Sunday, 18 November 2018

INI YANG AKAN TERJADI PADA ANDA JIKA HANYA MAKAN MEE SEGERA SELAMA 3 MINGGU

Hi..



Korang suka makan mee segera? Mee segera memang sedap sebab ada serbuk perasa ,ada rasa pedas-pedas . Lagi-lagi kalau time sejuk-sejuk hari hujan, waktu yang paling best untuk makan mee segera,

Tapi ramai yang kata tak elok amalkan makan mee segera. Ada orang kalau makan mee segera mesti akan sakit kepala, migrain atau pun cepat muak. Saya sendiri kalau makan mee segera cuma boleh habiskan separuh saja. Tak mampu nak habiskan sebungkus.


Pernah juga terbaca pengalaman seorang gadis penggemar mee segera yang akhirnya menderita akibat cyst. Dikatakan cyst menjadi aktif kerana gadis tersebut kerap makan mee segera.

Betul ke Mee segera ni bahaya??

Berlaku di China seorang gadis yang juga pelajar kolej membuat keputusan makan mee segera selama 3 minggu berturut-turut. Ianya bagi menjimatkan wang bersempena dengan Single day yang jatuh pada setiap 11.11 .


Akibatnya Hong Jia dimasuk kan ke hospital akibat demam yang tinggi. Hong jia mengakui disebabkan itu dia terpaksa mengeluarkan wang simpanan nya hanya untuk membayar kos perubatan nya di Hospital.





Saturday, 17 November 2018

HARI KONVOKESYEN MIKHAIL - TAHUN TERAKHIR MIKHAIL DI TABIKA PERPADUAN


Sorry..Gambar tak cantik sebab kena zoom je dari tempat duduk. Tak boleh ke depan ambik gambar sebab diaorang ni dah ada jurugambar sendiri. Jurugambar nya saja boleh ke depan sana..





Jadi tak banyak la gambar boleh diambil masa Mikhail kat atas sana terima anugerah. Tak pulak cikgu bagitau nak tengok gambar-gambar lain tu kat mana. Majlis ni berlangsung pada 12 Nov yang lepas.

Meriah jugak lah majlis nya sebab ianya melibatkan Tabika Perpaduan seluruh Seberang Perai Selatan.  Kalau tak salah saya ada 14 tadika atau lebih kot.

Tahun ni Mikhail dapat Anugerah pelajar terbaik. Ada 3 orang dari tadika tempat Mikhail belajar ni yang terpilih.

Awalnya Anugerah Pelajar Cemerlang ni dibuat kat Kubang Menerong. Tak de disekalikan dengan majlis konvokesyen pun. Dalam senarai yang cikgu bagi cuma Nama Mikhail je yang ada. Saya risau jugak sebab Mikhail ni kalau tak de kawan-kawan dia malu sikit. Tapi nasib baik majlis di Kubang Menerong tu di batalkan dan anugerah pelajar terbaik tu dtambah lagi 2 nama. Fuh!!dah la Kubang Menerong tu jauh tau..

Cikgu kata kena ada kat dewan sebelum jam 8:30. Tapi kami sampai 8:35.. Hahah..kalau tak lewat bukan kami la tu..Lewat 5 minit pun jadi lah.. Tapi majlis pun mula lambat.Katanya start jam 9 pagi.tapi melayu punya janji  biasa la... kan?? 9: 30 baru start.

Ada ,macam-macam persembahan dari anak-anak tabika ni.Comel-comel la..yang paling best adalah persembahan angklung ni..




 Majlis ada budak2 ni biasalah suasana nya mesti hingaq gila la. Kan??tambah pulak dengan dewan tu banyak lalat tau. Saya pindah 3 tempat duduk sebab banyak lalat. Last2 dok depan sekali. Tu pun gambaq blur lagi..


Tahniah Mikahil..Dah habis dah belajar kat Tabika Perpaduan ni. Dua-dua anak saya , saya hantar kat tabika Perpaduan je..  Satu sebab nya dekat dengan rumah. Boleh jalan kaki je pergi ambik.Tapi selalunya ayah dia yang kena pi ambik.heheh.

Cara belajar diaorang pun santai je.. Ok la. Yang penting kat rumah mak ayah jangan lepas tangan. Kena juga ajar anak emmbaca dan mengira. Jangan nak harapkan cikgu je. Mana-mana Tabika pun macam tu jugak. Mak ayah jangan sesekali lepas tangan.


Mikhail dan Chocolate Bouquet nya.. Mula-mula malas nak beli.Tunggu anak minta . Tapi dia tak minta-minta pun chocolate bouquet ni.Tengok anak orang bergambar dengan chocolate bouquets nampak comel je. terus pi berbaris sama nak beli.

Tapi cabaran nak membeli tu sikit punya teruk. Sekejap je licin.. Siap kena booking dulu kalau nak beli. Tap[i demi nafsu dan kehendak yang tak habis-habis ni rela ku tunggu. Hahahh..



Gini lah keadaan di sebelah photo booth tu.. Kalut adik-adik ni siapkan tempahan chocolate bouquet ni. Lain kali buat la banyak-banyak sebelum datang jual. Hahah... nasib baik dapat pelanggan macam akak yang penyabar ni.

Harga chocolate bouquet ni murah je tau. RM12 je..Ada chocolate dan teddy bear..

Sampai rumah Mikhail makan chocolate kakak nya ambik teddy bear.




Inilah barang-barang yang Mikhail dapat masa hari Konvokesyen tu.. Ada sijil , beg sekolah, dan sijil pelajar terbaik.


Tak tahu cemana cermin frame sijil ni boleh retak tiba-tiba. Lepas dapat sijil tu terus ayahnya letak dalam kereta dan masuk balik ke dewan. Agaknya dia panas sangat tu yang retak. 

Nanti ayah nya nak tukar cermin lain tu.Kat sini ada kedai nya.Mudah je tu..


Last..harus lah gambar ibu dia yang jarang2 dapat keluar rumah ni.. Biasalah bila pakai camera Oppo terus muka cam pakai botok. Padahal kedut seribu dah muka tu..hahah..





Tamat lah sudah anak-anak di tadika..Mungkin lepas ni korang tak dapat dah baca pengalaman anak-anak saya kat tadika sebab anak ada dua je.. heheh.,. Tak rasa pun nak tambah.. Sebab saya ni malas sikit nak ajar tulis nama, nak ajar alif ba ta, malas nak ambik anak kat tadika..heheh..


bye..


Friday, 16 November 2018

CARA WANITA KOREA MENJAGA KECANTIKAN KULIT



Produk kecantikan Korea menguasai pasaran sejak 2016. Eksport produk penjagaan kulit Korea, yang juga dikenali sebagai K-Beauty, telah melebihi import di Korea Selatan. Hari ini, pasaran kecantikan Korea menduduki tempat di sepuluh teratas di seluruh dunia, dan lebih ramai orang terus jatuh cinta dengan produk dari negara tersebut

Salah satu perkara yang menjadikan produk penjagaan kulit dari Korea dan rutin kecantikan mereka menjadi ikutan ramai adalah kerana komitmen terhadap formula berkualiti yang meningkatkan dan memperbaiki kulit.



Fokus mereka adalah untuk menjadikan kulit lebih semulajadi , sihat dan tidak bercela. Di samping itu, rutin K-Beauty cenderung dengan pelbagai langkah dan produk yang digunakan pada waktu siang dan malam.

Jika anda ingin memulakan rutin penjagaan kulit Korea, maka pertimbangkan untuk mencuba enam jenis skincare ini.

1.Sunscreen
Produk Korea memberi tumpuan kepada melindungi kulit dari matahari untuk mengelakkan kerosakan, jadi pelindung matahari merupakan bahagian penting dalam rutin kecantikan. Anda perlu memakainya setiap hari. Dari BB krim hingga lah  gel, terdapat banyak pilihan dengan SPF yang tinggi.

2. Cleanser
Rutin penjagaan kulit kebanyakan produk dari Korea termasuk sekurang-kurangnya dua pembersih yang berbeza: satu yang berasaskan minyak  dan satu lagi berasaskan air.

Pertama, anda perlu menggunakan pembersih berasaskan minyak untuk membuang solekan dan kotoran dari kulit. Kemudian, anda gunakan pembersih berasaskan air untuk membuang sisa kotoran pada kulit.

3. Toner
Toner membantu mengimbangi kulit, dan memudahkan pemakaian serum. Malah ianya juga mengekalkan kelembapan kulit wajah dan melengkapkan rutin penjagaan kulit wajah anda.


4. Essence
Essences melembapkan, mengimbangi, dan menghidrat kulit. Ianya mempunyai formula ringan yang tidak terasa berat pada kulit, tetapi masih memberikan banyak faedah seperti anti-penuaan. Perlu diingat bahawa essence tidak begitu bertindak sebagai serum, jadi anda boleh menggunakannya dengan menepuk cecair essence ke wajah anda dengan tangan anda.


5. Serum
Serum adalah produk  yang direka untuk mensasarkan masalah kulit tertentu seperti kedutan atau hyperpigmentation.



6. Pelembap
Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua pelembap: satu untuk mata anda dan satu untuk seluruh muka. Pelembap mata cenderung lebih lembut dan direka untuk mengurangkan bengkak. Pelembap Korea untuk wajah  terdiri daripada krim dan gel.

Jika anda sudah bersedia untuk beralih ke rutin penjagaan kulit Korea, ini adalah permulaan yang baik. Anda mungkin mahu menambahkan lebih banyak item apabila anda menjadi selesa dengan rutin kecantikan yang saya kongsikan ini.

RESEPI CUCUR TAUHU: MENU DIET YANG SIHAT DAN MUDAH

Hi..

cucur tauhu


Semalam saya puasa ganti. merangkap nak turungkan berat badan jugak. Berat dah nak dekat 70kg dah ni. Risau pulak sebab dah rasa termengah-mengah bila naik tangga dan rasa sakit tumit bila berjalan. Jadi buka puasa semalam saya buat la Cucur Tauhu.



Sebelum melarat jadi penyakit lain baik lah saya usahakan untuk turunkan berat badan ni. Kebetulan puasa pun belum habis ganti jadi molek sangat lah saya sekalikan je kedua-dua misi saya ni . Cucur tauhu yang saya buat ni boleh dikatakan sebagai menu sihat sebab saya tak gunakan tepung.

Biasanya mereka yang amalkan diet atkins akan makan cucur tauhu sebagai salah satu menu diet mereka. Saya tak buat atkins sebab badan dah tak berapa mampu. Sekarang ni saya cuma kawal jumlah pengambilan makanan je.

Kalau sebelum ni makan nasik 3 kali sehari,  saya kurangkan kepada tak ambik langsung..hahah.. Yang ada tepung pun saya kurang kan. Sebab tu saya buat cucur tauhu je sebab cucur tauhu ni tak guna tepung.  

Cucur tauhu ni memang sedap sebab kita campur bahan-bahan yang biasa kita gunakan untuk buat cucur udang.

Jom tengok resepi dan cara membuat nya.

Hidangan untuk 2 orang.

Bahan-Bahan:

2 keping tauhu putih\
1 biji telur
1 biji bawang merah
1 biji cili padi
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
segenggam udang
sedikit garam

Minyak untuk menggoreng

Cara Mmebuatnya:

Hancurkan tauhu guna tangan atau garfu je.
Kemudian masuk kan telur, bawang , cili, daun sup, daun bawang, udang dan garam.

Panas kan minyak.

Bentuk2 kan tahu jadi bulat.

Bila minyak dah panas, goreng tauhu hingga keperang-perangan.



Kalau korang ada alahan dengan makanan laut korang boleh gantikan udang dengan ayam yang dah dicincang atau pun daging.

Selamat mencuba.

Thursday, 15 November 2018

RESEPI BIHUN SUP AYAM DAN SAMBAL KICAP YANG SEDAP DAN MUDAH

Hi..

Balik kampung baru-baru ni kakak saya buat Bihun Sup Ayam. Buat satu periuk besar , tak sampai satu hari dah habis licin. Memang kaki makan betul kitaorang ni. Makanan berkuah dan bersup macam ni memang kegemaran kami sekeluarga. Ditambah pulak dengan sambal kicapnya yang menyengat dan buat korang pecah peluh.




Kalau yang kering dan tak berkuah tu kurang layan sikit sebab tak puas makan.


Ni lah bihun sup yang dah siap dimasak. Sedia untuk di makan.. Tapi sayang nya cuma sempat ambik satu gambar ni saja. Bila dah ramai-ramai berkumpul , makan sama-sama kena pantas la mencedok nya.Kalau tidak telan air liur je la nanti..ahahha..

Bihun sup ni tak gunakan minyak langsung tau. Sesuai la bagi sesiapa yang tak suka makanan berminyak. Lagipun kalau berminyak rasa muak nak makan banyak-banyak..kan? Oleh sebab sedap dan mudah dimasak , Bihun Sup Ayam ni haruslah masuk ke blog dianarashid.com.

Untuk resepi ni korang boleh guna 1 ekor ayam. Kalau guna rangka ayam saja , guna 3 ekor. Nak hilangkan hanyir ayam  korang boleh guna tepung gandum. LUmur ayam dengan tepung gandum dan biarkan selama 20 minit.

Kemudian bilas dan bersihkan sampai hilang sisa tepung. Sup ayam tak kan berbau hanyir.

Sesiapa yang nak mencuba resepi ni silakan ..

Resepi Bihun Sup Ayam yang sedap dan Mudah 

Bahan-Bahan

2 bungkus bihun ( celur dengan air panas dan tos kan.)

1 ekor ayam atau 3 ekor rangka ayam (potong ikut saiz yang korang suka dan bersihkan )
1 bungkus sub bunjut
2 inci lengkuas
2 inci halia
1 kuib ayam (tak nak letak pun tak pe)
Daun bawang
Daun sup
1 sudu kecil lada hitam
1sudu besar rempah kurma dibacuh dengan 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

*Bahan kisar
7-8 ulas Bawang putih
10 biji bawang merah
5 tangkai cili padi
1 batang serai

*Bahan sampingan
Bawang Goreng
Fish ball dan Fish cake yang sudah di rebus dan dihiris nipis (tak nak letak pun tak pe)
Sambal Kicap




Cara-caranya:

Rebus ayam bersama halia dan lengkuas di dalam periuk bersama dengan 3 - 4 mangkuk air. Masuk kan sup bunjut. Agak-agak la kuah sup tu. Sup kena banyak air. Tak boleh kering.

Rebus sampai ayam keluar minyak dan lembut. Kemudian masuk kan bahan yang sudah di kisar halus.

Biarkan sehingga mendidih dan terus masuk kan rempah kurma, lada hitam dan kuib ayam.

masak lagi hingga mendidih dan masuk kan Garam, daun bawang dan daun sup yang sudah dihiris.

Tutup api dan periuk agar kuah sup sebati dengan daun bawang dan daun sup.


Resepi Sambal Kicap sedap

Bahan-bahan
10 tangkai Cili padi
3 ulas Bawang Putih
Garam secukup rasa
2 sudu besar Perahan limau
1 cawan Kicap manis

Cara-Caranya :

Kisar semua bahan hingga halus. Sambak kicap mesti lah pekat. Jangan masuk kan air ke dalam pengisar.

Kalau susah nak kisar tumbuk je bahan kering atau boleh guna manual chopper. Kemudian baru masuk kan air perahan limau dan kicap manis.


Kemudian boleh la dihidang kan.. Letak bihun, bawang goreng, fish ball dan fish cake , sambal kicap dan last sekali cedok kan kuah nya..

Selamat mencuba..





KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KEYBOARD AND MOUSE FOR ANDROID

Hi..


Cerita lama dan mungkin dah basi sebab dah berbulan beli android keyboard dan mouse ni ,.. Baru hari ni nak cerita kat blog. Bila tengok kawan-kawan blogger cerita pasal android keyboard yang diaorang beli terus teringat kita punya pengalaman tak cerita pun lagi kat blog. Hahhaha.. Harus la tak boleh ketinggalan..kan?




Padahal dah ambik gambar semua dulu masa baru-baru barang ni sampai..Tapi terperam je dalam phone tu. So hari ni saya nak cerita sikit tentang android keyboard dan mouse ni. Mungkin boleh jadi panduan sebelum korang beli . Sebab ada beberapa perkara tertentu yang korang kena tahu.

Kelebihan  Keyboard and Mouse For Android
Saya beli dua keyboard ni.Satu untuk saya dan satu untuk Maisara. Biasala.. Anak beranak dah jadi blogger harus la beli dua.

Harga nya tak sampai rm30 . Memang murah sebab barang ni dari China. Kalau korang nak beli dari seller tempatan kebanyakan nya harga cecah rm40. Jadi nak jimat beli la dari China. Tapi lambat sikit sampainya. Dalam masa 10 hari barang dah sampai.

Tak de la lama sangat pun. Lagipun bukan terdesak sangat nak pakai.


Beli android keybord ni disertakan dengan mouse juga. Saya beli android keyboard gambar Hello Kitty Pink dan Doraemon,. Yang Doraemon tu dapat mouse putih dan hello kitty mpuse pink. 

Korang boleh letak phone korang secara melintang atau menegak. sebab dia punya holder phone tu boleh dicabut dan di ubah ikut kesesuaian penggunaan phone korang.


Boleh letak menegak macam ni jugak..

Keyboard dia pun lembut je dan tak bising. Tak de pun bunyi 'tap..tap..tap.." bila kita menaip.  Sesuai kalau nak bawak keluar. Tak la mengganggu orang lain bila korang nak hantar email atau nak tulis blog.

Kelemahan Keyboard and Mouse For Android 
Kelemahan  Keyboard dan Mouse Android ni pulak ialah tak support semua phone.Phone anak saya tak sesuai dengan android keyboard ni. Anak saya guna Lenovo Vibe. Mungkin ada beberapa jenis phone lain yang tak support jugak.

Korang boleh tanya seller sendiri tentang ni sama ada phone korang sesuai guna keybord ni atau tak. Nanti dah beli rugi je sebab tak boleh guna.

Kemudian dia nya tak boleh copy and paste, Walaupun ada mouse tapi korang tetap kena guna jari comel korang kalau nak copy and paste.




Yang ketiga nya korang juga kena cabut cabel pada phone kalau berlaku error pada keyboard. Ada masanya bila korang tekan butang Shift , mula la keyboard jadi pening. Kejap keluar nombor, kejap keluar huruf .. Korang cabut dan pasang semula cable pada phone dan ianya boleh berfungsi semula dengan baik.

Tapi bagi saya kelemahan nya ni bukan lah masalah besar sangat pun.

Ianya tetap memudahkan kerja-kerja kita tanpa perlu membawa laptop. Terutamanya untuk draft entry, untuk balas email, update facebook atau pun streaming. Kalau nak buat live kat luar pun bagus juga sebab tak payah nak sendal phone kat botol sos.Hahahh.

Ok.. tu je..Semoga bermanfaat untuk semua.

Bye,