Monday, 8 January 2018

RESEPI LAKSA UTARA PALING SEDAP DAN MUDAH

Assalamualaikum..

laksa utara paling sedap dan mudah


RESEPI LAKSA UTARA PALING SEDAP DAN MUDAH Sebagai seorang penggemar laksa  memang saya kerap masak laksa . Suami dan anak-anak pun memang suka makan laksa.Bila balik berkumpul ramai-ramai di kampung laksa adalah menu pilihan utama sebab rasanya sedap dan mengenyangkan . Salah satu sebab lain kenapa laksa, ialah kerana masak laksa utara paling senang dan tak memerlukan bahan yang banyak.

Sebelum tu jom kita tengok dulu gambar-gambar laksa yang pernah saya masak..Nak kasi korang terliur sikit..Baru la mood nak masak tu datang..kan??hahahaha


laksa utara paling sedap dan mudah

laksa utara paling sedap dan mudah


laksa utara paling sedap dan mudah

laksa utara paling sedap dan mudah


laksa utara paling sedap dan mudah


Ada orang fikir masak laksa ni susah.tapi sebenarnya laksa paling senang dan sedap di masak.Sebab tu la kalau diperhatikan macam2 majlis orang buat selalunya mesti ada menu laksa.Orang tak pandai masak pun boleh je masak laksa ni.

Setiap orang ada tips tersendiri untuk masak laksa utara yang sedap. Ada yang memilih belacan dari jenama tertentu sahaja.Ada juga yang memilih menggunakan ikan sardin kemudian di campur sedikit dengan ikan kayu.

Tapi bagi saya ikan yang sesuai untuk dibuat laksa ada tiga  je..Ikan sardin , ikan termenung dan ikan selayang. 3 jenis ikan ni sangat sesuai untuk dibuat laksa.Korang boleh tambah ikan kayu kalau mahu tapi saya tak berapa suka sebab ikan kayu ada bau yang kuat .Saya tak suka ikan yang berbau terlalu kuat ni..Cuma bila korang tambah ikan kayu , kuah akan jadi lebih pekat.

Cara saya masak laksa memang simple dan mudah sahaja.jom tengok resepi laksa utara paling sedap dan mudah

Resepi Laksa Utara Paling Sedap dan Mudah


Bahan-bahan:

1 bungkus laksa - rendam selama sejam dan kemudian rebus sampai lembut.Cara lebih mudah masuk kan je dalam periuk nasi.Tak payah rendam2 kalau guna periuk nasik.


1 kilo ikan sardin
10 biji bawang merah
1 senduk besar cili kering yang dah dikisar
2 inci belacan
segenggam daun laksa/daun kesum
1 kuntum bunga kantan
6-7 keping asam gelugur
garam secukup rasa.

Ulam:
Timun
cili hijau/merah
telur rebus
daun salad atau daun selom
Limau kasturi

bunga kantan



Cara-caranya :

1- Bersihkan ikan..buang perut dan insang je..Yang lain tak payah buang. kemudian rebus ikan ,toskan ikan .Air rebusan ikan tu masuk kan dalam periuk yang nak buat kuah laksa nanti.

2- Bila ikan dah sejuk , asingkan isi dan tulang nya.Kalau guna ikan sardin atau ikan selayang jangan lupa buang  tulang macam sisik  dibagian ekor tu. yang macam saya bulatkan dalam gambar bawah ni..


Bahagian ni ada tulang macam sisik ikan yang keras..Kita blend pun dia tak kan hancur. Boleh kacau mood makan kalau kuah laksa ada sisik ikan yang keras ni.

3- dah asingkan isi ikan dan tulang nya boleh lah kisar isi ikan tu. Letak la air nak memudahkan ikan tu masa di kisar.kisar ikan sampai habis dan masuk kan dalam periuk yang ada air rebusan ikan tadi.

4- kemudian kisar tulang ikan dan kepala ikan tadi pulak.dah habis kisar tulang , kena tapis pulak dan ambil air nya masuk kan dalam periuk tadi.

Kisar lagi hampas  tulang ikan tadi sampai jadi halus dan tapis lagi ambil air nya. Bila tulang rasa2 macam dah hancur semua buang je tulang tu.

5- Kisar bawang merah dan  belacan  ...Saya lebih suka guna cili boh beli je..malas nak kisar2 cili kering.hahaha..

Masuk kan bahan kisar dan cili tadi ke dalam periuk kuah

6- masuk kan juga bunga kantan yang dah dipotong2, daun laksa , garam sikit dan asam keping.

7- masuk kan air dalam 3 mangkuk lagi.Ikut la kesesuaian kuah tu macam mana.jangan la pekat sangat dan jangan cair sangat.Pandai2 la agak2 ye..Pernah makan laksa mesti tahu kuah dia pekat atau cair mana..kan??Jangan la cair sangat..tak rasa apa nanti..heheheh..

8- Masak la atas api..masak kuah ni tak lama pun..dalam 10-15 minit dah masak..kalau masak banyak mungkin 30 minit baru siap masak.Rasa dulu garam cukup ke tidak..kalau tak cukup tambah sikit lagi


laksa utara paling sedap dan mudah

9- kemudian bila kuah dah masak boleh la di hidang kan..

jangan lupa tapis dulu laksa yang dah direbus tadi dan bilas dengan air biasa..Buang dia punya kanji2 tu..Kalau tak dibilas nanti laksa cepat berair dan cepat basi.

Kemudian ulam2 di dihiris halus2.

Lepas hidangkan dan makan lah..

selamat mencuba resepi laksa utara paling sedap dan mudah...

sekian..




KALAU NAK JADIKAN SESEORANG DUTA PRODUK KENA ADA CONTRACT BUKAN HANTAR PRODUK SEKOTAK DUA - AISHAH



Bagi produk kemudian ambil gambar tengah pegang kotak. Kemudian diam-diam jadikan testimoni untuk kaut keuntungan .  Siapa yang tak marah bukan.?? Sebelum ni dah ramai artis yang terkena macam ni.

Itu lah yang membuatkan juara gegera Vaganza , Aishah naik angin gara-gara gambar nya digunakan pihak tertentu sebagi testimoni produk menguruskan badan.





Kalau diperhatikan sekarang ni Kak Aishah memang dah nampak kurus sikit berbanding sebelum ni atau semasa dia menyertai Gegar Vaganza Musim ke 4. 
Disebabkan testimoni yang tersebar tu ramai yang menyangka kak Aishah menggunakan produk tersebut sedang kan yang sebenarnya bukan lah seperti yang di sangka.



Aisyah menjelaskan pihak tersebut ada menghantar produk menurunkan berat badan  padanya tapi dia hanya minum sekali sahaja disebabkan tidak suka dengan rasa produk tersebut. Dia juga menjelaskan penurunan berat badan nya sekarang bukan lah disebabkan produk itu .

Aishah turut mendesak pihak tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka demi mengelak kan salah faham berlaku.











Atas rasa tanggungjawab pengasas produk tersebut telah memohon maaf atas salah faham yang berlaku dan bertindak mengarahkan semua kakitangan .stokis dan agent untuk memadam gambar testimoni berkaitan atau bersangkut paut dengan penyanyi tersebut.

Namun kenyataan dari syarikat tersebut tetap tidak memuaskan hati Aishah kerana Aishah menganggap pihak syarikat tersebut sengaja menggunakan gambar nya tanpa izin untuk promosi produk itu.

Memang marah sungguh Kak Aishah kali ni. Sebenarnya kalau diikutkan cara ni memang salah  sebab penyanyi ni kadang2 ada pihak yang nak jadikan dia duta produk .

Tapi bila  ada company lain nampak penyanyi atau selebriti ni diketahui memang guna certain2 produk diaorang tak jadi la nak ambik jadi duta  dan sebagainya.
Lebih baik dia ambik artis yang belum terikat dengan mana2 produk aatu jenama.

Tapi company ni pun dah buat permohonan maaf , rasanya kak Aishah patut terus ke step seterusnya iaitu menghebahkan kepada orang ramai yang dia bukan gunakan produk dalam gambar ni.Tak perlu la sampai nak ajak bergaduh berbalas komen...

sekian...

MASA KECIL TAKUT HANTU TAK SEMESTINYA DAH BESAR PUN TAKUT HANTU

Assalamualaikum...

takut hantu



MASA KECIL TAKUT HANTU TAK SEMESTINYA DAH BESAR PUN TAKUT HANTU Sejak dari saya kecil lagi memang saya di dedahkan dengan cerita-cerita hantu dan cerita seram.Kalau waktu malam berkumpul dengan mak saudara, opah dan adik beradik mesti ada la topik berkaitan cerita seram ni. Ada cerita yang diulang cerita pun masih lagi rasa seram.ahahah,..

Boleh dikatakan masa kecik saya, saya memang penakut

Tapi yang peliknya bila dah besar tak de pulak rasa takut dekat hantu.Bukan nak berlagak ke apa tapi memang bila saya pergi tempat gelap ke,tempat sunyi ke , benda pertama yang saya fikir bukan lah hantu tapi orang jahat dan  binatang berbisa.

Takut hantu ni entah ketakutan yang no berapa baru saya akan fikir.Hahahha.. Tapi kalau hantu muncul depan saya baru la rasa seram tapi tak la sampai terkejut menjerit sampai pengsan.Pernah nampak benda2 menyeram kan sebelum ni pun saya tak de pulak sampai demam dan  histeria.




Masa saya kecil arwah opah saya selalu dipanggil untuk mandikan jenazah.Bila ada je kematian kat kampung tu , hati saya ni risau dah.tak senang duduk dah rasanya ni.Kejap2 jenguk kat pintu..Takut opah saya balik.

Bila  opah saya  balik je dari mandikan jenazah tu , mula la perasan sangat tak best tu muncul.Kebiasaan nya bila opah balik dari memandikan jenazah dia akan bawak balik sebungkus kopi  dengan satu pinggan biskut kering.Biskut tu dibalut dengan kain putih.Di bunjut kan je pinggan yang ada biskut tu dengan kain putih.

Kalau korang, korang makan tak biskut tu??Hahahha..

Serius cakap biskut kering yang selama ni sedap je makan cicah dengan kopi o tu, bila dah bungkus dengan kain putih tu dia jadi tak sedap ok..hahahah..Sebab dah set dalam kepala otak ni biskut mayat.So memang tak selera nak makan .

Satu lagi yang buat rasa tak best tu ialah Opah saya ni akan bawak balik kain putih .Sehelai kain panjang dan sehelai lagi kain putih yang kecil.Yang besar dia akan rendam dalam satu baldi.Mungkin sebab nak hilangkan bau kain tu kot jadi dia akan rendam lama dalam sehari dua macam tu la....tak tau la bau apa..kan??hahahah . dan yang kecik tu dia suka sangkut atas pokok limau yang berdepan dengan bilik air.

Hahahah,...korang bayang kan perasaan bila malam2 nak terberak , korang sanggup tak nak berjalan ke belakng rumah pergi tandas tu?Bangun pagi gelap2 lagi nak mandi nak berak ,  kain putih tu depan bilik air dengan angin bertiup buat pokok limau tu melambai-lambai je.. .dalam bilik air pulak kain putih terendam dalam baldi.Seram rasa oi....Boleh nangis pagi2 tau..Hahahha..

Saya rasa benda-benda macam tu la yang buat saya dengan adik beradik saya ni , yang membesar masa zaman opah mendikan jenazah dulu, memang bukan lah dikalangan orang-orang yang takut hantu..

tengok cerita hantu
aksi dua beradik tengok cerita hantu.

Dengan anak-anak saya sekarang ni pun saya bagi je diaorang tengok cerita hantu, kadang2 usik2 ada hantu la , ada pocong la..Hahah... Tambah pulak saya memang suka mengusik. Bukan niat nak buat diaorang jadi penakut tapi nak diaorang rasa biasa je bila kita sebut tentang hantu..Orang kata nak hilangkan ketakutan pada satu2 benda tu kita kena berdepan dengan perkara tu..Ada faham??hahah


Sebab tu saya ni sampai sekarang tak percaya bila orang kata .."jangan la takut2 kan dia dengan cerita hantu..nanti dia percaya, nanti dia penakut.." Tak de maknanya..Biasanya kalau selalu cerita, selalu takut2 dia memang dia dah rasa tak takut hantu apa pun..




sekian.

Sunday, 7 January 2018

APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Assalamualaikum.

hukum doktor lelaki sambut kelahiran bayi


APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI Pengalaman saya bersalin 2 orang anak sebelum ni , kedua-dua nya disambut oleh doktor perempuan. Saya melahirkan 2 orang anak di Hospital Seri Manjung, Perak. Alhamdulillah dapat doktor perempuan. Masa dah bersalin, duduk di wad , yang memeriksa jahitan pun doktor perempuan.

Walaupun ada doktor lelaki yang tururt sama masa check jahitan tu tapi cuma doktor wanita je yang dibenarkan check jahitan. Doktor lelaki tu cuma tanya saya tentang keadaan saya sama ada dah buang air ke, dah makan ke dan tak buat pemeriksaan yang memerlukan dia menyentuh saya . .Memang kalau doktor lelaki yang buat pemeriksaan akan ada doktor perempuan.

Mungkin saya bernasib baik je...Orang lain yang pernah bersalin di Hospital Manjung ni mungkin berbeza pengalaman dengan saya. Tapi itu lah yang saya lalui dengan 2 kali melahirkan anak di Hospital Seri Manjung.Kita ambik kesempatan ni ucap terima kasih la pada doktor2 yang menyambut kelahiran anak saya tahun 2007 dan 2012. Nurse2 nya pun memang baik2 dan ramah2..Terima kasih semua..

Salah ke kalau doktor lelaki yang sambut kelahiran anak kita? Saya faham ada orang yang macam saya juga tak mampu nak pergi hospital2 mahal. Jadi kalau dapat doktor lelaki yang sambut kelahiran anak , nak buat macam mana..betul tak?? Tapi apa hukumnya kalau dokotr lelaki yang sambut kelahiran bayi?Tak berdosa ke doktor tu dan tak berdosakah kita?

Ada penjelasan tentang isu ini yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri .





APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat:-

1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah."

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah:

“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga -Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri-

hukum dokotr lelaki sambut kelahiran bayi


APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Jadi tak ada masalah untuk doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.kalau ada wanita rasa tak selesa boleh la suruh suami sediakan duit untuk pergi ke hospital yang kita boleh pilih nak doktor wanita sahaja.

Tapi ikutkan pengalaman saya bersalin, masa kita tengah sakit nak beranak tu kita tak nampak dah siapa yang keluar masuk bilik bersalin tu. Doktor yang bantu kita masa melahirkan anak pun kita tak perasan muka dia macam mana..Apa lagi kita nak fikir pasal malu ke apa..yang kita fikir cepat sikit la anak aku keluar bagi habis hilang kesakitan tu..

sekian..


Friday, 5 January 2018

CARA MEMASTIKAN SAMA ADA AKAUN BANK ANDA KONVENSIONAL ATAU ISLAMIK

Assalamualaikum...

akaun bank konvensional atau islamik


CARA MEMASTIKAN SAMA ADA AKAUN BANK ANDA KONVENSIONAL ATAU ISLAMIK Ramai yang tak kisah dan tak peduli dengan jenis akaun bank yang digunakan. Ada yang sampai sekarang tak tahu sama ada akaun bank yang digunakan adakah konvensional atau islamik'

Sebagai umat islam penting untuk kita tahu cara bagi memastikan sama ada akaun bank yang kita gunakan konvensional atau islamik. Ini kerana bagi mengelak riba. Pemegang Akaun bank konvensional akan menerima dividen yang haram digunakan oleh orang islam.

Bila bab rasuah , dan makanan tanpa sijil halal kita boleh marah-marah dan berani bertindak .Tapi bila bab riba , kita tak ambil peduli pun. Pastikan  setiap isu yang menyesatkan umat islam kita banteras dan elak kan . Kita tidak mahu riba ini menjadi virus yang merosak kan lebih ramai orang islam.

Jadi kita kena berhati-hati dan tahu lebih detail tentang akaun bank kita.




CARA MEMASTIKAN SAMA ADA AKAUN BANK ANDA KONVENSIONAL ATAU ISLAMIK



Mohd Kauthar Rozmal , seorang financial planner ada berkongsi beberapa tips dan panduan untuk memastikan sama ada akaun bank yang kita gunakan adalah akaun bank konvensional atau pun akaun bank Islamik.

 1. CIMB 

Islamik - No akaun bermula dengan 76 atau 86. Contoh = 76xxxxxxxx

Konvensional - No akaun bermula dengan 70 atau 80. Contoh = 80xxxxxxxx

2. Public bank

Islamik - No kedua akaun adalah 7,8 or 9. Contoh - x8xxxxxxxx

Konvensional - jika no keduanya bukan 7,8 or 9, akaun tersebut akaun konvensional

3. Maybank

Maybank tak boleh nak beza dari segi no akaun. Tapi boleh tengok dekat nama akaun, kalau ada 'i' hujung dia maknanya akaun islamik.

Contoh = personal sabing account - i

akaun bank konvensional atau islamik


4. RHB

Islamik - No akaun bermula dengan 16 atau 10. Contoh 10xxxxxxxx.

Konvensional- Jika tak bermula dengan 10 or 16 ianya akaun konvensional


Cemana??dah pastikan sama ada akaun bank anda konvensional atau islamik??Jika akaun bank anda masih akaun bank konvensional anda masih boleh menukar ke akaun bank islamik  dengan membuka akaun baru kemudian pihak bank akan pindahkan  duit dari akaun konvensional(lama) ke akaun bank  islamik anda yang baru.

akaun bank konvensional atau islamik


Riba bukan lah masalah yang boleh dipandang ringan.Mula bertindak untuk membersihkan harta kita sekaligus juga membersihkan jiwa kita

Berdasarkan Firman Allah SWT :
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278

sekian..

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BRIM 2018



Ramai yang dah tertanya-tanya bila tarikh  Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2018 akan dibuat  . Sabar ye semua..kerana pembayaran pertama hanya akan dibuat pada bulan February nanti.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kumpulan.

Kadar bayaran Bantuan Rakyat 1malaysia BRIM adalah tertakluk seperti yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2018. Permohonan BRIM 2018 yang telah diluluskan telah dimaklumkan melalui surat dan telah dihantar kepada pemohon sebagai makluman.

Namun bagi yang belum sempat memohon , Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://ebr1m.hasil.gov.my atau mana-mana cawangan LHDNM secara PERCUMA






TARIKH PEMBAYARAN BRIM 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA


Setiap permohonan yang diluluskan akan mendapat jumlah seperti yang tertera dibawah. Pembayaran dilakukan secara berperingkat bagi kategori 2 dan 3 sahaja.


Bagi kategori 1 iaitu individu bujang yang berusia 21 tahun keatas pembayaran hanya dilakukan sekali iaitu pada Feb 2018 dengan jumlah rm450 .



Bagi kategori 2 iaitu bagi mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah rm3001- rm4000 jumlah BRIM 2018 yang diterima ialah sebanyak RM900 . yang akan dibayar pada 18 feb, jun dan ogos dengan bayaran rm300 setiapkali pembayaran.




Manakala untuk kategori 3 iaitu pendapatan bulanan isi rumah rm3000 dan kebawah akan menerima rm1200 dan akan dibayar rm400 setiap kali pembayaran yng akan dibuat setiap Feb, Jun  dan Ogos 2018.

CARA PEMBAYARAN 2018

Hanya penerima yang mengisi maklumat akaun banak sahaja yang akan menerima pembayaran terus kedalam akauan bank.Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank , mereka akan diberi baucher BRIM yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh la menghubungi no dan email seperti di bawah.




sekian..








Thursday, 4 January 2018

KESUNYIAN KERANA ISTERI BEKERJA DI MALAYSIA PUNCA LELAKI INI LIWAT 25 KANAK-KANAK

Assalamualaikum..



Polis berjaya  menangkap WS Alias Babeh seorang guru berusia 49 tahun yang dituduh meliwat  25 kanak-kanak di sekitar  Kabupaten Tangerang. Indonesia.

Tertuduh melakukan kegiatan  tersebut karana  ingin melampiaskan nafsunya lantaran isterinya berada di Malaysia.

“Iya (karena istri di Malaysia). Karena ingin melampiaskan nafsu seks nya,” kata ketua polis Tangerang, Kombes Sabilul Alif ketika diminta mengesahkan kejadian tersebut pada , Kamis (4/1/2017).




Sabilul berkata , isteri tertuduh  berada di Malaysia kerana bekerja sebagai sebagai TKW (tenaga kerja wanita)  sejak awal 2017 yang lalu.

Selepas 3 bulan hidup sendirian, tertuduh mula melakukan kegiatan jahatnya .

“Peristiwa itu berawal di Kampung Sakem, Desa Tamiang pada bulan April 2017. Saat itu, istri tersangka sudah 3 bulan menjadi TKW di Malaysia,” jelas Sabilil..







Menurut laporan awal sebelumnya , kelakuan jijik  Babeh terbongkar selepas salah seorang mangsa bercerita kepada ibu bapanya.

Setelah disiasat polis mengesan mangsa  Babeh yang berusia antara 10-15 tahun. Selain menangkap tertuduh, polis juga menyita barang bukti berupa 1 sarung  lengan pendek, 1 seluar pendek warna biru ungu, dan telepon bimbit yang diambil dari tempat kejadian .

Tertuduh  didakwa dibawah akta  82 Undang-Undang Nombor 35 tahun 2014 tentang Perlindungan Anak dengan ancaman hukuman penjara paling lama 15 tahun.

Sekian..

PANDUAN TEMPOH 'IDDAH SELEPAS BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI

Assalamualaikum...


tempoh iddah selepas bercerai dan kematian suami


PANDUAN TEMPOH 'IDDAH SELEPAS BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI 'Iddah ialah tempoh tertentu yang ditetapkan keatas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami .


Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kenapa wanita perlu melalui tempoh  iddah selepas bercerai atau kematian suami


Terdapat beberapa tujuan atau  hikmah `iddah kepada wanita Islam.  Antara hikmah tersebut ialah:

- Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.

- Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku.  Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.

- Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.  Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan  tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.  Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.






Secara keseluruhannya,  `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami.   Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempuh sama ada panjang atau pendek.

Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

 - `Iddah dengan kiraan suci (quru’);
- `Iddah dengan kiraan bulan;
- `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.

Panduan mengetahui  tempoh iddah 

1- Wanita yang bercerai talak raj`ie/ba’in yang  ada haid - Tempoh Iddah nya ialah tiga kali suci .

a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat  apabila datang haid yang keempat

2- Wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang  Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain) - tempoh iddah yang perlu dilalui ialah 3 bulan.

3- Wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang  Sedang mengandung  - Tempoh Iddahnya ialah sehingga melahirkan anak hidup atau mati ataupun  sehingga kandungan nya gugur . Janin yang gugur adalah dalam bentuk sempurna atau pun hanya berbentuk segumpal daging.Jika gugur maka selesailah tempoh iddah wanita tersebut.

4-Bagi wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang belum pernah disentuh sama ada  sedang dalam haid atau pun tiada haid  , tiada tempoh iddah yang perlu dilalui.

5- Wanita yang bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah dengan haid yang tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya , tempoh iddahnya ialah selama 3 kali suci.

Mana kala jika wanita yang bercerai talak raj'ie/ba'in yang mengidap istihadhah dengan haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah tempoh iddah yang perlu dilalui ialah selama 3 bulan

6- Wanita yang kematian suami semasa dalam tempoh Iddah talak raj'ie dan tidak mengandung ,sama ada dia ada haid atau pun tidak , tempoh iddah yang perlu dilalui ialah selama empat bulan 10 hari . Untuk kiraan tempoh `iddah tersebut ianya  bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat .

7-Bagi wanita yang  kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung sama ada wanita tersebut ada haid ataupun tiada , tempoh iddah yang dilalui ialah selama tiga kali suci atau pun 3 bulan. Tempoh Iddah talak ba'in ini kekal  sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.


tempoh iddah selepas bercerai dan kematian suami


8- Wanita yang kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi yang dalam keadaan tidak mengandung pula tempoh iddahnya ialah selama empat bulan 10 hari. tidak kira wanita tersebut ada haid atau pin tiada haid , wanita ini bukan saja wajib melalui tempoh iddah malah dia wajib berkabung

9- Tempoh iddah bagi Wanita yang kematian suami yang sedang mengandung ,dia wajib melalui tempoh iddah sehingga melahirkan anak sama ada hidup atau mati bayinya itu  atau sehingga bayinya gugur.Janin yang gugur adalah dalam bentuk sempurna atau pun hanya berbentuk segumpal daging.Jika gugur maka selesailah tempoh iddah wanita tersebut.

10- Wanita yang suaminya hilang ketika dia ada haid, tiada haid atau pun sedang menggandung pula perlu menunggu selama 4 tahun . Selepas 4 tahun  isteri  wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

Begitu lah pengiraan tempoh iddah yang telah di tetapkan bagi menjaga kebajikan dan hak-hak wanita semasa dalam tempoh perkahwinan dan sehingga lah pembubaran perkahwinan tersebut. Semasa dalam iddah kerana perceraian suami wajib menafkahi isterinya dan menyedia segala keperluan isteri.Manakala isteri pulak di tuntut berhias untuk suami sebagai dorongan untuk rujuk semula.

Semoga artikel ini dapat membantu dan memberi panduan kepada semua pasangan suami isteri yang mahu bercerai atau yang kehilangan suami.

sumber:jakim

sekian.

CARA BETUL MELUPUSKAN AL-QURAN ROSAK , KOYAK DAN PERHIASAN YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN

Assalamualaikum...



CARA BETUL MELUPUSKAN AL-QURAN ROSAK , KOYAK DAN PERHIASAN YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN Saya masih ingat masa kecil-kecil dulu ada banyak al-quran dirumah yang dah koyak.Opah saya seorang guru mengajar mengaji.Jadi memang banyak Al-quran dirumah untuk kegunaan budak-budak yang datang belajar mengaji.Ada antara al-quran  yang terkoyak dan buat cebisan bahagian yang koyak tu kadang2 jatuh kat lantai.

Opah saya pesan kalau nampak cebisan al-quran tu kutip dan masuk kan dalam satu beg plastik yang memang dah disediakan .Didalam nya ada banyak ccebisan helain quran yang lain.Ianya untuk dilupskan dengan cara yang betul sebab  cebisan  alquran tu tak boleh dibuang sebarangan dan ada caranya .

Al-quran yang koyak juga perlu dilupuskan kerana ianya tidak lengkap dan sudah tentu tidak dapat dibaca dengan sempurna.





CARA BETUL MELUPUSKAN AL-QURAN ROSAK , KOYAK DAN PERHIASAN YANG MENGANDUNGI AYAT SUCI AL-QURAN 


Saya nak kongsikan cara  betul  melupuskan alquran  rosak, koyak dan perhiasan yang mengandungi ayat suci al-quran. Kaedah pelupusan yang digunakan ialah dengan dua cara iaitu pembakaran atau di tanam. sumber:jakim

Cara pembakaran adalah seperti yang berikut:

(a) Bahan yang mengandungi ayat-ayat al-Quran yang dibakar hendaklah menyeluruh tanpa tertinggal mana-mana bahagian yang tidak terbakar.

(b) Bahan-bahan atau debu yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran yang telah dibakar hendaklah
dipastikan dikumpul supaya tidak ditiup angin atau bersepah.

(c) Bahan yang telah dibakar hendaklah ditanam pada tempat yang bersih atau dibuang ke dalam laut atau sungai yang mengalir airnya.

(d) Kerja-kerja pembakaran hendaklah dikawal selia oleh pegawai Jabatan Agama Islam atau pihak yang mahu melupuskan bahan-bahan tersebut .

Cara ini termasuk juga dalam mengendalikan bahan-bahan lain yang terkandung ayat suci alquran seperti , cd, gambar, perhiasan rumah,  hadis-hadis dan  doa-doa .

Semoga dengan artikel  cara betul melupuskan Al-Quran rosak, koyak dan perhiasan yang mengandungi ayat suci Al-Quran ini dapatlah kita semua terus menjaga  kesucian dan kehormatan al-quran  .


sekian..





Wednesday, 3 January 2018

SENARAI TOP 20 FILEM PALING LARIS 2017

Assalamualaikum..

top 20 filem 2017


SENARAI TOP 20 FILEM PALING LARIS 2017 Tahun 2017 ada banyak filem-filem yang ditayangkan di pawagam . Paling kerap diperkatakan ialah Filem Tombirou kerana diadaptasi dari sebuah novel popular karya Ramli Awang Mursyid.

Walaupun filem tersebut banyak mendapat pujian dari penonton namun ianya masih tidak cukup untuk mengatasi filem Abang Long Fadhil  2 yang menmdapat kutipan tertinggi iaitu sebanyak rm18.15 juta. Manakal Filem Tombiruo: Penunggu Rimba di tempat kedua dengan kutipan rm7.97 juta.

Berikut adalah senarai top 20 filem paling laris 2017


top 20 filem paling laris 2017
sumber:filemkita.com

Apa yang saya perhatikan ,filem yang bagus dan menarik pasti akan buat penonton bercerita tentang filem tu di media sosial.Dari review-review tersebut lah yang akan membuat kan filem tersebut bakal mendapat sambutan atau pun tidak.





Penonton juga lebih suka kan filem-filem dari pengarah yang pernah buat filem pecah panggung. Contohnya macam filem-filem Samsul Yusuf  mesti akan dapat sambutan sebab dia dah berjaya mengumpul peminat filem-filem dia.Dia dah berjaya buat penonton percaya pada hasil kerja dia.

Sebab itu lah kalau kita tengok dalam senarai top 20 filem paling laris ni ,ada filem yang bagus tapi tak  tersenarai.Contohnya Filem Jibam. Mungkin sebab orang tak kenal sangat siapa Che Mei  ni walaupun Jibam diadaptasi dari Novel kartunis popular iaitu Ujang.

Semoga tahun 2018 ni lebih banyak filem-filem berkualiti yang akan ditayang kan.Dengar-dengar nya ramai yang tak sabar menanti Filem Munafik 2 diatayang kan..Korang pulak tak sabar nak tengok filem apa di tahun 2018 ni??

sekian..

VIDEO LELAKI TAMPAR WANITA DI THE CURVE

Assalamualaikum..

lelaki pukul wanita



Memang menyampah betul kalau tengok ada lelaki yang bebas sungguh tangan dia menyakiti tubuh badan orang perempuan ni..Bukan ada hubungan apa pun tapi dah berani naik tangan kat orang perempuan.

Seorang suami pukul isteri atau  menggunakan kekerasan pun orang tak boleh terima apa lagi kalau belum ada apa-apa hubungan.

Bagi saya lelaki penakut macam ni memang berani hanya dengan wanita-wanita yang lemah sahaja.Kadang-kadang benda2 macam ni lah yang membuatkan ada wanita jadi garang hingga ada lelaki tunduk pada arahan nya.Wanita ni takut kalau dia berlembut lelaki pulak yang akan melampaui batas.

Sekarang tersebar satu video pendek yang menunjuk kan seorang lelaki mengasari seorang wanita.Video tersebut dikatakan di rakam di sebuah pusat membeli belah, The Curve .






Jelas kelihatan walaupun mangsa  dalam keadaan ketakutan lelaki   tersebut terus memukul kepala dan menampar pipi wanita itu.

Sedih betul saya tengok keadaan macam ni.Lagi bertambah geram bila lihat wanita tersebut langsung tak melawan.

Orang perempuan tak boleh lembik-lembik sangat macam ni.Bangun lawan kalau korang rasa korang teraniaya dan tak bersalah.

Selalunya orang lelaki ni bila sekali dia dah naik tangan, akan datang dia akan buat lagi.Pesanan saya kat wanita-wanita yang membaca ni bila korang jadi mangsa seperti dalam video ni jangan lah berdiam diri.Laporkan pada pihak berkuasa.

Jangan sebab sayang dan cinta korang rela tubuh badan korang jadi punchbag lelaki penakut macam ni..ok..


sekian,,,

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Assalamualaikum..




Semalam masa saya blogwalking kat blog Anies nampak dia ada buat Giveaway Tudung Aidijuma #GoldLabel  . Syarat nya kena cerita sesutu tentang Edisi Terhad atau Limited Edition.

Bila fikir-fikir balik saya ni tak de pun barang-barang Edisi Terhad. Hahah..Dok  melengung lama-lama sampai sudah saya fikir, memang tak de satu pun.

Bermakna , saya ni orang yang biasa-biasa sahaja.. bagi sesetengah orang bila ada barang yang edisi terhad dia teruja nak dapatkan barangan tu. Ianya sebagai koleksi peribadi dan juga mungkin sebab trend.Contohnya macam Nestle Coffee-mate limited- edition “Star Wars”  ni..bagi peminat Star wars ianya sudah tentu barangan yang harus dia dapatkan.


Bergantung  kepada kemampuan kita nak dapatkan barangan edisi terhad tu.tak salah pun kalau kita jadi pengumpul barang-barang edisi terhad.Ada juga barang-barang edisi terhad ni yang memberi pulangan lumayan tau. Bila di jual balik harga nya jadi lebih tinggi.





Antara barangan limited Edition yang selalu menjadi buruan ialah jam tangan , kasut , beg tangan , kereta mainan, koleksi permainan video dan banyak lagi terutamanya yang jenama-jenama besar yang ada peminat nya tersendiri.

Tapi bagi orang perempuan macam saya mesti ramai yang suka kalau dapat Tudung Aidijuma Edisi terhad..kan??

Korang nak menang tudung Aidijuma #GoldLabel jom sertai giveaway yang dianjurkan oleh Anies.
Klik banner diatas untuk join..Harap2 penyertaan saya di terima..

sekian..

JANGAN TAYANG-TAYANG ISTERI

Assalamualaikum...

jangan tayang isteri


"Siapa tak sayang bini oi.." salah satu dialog dalam filem Madu Tiga  lakonan Tan Sri P.Ramlee. Kalau tak sayang, tak kahwin la kita..betul tak??

Tapi sayang-sayang juga, cara tu kena betul.Salah satu sikap orang kita ni cukup suka tayang apa yang dia sayang.

Bila dia terlampau sayang kan kereta , asyik la upload gambar kereta, hari ni gambar sport rim, esok gambar lampu , lusa gambar cermin.. Sayang sangat tu..

Bila sayang kan isteri , tak habis-habis tayang gambar isteri. macam-macam gaya si isteri di kongsi di laman sosial.Sampai tak de had.Dari gambar isteri pakai telekung sampai isteri pakai baju lengan pendek semua di kongsi nya.

Tak tahu apa tujuan gambar-gambar tersebut dikongsi untuk tatapan rakan-rakan lain. Yang pasti ianya untuk di lihat oleh orang lain la..kan??kalau untuk sendiri tengok simpan dalam phone je la..Mungkin juga dia nak bagitau yang dia sayang kan isterinya..Tapi , Siapa kisah ??hahahah

jangan tayang isteri


Ada banyak keburukan bila kita kongsi gambar-gambar isteri di media sosial ni.Isteri kita mungkin akan menjadi bahan fitnah orang lain.

Bayangkan jika ada lelaki yang gila di luar sana yang mampu membayangkan macam-macam dengan hanya melihat bentuk badan seorang wanita walaupun dalam keadaan berpakaian. Adakah kita sanggup menjadikan gambar isteri kita sebagai pemuas nafsu lelaki-lelaki lain?




Nak sweet2 pun tengok tempat la..kadang2 bukan sebab nak sweet2 pun tapi sebab cemburu.Kalau boleh dia nak semua orang tau itu isterinya.Ianya seolah-olah amaran pada orang lain supaya tidak mendekati isterinya.Cuma cara dia menjaga isteri nya tu salah dan dia tak tahu dia malah mendedahkan isterinya kepada umum .


Saya pernah dengar orang kata selalu nya yang tayang2 isteri  atau suami ni dia tak bahagia sebenarnya.Disebab kan tu dia nak orang fikir yang dia bahagia jadi dia tunjuk kan kebahagian palsu tu pada orang lain supaya orang tak tahu tentang kesedihan nya..

Berbeza dengan orang yang betul-betul bahagia.Dia lebih rela kebahagian tu cuma dia sendiri saja yang rasai.Tak perlu di canang dan di tayang pada umum kerana ada banyak anasir diluar yang boleh menjejaskan kebahagian rumahtangga nya.
jangan tayang isteri

Jadi sebagai ketua keluarga lindungilah isteri korang sebaik nya dengan cara yang betul.

sekian..




3 PERALATAN MODEN INI MAMPU MEMBANTU ANDA MENGURUSKAN BAYI DENGAN LEBIH MUDAH.

Assalamualaikum..

cara uruskan bayi baru lahir

Beruntungnya ibu-ibu zaman sekarang bila pendedahan tentang penjagaan bayi baru lahir banyak di kongsikan di laman-laman blog, video dan sebagainya.Walaupun hanya teori dan belum mempraktik kan nya tapi ibu-ibu zaman sekarang sudah ada sedikit ilmu dalam bab menguruskan bayi yang baru lahir.

Berbeza dengan dahulu, ibu-ibu hanya belajar menguruskan bayi setelah melahirkan anak.Tak de internet untuk dijadikan sumber rujukan ataupun  hub untuk menghubungkan ibu-ibu dengan mereka yang lebih pakar dalam penjagaan dan pengurusan bayi baru lahir. Ibu-ibu ahanya mendapat pendedahan dari buku atau pun penenrangan dari jururawat kesihatan dan doktor ketika sesi rutin pemeriksaan kandungan ketika hamil setiap bulan.






Bukan itu sahaja malah zaman sekarang berbagai perlatan moden dan canggih juga amat membantu dalam ibu-ibu menguruskan bayi mereka sendiri.

Hari ini saya nak kongsikan beberapa peralatan moden yang boleh membantu kita menguruskan bayi kita dengan lebih baik lagi. Saya tak pasti sama ada alat-alat ini ada dijual di dalam negara kita dan berapa harga yang sebenarnya,.Namun untuk pasaran diluar negara alat-alat ini memang boleh didapati dengan mudah dengan pembelian melalui online.

1- Sarung Kaki Pintar Owlet-

cara mudah uruskan bayi baru lahir


 Ingat phone je ke yang pintar?Sekarang kita ada sarung kaki pintar yang berfungsi untuk  memantau tahap jantung dan oksigen bayi semasa mereka tidur, supaya anda boleh berehat dengan mudah dan tahu yang  mereka sihat dan selesa. Sarung kaki ni ni perbuat daripada kain kapas yang sudah tentu tak kan buat bayi berpeluh . Ianya boleh digunakan untuk bayi sehingga berusia 18 bulan.. Produk ini ada dijual  dengan harga $299.99.



2- Pacifier Thermometer

cara menguruskan bayi baru lahir

Salah satu perkara pertama yang dilakukan oleh ibu bapa apa bila anak sakit  adalah mengambil suhu badan  mereka. Setiap kali nak mengambil suhu badan anak ianya bukan perkara mudah.Tapi dengan menggunakan  pacifier ini segalanya jadi mudah. Pacifier ini juga mempunyai cahaya  yang menyala membolehkan ibu bapa mengambil bacaan waktu malam tanpa mengganggu tidur bayi. getah putingnya juga amat selesa digunakan oleh bayi. Produk ini dijual dengan harga $7.39


3- SNOO smart sleeper

tips jaga bayi baru lahir


Masalah bayi kerap menangis di waktu tidur mereka sering dialami ramai ibu bapa .Ini bukan sahaja mengganggu tidur si bayi malah ibu yang baru melahirkan juga turut terjejas . SNOO smart sleeper membantu bayi tidur lena dan nyenyak . Alat ini memang sangat membantu bagi memberi keselesaan pada bayi semasa tidur.

Bayi yang tidur didalam SNOO bagaikan tidur didalam rahim ibu kerana ada bunyi yang seakan-akan rahm ibu didalam smart sleeper ini. Ianya juga secara automatik mampu mengesan suara bayi menangis. Setiap kali bayi menangis , secara  automatik jiggly akan berbunyi bagi menenang kan si bayi.Ianya tidak panas dan sangat selesa digunakan . Produk ini berharga lebih $1000 .


Itu je yang saya kongsikan untuk anda yang mempunyai bayi kecil atau pun yang bakal melahirkan anak.Jika berlemampuan boleh la mendapatkan produk2 ni.Walaupun harga nya mahal tapi dah tentu ianya juga berbaloi.


Sekian..

Tuesday, 2 January 2018

JERAWAT SEMAKIN BANYAK DI WAJAH KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum...


jerawat banyak ketika mengandung


Wajah berjerawat semasa mengandung  memang ramai yang mengalami nya.Saya sendiri ketika mengandung l anak kedua wajah jadi hitam , berjerawat dan berparut. Hinggakan saya jadi malu untuk bergambar dan malas untuk keluar rumah.Aktiviti ketika hamil banyak dilakukan didalam rumah sahaja.

Mungkin bagi sesetengah wanita mereka hanya membiarkan sahaja jerawat yang tumbuh di wajah kerana merasakan ianya akan hilang sendiri selepas melahirkan anak.namun ada juga yang berusaha menghilangkan jerawat ketika mengandung  kerana tidak mahu masalah jerawat berlarutan sehingga selepas bersalin.

Ini kerana sudah tentu selepas bersalin kita tidak punya banyak masa untuk diri sendiri apa lagi untuk masalah jerawat yang semakin hari seperti tidak berpenghujung.Malah parut2 jerawat juga akan meninggalkan kesan selepas melahirkan anak.

Punca dan cara mencegah jerawat ketika mengandung


Salah satu punca mengapa jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung  adalah kerana perubahan dan peningkatan hormon androgen,.Hormon ini akan membuatkan kulit kita menghasilkan sebum yang lebih banyak berbanding waktu ketika tidak hamil.Penghasilan sebum yang meningkat membuatkan pori-pori kulit tersumbat akibat debu dan habuk.Ini lah punca utama jerawat semakin  banyak di wajah ketika mengandung






Untuk mengatasi masalah jerawat ketika mengandung ibu -ibu yang hamil  tidak boleh menggunakan produk-produk kosmetik yang selalu digunakan kerana dikhuatiri mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan kandungan.Antaranya ialah produk yang mengandungi Salicylic acid,Isotretinoin,Retinoid dan  antibiotik tetracycline .

Untuk mengurangkan jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung boleh la menggunakan beberapa bahan semula jadi seperti madu, lemon dan soda bikarbonat.

Ibu-ibu yang hamil juga boleh mencuci muka dengan lebih kerap untuk mengurangkan jerawat.

Walaupun penggunaan kosmetik dan ubatan tertentu untuk kulit ibu mengandung  dilarang namun terdapat beberapa produk yang sesuai untuk ibu hamil. Anda perlu mendapatkan nasihat dan pakar farmasi untuk menentukan apakah produk rawatan kulit yang sesuai untuk ibu hamil.

Walaupun sedang hamil wanita juga digalak kan bersenam dan bersukan.Cara ini juga dikatakan mampu mengurangkan jerawat semakin banyak diwajah ketika mengandung.Ketika wanita bersenam atau bersukan peredaran darah akan menjadi lebih lancar.Jika dilakukan dengan rutin disiplin ianya juga mampu mengurangkan stress.Namun lakukan lah pergerakan dan sukan yang sesuai dengan keadaan anda yang sedang mengandung.

jerawat ketika mengandung


Kebiasaan memicit dan menyentuh jerawat juga menjadi punca mengapa jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung.Jadi anda harus lah mengelak kan dari menyentuh jerawat . Ini kerana kadang kala terdapat kotoran di bawah kuku kita tanpa kita sedari.Kotoran-kotoran  tersebut akan mudah melekat di kulit wajah kita.

Itu lah serba sedikit tentang jerawat yang semakin banyak di wajah ketika hamil. Semoga artikel ini dapat membantu wanita-wanita hamil yang mempunyai jerawat yang banyak.


sekian..



TIPS DAN CARA PALING BERKESAN UNTUK TAMBAH TINGGI

Assalamualaikum


TIPS DAN CARA  PALING BERKESAN UNTUK TAMBAH TINGGI  Orang Malaysia memang ramai yang nak jadi tinggi .Memang susah nak jumpa orang Malaysia yang tinggi lampai . .Mungkin kerana faktor pemakanan. Ada yang sanggup mencuba  macam-macam petua untuk jadi tinggi . Tapi kalau nak lebih cepat kesan nya boleh lah mencuba Hi-Plus iaitu suplement tambah ketinggian .




Ada banyak sebab kenapa ramai yang nak jadi tinggi antaranya ialah mudah untuk lulus temuduga untuk menyertai pasukan beruniform . Ketinggian saya pun cuma 157cm..gemuk pulak tu.. Talau tinggi memang dah lama minta jadi polis atau pasukan beruniform yang lain..

Bagi yang ada rupa dan penampilan menarik serta pandai bergaya boleh juga jadi model. :)?

Jadi tinggi ni jugak mudah untuk kita memilih pakaian yang sesuai.Tak la sampai nak hantar baju yang baru dibeli ke tukang jahit semata-mata sebab pakaian terlalu labuh.Bukan??

Selain tu juga ianya menaik kan lagi keyakinan diri kita.

Boleh ke tinggi bertambah walaupun umur dah lebih 21 tahun?

Selalu kita dengar soalan ni .Boleh ke tinggi kita bertambah walaupun kita dah lebih 21 tahun?Dah tentu boleh..Tapi tak la tinggi kita tu bertambah dengan banyak .Kebiasaan nya akan bertambah 3cm atau lebih sikit.Itu pun bergantung kepada gaya hidup kita.

Kalau malas bersenam, kurang mengambil makanan berkhasiat memang susah la nak tinggi.Sebab tu la produk Hi-Plus iaitu suplement tambah ketinggian di cipta.Ianya supaya memudahkan kita untuk mengambil makanan berhasiat supaya dapat menambah ketinggian.

Cara Mudah dan paling berkesan untuk meningkatkan ketinggian




Ada berbagai petua , tips dan kaedah  untuk menambah ketinggian.Salah satu Tips dan cara paling berkesan untuk tambah tinggi  ialah dengan bersenam dan menjaga pemakanan.

Antara senamanan yang bagus untuk menambah ketinggian ialah:

a) Melompat
b)Bergayut
c)Berenang
d) stretching

Manakala makanan yang bagus untuk menambah ketinggian ialah

a)Lobak
b)Epal hijau

Seperti yang saya nyatakan tadi korang boleh mencuba mengamalkan  Hi-Plus. Hi-Plus sesuai untuk mereka yang rendah dan  pendek tapi nak jadi tinggi. Jangan terkejut tau kalau lepas korang amalkan Hi-Plus ni ketinggian  boleh meningkat 3cm sehingga 16 cm.




Hi -Plus  ada sijil pengesahan Dari Kementerian kesihatan Malaysia bermakna ianya selamat digunakan. Jangan risau sebab kandungan di dalam Hi-Plus ni adalah sumber semulajadi yang biasa kita ambil dalam pemakanan seharian.

Kandungan Hi-Plus yang sangat bagus untuk meningkatkan ketinggian :




Kalau dilihat bahan-bahan yang terkandung di dalam Hi-Plus ni , ianya terdiri dari bahan semulajadi yang memang selalu kita amalkan..Jadi memang ianya selamat diamalkan oleh sesiapa saja tak kira lelaki atau perempuan.

Nak tahu tak , Ramai yang dah berjaya menambah ketinggian selepas amalkan Hi-Plus ni. InsyaAllah dengan cara yang betul dan konsisten pasti akan dapat melihat kesan nya. Saya kongsikan beberapa testimoni dari mereka-mereka yang dah mencuba mengamalkan Hi-Plus dan mendapat hasil yang terbaik.

Rata-rata pengguna dapat merasai kesan nya dalam masa 30 hari selepas pengambilan Hi-Plus. Kemudian dibulan kedua hingga kenam ianya mula memberi kesan kepada tulang .Pada tahap ini tulanng berada di tahap maksimum.

Kemudian pada 6 bulan keatas perubahan sudah jelas dapat dilihat. Namun bagi mereka yang tidak serasi dengan produk ini mungkin tak dapat merasai perubahan-perubahn tersebut.








Apa yang lebih menarik lagi dengan setiap pembelian Hi-Plus korang juga akan diberikan 6 bonus tambahan dengan beberapa lagi barangan lain yang boleh membantu korang mendapatkan hasil yang lebih baik dan cepat. Cepat2 dapatkan Hi-Plus dengan menghubungi 019-3723381- untuk sebarang pertanyaan

Korang boleh layari laman web Hi-Plus untuk maklumat lebih lengkap.Semoga artikel Tips dan cara paling berkesan untuk tambah tinggi ini dapat membantu sesiapa sahaja diluar sana yang ingin menambah ketinggian.

sekian..







AWAL TAHUN BARU 2018 NI APA LAGI CERITA NAK DI TULIS KALAU BUKAN AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikum.


azam dianarashid 2018


Bila tiba awal tahun mesti masing-masing nak bercerita tentang azam tahun baru..kan??Saya ni banyak azam setiap tahun.Sebab saya ni kalau berazam memang buat sungguh-sungguh ..Mesti jadi lepas tu kita fokus pada azam yang lain pulak..Macam tu la cara saya berazam..

Satu lagi sebab kenapa azam banyak2 setiap tahun sebab kadang2 berazam benda yang sama setiap tahun, di campur pulak dengan azam yang baru..Tu pasal la jadi banyak..hahahah..

Saya tak mau cerita tentang hal peribadi berkaitan azam ni..Biarlah rahsia ye..hahahahBukan apa, azam ni bila dicanang2 takut tak jadi..Lepas tu malu sendiri..Jadi kita cerita tentang azam dengan blog ni je la..






Untuk tahun 2018 saya berazam nak beri lebih fokus pada penulisan di blog. Saya nak kurang kan post-post tentang iklan.Sebenarnya ini juga azam saya tahun 2017 yang lalu.Tapi biasa la bila nampak duit je jadi lupa azam kita tu..hahahah..tapi memang saya dah kurangkan sikit ambik review-review..

Kalau tahun 2016 saya boleh dapat 4 angka dengan menulis iklan di blog.Tapi 2017 saya kurangkan kepada 2 post sahaja sebulan.. Saya memang nak fokus menulis tentang isu semasa, cerita viral, post2 tentang pendapat dan cadangan..Tapi kadang2 bila dapat tawaran je laju je terima..hahaha..Maklum la..perempuan kan suka duit.hahah


Untuk tahun ni harap saya tak terlalu mengejar duit..Memang buat blog ni kena juga ada hasil..kan?Sebab tu saya kata saya cuma nak kurangkan beriklan..Saya tak kata saya tak mau beriklan..okkk..Jangan salah sangka pulak..Buat blog kena ada hasil tapi jangan sampai lari kita punya tujuan utrama berblog.

Saya rasa bila saya terlalu fokus pada nak buat review nampak macam tak de arah blog saya ni.Bayangkan lah, bila kita tulis review ambik masa bukan sejam dua tau..kadang sehari suntuk..Sedangkan kita ada banyak benda lain nak di tulis dan diluah..Hahaha..Kecewa sangat la di situ..

Saya dah join  adsense, ada nuffnang, ada klikjer , banyak dah tu..kan?? dan kalau saya ambik review pun mungkin setakat sebulan 1-2 review post sahaja.. Tengok keadaaan cemana ok..Kalau saya tak de bahan nak tulis mungkin saya akan tulis review.

Tapi setakat ni saya tak pernah rasa tak de apa nak di tulis..hahaha..

tahun baru 2018 dianarashid.com

Saya nak banyak menulis macam2 isu supaya lebih ramai akan baca blog saya,.Saya tak mau fokus pada satu aliran pembaca je.Saya nak jadikan blog saya ni sebagai sumber maklumat yang pelbagai..Ada macam-macam cerita di situ.Insyaallah dalam masa sedikit lagi saya nak ubah sedikit paparan blog saya ni..Ubah sikit je terutamanya bahagian nav bar tu.

Saya juga nak mulakan semula rutin blogwalking setiap hari..dah lama tinggal rutin ni..ada juga bw sekali sekala tapi susah nak disiplin kan diri macam awal2 buat blog dulu..



Ok..tu je lah azam saya untuk blog dianarashid.com ni..

sekian..