Skip to main content

Posts

BETULKAH YAKULT DAN SUSU KULTUR LAIN BAHAYA UNTUK DI MINUM ?

Hi..





Baru-baru ni saya ada terbaca luahan seorang ibu yang anaknya mengalami muntah-muntah , suara jadi serak dan tak boleh bernafas selepas minum susu kultur dari satu jenama terkenal.






Banyak komen-komen yang mengatakan susu kultur ni memang bahaya kalau diminum. Tak kira lah jenama apa pun. Tapi saya kurang bersetuju lah dengan komen-komen macam tu sebab tak de penjelasan lanjut pun yang membuktikan susu kultur ni bahaya.

Setakat cakap bahaya je memang la boleh tapi perlu lah dijelaskan dengan lebih lanjut. Setakat yang saya tahu susu kultur tak bahaya selagi ianya diambil tidak berlebihan dan di simpan dengan cara yang betul.

Tapi kalau ada anak yang minum kemudian mengalami muntah-muntah dan sesak nafas ianya mungkin disebabkan anak anda mempunyai alahan terhadap susu tersebut.

Kalau anda perhatikan, kebanyakan susu kultur botolnya kecil sahaja. Contohnya seperti Yakult. Botolnya memang kecil. Sekali sedut je dah habis. Sebenarnya itulah jumlah susu kultur yang patut diminum. Buk…

DAPATKAN CASHBACK DIMANA SAHAJA DENGAN SHOPBACK CASHBACK BUDDY

Hai..

Finally jumpa dah Wacom Tablet yang anak saya nak sangat ni. Beli di Lazada je. Tapi Yang best nya pembelian kali ni dapat cashback pula. Rahsia nya ialah membeli melalui ShopBack. Dapat cashback  4 % hingga lebih 10 %  kalau beli melalui ShopBack ni. Tambahan pulak sekarang ni  dah ada ShopBack Cashback Buddy yang lebih memudah kan kita kalau nak beli melalui ShopBack.



Ni lah dia Wacom yang saya order di lazada. Harganya RM229. Belum sampai lagi. Siap dapat cashbak sebanyak 11% .






Kalau dulu kita kena ke laman web ShopBack dulu dan kemudian baru ke portal beli belah yang kita nak. Kemudian pilih jenama barang atau mana-mana laman web yang kita nak beli barang. Buat bayaran dan anda akan dapat cashbank selepas 48 jam.

Tapi sekarang lagi mudah sejak saya guna ShopBack Cashback Buddy. Anda perlu dapatkan extension Browser ShopBack yang mempunyai fungsi lebih efektif untuk anda manfaatkan di setiap pembelian di mana-mana laman web.


SHOPBACK CASHBACK BUDDYShopBack Browser Extension i…

18 DESIGN INAI HEENA YANG MELETOP UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Hi. 
Masa kecil-kecil dulu suka betul pakai inai. Saya ingat lagi .. Di depan rumah saya ada pokok inai. Setiap petang saya kutip daun daun inai tu nak tumbuk dalam tumpurung. Tumbuk guna batu je. Lepas tu letak kat kuku.
Memang hari-hari berinai je kuku ni.hahah..
Tapi sekarang Inai dah makin mudah nak digunakan. cuma picit je dan macam-macam bentuk dan design boleh buat. Bukan je untuk kuku malah digunakan untuk mencantik kan bahagian tangan pengantin.






Hari ni saya kongsikan 18 design inai atau heena yang meletop dan sesuai untuk majlis perkahwinan anda.
Design-design ni saya dapat dari instagram  Mehendibyreshmaofficial, Pawam_mehndi , mehandiinvention, thegirlishchoice, thegiftssociety , girlyglimpses dan  Heena_fansclub .
Boleh la dijadikan rujukan untuk majlis anda nanti.





















3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL

3 BENDA YANG SELALU KITA LUPA BAWA KETIKA TRAVEL Memang seronok berjalan ke tempat orang.Lagi-lagi kalau tempat yang berbeza budaya dan adat. Kita boleh belajar dan  melihat banyak perkara baru dan memberi pengalaman berbeza pada kita.

Selalunya tempat-tempat macam ni memang banyak aktiviti untuk kita join.

Tapi perjalanan kita mungkin jadi tak best bila ada perkara dan benda yang kita terlupa nak bawa. Masa packing barang tak terfikir pun nak bawak tapi bila dah sampai dan terjadi sesuatu terus rasa.." ala..lupa nak bawa benda tu.."

Kan?? Pernah tak jadi macam tu?\





Selalunya ada 3 benda yang kita selalu lupa bawa. Bila dah sampai baru teringat benda tu penting dan perlu untuk dibawa.

1- Sunscreen 

Mungkin bagi sesetengah orang rasa kalau pergi ke tempat-tempat macam pantai atau negara yang panas saja yang perlu guna sunscreen atau pelindung matahari. Tapi sebenarnya apa yang lebih baik ialah kita gunakan sunscreen setiap kali keluar tak kira la kita ke mana sahaja.

Untuk mer…

BUDAK DARKAH 6 CABUL GURU PRAKTIKAL : MASALAH SOSIAL YANG PERLU MASYARAKAT HADAPI DAN ATASI

Asalamualaikum..
Zaman makin mencabar dalam membesarkan anak-anak. banyak perkara yang kita tak boleh terlepas pandang dan ambil mudah.
Kalau zaman saya dulu tak kisah bila anak-anak umur 6-12 tahun keluar rumah dan balik seebelum maghrib


Tapi zaman skarang kalau dia nak keluar umah kena soal dari A sampai Z. Apa yAng kita risau kan ialah anak-anak bergaul dengan kawan-kawan dia yang tak senonoh.
Budak-budak ni depan kita memang baik. Selalunya yang lembut lidah,ramah bukan main tu la yang paling kita kena brhati-hati.
Baru-baru ni saya terbaca di twitter tentnag seorang guru praktikal di cabul oleh kanak-kanak usia 12 tahun dirumah keluarga kanak-kanak tu.


Kalau dah jadi macam ni siapa yang patut disalah kan? Mustahil ibu ayahnya mengajar perkara yang bukan-bukna..kan? tapi sebagai ibu bapa memang kita kena akui yang banyak perkara kita terlepas pandang dalam hal-hal anak ni.

Tak semua benda kita mampu nak kawal. Lagi-lagi kita suami isteri keluar bekerja mesti ada kekesalan kat hat…

PERTAMA KALI MAKAN SIPUT KEMUDI : MACAM MANA CARA CUCI SIPUT KEMUDI

Assalamualaikum..


Credit gambar dari blog : diariwanitacergas.

Ni kali pertama saya makan Siput Kemudi. Ada juga orang panggil ni Kepah Peha Ayam. Nampak macam peha ayam ke??hahah

Memang selalu nampak orang jual tepi jalan tapi tak pernah beli sebab tak pandai nak cuci Siput Kemudi. Tak pandai nak masak dan takut kalau tak sedap.




Tapi kelmarin suami bawak balik Siput Kemudi yang dah siap buang kulit. Sebenarnya cara nak cuci Siput Kemudi senang je. Guna pisau untuk buka cengkerang nya yang besar tu.Lepas tu keluar kan lah sisi dia.



Tapi jangan ingat dah boleh masak tau. Korang kena bersihkan dulu Siput Kemudi ni. Kalau tak dibersihkan dan di cuci betul-betul bila makan nanti korang akan sakit perut.

Dalam bahagian yang warna kuning/oren pada siput ni ada satu urat jernih yang korang kena buang. Urat tu la yang menyebabkan sakit perut bila makan Siput Kemudi ni.

Tak susah pun nak buang nya cuma kadang-kadang korang tak jumpa urat tu. Bila tak jumpa memang hancur la siput tu jawab nya.h…

HARI PERTAMA ANAK MASUK SEKOLAH : APA YANG TAK PATUT ANDA POST DI SOSIAL MEDIA.

Assalamualaikum..



Tahun depan Mikhail akan masuk darjah satu. Seperti kakaknya saya tak akan hantar dia dan tunggu disekolah. Ayahnya saja yang akan pergi hantar dan tunggu dia sementara nak tahu duduk kelas mana. lepas tahu kelas ayah akan balik.

Macam tu la dulu kakaknya waktu masuk sekolah darjah satu.

Teringin jugak nak ambil-ambil gambar untuk buat kenangan tapi rasanya tak payah la. Risau bila anak nampak ibu dan ayahnya ni tunggu tepi kelas , nanti dia rasa macam.."kenapa kena tunggu??..sebab sekolah ni bahaya ke..? sebab nanti tak boleh balik ke..??sebab nanti cikgu marah ke..?"





Setakat ni memang saya bagitau yang indah-indah  je tentang sekolah. Tambah pulak kakak nya selalu cerita cikgu tu baik, cikgu ni kelakar.. harap-harap ok la dia nanti disekolah  baru.

Tapi saya faham ada mak ayah yang kena tunggu jugak anak di sekolah sebab nak biasakan anak membeli di kantin sekolah Saya memang tak de masalah bab tu sebab anak-anak cerewet bab makan. Jadi dari dulu memang …

KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL

KETAHUI PUNCA KEGUGURAN BERULANG-ULANG BAGI WANITA HAMIL 15 Oktober adalah Hari memperingati keguguran sedunia yang disambut setiap tahun. Oleh itu penting bagi kita mengetahui mengenai keguguran ketika hamil. Jom baca pasal keguguran berulang-ulang ( recurrent miscarriages) - punca & rawatan yang dikongsikan oleh Doktor Muhammad Eizat







Apakah keguguran ?

Keguguran ialah kehilangan bayi sebelum 24 minggu kehamilan. Jika ianya berlaku pada 3 bulan pertama kehamilan dipanggil keguguran awal. Keguguran awal adalah perkara yang biasa berlaku 10-20 kes dalam 100 kehamilan ( 10-20%)

Keguguran lewat berlaku selepas 3 bulan pertama kehamilan. Ianya tidak biasa berlaku dan hanya 1-2 kes dalam 100 kehamilan ( 1-2%)

Apakah keguguran berulang-ulang ?

Bila keguguran berlaku 3 kali atau lebih berturut-turut dipanggil sebagai keguguran berulang ( recurrent miscarriages ).

Ianya juga berlaku pada 1 dalam 100 pasangan yang cuba untuk mendapatkan zuriat

Kenapa berlakunya keguguran berulang-ulang d…

MOTORSIKAL HILANG : NETIZEN KUMPUL DUIT GANTI MOTORSIKAL PENDAKWAH

Untung jadi orang baik. Ramai yang prihatin bila kita didalam kesusahan. Semua orang berlumba-lumba nak bantu kita. Begitu lah yang terjadi pada Ustaz Muda ini. Kehilangan motorsikal yang dialaminya baru-baru ni membuatkan pengguna laman sosial sepakat mengumpul derma untuk menggantikan Motorsikalnya yang hilang.





Pada 18 september lalu Motorsikal milik Ustaz Addien iaitu seorang pendakwah telah hilang di Giant Batu Caves. Motorsikal dengan plat no : CEA 2633 itu baru dibeli 2 bulan lalu.

Atas keprihatinan netizen dan pengikut ustaz Addien di twitter satu tabung di buka oleh Injangnation bagi memudahkan derma disalurkankan.






Kehilangan motorsikal milik ustazAddien ini menyukarkan nya untuk bergerak memandangkan beliau menggunakan motorsikal untuk mengajar dan berdakwah.

Malah beliau pernah dihubungi seseorang yang tidak dikenali agar memasuk kan sejumlah wang jika ingin mendapatkan motorsikalnya kembali.

Ustaz Addien juga pernah beberapa kali menolak untuk menerima sebarang bantuan sel…

IKUT 5 TIPS INI DAN ANDA AKAN MENJADI SOSIAL MEDIA INFLUENCER YANG TERBAIK

Orang muda sekarang ramai yang berlumba-lumba nak menjadi media sosial influencer. Mungkin sosial media influencer dianggap perkara yang sia-sia bagi mereka yang tak tahu fungsi influencer tu sendiri tapi sebenarnya sosial media Influencer memberi kesan yang sangat baik bagi perniagaan-perniagaan besar dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ni.

Tengok la berapa banyak iklan-iklan yang dibuat oleh sosial media Influencer ni mewakili jenama-jenama dan syarikat besar. Dengan kuasa viral di tangan mereka, produk dan perkhidmatan lebih cepat sampai kepada sasaran .




Tapi jangan tak tahu nak jadi sosial media influencer ni pun ada caranya. Ada yang sampai kena mengeluarkan wang sendiri agar lebih cepat mendapat pengikut dan mudah dikenali.

Kali ni saya nak kongsikan beberapa tips yang korang  patut buat kalau nak jadi sosial media influencer..


Langkah 1 . Anggap ianya seperti pekerjaan sepenuh masa
Kalau nak dianggap sebagai seorang sosial media influencer yang serius korang kena lah mendapat kep…

"17 TAHUN HIDUP BARU TAHU FUNCTION HANGER " - INI APA KORANG BOLEH BUAT DENGAN HANGER?

Assalamualaikum..



Hanger ni benda wajib ada la kat dalam rumah.Lagi2 untuk orang macam saya yang jarang lipat baju. Memang guna hanger je setiap hari. Selain gunanya untuk sangkut baju supaya nampak kemas ada banyak lagi sebenarnya kegunaan hanger ni.

Contohnya macam yang dikongsikan oleh DannyDanielSam ni..Menurt Danny selepas 17 tahun hidup baru dia tahu  kegunaan lain hanger ni.haha.. Dia gunakan hanger untuk letak phone agar mudah nak tonton video sambil baring-baring. Boleh lena terus kalau macam ni.



 Nampak selesa sangat tu.Kalau rajin boleh buat tempat charge phone sekali.Kan??


Selain tu korang juga boleh DIY hanger untuk jadikan perhiasan atau alat lain.






Macam mana??cantik??Boleh buat?
Senang je..Yang penting kena kreatif..