Tuesday, 8 January 2019

SENARAI PEMAIN BOLASEPAK KEDAH MUSIM 2019


SENARAI PEMAIN BOLASEPAK KEDAH MUSIM 2019

|| Penjaga Gol (GK)

[1] ABDUL HADI BIN ABDUL HAMID @ HAMID
[18] MOHD IFWAT AKMAL BIN CHEK KASSIM
[22] MUHD ASRI BIN MUHAMAD
[30] MOHAMAD RAMDHAN BIN AB HAMID

|| Pertahanan (DF)

[2] MOHAMAD SYAWAL BIN NORDIN
[3] RENAN DA SILVA ALVES
[5] MUHAMAD NORFIQRIE BIN ABDUL TALIB
[11] MUHAMMAD SHAKIR BIN HAMZAH
[13] KHAIRUL HELMI BIN JOHARI
[15] MOHD RIZAL BIN MOHD GHAZALI
[24] MOHD ASRI BIN MARDZUKI
[25] AZMEER BIN YUSOF
[28] MOHD ALIF BIN MOHD YUSOF




|| Tengah (MF)

[4] AZAMMUDDIN BIN MOHD AKIL
[6] ANMAR FARES ABDUL JABAR ALMUBARAKI
[7] BADDROL BIN BAKHTIAR
[16] MOHAMAD AMIRUL HISYAM BIN AWANG KECHIK
[17] MUHAMMAD SYAZWAN BIN TAJUDIN
[19] SYAHRUL AZWARI BIN IBRAHIM
[20] MOHD FADZRUL DANEL BIN MOHD NIZAM
[21] MOHAMMAD FAYADH BIN MOHD ZULKIFLI AMIN
[23] SHAHRUL IGWAN BIN SAMSUDIN
[27] MOHAMMAD HIDHIR BIN IDRIS
[29] MUHAMMAD FARHAN BIN ROSLAN

|| Penyerang (FWD)

[8] MOHAMAD ZAQUAN ADHA BIN ABD. RAZAK
[9] FERNANDO RODRIGUEZ ORTEGA
[10] JONATAN JESUS BAUMAN
[14] THANABALAN A/L NADARAJAH

Sunday, 6 January 2019

YANG DIPERTUAN AGONG SULTAN MUHAMMAD V LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR: : Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara.




Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakkan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.






"Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, peletakan jawatan baginda itu dibuat selaras Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Katanya, sepanjang menjalankan tugas, baginda sudah berusaha memenuhi tanggungjawab dan amanah selaku Ketua negara dan berperanan sebagai tunggak kestabilan, sumber keadilan, teras perpaduan dan payung penyatuan dalam kalangan rakyat.

"Baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember 2016.






“Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana menteri dan kerajaan yang memberikan kerjasama dalam mentadbir negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan tentera, amat berbangga dengan pengorbanan serta taat setia dicurahkan kepada baginda dan negara selama ini.

“Kepada rakyat Malaysia, baginda bertitah supaya terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur dan bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat ini agar Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Sumber: awani/bharian

GAMBAR MAJLIS RESEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR



GAMBAR MAJLIS RISEPSI ELFIRA LOY DAN FARIS ANUAR Pasangan sama cantik dan sepadan ini selamat melangsungkan perkahwinan pada 1 january 2019 yang lalu.

Malam tadi (5-1-2019)  Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar meraikan majlis persandingan mereka di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Busana cantik dengan taburan bunga pink rekaan Rizman Ruzaini menjadi tumpuan ramai sejurus selepas gambar Elfira nula di muat naik di laman sosial. 





Rata-rata peminat dan rakan artis turut memuji Elfira yang kelihatan sangat cantik bagaikan seorang puteri raja. Elfira juga turut menerima ucapan tahniah dan ramai yang mendoakan kebahagian nya.










Bridal dress : @rizmanruzaini 
Makeup : @khirkhalid 
Tudung stylist : @nazlivingastyle 
Henna : @sheemahenna .
 Photo : blackpepperproduction |



Tahniah untuk Elfira . Selamat Pengantin Baru,. Semoga bahagia dan kekal bersama sampai akhir hayat. 

Jangan dipedulikan dengan cakap-cakap orang kat sosial media ni. Sebagai artis El tentu dah faham sangat dengan suara-suara netizen yang sentiasa tak berpuas hati. Sedangkan mereka pun tak de la memuaskan hati orang sekeliling mereka pun..


Bye.





Saturday, 5 January 2019

MAINAN YANG SESUAI UNTUK BAYI BERUSIA 0-12 BULAN

Hi.

Saya nak share satu post yang sangt bagus untuk ibu bapa yang ada plan nak belikan mainan untuk anak. Post ni di tulis oleh Dr. Aen di laman twutter dia. Setiap mainan yang kita beri pada anak akan mempengaruhi anak tu sendiri.



Sama la macam kita bagi phone pada ank kecil, mesti phone tu akan bagi kesan baik dan buruk pada dia. So sama la macam mainan ni, Kalau silap beli mainan mungkin akan membahayakan bayi kita tu.



Semua mainan-mainan yang diccadangkan ni banyak dijual dan memang mudah untuk kita dapatkan.Cuma korang kena pastikan mainan tersebut tak mempunyai bahan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi. Cari lah mainan yang bebas dari bahan merbahaya.

Harganya mungkin sikit mahal tapi berbaloi..


Mainan yang boleh dibelikan untuk bayi berumur 0-12 bulan.

1. Bola merah atau mainan warna merah. Bayi lebih tertarik dengan warna 'bold' bermula umur 3 bulan berbanding warna pastel. Ni untuk stimulate pergerakan penglihatan bayi kiri kanan atas dan bawah


2. Wooden cubes besar tapak tangan dia, untuk dia bang together. Ni biasanya umur 6 bulan, sebab dia nak belajar genggam dan bawak tangan dia ke tengah.



3. Rattle. Untuk stimulate pendengaran dia. 6-12 inci please. Dekat dekat kang kesian telinga anak haha. Caranya, bunyikan kat tepi telinga. Make sure dia tak nampak rattle tu. Kalau dia nampak, maknanya dia guna deria melihat, bukan deria pendengaran.




4. Bila dia dah pandai genggam, belikan crayon saiz besar ya. Pandai pandai lah cari yang non toxic, baby friendly. Dia nak belajar pegang dan conteng2.



5. Board books. Ha belikan buku yang tebal tu untuk bagi dia belajar selak. Dia akan belajar guna hujung jari untuk pegang nanti. Cari gambar2 yang menarik, warna yang attractive. Start dengan sesuatu yang mudah.



Kang beli cerita panjang panjang budak umur setahun mana pandai baca or faham pun. Dia tertarik kat gambar je.. haha


6. Teething toys. Kan dia nak menggigit. Basically dia akan start bawak macam macam benda dekat mulut (sebab tu bila dia dah dapat tangan, jangan letak apa apa bersaiz kecil kat tempat rendah. Simpan k!). I beli yang ni. Senang la kot dia nak gigit n pegang haha. Boleh rebus kalau nak bersihkan.



7. Mainan beroda. Beli yang besar sikit, dan yang tak boleh cabut cabut. Kang dia cabut lepastu telan pulak. Kat sini akan belajar roll mainan ke depan ke belakang.



8. Cawan dan sudu. Nampak mehhh je kan. Eh, ni la masa nak bagi dia belajar pegang cawan, pegang sudu dan kacau sudu tu dalam cawan. Ni sebenarnya proses proses dia nak belajar.
Yang paling penting sekali, komunikasi dua hala antara bayi dan ibu bapa. Perlu lihat tepat ke mata supaya dia dapat berinteraksi .

Tu lah tips yang dikongsikan oleh Dr. Aen.. Lepas ni jangan marah kalau anak main senduk la, main besen, main sudu..dia tengah bellajar tu..heheh..

Bye..

PELAJAR DITEMUI MATI DALAM KERETA : POLIS PERCAYA TIADA UNSUR JENAYAH



Seorang pelajar sebuah universiti awam di Nibong Tebal, Pulau Pinang dijumpai meninggal dunia di dalam sebuah kereta di Taman Pekaka, Nibong Tebal, pada Sabtu pagi.

Pelajar lelaki berusia 22 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 9 pagi di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang diletakkan di belakang bangunan rumah kedai dua tingkat di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafee Abd Samad berkata, ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan terbaring di kerusi pemandu yang diturunkan manakala enjin kenderaannya masih hidup.



Menurut Shafee, pemeriksaan oleh pasukan perubatan Hospital Sungai Bakap mengesahkan mangsa telahpun meninggal dunia ketika dijumpai.

Katanya, polis menemukan getah paip berwarna hijau sepanjang lima meter di lokasi kejadian.

Siasatan yang dilakukan pasukan Forensik mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa.

Mayat kemudiannya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SUMBER: AWANI

Friday, 4 January 2019

PESANAN UNTUK IBU BAPA YANG ANAK BARU MASUK SEKOLAH: JAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU ANAK-ANAK

Hi..

Anak baru masuk sekolah rendah memang macam-macam perangai. Ada yang tak nak sekolah, ada juga yang tak nak balik sekolah. Memang menghiburkan betul video-video yang saya tonton tentang anak-anak yang baru masuk ke alam persekolah.

Sekolah di tadika memang berbeza dengan sekolah Kebangsaan. kalau di tadika , ada guru yang akan pantau anak kita. Tu pun macam-macam masalah juga. Ada je ibu bapa yang tak puas hati..



Di sekolah kebangsaan anak-anak perlu berdikari untuk banyak perkara. Ini supaya anak mampu menguruskan diri nya sindiri. Dah tentu akan timbul beberapa masalah pada anak. tapi percayalah, ianya cuma sementara .. Bila anak dah biasa dengan persekitaran disekolah tu lambat laun dia akan mampu mengawal keadaan. Walau apa pun keadaan ibu bapa jangan lah risau dan terus menyalahkan pihak sekolah.



Sangat penting untuk mak ayah jaga hubungan dengan guru anak-anak. Zaman sekarang ada guru kelas yang buat group Whatsapp untuk berhubung dengan mak ayah murid. Tapi ada mak ayah yang gunakan nya untuk terus meluahkan perasaan tak puas hati pada guru.

Saya memang tak bersetuju kalau ada guru kelas nak buat group whatsapp ni. Lebih baik kalau mak ayah contact guru secara personal saja. Kalau buat group ni benda yang kecik pun boleh jadi besar.

 Saya sendiri sejak anak bersekolah, apa saja perkara yang saya nak tahu, saya terus hubungi guru anak saya secara personal. Lebih mudah  nak berbincang. Kalau ada orang ketiga ni , lebih ramai yang suka jadi batu api berbanding yang nak menyelesaikan masalah.

Soalan ringkas pun nanti jadi punca bergaduh dan kat situ dah nampak kita tak hormat pada guru anak kita.



Ibu bapa juga jangan lah terburu-buru buat tindakan. Jangan fikir mentang-mentang kita bayar duit buku, duit PIBG, dan sebagainya terus kita rasa kita boleh sesuka hati nak cakap apa saja pada guru anak kita.

Ada juga mak ayah yang berani pi terus ke sekolah dan marah-marah pada cikgu. Kalau dah sampai marah dan menyalahkan guru, rasa-rasa apa pandangan guru tu pada anak murid dia?

Cikgu tu pun insan biasa.. Jangan disebabkan perangai mak ayah yang suka bertindak terburu-buru buat cikgu pun rasa meluat dan malas nak ambil tahu hal anak kita. Tak mustahil kalau diaorang akan rasa macam tu.

Lepas tu jangan nak bising pulak bila anak jadi nakal dan prestasi pelajaran menurun. Tapi saya percaya ramai guru-guru yang tak ambil hati dengan anak murid nya walaupun mak ayah murid tu pernah bersikap tak de adab dengan nya.

Perkara biasa bila ank-anak kita balik dan mengadu macam-macam tentang hal di sekolah. Ada perkara yang diceritakan tu tak la wow sangat . Tapi sebab alam persekolahan ni masih baru pada dia, dia rasa banyak perkara yang "besar" berlaku pada dia.

Kemudian cara dia bercerita tu pulak macam hebat sangat, dasyat sangat, melampau sangat... Kita yang dengar ni jangan la terus bayangkan apa yang jadi pada dia tu seperti mana yang dia cerita. Dia cerita berdasarkan dunia dia yang masih baru tu.

Macam hari ni anak saya balik sekolah dan terus cakap." Ibu..Banyak nya buku kena bawak..patah la tangan adik nanti.." .. dalam hati saya terfikir juga, " yela..banyak nya buku..kesian dia..patah tangan cemana nanti??"

Padahal kalau dilihat pada jadual nya bukan banyak pun matapelajaran untuk 1 hari tu. Dia je yang lebih-lebih menggambarkan betapa banyak nya buku yang dia kena bawak. Masuk sebulan dua nanti biasa lah dia.

So kat sini kita tak payah terikut-ikut sangat dengan cerita anak kita.




Macam tu juga bila anak balik cerita yang cikgu marah dia. Mungkin selama ni dia tak pernah kena marah. Sekali cikgu marah , terus balik mengadu kat mak sambil menangis dan tak mau makan. Kita pulak rasa benda tu melampau hanya berdasarkan dari cerita dia.

Terus kita marah dan menyalah kan cikgu.. Itu memang tak patut. Tak pasal-pasal kita buat cikgu kecil hati . Nanti masa mesyuarat PIBG atau hari anugerah pelajar, nak bertentang mata dengan cikgu pun kita rasa tak best.

Jadi jagalah hubungan dengan cikgu tu baik-baik. Apa-apa hal baik berbincang dengan guru dulu. Tak payah la sampai nak terus report polis atau jumpa YB itu ini... Lain la kalau kes yang besar dan pihgak sekolah tak bagi kerja sama. Tu lain la cerita nya..

bye..