Skip to main content

Posts

KISAH BENAR : BALASAN KERANA BERKASAR DENGAN IBU

Assalamualaikum..

Jom baca kisah benar balasan seorang anak yang derhaka sebab berkasar dengan ibu dia yang suruh dia solat.Cerita benar ni di kongsi oleh Akmal Hizzat di akaun twitter dia.




Aku nak share sikit kisah yg bertajuk "Bahaya Derhaka Kepada Ibu". Benda ni terjadi kat aku sendiri masa aku umur 21 tahun. Ya, zaman jahiliah lagi masa tu. Ingatan aku tentang kisah ni masih fresh lagi, mungkin takkan lupa sampai bebila.


Masa tu aku tak sengaja tertinggikan suara kat mak aku, padahal mak aku suruh sembahyang je pun. Bodoh bukan?


Hari tu hari ahad, dalam pukul 5:30 ptg. Aku tengah syok gila tidur atas sofa dari pukul 3 petang sebab letih join program larian kat kawasan umah aku pagi tu. 5 pagi kot aku bangun.


So, masa tgah syok gila tidur kat sofa dgn suasana yg sejuk dan nyaman, tetiba aku terdengar satu suara memanggil2 aku dari jauh.


Haa aku ni mmg jenis kalau tidur lena mana pun mesti akan tersedar kalau dengar orang seru-seru nama aku, lebih-lebih lagi mak aku la ka…

SYUKUR ALHAMDULILLAH HARI-HARI DAPAT MAKAN DURIAN..

Assalamualaikum...


Musim durian tahun 2018 ni di sambut gembira rakyat Malaysia yang rata-rata nya memang suka kan raja buah ni. Kesian pada yang tak suka makan durian sebab terpaksa tutup hidung .Hahha,.

Pagi ni saya buka pintu rumah pun terbau cucur durian . Selalunya bau asap lori.. Bila terbau durian terus rasa bersyukur sebab masih berpeluang merasai salah satu nikmat dunia.Wah!!sampai gitu sekali...

Setelah bertahun-tahun harga durian macam nak beli sebentuk cincin belah rotan akhirnya tahun ni harga durian jatuh dan ianya disambut gembira ramai peminat-peminat buah durian.

Tahun-tahun sebelum ni memang harga durian macam makanan untuk orang kaya-kaya saja.Untung besar la siapa yang ada dusun durian tu. Boleh makan sendiri dan boleh buat jualan jugak.


Yang tambah best nya tahun ni juga selain musim durian , menjadi juga musim buah-buahan lain..Manggis dan rambutan pun bukan main berlumba-lumba pasang badan nak bagi orang nampak depa..hahhaha..

Alhamdulillah..Tahun 2018 murah re…

GAYA TUDUNG NURUL IZZAH SENTIASA JADI PERHATIAN NETIZEN

GAYA TUDUNG NURUL IZZAH SENTIASA JADI PERHATIAN NETIZEN Ramai jugak yang suka dengan  gaya tudung Nurul Izzah tu tapi saya belum tergerak hati nak cuba gaya tudung macam tu.. Tudung gaya tu sesuai dengan Nurul Izzah je kot,

Tapi kadang-kadang saya tengok Nurul Izzah paikai tudung gaya tu nampak selekeh jugak.hahhaha..Kalau dibentuk kan tudung tu cantik-cantik  nampak la kemas dan menarik.Tapi bila datang senget benget tu terus rasa tak mampu la nak tiru,hahaha.
Dah ramai yang cuba gaya tudung Nurul Izzah ni.Ada yang jadi tapi ada juga yang nampak macam tak jadi je.. Kalau bentuk muka bulat memang tak nampak la gaya Nurul Izzah tu.Kemudian ada juga yang pakai tudung gaya nurul Izzah ni tapi bahagian dagu tak tutup.
Cara betul dia , kita kena pakai tutup bahagian dagu tu.Kalau tidak memang tak nampak sama..Nampak biasa2 je..
Kadang-kdang orang kata "ni gaya tudung Nurul Izzah," tapi saya nampak macam tak sama je..lagipun Nurul Izzah pakai tudung bawal yang biasa tu je tau..Dia…

SUASANA DI PERANCIS SELEPAS MENANG PIALA DUNIA - 2 PENYOKONG MATI DAN RUSUHAN BESAR-BESARAN DI PARIS

Berakhirlah sudah demam Piala Dunia apabila Perancis menjulang Piala dunia untuk kali kedua . Kalau di Malaysia ni, malam tadi jalan memang lengang. Tapi di kedai-kedai makan dan restotan  yang ada skrin besar  semuanya penuh dan padat.

Setiap kali gol dijaringkan bergegar suasana di kedai-kedai makan tu.Itu lah penangan Piala Dunia di Malaysia walaupun pasukan kita tak layak pun ke Piala Dunia.Bayangkan kalau Malaysia ke Piala Dunia.Memang meriah..la..kan??

Itu di Malaysia, Tapi di Perancis suasana lebih meriah ,hangat dan dicemari dengan insiden yang menyedihkan hingga meragut nyawa 2 orang penyokong perancis .

Segelintir peminat yang sedang berpesta  melepaskan bom asap dalam warna kebangsaan - biru, putih dan merah -sebagai tanda kemenangan. Jalan-jalan mula dipenuhi orang ramai.

Orang ramai juga mula memanjat papan iklan dan perhentian bas di kawasan itu untuk mengibarkan  bendera sementara lagu kebangsaan Marseillaise dimainkan

 Namun, kemeriahan sambutan menjadi tidak terkawal…

KETAHUI SEBAB MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH BERI ITIK MAKAN ROTI

Selama ni memang saya fikir itik makan apa je yang kita manusia makan. Dulu selalu tengok mertua saya bagi itik dia makan nasik . Jadi saya fikir mesti itik ni makan roti jugak.

Tapi sebenarnya itik tak boleh makan roti.Kalau sesiapa yang pernah bagi itik peliharaan nya makan roti boleh la hentikan sebab ianya akan menyebabkan itik sakit .


Memberi roti bapa itik bukan saja menyebab kan air nya berbau dan busuk tapi juga boleh menyeybabkan itik sakit kerana roti tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh itik.

Roti juga menyebab kan air tercemar dan memusnahkan makanan semulajadi itik seperti ikan.Di bawah ini adalah contoh itik yang kekurangan nutrisi. sebab makan benda2 yang tak diperlukan oleh badan nya,



Bahagian sayap itik kelihatan terkeluar dan tidak boleh dimasuk kan semula dan ianya menyebabkan itik tidak boleh terbang dan keadaan ini sangat menyakitkan bagi mereka.



Sebaiknya itik diberi makan nasi yang dimasak , biji jagung , anggur tanpa bijik dan birdseed. Roti juga tak…

INI ALASAN MENGAPA RAMAI ANGGAP INSTAGRAM SEMAKIN KURANG MENARIK

Sekarang ni rasa macam dah kurang layan instagram. Ada je ambil gambar-gambar cantik-cantik..Tapi rasa macam tak kuasa nak letak kat instagram.Hahaha...

Ceh!!perasan gambar cantik.Cantik kat mata sendiri la..Asal mata sendiri rasa sedap pandang tu maknanya gambar tu cantik la..Hahhah...




Memang dah rasa kurang gemar dengan instagram ni sebab terlalu banyak sangat benda yang instagram nak buat sampaikan dah jadi sama macam sosial media yang lain.Tak de beza pun .Setuju ke tidak?


Yang masih blur-blur tak tahu nak setuju ke tidak ini saya senaraikan  sebab utama kenapa saya rasa instagram dah tak best macam dulu.


Iklan terlampau banyak. Sedangkan iklan kat tv pun kita tak suka tengok.Ni kan pulak kat sosial media kita.Baru scroll 5 gambar dah iklan. Kalau dulu 10-11 gambar baru ada iklan .


Tapi sekarang scroll 5-6 gambar je lepas tu ada iklan.Sakit hati kita tau..Iklan yang kita dah tekan "love' pun masih lagi lalu ,2 ,3 kali sehari..


Tu iklan dari Instagram sendiri.Yang iklan ka…

PENAMPILAN TERBARU KLON ZIANA ZAIN INI BUAT NETIZEN TERHARU DAN BERSYUKUR

Kalau sesiapa pernah menonton rancangan  Mentor , mesti kenal dengan Klon Ziana Zain ni. Aksi dia sangat menghiburkan dan dikalangan rakan-rakan yang mengenali nya cukup tahu yang dia sangat baik dan menghormati orang lain.
Cuma penampilan nya tu yang mungkin sesetengah orang tak berasa selesa.






Dia pernah membuat persembahan di pentas Mentor bersama Akim Ahmad.dan pernah juga menyertai pencarian bakat untuk program Pilih Kasih beberapa tahun lalu.Memang menghiburkan sungguh sebab dia  lah jadi mak, jadi ana dan jadi maria..hahah..

Tapi sekarang beliau dah berubah penampilan nya.dan sudah kembali ke fitrah asal . Alhamdulillah ramai yang rasa bersyukur kerana perubahan nya itu menjurus kearah kebaikan.
Dia pun seorang yang baik.Bila dia kembali kepada asal dirinya , dah tentu semakin ramai yang suka.




Baru lah nampak segak..kan??
Diharapkan beliau terus istiqamah..di kurniakan iman dan semangat yang kuat untuk terus melalui hari-harinya. Maklum lah, ada manusia ni yang suka memandang h…

PEMANDU GRAB WANITA KONGSI PENGALAMAN HAMPIR JADI MANGSA SAMUN DAN BUNUH

Sekarang ni nak keman-mana jadi mudah sebab kita dah ada grab. Applikasi ni memang sangat berguna dan dah ramai yang menggunakan perkhidmatan grab ni.

Tapi sejak akhir-akhir ni macam-macam cerita melibatkan pemandu grab. Kes terbaru seorang pemandu grab di temui mati dibunuh. Pembunuh pun sudah di tangkap dan sedang dalam siasatan.Di harapkan pelaku nya diberikan hukuman yang setimpal.

Baru-baru ni seorang pemandu grab wanita berkongsi pengalaman hampir menjadi mangsa samun dan bunuh . Walaupaun kehadiran polis tepat pada masanya dan waktu itu wanita tersebut belum diapa-apa kan namun dia sangat bersyukur kerana tidak menjadi mangsa .

Ikuti kisah pengalaman JamNaFaziranyang dikongsikan nya untuk pengajaran kita semua terutamanya yang bekerja sebagai  pemandu grab.

"Aku nak share sikit kisah aku bawak grab kene tahan polis bersama 3 orang warga asing yang membawa senjata. 

Arini aku ade open house kt umah mmber, so aku siap² la berbaju kurung bagai nak ke open house..tpi sebelum tu…

SENARAI LAMAN WEB TERBAIK UNTUK MENCARI KERJA

Saya kongsikan di sini senarai laman web mencari kerja yang korang boleh jadikan tempat untuk dapatkan peluang pekerjaan. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja yang sesuai dengan minat dan kemahiran kita.Tapi kalau kuat berusaha mesti dapat.
Tak kan nak menapak dari satu tempat ke satu tempat..kan??Mencari melalui online akan lebih memudahkan urusan mencari kerja kosong. so dibawah ni adalah senarai laman web untuk mencari pekerjaan.




semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..

BETUL KAH TANDA LEBAM DI PEHA DAN KAKI ADALAH DISEBABKAN JIN JATUH CINTA

Assalamualaikum..



Seingat saya masa sekolah menengah memang pernah ada kesan lebam di peha dan kaki. masa tu mak saya kata hantu gigit. Tertanya-tanya juga betul ke hantu gigit.Kenapa dia gigit je tapi tak tunjuk diri dia depan saya.Hahhah..

Sebenarnya  tanda lebam di peha dan kaki ni ada kaitan nya dengan jin. Walaupun dari segi perubatan moden ianya ada kaitan dengan tekanan darah kita tapi jangan sesekali pandang mudah dengan pandangan dalam perubatan islam.

Saya tahu , ada orang yang tak percaya langsung dengan keujudan jin . Macam baru-baru ni ada seorang doktor yang mempertikaikan kejadian rasuk akibat Jin,Bagi doktoor tersebut hanya orang melayu saja yang asyik di rasuk jin.Orang negara lain tak de pulak masalah di rasuk Jin,



Tapi mungkin doktor tersebut terlalu banyak layan drama dan filem melayu sampai tak ambil tahu tentang negara luar.Hahahah.Kita maafkan je lah dia ni.Yang penting cerita tentang jin dan syaitan ni ada tertulis dalam al-quran.Boleh la google2 dan bertanya …

BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, DS NAJIB RAZAK DI TAHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.

Menurutnya, beberapa pegawai dan Najib kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Ditanya sama ada Najib hanya dibawa ke pejabat SPRM atau terus ditahan, Mohd Shukri berkata, terus ditahan.

"Kita akan terus tahan dan mereka (pegawai SPRM dan Najib dalam perjalanan)," katanya ketika dhubungi Astro AWANI di sini pada Selasa.

Sementara Pasukan Petugas Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB turut mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap  Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.



Ketua Persuruhjaya…

RESEPI BROWNIES COOKIES YANG SEDAP DAN RANGUP

Memang dah lama sangat teringin nak buat brownies cookies ni.Tapi sebab saya tak de silicone macaron mat ni jadi rasa takut nak buat.Takut tak jadi.heheh.. Nak buat atas kertas rasa tak yakin je.Alasan banyak sangat ni..kan??ahahha

Tapi baru-baru ni pergi bakery shop nampak la macaron mat ni.Harganya pun tak mahal.Cuma rm12 je  saiz kecil. Lepas beli baru la rasa semangat nak buat brownies cookies.

Last2 nampak satu resepi di twitter dari NanaJerk.. Nampak mudah dan senang faham resepi yang dia ajar.Saya memang suka ambil resepi-resepi dari beliau ni.Semua resepi yang saya ambil dari dia semuanya sedap2 dan menjadi. kalau korang tak nak buat pun korang boleh beli je kek dan biskut kat dia..sedap dan murah ..



Ini brownies cookies yang saya buat menggunakan resepi dari nanajerk. Brownies cookies ni leceh sikit nak membuatnya.Ada pantang larang nya tau.

Yang pertama adunan nya ni tak boleh terdedah kena angin.Maknanya lepas bancuh terus kena piping atas macaron mat dan bakar. kalau ada …