Skip to main content

Posts

5 LATIHAN ASAS JIKA ANDA BARU BERJINAK-JINAK KE GYM

5 LATIHAN ASAS JIKA ANDA BARU BERJINAK-JINAK KE GYM Bagi korang yang baru berjinak-jinak ke gym mesti agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan latihan-latihan dan peralatan sukan di gym.

Sebagai newbie perasaan tertanya-tanya apa kah latihan yang harus dilakukan untuk permulaan dan bagaimanakah cara untuk melakukan nya dengan betul supaya latihan yang dilakukan memberi kesan yang bagus pada tubuh badan.

hari ni saya kongsikan 5 latihan asas untuk korang yang baru berjinak-jinak ke gym yang saya petik dari laman web times of India . Latihan asas ini adalah adalah seperti yang dicadangkan oleh atlet ESN, Jinni shaikh


1- squat - Berdiri tegak dengan tangan diluruskan ke hadapan. Bengkokkan lutut  dan turun ke bawah . 


Kawal bahagian pinggul supaya  selari dengan lantai. Kekalkan keseimbangan dan tetap  lurus semasa naik dan turun.



2- Lunge - Berdiri lurus dengan tangan di letak kan ke pinggang.. Korang juga boleh melakukan lunges dengan memegang dumbbell semasa melakukan latihan ini. 


K…

SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF

SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF Kalau kita jenis wanita yang suka bersukan dan buat aktiviti lasak penting untuk kita memilih tudung yang selesa dan tak mengganggu pergerakan kita.Dengan cuaca panas di negara kita ni macam-macam alasan kita akan guna untuk tidak bersukan .Betul tak?
Disebabkan sekarang kebanyakan wanita memang suka kan aktiviti lasak dan juga suka bersukan nurdofficial mengeluarkan Sport Hijjab yang sangat sesuai untuk dipakai tak kira dimana juga.
Memang tak selesa bila kita pakai tudung biasa je untuk bersukan. Bila angin bertiup je habis terselak tudung. Mengelibas--libas muka kita ni bila berlari. Mana ke nak lari, nak pegang tudung pulak. Memang tak selesa la.
Tapi dengan tudung Nurd tak de lagi masalah nak kena pegang tudung sambil berlari. Tak de lagi masalah  pin tudung tercabut masa buat aktiviti lasak.Tak kan ada lagi masalah tudung senget dan perlu dibentuk.
Tudung Nurd
Kenapa setiap wanita perlu ada t…

ADAM CORRIE TAK JEMU JAWAB ISU TATU DI BADAN

ADAM CORRIE TAK JEMU JAWAB ISU TATU DI BADAN Isu tatu Adam Corrie bukan lah isu baru.

Sejak dia memeluk islam pada tahun 2007 tatunya sering menjadi perhatian walaupun dia sudah berulangkali menjawab pertanyaan berkaitan isu tatu di badan nya.
Adam Corrie dalam satu tweet nya dia menjelaskan tidak pernah jemu menjawab persoalan berkaitan tatu milik nya.


Ramai yang menyarankan agar dia membuang tatu di badan nya dengan alasan bersuci dan solatnya  tidak sah dan sebagainya.

"Kami mualaf tak wajib buang tattoo. Nak buang boleh ..tak nak buang pon boleh jika ia memudaratkan. 

Macam saya tattoo penuh satu badan. Ia memudaratkan saya. Tutup tattoo tersebut, untuk elak fitnah. Islam itu Mudah. Jangan tanya kat bahagian mana tattoo saya &minta tunjuk 😀 itu aib saya .."

 Balas nya dalam satu komen dari pegikut di instagram..

Mufti Wilayah Persekutanan Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pernah menulis perkara berkaitan tatu di facebook nya .-  " Jika ia tidak dapat menghilangkan t…

GAMBAR MAJLIS KHATAM AL-QURAN SHILA AMZAH

Hari ini berlangsungnya majlis Khatam Al- quran penyanyi Shila Amzah yang bakal menamatkan zaman bujang nya .  November lalu Shila Amzah melangsungkan pertunangan dengan Haris Idraki 28, seorang wartawan yang juga bekerja di  sektor kewangan di London.



Majlis Khatam quran diadakan dikediaman Shila Amzah dengan di sertai beberapa kenalan nya termasuk Fara Fauzana dan Jihan Musa.
Majlis Khatam Quran Shila Amzah bermula jam 12 tengahari tadi diadakah secara sederhana dan dihadiri sanak saudara .



Majlis yang di pimpin oleh Ustazah Najihah dimulakan dengan bacaan surah Ad duha hingga lah  surah An Nas kemudian dilanjutkan bacaan marhaban dan qasidah.

Majlis Khatam Al-quran Shila Amzah ini di uruskaan sepenuhnya oleh Anh Events.





Majlis Khatam Al- Quran Shila Amzah yang berlangsung pada 17 April 2018 



Tahniah untuk Shila Amzah sebab dah Khatam Al-Quran..  Semoga majlis akad nikah dan majlis resepsi nanti berjalan dengan lancar.
sekian..

MACAM MANA CARA NAK MINTAK KERJA MELALUI EMAIL

Dah ramai yang share cara nak minta kerja melalui email. Tapi saya kongsikan juga di blog saya ni memandangkan ada kenalan  yang nak minta kerja melalui email disebabkan   company yang dia nak apply job tu jauh.



Ada juga orang yang  apply job via email ni biasanya dia nak kan kepastian sama ada company tu ada kerja kosong atau tidak.Ada company yang dia tak war-warkan pun yang mereka memerlukan pekerja. Kalau ada siapa yang berkelayakan diaorang ambik.

Jadi kita hantar email untuk tahu sama ada terdapat jawatan yang korang layak isi di company tersebut.

Bila kita nak minta kerja melalui email apa yang paling penting sekali ialah cara kita berkomunikasi melalui email tu. Tak boleh la tulis macam kita tengah chatting dengan kawan-kawan.

"bro..ada keje kosong tak. kalau ada whatsapp 013Xxxxxx..."

Cara menulis macam ni perlu korang elak kan  . Ianya akan memberi pandangan buruk dari penilai yang akan mengambil korang bekerja. Kalau dia nilai korang buruk, rasa-rasa boleh ke dap…

APA PERLU BUAT BILA PINDAH MASUK KE RUMAH BARU

Bila pindah masuk kerumah baru memang banyak perkara yang perlu kita lakukan. Bukan setakat fikir nak hias rumah macam mana, nak langsir kaler apa, cat dinding warna apa , tapi ada beberapa perkara yang lebih penting dari tu yang patut kita lakukan.

Perkara pertama yang perlu kita buat ialah "membersihkan" rumah tersebut. Membersihkan yang saya maksud kan disini ialah menghalau makhluk-makhluk halus yang mungkin berada di dalam rumah baru kita tu.

Biasalah rumah yang dah lama dibiarkan kosong ni , macam-macam benda yang menghuninya. Makhluk-makhluk halus ni bukan nya kena bayar sewa pun jadi keberadaan mereka di dalam rumah tersebut tak boleh di nafikan.

Begitu juga kalau rumah tu pernah diduduki oleh penghuni lama. Kita tak tahu gaya hidup penghuni lama tu macam mana,.Islam kah mereka, solat kah mereka, betul tak?Entah-entah ajaran sesat ke...

betul tak??

Jadi saya nak kongsikan apa perkara pernting perlu buat bila pindah masuk ke rumah baru  .

1- Azan -  Laungkan azan apabi…

TAK NAK LA .. ADIK MALU NAMPAK SPENDA - MIKHAIL

Hi semua..




Satu hari ni dari pagi sampai ke malam layan sukan Komanwel Gold Coast 2018 . Hari ni banyak la acara yang melibatkan pasukan malaysia. terutamnya badminton.Ramai kot yang tertunggu-tunggu acara badminton ni.

Walaupun negara kita ni bukan lah lagi pasukan gergasi di dunia tapi setiap perlawanan mesti menjadi tumpuan peminat dan penyokong.Betul tak??dok berharap jugak la Malaysia masih kuat macam dulu..

Dato Lee Chong Wei pun dah tak bertenaga macam dia muda-muda dulu.Jadi ketangkasan tu pun macam dah kurang.Apa pun siapa yang tonton perlawanan melibatkan Dato Lee Chong Wei mesti akan kagum sebab dia sentiasa mencuba yang terbaik.Walaupun kalah kita sentiasa puas hati..

Lagipun dah sekian lama dia dok julang negara kita ni dengan sukan badminton.Dah masanya badminton perseorangan ada pelapis yang sama kuat dan bertenaga macam Dato Lee Chong Wei dulu.

Setakat ni belum nampak lagi siapa yang nak gantikan dato Lee Chong Wei.. Nampak gayanya kena ajar Mikhail main badminton la.…

ANAK; MAKIN BESAR MAKIN PERLU DI PERHATIKAN...

Tu dia...memang tak sempat sungguh hari ni nak buka blog , nak update sosial media.. Tak sempat!tak sempat!!

Esok pulak dah cuti sekolah. Anak-anak memang sentiasa nak ibu bagi perhatian kat diaorang je.Kalau anak-anak masih kecil lain ceritanya pulak..kan??Dah besar cerita lain  dah..hahaha..




Alhamdulillah..Anak-anak masih lagi rasa tak boleh berenggang dengan ibu diaorang ni.Risau juga bila fikirkan ada anak-anak yang semakin menginjak remaja dah tak boleh duduk semeja dengan mak ayah.

Bila mak ayah ajak makan sekali pun dah tak mahu.Biasa dengar kes-kes macam tu..kan?Bila anak dah menginjak umur nya anak-anak nak jalan sama-sama dengan mak ayah pun dah tak mau.

Harap-harap anak-anak kita semua tak macam tu lah..

Saya ni dah ada anak dara sorang.. Baru umur 11 tahun.. Mungkin belum sampai lagi fasa suka memerap dalam bilik sendirian tu..Akan datang tak tahu lah..InsyaAlllah..saya akan cuba la untuk buat dia rasa lebih seronok bila  bersama ibu dan ayah.

Pernah dulu saya bertanya pa…

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS TMJ BELANJA PENGUNJUNG DI AEON TEBRAU JOHOR BAHRU

Untung la siapa yang datang ke AEON Tebrau Johor semalam sebab TMJ bermurah hati nak belanja  rakyat Johor yang sedang membeli belah di AEON Tebrau. Dengar nya memang kecoh dan huru hara juga la AEON Tebrau semalam.

Kesempatan ni diambil oleh pengunjung untuk mengambil apa saja barangan . Beruntung sungguh.. Tapi sayang nya keadaan tersebut bertukar ngeri apa bila masa untuk pembayaran telah pun tamat.

SEBELUM.....




SELEPAS...!!!







Disebabkan kerosakan dan kerugian atas barangan yang rosak pihak AEON menghentikan sementara penjualan barangan untuk kerja-kerja pembersihan  .
Ruangan tersebut kembali dibuka pada jam 1: petang dan beroperasi sepenuhnya jam 3 petang tadi.



Apa yang terjadi semalam memang menarik perhatian netizen lagi2 apabila tersebarnya gambar-gambar keadaan AEON Tebrau yang dibiarkan berantakan dan kotor . 
Berbagai pendapat diutarakan netizen . Rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara TMJ memandangkan RM3 ribu bukan lah satu jumlah yang kecil  memandangkan lebih ramai lag…

PERTAMA KALI RASAI PENGALAMAN KERACUNAN MAKANAN AKIBAT SEMANGKUK LAKSA

PERTAMA KALI RASAI PENGALAMAN KERACUNAN MAKANAN AKIBAT SEMANGKUK LAKSA Isnin, 9 April 2018  .. Tak sangka-sangka kena keracunan makanan. Siksa rupanya keracunan makanan ni. Sampai lembik badan sebab muntah-muntah dan cirit birit.

Kalau yang kena tu saya sorang je mungkin tak la susah sangat tapi Maisara pun muntah-muntah dan cirit birit. Selama ni baca tentang orang yang keracunan makanan memang tak tau cemana diaorang rasa.

Ada yang sampai masuk hospital.Alhamdulillah walaupun kami muntah-muntah dan cirit birit tapi tak la sampai masuk hospital.

Kisahnya malam 8 hb , hari ahad, kami keluar nak pi cari laksa . Lepas sakan membeli sourvenir di HIG kitaorang terus ke Dataran Lang. Sebab anak-anak suka sangat ke situ .Waktu malam Dataran Lang lebih menarik berbanding waktu siang.. Malam ada lampu yang cantik-cantik.

So kita ke Dataran Lang ..Lagipun kat situ ada deretan kedai makan. Sampai-sampai je belum parking lagi dah nampak satu kedai jual laksa dan nasik lemak.

Makan laksa punca ker…

HOW TO PREVENT BURNOUT AS A LANDLORD

In the world of real estate investing, new bright stars emerge almost every few hours. However, even the brightest stars will one day burn out and fade away. What are we talking about? Burnout. It’s one thing to just rent a property out once and another thing altogether to do it concurrently and multiple times over and over. The positive experience of generating your first return can soon give way to the hectic stress and time it takes to properly manage your rental properties. So, how can you keep your star burning bright? Here’s a few tips and tricks for you to keep your optimism and sanity as a landlord!

More than money
While the prime motivator for your rental investments may be financial gains, finding the joy in other aspects of the activity should not be relegated to second place. Sometimes, when it’s all about the money, it will end up becoming a stress-fest of financial decisions. This can quickly lead to burnout when you’re only focused on the material aspects.
The solution: tr…

UBAT KUTU KUCING YANG SEKALI PAKAI KUTU KUCING DAH TAK ADA.

Assalamualaikum..




Sepanjang saya bela kucing  tak pernah ada masalah kutu kucing tapi baru-baru ni kawan suami ada berikan seekor kucing.Comel ngat-ngat aih.. tapi kutu bukan main banyak lagi.Selak je , dah bersusun kat kulit dia. Mesti tak pernah kena sental dengan ubat kutu kucing lagi nih.. Kucing ni kalau kita tengok dia kerap sangat bergaru tu maknanya memang ada kutu la...

Disebabkan dia buat muka comel terus saya setuju je nak bela Gwiyomi. .. Nama dia Gwiyomi tau. Muka comel tapi banyak kutu memang tak berapa nak Gwiyomi la..kan??hahah


Nampak comel tapi banyak kutu masa ni...

Kat rumah saya tak de ubat kutu kucing jadi terpaksa la kuarantin dulu si Gwiyomi . Saya ada bela kucing sekor lagi nama Jonjea.

Jonjea tak de kutu sebab tu terpaksa kuarantin Gwiyomi.Tak mau nanti kutu melompat kat Jonjea pulak. Jonjea ni walaupun suka merayau tapi dia memang tak de kutu.

Mungkin sebab sikap sombong dia buat dia tak bergaul dengan kucing jalanan lain.jadi memang tak de la kutu.


Ini Jonj…

TIPS UNTUK MENCEGAH ANAK KEMALANGAN DIRUMAH AKIBAT PERABOT

Assalamualaikum...

Tahu tak, di Australia seramai 22 orang kanak-kanak mati akibat kemaalangan tertimpa perabot dan televisyen di dalam rumah sejak 2001.Kebanyakan nya kanak-kanak berusia lingkungan 3 tahun.



Hari saya nampak satu video yang buat darah saya berderau. Video seorang kanak-kanak dalam usia lingkungan 3 tahun, dia main laci . Dia tarik laci tu sekali laci tu terbalik dan hampir-hampir je timpa kanak-kanak tadi.

Boleh tengok video nya di bawah ni..

Video kemalangan Kanak-kanak hampir di hempap drawer  ketika sedang bermain


Benda ni memang menakutkan saya sebab beberapa tahun lepas pernah kejadian hampir sama berlaku dalam rumah saya ni.

Kisah nya dulu saya ada jaga sorang anak sebaya Maisara.Dia anak kawan suami saya. Saya jaga dia sebab nak Maisara ada kawan di rumah.Masa tu usia diaorang pun dalam 2-3 tahun.

Masa saya mengasuh budak ni memang saya tak letak apa-apa perabot tinggi kat ruang tamu . Yang ada cuma tv yang saya letak atas rak besi, Tv 21 inci jenis kotak tu.  …

MACAM NI RUPANYA NAK BUAT MIKHAIL PEGANG TANGAN IBU

Assalamualaikum..


Ada hari-hari tertentu saya sendiri akan ambil Mikhail di tadika. tadika tak jauh pun..dekat je dengan rumah. Pergi jalan kaki je nak ambik dia.

Selalunya memang suami yang ambil  anak jam 12 tengahari.Kalau suami yang ambil, naik motor sebab suami dari tempat kerja nak balik makan terus ambil Mikhail ni.

Suami memang risau kalau saya yang ambil sebab Mikhail ni dia jenis susah nak kawal kalau kat jalan. Dia nak jalan sendiri.Tak mau jalan pegang tangan .

Jangan beriringan pun tak mau. Sambil berjalan dia melompat, berlari kejap ke depan kejap ke belakang.Memang bahaya la.


Jalan memang lengan macam ni sebab tu dia bebas berlari bila nak balik dari tadika. Tapi bahaya juga sebab time2 ni van dan bas sekolah sibuk keluar masuk taman nak ambil budak sekolah...


Kalau sepanjang jalan tu jenuh saya ni menjerit-jerit suruh dia hati-hati. Kalau cerita kat dia pasal culik2 ni rasanya dah boleh buat buku la . Memang tak jalan..

Tadi saya pergi ambik Mikhail di Tadika nya.Maca…