM KAHWIN. ANDA YANG MANA SATU?

Hi semua..

Hari ni saya nak cerita pasal kahwin. Cerita ringkas yang ramai orang suka tentang kahwin.



Memang seronok kalau nak kahwin ni. Sementara nak menunggu hari di akad kan tu berdebar campur tak sabar campur seronok.

Boleh bayang tak rasa dia cemana?

Tumpuan pulak 100% pasal kahwin saja. masa tu kalau ada kawan nak merajuk ke, kawan tak nak ajak makan ke , lantak pi la kat dia. Yang penting aku nak kahwin.Hahahah

Itu tentang cerita orang yang sibuk nak kahwin.






Tapi ada jugak orang yang nak kahwin tapi tak tahu la dengan siapa nak kahwin nya. Tunggu punya tunggu calon tak timbul-timbul.

Tiap kali solat doa ditemukan jodoh tu mesti tak tinggal la. Kadang kesian tengok. kawan-kawan punya la ramai tapi sorang pun tak sangkut ke dia.

Crush pun hanya tinggal crush. Sabar je la ye. Belum masanya kot.



Dan yang last sekali ialah orang yang langsung tak fikir pasal kahwin. Selagi belum tutup mata, kerja,kerja kerja... Katanya..

Kalau orang lain sibuk bercinta, sibuk frust, sibuk crush sana sini, dia pulak rilek je malam-malam tengok tv sampai jam 10 lepas tu tido. Esok nak kerja..katanya lagi.

Hujung minggu tak de dating bagai.. jam 6 pagi solat subuh, packing baju balik kampung jumpa mak ayah. Tak pening kepala .

Apa pun situasi korang, tak de salah kat mana pun. Yang penting korang bahagia dengan cara korang. Jangn fikir orang lain dah kahwin jadi korang pun kena kahwin.

Mungkin korang yang belum kahwin, rezeki korang ialah membahagiakan mak ayah atau orang sekeliling.

Masing-masing kita ni ada cara untuk bahagia..kan??


Monday, 22 April 2019

MAKIN LAMA MAKIN HILANG MINAT NAK MEMASAK

Hi Semua..



Dulu masa aku sekolah aku suka betul memasak. Masa bujang pun suka memasak walaupun masa tu tak banyak masa untuk memasak. Banyak makan kat luar je.

Salah satu sebab kenapa suka memasak ialah sebab aku suka tengok orang makan apa yang aku masak.

Minat memasak tu perlahan-lahan hilang bila anak dah dua. Hahaha.. Serius weh!aku tak berapa suka memasak sekarang ni.

Pertama nya sebab suami dan anak-anak suka makan benda yang sama je. Boring kot masak benda sama setiap hari. Kalau anak lelaki tu langsung tak mau makan nasi.





Kadang-kadang dalam seminggu tu sampai tak tahu dah nak masak apa. Seminggu ada 7 hari. Belambak-lambak menu sedap kat malaysia ni aku pulak boleh hilang idea nak masak apa.

Dalam seminggu tu cuma masak Gulai ikan. gulai daging, masak kicap, masak lemak cili padi, asam pedas dan sambal.

Masak benda lain maknanya tak makan la.. Masak buat apa kalau tak nak makan..kan? Jadi makin lama makin hilang minat nak memasak tu.

Tengok je la dalam blog aku ni. Makin hari makin tak de resepi nak di kongsi. Kalau ada pun semuanya resepi yang dah di kongsi 4,5 kali.

Balik kampung nak memasak untuk anak-anak saudara pun malas sebab mak diaorang dah masak kan..Haha.. Jadi tak de sebab kenapa nak kena ada minat memasak dah.

Tapi malas2 pun kena la masak. Masak benda yang sama je..

Oleh sebab aku malas memasak, aku rasa seronok bila makan apa orang masak. Sebab tu kalau jiran2 bagi apa2 makanan seronok nya rasa.

Terima kasih kat jiran2 yang rajin bagi makanan kat aku. Anak-anak memang tak makan.Tapi aku makan sampai habis kot..





Friday, 19 April 2019

SAYA MASIH AKTIF MENULIS BLOG DAN BERKONGSI CERITA

Hi Semua..

Dulu saya seorang yang sangat rajin betul update instagram. Semua gambar saya nak letak kat IG tu. Tapi tak tahu la kenapa sekarang makin malas nak ambil gambar dan update instagram.



Mungkin sebab dah jarang pegang phone. Saya memang tak suka mengadap phone. Kalau saya online pun saya guna pc je. Agaknya tu la punca instagram tak berupdate.

Sampai satu tahap Ig tengah down pun saya tak tau. Hahah..

Faktor usia agaknya. Bila kita dah berusia minat dan masa kita pun banyak tertumpu pada perkara lain.

Untungnya saya masih minat menulis di blog. Ni satu-satunya platform untuk saya menulis benda yang saya nak luahkan. Macam di facebook pun kerap juga saya menulis di facebook.



Tapi di facebook ni tak boleh nak tulis panjang-panjang. Tak ramai yang suka baca lagi-lagi bagi penulis yang tak dikenali macam saya.

Kalau memang dah ramai kenal tu memang tulis panjang mana , berpantun bersajak pun orang baca jugak. So kita pun tahu takat mana kita boleh pergi dalam satu-satu platform sosial media ni.

Ni kalau update saja tapi tak de siapa baca tak best jugak..kan?

Kalau di twitter pulak saya lebih suka membaca. Banyak perkongsian yang ringkas-ringkas saya boleh baca di twitter. Baca pendapat-pendapat segar dari orang muda ni kadang-kadang membuka minda kita ni untuk berfikir lain dari apa yang kita fikir sebelum ni.

Agak-agak sosial media yang mana satu yang paling korang suka dan paling aktif?




Thursday, 18 April 2019

LIRIK LAGU KILL THIS LOVE- BLACKPINK

Hi Semua...

Macam sedap pulak telinga ni dengar lagu Kill This Love - Blackpink.

Wah!!dah jadi peminat Kpop ke??




Hahah... Tak le. Cuma sedap pulak dengar lagu ni,Mungkin sebab lagu ni tak la serabut sangat bunyi nya macam lagu kpop lain.

Dah la kita tak paham apa diaorang nyanyi lepas tu bunyi serabut sangat. Tu yang rasa tak menarik lagu-lagu kpop ni. Lebih suka layan ballad song diaorang je.






Tapi lagu Blackpink ni telinga boleh terima la.Tu pun sebab ternampak video nya ramai yang retweet . Saya pun dengar la. Nak tau juga apa yang buat sampai video nya tu di view sampai beratus ribu.

Lepas tu try cari kat Youtube. Terkejut tengok dah ada 211,455,646  view. Video di terbitkan pada 4 April lepas.

Pengsan!!

Setakat ni ahli dalam Blackpink ni yang saya kenal cuma Lisa Blackpink sorang je. Tu pun sebab kes dia di hina sebab bukan warganegara Korea.



Rasis juga warga Korea ni rupanya. Ingatkan macam orang Malaysia yang baik2..Jeng!!

Tengok di twitter YG Entertainment pun banyak video-video Blackpink yang dikongsi.  Eh!!macam la  itu je artis bawah naungan diaorang..Hahah..

Nah saya share kat sini video dan lirik lagu Kill This Love- Blackpink





heonsa gat-eun Hi kkeut-en agma gat-eun Bye
maebeon michildeushan High dwien baet-eoya
haneun Price
igeon dab-i eobsneun Test
maebeon sogdeolado Yes
ttaghan gamjeong-ui noye
eol-eo jug-eul salanghae

Here I come kick in the door
gajang doghan geollo jwo
ppeonhadi ppeonhan geu love
deo naenwabwa give me some more
al-aseo maedallyeo byeolang kkeut-e
hanmadimyeon tto like hebeolle hae
geu ttatteushan tteollim-i saeppalgan seollem-i
machi heaven gatgessjiman
You might not get it in

Look at me Look at you
nuga deo apeulkka
You smart nuga You are
du nun-e pinunmul heuleuge doendamyeon
So sorry nuga You are
na eotteoghae nayaghan nal gyeondil su eobs-eo
aesseo du nun-eul galin chae
salang-ui sumtong-eul kkeunh-eoyagess-eo






Let's kill this love!
Yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum
Let's kill this love!
Yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum

Feelin’ like a sinner
Its so fire with him I go boo hoo
He said you look crazy
Thank you baby
I owe it all to you
Got me all messed up
His love is my favorite
But you plus me
Sadly can be dangerous

Lucky me, lucky you
gyeolgug-en geojismal we lie
So what so what
man-yag-e naega neol jiuge
doendamyeon So sorry
I’m not sorry
na eotteoghae nayaghan nal gyeondil su eobs-eo
aesseo nunmul-eul gamchun chae
salang-ui sumtong-eul kkeunh-eoyagess-eo

Let's kill this love!
Yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum
Let's kill this love!
Yeah, yeah, yeah
Rum, pum, pum, pum, pum, pum, pum

We all commit to love
That makes you cry
We’re all making love
That kills you inside

We must kill this love
Yeah, it's sad but true
Gotta kill this love
Before it kills you too
Kill this love
Yeah, it's sad but true
Gotta kill this love
Let's kill this love!

Sumber lirik lagu: Tribunnews.com
____________________


Tuesday, 16 April 2019

BACA NI DULU SEBELUM BELI BAYBLADE UNTUK ANAK

Hye semua..

Saya ingatkan musim Bayblade ni sekejap je macam musim spiner dulu. Dalam sebulan dua habis la. Tapi rupanya hebat juga penangan Bayblade ni. Sampai sekarang masih ramai budak-budak main Bayblade.

Taukey kedai yang jual bayblade ni bagitau tiap hari buka je kedai, dah ada siap pelanggan kecik tunggu depan kedai sebab nak beli bayblade.Hahah.

Tu belum kira yang hari-hari buka Shopee semata-mata nak beli bayblade online.




Bagus la main bayblade daripada anak kita mengadap phone. Main Bayblade boleh juga bersosial dengan kawan-kawan lain. Ada komunikasi, ada persaingan ,.kan??

Tapi harga Bayblade keluaran Takara Tomy ni boleh tahan mahal jugak la. Saya tengok di kedai-kedai mainan pun ada yang harga nya sampai mencecah rm300. Tapi budak-budak ni beli yang keluaran china je la.Hahah..






Tapi yang keluaran China pun harganya lebih dari rm12 keatas.

Oleh sebab Bayblade ni menjadi buruan anak-anak kita mesti ada mak ayah yang nak hadiahkan bayblade pada anak-anak..kan??

Pesanan saya bagi ibu bapa yang nak beli Bayblade pada anak, korang kena tahu karekter atau watak Bayblade kegemaran anak korang dulu.



Setiap karekter dalam watak Bayblade ni ada bayblade mereka sendiri. Satu karekter tu pulak ada bermacam-macam jenis Bayblade. Macam-macam nama ada sampai berbelit lidah nak menyebutnya.HAhah..

Jadi jangan main beli je ikut sedap mata kita. Nanti bawak balik rumah tengok-tengok anak tak mau sebab tak kena dengan karekter kegemaran diaorang.Kan dah rugi tu.



Jenis luancher pun berbeza-beza. Ada yang pakai tali, ada yang pakai plastik panjang tu.. Macam-macam la. Beystadium nya juga ada macam-macam patern.




Jadi jangan pelik la kalau anak korang sanggup kumpul duit belanja sekolah untuk beli Bayblade. Satu bayblade tak cukup ok. Kena lengkap kan koleksi bayblade tu baru diaorang puas hati.






Walaupun bayblade tiruan tapi impian nak jadi blader sejati tu tetap ada.. hahaha..

Sekejap je tu..Nanti diaorang dah besar sekurang-kurangnya ada juga mainan kegilaan diaorang masa kecik yang diaorang boleh kenang.





Monday, 15 April 2019

DAH BERSEDIA KE UNTUK KETIBAAN BULAN RAMADHAN?

Hye semua..


Hari ni dah masuk 15 April. April dah oiii.. Apa je la yang saya dah buat tahun ni.Rasa macam tak de apa ni. Kalau masuk sekolah ni mesti saya lah orang paling sikit dapat sticker bintang. Dan mungkin juga yang tak dapat langsung sticker bintang. Hahahaha..




Kalau dalam bulan islam sekarang ni dah bulan Syaaban. Lepas tu masuk Ramadhan pulak. Bulan yang sentiasa dirindui oleh umat islam sebab bulan Ramadhan ni lah bulan untuk umat islam berlumba-lumba mengejar pahala.

Punya la banyak pahala bertaburan di sekeliling kita. Tak kan nak duduk diam je. kan??



Puasa pun dah siap berganti. Baju raya pun dah hantar untuk tempahan. Yang jual biskut raya pun dah siap sample kuih raya untuk bagi pada kawan-kawan sekampung, sekerja, setaman dan sebagainya.

Sebab tu lah saya kata bulan Ramadhan ni paling di tunggu-tunggu oleh umat Islam. Bukan sebab nak kejar pahala tapi juga untuk tambah pendapatan.

Saya harap prestasi kehidupan saya akan bertambah baik bila masuk bulan Ramadhan nanti.




Habis je Ramadhan kita pun beraya. Tapi perasan tak orang tua2 ni bila nak raya dia cakap "Biasa2 je raya kali nih.. tak de rasa meriah sangat pun macam tahun2 sudah..:"

Tapi bila tiba hari raya dia la yang paling berseri-seri. Makan paling berselera, mulut paling riuh, senyum tak lekang kat muka tu.. hahaha..

Tak meriah konon!ceh!!

AHAHHahahahah...




Wednesday, 10 April 2019

13 TABIAT BURUK YANG KERAP KITA LAKUKAN INI BOLEH MEROSAKKAN GIGI .



Gigi sangat penting untuk kesihatan , tetapi terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan gigi kita.
Tabiat dan gaya hidup juga mampu memberi kesan kepada gigi. Ada beberapa gaya hidup yang jika kerap dilakukan akan membuatkan gigi anda cepat rosak.

di petik dari laman web INSIDER, pakar pergigian mengenal pasti perkara-perkara yang mungkin anda lakukan setiap hari yang boleh merosak kan gigi anda.






Menggigit kuku
Menggigit kuku bukan sahaja membuatkan kuku anda menjadi buruk malah ia juga boleh merosak kan gigi anda.

"Apabila anda menggigit kuku anda, enamel pada gigi anda boleh retak dan pecah. Gigi anda boleh beralih dari masa ke masa," kata doktor gigi Dr. Meenal Patel.

Dalam kes-kes yang lebih teruk, menggigit kuku boleh menyebabkan sakit rahang dan sakit kepala yang dikaitkan dengan ketegangan rahang. Memotong kuku mungkin sukar bagi anda yang sudah biasa menggigit kuku tetapi ia berbaloi untuk melindungi senyuman anda.

Mengambil vitamin gummy pada waktu pagi
Banyak suplemen dan vitamin pemakanan moden datang dalam bentuk gummy. Ianya mudah diambil dan masuk pelbagai perasa yang sedap, tetapi makanan tambahan ini boleh mendatangkan kerosakan pada gigi anda.

"Suplemen ini adalah salah satu punca kepada masalah gigi dan gusi. Tidak kira sama ada ia digunakan oleh anak-anak atau orang dewasa, lupa untuk berus selepas meninggalkan bahan manis dan gebu yang dilekatkan pada gigi, menyebabkan kerosakan pada hari-hari yang akan datang, "kata doktor pergigian Dr Steven D. Spitz

Jika anda lebih suka mengambil vitamin anda dalam bentuk gummy, pastikan anda memberus gigi anda setelah mengunyah suplemen manis ini.

Memberus gigi selepas makan 

Memberus selepas setiap kali makan boleh merosakkan enamel pada gigi anda.

"Sebaik sahaja anda makan atau minum makanan berasid, anda mempunyai tempoh di mana pH mulut anda lebih berasid dan gigi pada dasarnya 'lebih lembut.' Sekiranya anda berus gigi selepas itu, anda sebenarnya menghakis enamel pada gigi anda, "- Dr. Greg Asatrian

Doktor gigi mengesyorkan anda untuk menunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau minum apa-apa yang berasid (seperti buah sitrus, kopi, atau minuman berkarbonat) sebelum memberus gigi anda. Ini akan memberikan masa air liur anda untuk penampan dan remineralisasi enamel gigi anda






Menggosok gigi terlalu kuat

Lihatlah berus gigi anda - apakah bulu nya rata dan mengembang.? Sekiranya berus gigi anda menjadi kembang dalam tempoh kurang daripada tiga bulan, ia mungkin menunjukkan bahawa anda memberus gigi terlalu kuat.

"Berus gigi terlalu kuat, atau menggunakan berus gigi dengan bulu yang terlalu keras, boleh menyebabkan gigi rosak. Ianya berpotensi membawa kepada masalah sensitiviti gigi," kata doktor gigi pediatrik, Dr. Megan Chin.

Gigi perlu dirawat dengan perlahan. Cubalah memegang berus gigi anda dengan hanya dua jari untuk menjaga diri anda dari sengaja menggosok terlalu kuat dan keras. Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan menggunakan berus lembut dan menggantikannya setiap tiga bulan.

Menggunakan gigi sebagai alat

Ramai orang menggunakan gigi mereka sebagai tangan ketiga atau sepasang gunting. Tetapi gigi anda bukan alat, dan menggunakannya untuk apa-apa selain mengunyah makanan boleh menyebabkan kerosakan yang serius.

"Meletakkan daya yang berlebihan pada gigi anda bukan sahaja boleh menyebabkan gigi anda patah tetapi  boleh mengakibatkan gusi yang rosak. -  Dr. Asatrian

Kesan menggunakan gigi anda untuk membuka bungkusan plastik atau memegang objek kecil tidak berbaloi dengan potensi kecederaan yang anda akan alami.


Minum air berkarbonat

Baru-baru ini, ada pendapat mengatakan air berkarbonat jauh lebih sihat berbanding soda manis. Malangnya, air berkarbonat boleh merosakkan gigi anda daripada air kosong biasa.

Mendedahkan enamel gigi terlalu kerap kepada bahan-bahan yang sangat berasid boleh menyebabkan hakisan gigi meningkat. Menghirup minuman berkarbonat sepanjang hari bukan idea terbaik jika anda ingin mengekalkan gigi yang sihat.

Anda juga tahu sedar apa bahan yang terkandung dalam minuman anda. Selain daripada gula yang ditambah, air berkarbonat dengan sitrus mempunyai keasaman yang lebih tinggi daripada air putih biasa.

Minum kopi atau wain

Apa-apa sahaja yang boleh mengotorkan pakaian anda berpotensi untuk mengotorkan gigi anda. Kopi, soda, teh dan wain adalah semua penyebab utama dalam perubahan warna gigi.

"Minum teh, kopi, dan jus yang berwarna gelap akan mengotorkan gigi anda, bersama-sama dengan perasa seperti cuka balsamic dan sos tomato.Walaupun wain merah mempunyai manfaat antioksidan, bahan-bahan pigmen dan tanin yang ada di dalam minuman ianya tetap akan mengotorkan gigi anda, "- Doktor gigi Dr. Jeffrey Sulitzer

Adakah anda terfikir untuk  menukar wain merah dengan wain yang tidak berwarna?  Malangnya, wain putih boleh mengikis enamel dan mengandungi asid buah-buahan yang menyebabkan bahan-bahan pewarna lain menembusi gigi dengan lebih mendalam. Teh mengandungi tanin, yang boleh menghancurkan gigi, dan juga infus herba boleh merosakkan enamal gigi.

Menggigit kiub ais

Menggigit ais mungkin sudah menjadi tabiat anda setiap kali anda selesai minum minuman berais. tetapi ini adalah satu kebiasaan kecil yang boleh memberi impak negatif terhadap kesihatan gigi anda untuk jangka masa panjang,.

"Ais adalah bahan yang sangat keras. Mengunyah ais boleh menyebabkan gigi anda longgar sedikit demi sedikit tanpa anda sedar. Anda mungkin tidak menyedarinya hari ini atau esok, tetapi jika anda mengunyah ais kerap, gigi anda menjadi lebih lemah dan mungkin patah satu hari nanti," - Dr Asatrian.

Enamel gigi sangat kuat, tetapi ia tidak tahan terhadap kerosakan. Kerosakan pada makanan keras lain seperti kerepek kentang, gula-gula keras juga boleh membahayakan gigi anda.

Menambah limau atau cuka pada makanan dan minuman

Walaupun tidak ada yang salah dengan menambah perasa lemon pada air teh atau air biasa, namun terlalu kerap minum minuman berempah sitrus atau minuman detoks berasaskan cuka dapat melemahkan enamel gigi anda dari masa ke masa.

"Makanan yang sangat berasid, seperti buah sitrus, cuka, atau sos tomato, perlahan-lahan boleh menghakis enamel gigi." -  Dr Greg Grobmyer

Sekiranya anda menikmati minuman berasid, bilaslah dengan air selepas itu dan jangan gosok gigi selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk meminimumkan kerosakan pada enamel anda.

Snek sentiasa mendedahkan gigi anda kepada asid

Sukar untuk menhaan diri kita dari mengambil snek setiap hari  tetapi pengambilan nya setiap hari dan terlalu kerap dapat menimbulkan risiko peningkatan gigi berlubang.

Sebaik sahaja anda makan apa-apa, paras asid di mulut anda meningkat di bawah tahap demineralisasi pH 5.5. Sepanjang tempoh masa selama 20 hingga 30 minit akan datang, air liur anda meneutralkan kesan ini dan memperbaiki beberapa kerosakan.

Walaupun anda tidak boleh membiarkan diri anda lapar, makan makanan yang menyihatkan lebih baik berbanding mengambil makanan ringan.

Merokok

Merokok bukan sahaja menjadi ancaman kepada kesihatan anda secara keseluruhan tetapi boleh memberi kesan buruk pada gigi, mulut dan gusi anda.

"Haba dan asap yang dihasilkan dalam rongga mulut mempunyai kesan buruk pada tisu lembut di dalam mulut, termasuk pipi, lidah, dan gusi. Rokok mencipta persekitaran yang sangat tidak sihat dan juga dapat mengotorkan gigi anda," -Dr. Sulitzer.

Perokok lebih terdedah kepada kerosakan gigi dan penyakit gusi, apatah lagi kanser mulut. Walaupun menggunakan ubat kumur dan ubat gigi khusus boleh membantu mengelakkan pewarnaan dalam jangka pendek, berhenti merokok adalah cara terbaik untuk melindungi gigi dan kesihatan umum.



Menyimpan berus gigi anda di dalam laci

Cara anda menyimpan berus gigi anda boleh memberi kesan pada kesihatan gigi anda. Menyimpan berus anda yang tertutup dalam laci tertutup atau bekas adalah cara yang salah.

"Persatuan Pergigian Amerika mengesyorkan menyimpan berus gigi anda dengan cara yang boleh mengurangkan pertumbuhan bakteria. Letak di dalam dalam bekas tegak dan di mana ia terdedah kepada udara terbuka di mana ia boleh kering dengan bebas. Jika anda menyimpannya dalam bekas tertutup, ia boleh menyimpan lebih banyak bakteria, yang boleh membahayakan gigi dan gusi anda, "- Dr Chin.

Menggunakan cecair mouthwash yang mengandungi alkohol 

Mouthwash boleh membantu mengurangkan kerosakan pada gigi anda dan memastikan nafas segar. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih jenis  mouthwash yang betul.

"Orang ramai biasanya menggunakan cecair mulut sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan mulut mereka. Mouthwash yang berasaskan alkohol sebenarnya cenderung mengeringkan mulut, tetapi keadaan kering ini menjadi tempat pembiakan bakteria buruk," - Dr. Chris Kammer

Daripada memilih untuk menggunakan pencuci mulut berasaskan alkohol, anda mungkin boleh mencuba rumusan tanpa alkohol atau xylitol. Bahan ini merangsang penghasilan air liur, menjaga mulut anda lebih sihat.






Menggunakan ubat pemutih gigi

Semua orang mahu gigi yang putih dan bersih tetapi terlalu bergantung pada ubat pemutih gigi sebenarnya boleh merosakkan gigi anda.

"Berlebihan dalam menggunakan produk pemutihan gigi tanpa pengawasan profesional, menyebabkan ketepuan gigi dan pecahan dentin di bawah enamel,"- Dr. Jonathan B. Levine

Sumber: Insider

Monday, 8 April 2019

RESEPI PAJERI TERUNG YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Dah lama tak masak pajeri terung. Baru-baru ni ramai pulak jiran-jiran yang hantar terung kat rumah. Musim terung ke apa tak tahu la.hahhaha.. Seronok la kita dapat terung sebab saya ni memang suka makan terung. Lagi-lagi kalau dibuat pajeri.



Nak buat Pajeri Terung ni sebaiknya gunakan terung panjang. Boleh je nak guna terung bulat cuma tak cantik la.Hahha...Tapi rasa nya sama je la.Kalau tak de terung panjang guna je la terung bulat tu.

Terung ni pun macam-macam jenis jugak.Ada yang kaler hijau . Yang tu kurang sedap di buat pejeri.Selalunya terung hijau tu saya guna untuk buat ulam atau buat masak lemak cili padi.





Bila masak pajeri terung ni saya bukan makan dengan nasik pun.Saya suka ratah je.Jadi bila buat pajeri kena buat periuk besar sebab nak guna 3,4 biji terung.Mana cukup kalau setakat sebiji dua.

Mak saya pernah ajar buat pajeri dan awal2 tu saya rasa kenapa rumit sangat nak masak pajeri ni.??Macam susah je..Biasa lah orang tua kalau masak ikut step.Silap step mula la nak marah kita..hahah..

Bila dah berkahwian ni dapat pulak suami suka makan pajeri. Malas pulak nak ikut cara mak tu.Lambat sangat jadi kita buat cara kita je la.Lebih cepat, sedap dan mudah.

Ini resepi pajeri nenas cara saya.yang penting kena guna periuk besar sebab kalau guna yang kecik mercik-recik nanti habis la dapur.

Ok jom tengok resepi nya.

Bahan-Bahan membuat Resepi Pajeri terung yang sedap dan Mudah.

2 biji terung panjang di potong dua jangan putus.- Maknanya belah dua sampai tangkai dia je.Tujuan nya entah la..sebab mak ajar potong macam tu.hahaha

2 sudu besar rempah kari  ikan
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang\
2 kuntum bunga cengkih

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia

1 sudu besar udang kering
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar merah.
2 biji  cili besar

1 cawan santan pekat+ setengah cawan air.
garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak

Cara-Caranya:

Kisar bawang merah, halia dan bawang putih.Kemudian panas kan minyak.

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih dan udang kering. kemudian masuk kan bahan kisar.

Tumis hingga bahan garing. Kemudian masuk kan rempah ikan.Masak sampai rempah pecah minyakk.

Masuk kan kerisik, santan, gula, garam cili besar dan terung,.

Dengan api perlahan masak sampai kuah jadi pekat dan pecah minyak.hati-hati sebab bila dia mendidih kuah nya tu kana merecik.Sebab tu kena guna periuk besar sikit.





kalau suka kuah pekat boleh masak sampai pekat.Kalau suka sedikit cair tambahkan sikit2 air ikut selera dan citarasa korang.

Bila terung dah betul2 masak dan meresap kuah pajeri dalam terung tu boleh la angkat dan dihidangkan.

Gula merah tu boleh digantikan dengan gula pasir biasa.

selamat mencuba..:)

sekian..


RESEPI KEK BATIK YANG PALING SEDAP DAN MUDAH - COMFIRM JADI

Hi semua..

Siapa suka makan kek batik? Kek batik ialah kek yang dibuat menggunakan biskut meri. Biskut yang kita suka makan masa kecil-kecil dulu. Celup dalam kopi O dan makan. Kalau makan saja macam tu pun sedap.



Kenapa dipanggil kek batik? Sebab bila di potong ada corak pada potongan kek tu. Sebab tu dipanggil kek batik. Selalunya kek batik ni dibuat menggunakan serbuk milo.Tapi kalau tak ada serbuk milo boleh nak gunakan serbuk coklat atau serbuk koko.

Saya pulak gunakan kedua-duanya sekali. lebih kuat rasanya..

Bagi yang tak suka kan coklat boleh gunakan serbuk perasa yang lain. strawberi ke, pisang ke, ..Kena olah sikit la resepi nya tu.





Ada orang suka kan kek batik yang lembut dan ada juga yang suka kan kek batik yang keras dan rangup. Kedua-dua nya saya dah cuba buat. Dua-dua sedap  Yang keras tu kena potong guna pisau yang hulu nya besi. .kalau tidak habis jahanam pisau.

Pergi pasar malam baru-baru ni saya beli biskut meri. Saya tak pernah beli biskut meri yang dalam tin besar tu. Nak try juga sedap ke buat kek batik guna biskut meri yang tin besar tu. Selalunya guna biskut meri yang dah siap bungkus jenama julies atau muncys je.



Saya beli rm5.Biskut meri coklat. Bukan yang perisa original tu.  Cukup untuk satu loyang kek batik. Ikutkan pendapat suami dan anak-anak kata mereka kek batik yang perisa original tu lebih sedap berbanding yang coklat.

Ok.. apa pun saya share jugak resepinya disini .Mana lah tahu kalau-kalau ada yang nak cuba buat kek batik. Kalau tak suka biskut meri perisa coklat tu boleh la tukar dengan yang original. Ini kek batik yang versi lembut. Lembut tu tak la lembut macam kek span atau lembut macam kek kena rendam air. Hahahh..





Bahan-bahan A
1 bungkus biskut meri

Bahan-bahan B:
1 cawan majerin
1/2 cawan susu pekat
1 cawan brown sugar
2 sudu besar serbuk milo
2 sudu kecil serbuk koko
2 biji telur
2 sudu tepung gandum
sedikit esen vanila
1 1/2 cawan air.


Bahan untuk Topping
1 cawan coklat compund
1/2 cawan susu pekat
2 sudu majerin






Cara-Caranya:

Masuk kan semua bahan B kedalam kuali atau periuk. Masak menggunakan api perlahan sambil kacau guna whisk.

Selapas sedikit pekat masuk kan biskut meri. Terserah nak patah-patahkan biskut meri tu atau nak biarkan je sekeping gitu.

kacau sebatti sampai coklat kena semua biskut. Kemudian Tutup api.

Ambil loyang saiz 8x8. Letak kan baking paper.



Lepas tu masuk kan biskut meri tadi dalam loyang. Tekan2 biskut tu sampai padat dan rata. Saya guka sarung tangan plastik je untuk padatkan kek tu. Tak panas pun. kalau tak tahan panas guna lah senduk ke, sudu ke.

Lepas tu kita buat topping kek pulak.

Masuk kan bahan-bahan untuk topping ke dalam bekas dan cair kan. Boleh cairkan guna mikrowave atau guna kaedah boiling je.

Kemudian siram dan ratakan diatas kek batik tadi. Kemudian masuk kan dalam peti sejuk.

Topping yang saya buat ni keras sebab anak-anak suka gigit coklat. Kalau korang suka topping yang lembut korang boleh buat coklat frosting je.



kalau tak suka topping pun tak pe. Boleh terus masuk kan kek dalam peti sejuk dan biar dia mengeras. Bila dah keras boleh keluarkan dan taburkan serbuk milo banyak2.

Lepas tu potong dan makan.

*kalau nak buat kek batik yang kerasa dan rangup jangan masuk kan tepung gandum dan kurang kan sukatan air dengan meletak kan hanya 1 cawan air.

Selamat mencuba.




Friday, 5 April 2019

RESEPI KEK MAJERIN MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum....


Petang ni nak masak apa ye untuk minum petang?
Kalau boleh buat yang simple2 aje dah la..
Saya ni kalau hari suami dan anak2 cuti saya malas nak lama2 kat dapur..








Seronok buat aktiviti dengan diaorang je..
Kadang2 tu masak pun tak..
Tapi kalau anak2 nak juga rasa air tangan ibu dia ni turun jugak ke dapur 
dan saya akan pilih resepi2 yang ringkas saje lah unyuk disediakan pada diaorang..




Kalau rasa nak buat kek , ini pilihan yang mudah dan cepat nak buat.tapi sedap dan anak2 pun suka...
Kek majeri yang sedap dan mudah..
Saya memang dah selalubuat kek ni..
Kalau tak salah saya ,saya dapat resepi dulu kat facebook Sheila Rusly.
Sukatan nya pun saya tak ubah sebab ianya memang cukup sedap dan sesuai dengan tekak kami seisi keluarga..

Nak tengok resepi kek mejerin mudah dan sedap..

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 cawan majerin (saya guna majerin pelangi je)
3 biji telur
1cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila


Cara-caranya?

1 -Ayak tepung gandung bersama baking powder.ketepikan..

2-pukul majerin dan gula sampai kembang

3-masuk kan telur sebiji demi sebiji.

4-masuk kan esen vanila dan susu pekat..pukul lagi..

5-masuk kan tepung gandum yang diayak tadi..





6-kalau nak nak buat marble kek , asing kan dua bahagian dan masuk kan apa2 pewarna yang kita nak..kalau tak nak warna warni tu bakar macam yu je pun tak pe..sama je rasanya ..sedap..

7- masuk kan dalam loyang yang dah di sapu majerin dan di taburkan sedikit tepung gandung..

8- bakar pada suhu 170 selama 40 minit..

Tunggu sejuk baru keluarkan dari loyang..kek saya ni kena letak coklat sikit atas dia untuk menggoda ank2..kalau kosong gitu je diaorang tak nak makan..haha..kalau tak nak letak apa2 pun sedap..

Selamat mencuba..




RESEPI TART NENAS SEDAP DAN GEBU

Assalamualaikum....

Esok lepas hari kecemerlangan pelajar kat sekolah anak saya, kami sekeluarga akan balik kampung.bukan baru ni dah balik ke..??.Opah rindu kat cucu lagi ke???.Ok..yang kali ni balik sebab cucu pulak rindu kat opah.Balik sebab nak hantar biskut Tart Nenas sedap dan gebu ni.

Kali ni balik nak bawak opah diaorang jalan2 kemana pulak yea??Kalau tanya anak2 saya sah2 la jawapan nya .."jom pergi zoo..".sebenarnya anak2 saya suka pergi Zoo Taiping sebab bila dah ke Taiping bukan semata2 ke Zoo saja, tapi macam2 tempat lagi la..Muzium, Taman Tasik..sebab tu anak2 suka ajak ke Zoo.






Jadi bila balik kampung ada la buah tangan untuk mak sikit..Kali ni saya buat biskut Tart Nenas Sedap dan Gebu . Pertama kali saya buat biskut tart ni sendiri...sebelum ni ada buat juga tapi bukan saya bancuh la.saya cuba kacau2 sikit kerja orang tu.hahahah..Jadi ada la pengalaman seciput untuk buat tart nenas.



bagi saya untuk buat biskut Tart ni kita kena pandai agak dia punya sukatan bahan tu.
Biskut ni mudah je sebenarnya..bahan pun tak banyak..
Macam yang saya buat semalam, dapat la dalam 50 biji.
tak de terap2 guna acuan.saya buat tart nenas yang bentuk nenas.tak de la rupa nenas sangt pun..hahah..

Jom la tengok resepi...

bahan-bahan untuk Tart nenas sedap dan gebu;-

4 cawan tepung gandung
2 sudu besar tepung jagung
250 gram mentega
3 sudu gula ising
1sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur

Cara-cara  :-

1- campurkan tepung gandum bersama tepung jagung dan gula ising
2- potong mentega kecil2 dan masuk kan dalam tepung.
3-sebatikan tepung dan mentega sehingga menjadi seperti serbuk.
4-masuk kan kuning telur dan esen vanila.
5-uli hingga menjadi doh yang lembut.

Bahan dan cara  membuat inti Tart nenas

sebiji nenas di parut..
masuk kan ke dalam periuk.
masuk kan 1 senduk gula pasir
dan sedikit pewarna kuning.
masak hingga kering dengan menggunakan api kecil.
kalau rasa susah sanagt beli je inti tart yang dijual di bakery2 tu..








Ok..dah ada doh..dah ada inti...
sekarang bolehla dibentuk kan tart kita tu..
terserah nak buat cemana..
macam saya ni remeh skit kerja nya..
saya nak buat bentuk nenas sebab nak bagi kat mak kena la buat cantik2..'kalau makan sendiri gelek guna acuan yang tart gulung tu je..hahaha..

nak dapatkan bentuk yang macam sisik2 tu saya guna hujung gunting.
Dah siap di bentuk sapukan kuning telur yang dicampurkan dengan pewarna kuning di  atas nya.
dan saya letak coklat chip kat atas tu.
nampak la senonoh sikit.kan??


selamat mencuba...


sekian..




RESEPI DAGING GORENG LADA HITAM

Assalamualaikum.

Masak daging goreng lada hitam ni  minggu lepas kot..mudah je buat nya tapi ramai sungguh yang tanya resepi daging masak lada hitam ni..hhehe..resepi nya campak2 saja..nak tahu ke resepi mudah saya??jom kita tengok..

Thursday, 4 April 2019

RESEPI KARI AYAM YANG SIMPLE DAN MUDAH

Assalamualaikum..



Bila entah saya buat kari ayam ni..minggu lepas kot.kari ayam saya simple je.Kari ayam tak letak kerisik sebab tak selalu beli kerisik.heheh...

Kalau pi kedai pun kerisik tu jarang2 ada dalam senarai barang untuk dibeli.jadi bila teringat nak buat kari ayam memang tak de la kerisik tu.tapi ada juga yang kata kalau tak letak kerisik kari tak cantik, tak sedap..




Setakat ni kari ayam saya tak pernah tak sedap..Ceh!!siap puji masakan sendiri tu..Kalau nak tahu sedap ke tidak meh la cuba.

Ini resepi kari ayam yang simple dan sedap tak payah letak kerisik...Ni hidangan untuk kami 4 beranak je..jadi buat tak banyak..guna suku bahagian ayam je..

Bahan-bahan

suku bahagian ayam
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci hali
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari
1 biji kentang dibelah 4
1 cawan santan



Cara-caranya

1-tumis daun kari , bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

2-kemudian masuk kan bawang kecil, bawang putih, dan halia yang dah di hiris halus.

3-bila dah garing masuk kan rempah kari bersama asam keping , ayam , ubi kentang , dan santan.




4-masak sampai pekat dan pecah minyak.kemudian masuk kan 1 cawan air.tunggu sampai mendidih

5-kemudian masuk kan garam..

dah siap..

senang kan??selamat mencuba...


sekian..

RESEPI KEK COKLAT LELEH YANG PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum...

Kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah  memang ramai penggemarnya .Bila di hidangkan sentiasa akan jadi tumpuan tak kira kanak-kanak dan orang dewasa.

 Anak-anak saya sendiri sentiasa nak kek coklat leleh  berbanding kek krim . kek cheese juga diaorang tak suka.Bagi anak-anak saya cheese hanya sedap bila bersama pizza.hahhaha..


kek coklat leleh paling sedap



Kek coklat leleh paling sedap

Selain kek yang sedap ,topping kek tu juga mestilah banyak.ada yang suka coklat yang sampai melimpah-limpah.hahah,,Tapi anak-anak saya ni walaupun diaorang memang penggemar coklat tapi suka coklat di bahagian atas je..

Cuma kalau saya buat untuk orang memang saya akak lebihkan coklat tu .Baru lah sedap..kan??kadang-kadang ada jiran-jiran yang tempah kek ni dengan saya..tak selalu pun ..sebab  kalau sibuk je memang saya tolak tempahan kek,Sebulan 2,3 kali  je saya ambik tempahan kek ni.

kek coklat leleh paling sedap


So kalau korang nak buat jualan dengan resepi kek coklat leleh saya ni silakan..Jangan segan-segan tau.Saya harap perniagaan korang akan maju jaya walaupun kek saya ni tak seberapa.hehehhe..


Apa pun cuba buat sendiri dulu.Rasa dan nilaikan sendiri boleh jual tak, atau boleh setakat untuk makan sendiri..Maklum la..saya ni bukan chef pun.hahahah...

Ok..jom kita tengok resepi Kek Coklat Leleh Paling Sedap dan Mudah..








Bahan-Bahan:
cawan tepung Gandum
2 sudu besar serbuk coco
1 sudu baking powder

1 cawan  mentega
1cawan gula halus

3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat

Cara-Cara:

Panas kan oven. 

Saya guna loyang petak saiz 8 x 8. Sapu loyang dengan butter atau majerin.Kemudian lapik dengan  baking paper yang di potong ikut saiz tapak loyang.Sapu lagi butter atau majerin atas  baking paper. ketepikan.. 

Kalau tak de baking paper  tu korang boleh sapu majerin kat loyang kemudian taburkan tepung gandum.Keluarkan sisia tepung lebihan dari loyang 


kek coklat leleh paling sedap

Ok..jom masak..

1- Ayak tepung gandum, serbuk coco dan baking powder bersama . ketepikan.

2- Dalam bekas lain pukul mentega dan gula sampai kembang . Bila dah warna putih dan gebu tu maknanya dah kembang la .

Boleh tak ganti butter dengan majerin je??? Saya pernah buat kek ni guna majerin tau..sedap juga ,cuma tak la wangi dan sesedap guna butter.Tapi boleh je kalau nak guna majerin..Saya buat dulu habis jugak..hehehhe

3- Kemudian masuk kan telur sebiji demi sebiji .pukul lagi sampai kembang.

4- Masuk kan esen vanila dan susu pekat.Pukul bagi sebati bahan-bahan tu.
.
5- lepas tu masuk kan tepung yang di ayak bersama dengan baking powder dan serbuk coklat tadi.Masuk kan sikit -sikit.








6- masuk kan adunan ke dalam loyang tadi.kemudian bakar dengan susu 180 selama 40 minit.bergantung pada oven masing2.Yang penting oven kasi panas dulu ye..

Saya bakar guna api atas bawah.

7- Bila dah siap bakar , kek dah masak, boleh la keluarkan kek.Kalau guna baking paper boleh terus keluarkan kek.

Tapi kalau sapu  majerin dengan tepung korang kena tunggu kek sejuk dulu ye..dalam 15 minit gitu boleh la keluarkan kek.

8- Kemudian boleh la tuang topping kek kita..Coklat leleh yang pekat melekat tu lagi ramai suka..Ini resepi untuk coklat leleh atau topping nya.

Bahan untuk coklat leleh:

20 gram coklat bar 
2 sudu mentega
2 sudur serbuk coco
1 cawan susu pekat

Cara-caranya:

1- Cairkan semua bahan dalam satu bekas .Tak kisah cemana korang nak cairkan coklat tu..

Guna mikrowave boleh, guna double boiler pun boleh..Kalau guna mikrowave , lepas dah keluarkan dari mikrowave terus kacau guna whisk .

Kalau guna dapur je korang kena kacau2 dengan whisk sampai la coklat tu cair dan tak berketul-ketul. Pastikan serbuk coco pun tak berketul ok..


kek coklat leleh paling sedap

Kalau tak kacau sampai serbuk koko hancur dia jadi gini la..tak rata dan jelas nampak serbuk kokok tak sebati..


2- Lepas dah letak kan kek atas bekas yang korang nak boleh la tuang kan coklat leleh tu..Kemudian bahagian atas tu boleh la tabur dengan benda yang lain korang suka..nak deco2 sikit pun boleh..letak coklat rice je ke, atau boleh letak buah jugak.kena kreatif la..

kalau tak kreatif google je la ..tengok diaorang hias kek cemana..hahahah


Ok..tu je.,.selamat mencuba resepi kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah .


sekian..