Skip to main content

Posts

MENU SIMPLE UNTUK BEKAL ANAK DI SEKOLAH : AYAM MASAK HALIA

Hye semua..







Bekal si kakak untuk hari ni..Nasi putih dan ayam masak halia. Ayam masak halia tu cara masaknya senang je.. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dah di kisar. Lepas tu masuk kan halia yang dihiris2. Masuk kan sos tiram dan sedikit air. Last sekali masuk kan ayam yang dah di goreng. ( gaul ayam dengan garam kunyit lepas tu goreng). Tak perlu garam sebab sos tiram tu dah cukup sebagai persa.

Hari rabu biasanya ada kokorikulum kat sekolah rendah. Jadi kena siapkan bekal anak untuk makan tengahari dia. Biasanya kalau ayah bebudak ni kerja petang ,bekal untuk tengahari ni saya masak dalam jam 11 pagi.

Nanti jam 12 setengah tengahari, ayah diaorang akan hantar bekal pada anak kat sekolah.

Setiap rabu jam 12;30 tenghari ayah dia akan pergi ambil si adik ni kat sekolah. Jadi kakak akan tunggu ayah kat pagar  untuk ambik bekal.

Jam 1:30 petang nanti , waktu tamat sekolah dapat la dia makan nasi panas-panas. Lepas tu bersedia untuk Koko.

Tapi kalau ayahnya kerja pagi tak dapat…

WABAK CHIKUNGUNYA DI HATYAI, WARGA PERLIS DINASIHATKAN BERHATI-HATI

SONGKHLA: Wabak virus chikungunya, jangkitan yang biasanya berlaku di Afrika, telah dilaporkan di kesan berlaku di Hat Yai City, yang memerlukan perhatian dan penjagaan.

Dr Kriangsak Liewchanpattana berkata berpuluh-puluh pesakit telah mendapatkan rawatan dan nasihat di kliniknya di bandar tersebut yang terkenal dengan  pelancongan dan hab ekonomi di wilayah selatan.





Beliau berkata penyakit itu mula tersebar di Afrika Selatan, terutamanya di Tanzania dan Mozambique. Ia mula dikenali 65 tahun yang lalu sebagai "gungunwala". Orang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami simptom demam dan sakit sendi.

Penyakit ini tersebar di kalangan orang ramai yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes yang juga menyebabkan demam denggi.


Pesakit chikungunya dan demam denggi kedua-duanya mengalami demam tinggi, tetapi mereka yang terjejas oleh chikungunya mengalami kesakitan di pergelangan pergelangan kaki, pergelangan tangan dan jari.

Dr Kriangsak berkata cara pencegahan terbaik wabak Chik…

INI LAH WANITA YANG SUARANYA ANDA KERAP DENGAR DI DALAM MRT

INI LAH WANITA YANG SUARANYA ANDA KERAP DENGAR DI DALAM MRT Bagi korang selalu menggunakan MRT , LRT atau pun di dalam Komuter , setiap kali tiba di destinasi akan ada suara yang buat pengumuman dimana destinasi korang.

Sebelum ni saya ingatkan suara tersebut guna suara robot. Rupanya ianya milik seorang wanita yang macam orang lain juga. 


Menurut satu komen di Twitter menyatakan untuk 15 minit rakaman suara pihak agency mengenakan bayaran sebanyak rm200 lebih. 
Wah!!memang boleh buat duit kalau ada suara yang bagus. Tak semestinya jadi penyanyi saja..Betul tak.
Agak-agak kalau suara serak-serak itik macam saya ni berapa la harga untuk 15 minit ye??


GAMBAR MAJLIS HARIJADI ANAK-ANAK AZAD JAZMIN DAN EIRA SYAZIRA

11 Janury lalu diadakan sambutan harijadi Amarra yang ke 6 tahun, Ammara  ialah anak sulung pelakon Azad dan Eira Syazira.  Birthday nya sama pulak tarikh birthday dengan Dato Siti Nurhaliza.

Majlis ni juga menyambut hari jadi dua lagi anak dara Pak azad iaitu Ameisya dan Ariesya.

Saya tertarik nak kongsikan gambar-gambar majlis harijadi anak dara Pak Azad ni sebab suka sangat dengan kek nya

Sebelum tu jom tengok gambar-gambar harijadi anak dara Pak Azad.



Ada beauty &the Beast jugal. Banyak betul hidangan yang sedap mata memandang sedap lagi tekak kalau dapat merasa.Hahah.. 


Majlis ini berlangsung di The Venue Shah Alam

Meriah betul dengan kuning sebagai  warna tema ..


Ini lah kek yang saya suka sangat tu..Cantik betul. Sesuai dengan tema majlis. Kek ni dari Rainbow Bugs Party & Event. 

Selain tu ada juga popcorn dan cotton candy booth dari Mlady_party_candy


Antara rakan artis yang turut memeriahkan majlis harijadi Anak dara Pak Azad.


Comel betul anak-anak ni menggayakan ga…

GAMBAR AKSI PENDUDUK NEW YORK NAIK TRAIN TANPA SELUAR SEMPENA NO PANTS SUBWAY RIDE

"No Pants Subway Ride " adalah acara tahunan yang diadakan oleh Improv Everywhere setiap bulan Januari di New York City. Tarikh nya berubah dari tahun ke tahun dan diumumkan pada awal Disember. Untuk tahun ini acara diadakan pada 11/1/2019.
Acara tahunan ini awalnya bermula dengan  gurauan kecil  tujuh orang lelaki dan telah berkembang menjadi perayaan antarabangsa dengan disertai berpuluh-puluh kota di seluruh dunia yang berpartisipasi setiap tahun.
Rupanya ada jugak acaran tahunan yang tak de faedah macam ni. Saya pun kurang pasti sejarah acara ni macam mana tapi mungkin ianya hanya untuk suka-suka sahaja. 
Sejumlah penumpang keretapi bawah tanah  dilihat tidak memakai seluar sempena  'No Pants Subway Ride' di Manhattan, New York, Amerika Syarikat.   


Dalam acara  ini para penumpang yang tiba diStesyen keretapi akan berpakaian lengkap. Namun sebaik mereka tiba untuk menaiki keretapi , mereka kemudian nya akan membuaka seluar atau pun skirt dan hanya memakai seluar…

PELANGGAN KRITIK MAKANAN DI WAROENG ISABELLA LAMBAT SAMPAI DAN TAK SAMA MACAM GAMBAR INI PENJELASAN NABILA HUDA

Hye Semua..

Terliurr betul tengok menu Ayam Taliwang dan Gurami Terbang yang dikongsikan oleh Nabila Huda di IG nya. 2 menu ni korang boleh dapatlan  di Waroeng Isabella milik Nabila Huda dan suaminya. Tapi baru-baru ni ada beberapa pelanggan yang dah singgah ke Waroeng Isabella ni dan beri review jujur tapi pedas sikit.







Kebanyakan nya mengatakan makanan yang disajikan tidak seperti gambar yang di muat naik oleh Nabila Huda di laman IG nya. Bila dah ada yang mengkritik hidangan tersemuk dah tentu la ada komen-komen lain yang turut meluahkan pendapat yang sama.

Malas ada juga yang mempertikaikan masa menunggu yang terlalu lama untuk hidangan mereka sampai hingga ada yang terpaksa menunggu hampir sejam setengah,

Bagi Nabila Huda dia mempunya beberapa sebab mengapa perkara tersebut tidak patut dibangkitkan oleh pelanggan-pelanggan nya. Nabila huda tampil menjawab setiap kritikan tersebut:



















Bab rasa ramai yang cakap sedap. Cuma yang di pertikaikan ialah masa menunggu terlalu lama dan hida…

DIMANA TEMPAT BOLEH HANTAR AL-QURAN ROSAK DAN BUKU AGAMA UNTUK DILUPUSKAN

Sebelum ni saya ada tulis tentang cara untuklupuskan Al-Quran dengan cara yang betul. Caranya memang rumit sikit sebab kita tak boleh sebarang je bakar. Semuanya kena diasingkan . Tambah pulak bila kita ni duduk kawasan taman mana boleh sebarangan bakar. Nanti marah la jiran-jiran.

Memandangkan ramai yang memang tak mampu nak lupuskan sendiri Alquran dan buku-buku yang ada ayat alquran ni jadi hari ni saya nak kongsikan tempat-tempat yang korang boleh pergi untuk hantar quran atau buku-buku yang ada ayat suci ni suoaya lebih mudah untuk dilupuskan.
Kalau macam saya ni, tinggal di pulau pinang .. jadi saya boleh hantar ke Masjid daerah Seberang Perai Selatan. Ada bayaran yang dieknakan..bayaran pun tak la mahal.Cuma Rm2.50 untuk 1 kilogram.







Untuk negeri-negeri lain pula korang boleh hubungi masjid daerah masing-masing dan tanya dia sama ada mereka ada lupuskan quran yang rosak ,. Kalau ada korang boleh la hantar. Tapi kebanyakan masjid memang ada uruskan quran dan buku yang ada ayat s…

KUCING HILANG : RITA RUDAINI BUAT LAPORAN POLIS

Hampir seminggu kucing Rita Rudaini hilang . Sehingga sekarang dia masih tidak putus berharap agar kucingnya yang diberi nama Pekan selamat kembali pada nya. Namun berbagai cara menemui jalan buntu.





Merasakan yang dirinya di tipu atas kecuaian orang lain dia membuat laporan polis tentang kehilangan Pekan.
Dalam post nya di instagram Rita meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang sepatutnya menjaga Pekan.


2 kiriman video dari pihak tersebut juga membuatkan Rita merasa seperti di perbodohkan dengan alasan-alasan yang tidak boleh diterimanya.
Ritrud727: Step by step sy akan buat...kes dah jd kes polis...xjujur,x amanah...sy akan buat apa saja...mungkin bole bantu masalah org lain jugak yg ada masalah mcm sy...sy akan heret org tu klau di dapati bersalah..sy akan cari keadilan utk kucing2 lain klau btul ada sindiket...
sy bole terima klau org brckp jujur n mohon maaf...tp sy xle terima pembohongan...wayang....bg sy satu je penipuan,dah bunuh smua kebaik…

PEMINAT MINTA SITI SARAH PILIH REMY ISHAK UNTUK MUZIK VIDEO SEMAKIN

Laris sungguh Remy Ishak dalam tempoh dua tahun ni. Pelakon yang memang terkenal dengan watak lelaki macho. Walaupun wajah tak jambu tapi watak yang dipegang oleh Remy Ishak dalam setiap drama yang dibintangi nya sering membuatkan penonton wanita gila bayang.

Drama Pujaan Hati Kanda  yang sedang bersiaran menaik kan lagi nama Remy Ishak. Bukan itu sahaja malah Remy Ishak turut menjadi pilihan ramai yang ingin melihatnya di dalam muzik video lagu Semakin nyanyian Siti Sarah Raisudin .



Dalam satu post yang dikongsikan oleh Siti sarah dan Shuib , peminat mencadangkan nama Remy Ishak untuk muzik Video tersebut memandangkan Siti Sarah sedang mencari calon sesuai untuk bergandingan dengan nya di dalam Muzik Video Semakin.

Kalau Siti Sarah pilih Remy mesti meletup habis MV Semakin tu.. dah la lagu pun sedap, hero pun sedap juga untuk di pandang. haha..




Siti Sarah sebelum ini pernah menyingkirkan suaminya sendiri, Shuib untuk tampil berlakon di dalam Klip Muzik Video lagu terbaru Siti Sarah …

SAKIT PERUT DAN RASA TIDAK SELESA RUPANYA ALAT PERANSANG S3KS TERSEKAT DI USUS

Pelbagai cara dilakukan bagi menyambut dan meraikan Tahun Baharu.

Namun, apa yang berlaku di Zhejiang, China ini bukan sahaja pelik tetapi tak masuk akal.

Seorang lelaki telah memasukan alat perangsang seks yang berukuran 20 sentimeter ke dalam duburnya pada 1 Januari lalu.

Disebabkan rasa tidak selesa di bahagian dubur dan perutnya, lelaki berusia 20-an itu telah menyerah diri ke hospital.

Menurut laporan berita Hangzhou News, lelaki itu mengakui bahawa dia melakukan perkara tersebut sekadar untuk suka-suka dan menghabiskan masa hampir setengah hari demi mengeluarkan objek tersebut namun temui jalan buntu.





Semasa pemeriksaan dilakukan pasukan perubatan di sana, mereka mendakwa alat tersebut kini tersangkut di bahagian ususnya dan dua orang doktor ditugaskan menyempurnakan ‘tugasan’ 'alat berkenaan.

Lebih mengerikan apabila objek tersebut diperbuat daripada kaca dan diameter objek ini di antara 5 sentimeter.

Lelaki ini bagaimanapun dibenarkan meninggalkan hospital sehari selepas …

PEMINAT RINDU KEMUNCULAN SEMULA NEWBOYZ. TOMOK RANCANG KONSERT SHOWCASE

Satu berita gembira untuk peminat-pemniat setia kumpulan Newboyz yang sangat popular pada awal tahun 2000. Tomok bersama Newboyz merancang untuk mengadakan konsert Showcase khas untuk peminat-peminat setia mereka.





Dalam satu kenyataan nya di Instagram, Tomok mengakui yang dia juga sangat rindu untuk mengadakan persembahan bersama ahli kumpulan nya yang lain.
Dia juga meminta pandangan peminat sama ada peminat inginkan lagu baru atau kekal dengan lagu-lagu lama mereka yang cukup berhantu satu masa dulu.

Tomok turut mencari penaja yang berminat untuk sama-sama menjayakan konsert tersebut.

Saya percaya rami peminat-peminat newboys yang teruja menanti konsert ini. Dulu kebanyakan yang mengikuti kumpulan newboyz ni adalah golongan gadis-gadis.

Beredarnya perubahan masa, lagu-lagu newboyz dianggap lagu yang memberi memori dalam setiap orang.





Sewaktu kumpulan ini popular dulu saya berusia 20 an dan banyak perkara yang berlaku dalam tempoh tu. Bila dengar lagu-lagu newboyz teringat balik zam…

KINI RUHAINIES DAH TAK BERSELINDUNG TENTANG TEMAN LELAKI

Ruhainies antara pelakon yang ada wajah yang cantik. Saya suka tengok wajah nya yang comel tu. Ada yang kata wajahnya seiras dengan Nora Danish dan perkara ni pernah jadi kontroversi beberapa tahun lalu.







Kalau korang follow Ruhainies di Ig korang mesti akan nampak banyak gambar-gambar dia diluar negara. Untung lah dapat travel banyak negara . Tapi ada yang kata Ruhainies selalu ke luar negara sebab ada teman lelaki yang kaya.

Kalau sebelum ni Ruhainies agak berahsia tentang teman lelaki nya. Tak ada penjelasan dari mulut Ruhainies berkaitan siapa teman lelakinya. Gambar-gambar yang dikongsikan nya juga banyak menjadi tanda tanya tentang siapakah lelaki bertuah itu.

Disebabkan terlalu berahsia ada yang mengatakan teman lelaki nya adalah suami orang, lelaki tua dan ada yang menuduh Ruhainies hanya propa semata-mata.

Namun baru-baru ini Ruhainies memuat naik satu gambar bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Elffjohan. dengan caption ringkas tapi cukup untuk menjelaskan siapa Elff…

SENARAI PEMAIN BOLASEPAK KEDAH MUSIM 2019

SENARAI PEMAIN BOLASEPAK KEDAH MUSIM 2019

|| Penjaga Gol (GK)

[1] ABDUL HADI BIN ABDUL HAMID @ HAMID
[18] MOHD IFWAT AKMAL BIN CHEK KASSIM
[22] MUHD ASRI BIN MUHAMAD
[30] MOHAMAD RAMDHAN BIN AB HAMID

|| Pertahanan (DF)

[2] MOHAMAD SYAWAL BIN NORDIN
[3] RENAN DA SILVA ALVES
[5] MUHAMAD NORFIQRIE BIN ABDUL TALIB
[11] MUHAMMAD SHAKIR BIN HAMZAH
[13] KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
[15] MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI
[24] MOHD ASRI BIN MARDZUKI
[25] AZMEER BIN YUSOF
[28] MOHD ALIF BIN MOHD YUSOF





|| Tengah (MF)

[4] AZAMMUDDIN BIN MOHD AKIL
[6] ANMAR FARES ABDUL JABAR ALMUBARAKI
[7] BADDROL BIN BAKHTIAR
[16] MOHAMAD AMIRUL HISYAM BIN AWANG KECHIK
[17] MUHAMMAD SYAZWAN BIN TAJUDIN
[19] SYAHRUL AZWARI BIN IBRAHIM
[20] MOHD FADZRUL DANEL BIN MOHD NIZAM
[21] MOHAMMAD FAYADH BIN MOHD ZULKIFLI AMIN
[23] SHAHRUL IGWAN BIN SAMSUDIN
[27] MOHAMMAD HIDHIR BIN IDRIS
[29] MUHAMMAD FARHAN BIN ROSLAN

|| Penyerang (FWD)

[8] MOHAMAD ZAQUAN ADHA BIN ABD. RAZAK
[9] FERNANDO RODRIGUEZ ORTEGA
[10] JONATAN JESUS BAUMAN
[1…

YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR: : Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara.




Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakkan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.






"Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda…

GAMBAR MAJLIS RESEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR

GAMBAR MAJLIS RISEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR Pasangan sama cantik dan sepadan ini selamat melangsungkan perkahwinan pada 1 january 2019 yang lalu.

Malam tadi (5-1-2019)  Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar meraikan majlis persandingan mereka di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Busana cantik dengan taburan bunga pink rekaan Rizman Ruzaini menjadi tumpuan ramai sejurus selepas gambar Elfira nula di muat naik di laman sosial. 




Rata-rata peminat dan rakan artis turut memuji Elfira yang kelihatan sangat cantik bagaikan seorang puteri raja. Elfira juga turut menerima ucapan tahniah dan ramai yang mendoakan kebahagian nya.









Bridal dress : @rizmanruzaini  Makeup : @khirkhalid  Tudung stylist : @nazlivingastyle  Henna : @sheemahenna .  Photo : blackpepperproduction |


Tahniah untuk Elfira . Selamat Pengantin Baru,. Semoga bahagia dan kekal bersama sampai akhir hayat. 
Jangan dipedulikan dengan cakap-cakap orang kat sosial media ni. Sebagai artis El tentu dah faham san…