Skip to main content

Posts

4 KISAH SERAM DI MUZIUM MELAKA

Siapa suka pergi Muzium?Anak-anak saya memang suka ke muzium. pertama nya sebab diaorang suka membaca, dan kedua sebab si adik boleh berguling atas lantai.hahahah..
Tapi ada orang yang tak suka ke Muzium kerana di muzium terdapat barang-barang lama yang katanya ada 'bertuan" ., Jadi benda2 macam ni akan membuatkan ada perkara mistik berlaku dalam muzium tersebut.
Betul ke dalam ada perkara macam tu berlaku?
Mengikut cerita-cerita dari orang ramai , Muzium di Melaka  pernah berlaku kejadian mistik.Perkara ni didedahkan sendiri oleh salah seorang kurator yang bertugas di Muzium tersebut.
Sebelum ni dah ramai yang cerita muzium ni memang seram dan berlaku berbagai kejadian aneh.
Jom kita baca kisah benar kejadian di dalam Muzium tersebut yang boleh buat korang berdiri bulu roma.Kisah-kisah ini diceritakan oleh oleh kurator di muzium tersebut yang tidak didedahkan nama sebenarnya.




KISAH 1  Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada…

FATTAH DAN FAZURA JEMPUT PEMINAT KE MAJLIS PERSANDINGAN

Belum habis lagi peminat-peminat terbuai dengan gambar-gambar cantik Fazura di majlis persandingan nya yang berlansung di Mandarin Oriental Kuala Lumpur baru -baru ini , Fatah dan Fazura kali ini membuat kejutan menghargai peminat-peminat dengan menjemput semua peminat datang ke majlis persandingan mereka .

3X BIG Points Bila Korang Book Tiket Flight Dan Hotel Dengan AirAsiaGO! Khas Mac Ni Je Tau!



Pada sesiapa yang berkelapangan dan memang nak berjumpa dengan pasangan sama cantik dan sepadan ni boleh la menghadiri majlis persandingan pasangan ini yang akan berlangsung di  Royal Palace.

"Kami mengundang seramai 5,000 peminat untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi kali ini. Acara akan berlangsung pada sebelah siang dan dibahagikan kepada dua sesi bagi memudahkan semua pihak.

Kami juga akan cuba sedaya upaya memuaskan hati peminat yang hadir. Memang menjadi hasrat kami untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seni saya dan isteri, selama …

SENARAI ORANG PALING KAYA DI DUNIA 2018

Senarai orang paling kaya di dunia untuk tahun 2018 ni saya baca di Forbes . terkejut jugak sebab kedudukan teratas sebelum ni , orang paling kaya ialah Bill Gates tapi sekarang tak lagi.

Jeff Bezos kini mengatasi kekayaan Bill Gates dan sekaligus diiktiraf sebagai orang paling kaya di dunia.Bos Amazon ini mempunyai nilai harta sebanyak US$112 Bilion.

Jeff Bezos berusia 54 tahun  dilahirkan pada 12 january 1964 adalah usahawan teknologi Amerika, pelabur, dan dermawan,. Dia juga  terkenal sebagai pengasas, pengerusi, dan ketua pegawai eksekutif Amazon, portal membeli-belah dalam talian terbesar di dunia.

Berikut adalah senarai 20 orang paling kaya di dunia .





 Kekayaan Bezos melonjak setelah saham Amazon naik 59% dalam masa 12 bulan. Ini menyebabkan kekayaan Bezos kemudian nya  naik US$ 39,2 Bilion

Itu adalah kenaikan paling tinggi sejak Forbes mula menyenaraikan  orang-orang terkaya sejak 1987.

sekian..

DI NORWAY ADA BANDAR YANG TIDAK DISINARI MATAHARI

Korang pernah sampai kesebuah bandar kecil di negara Norway yang dikenali dengan nama Rjukan? Kalau belum apa kata korang singgah ke pekan kecil ini. Yang menariknya di sini ialah bandar ini tidak di sinari cahaya matahari.


Bandar kecil  ini terletak di Norway.2 km dari ibukota negara Norway.  Masyarakat di sana hidup dengan cahaya pantulan matahari dari cermin besar yang di letak kan di atas bukit.

Ini berlaku kerana bandar tersebut berada di tengah-tengah kawasan pergunungan . Gunung-ganang di sekitarnya membuatkan bandar kecil ini terlindung dari sinaran cahaya matahari.


Pada tahun 2013  Martin Andre, seorang warga tempatan  yang bekerja di penjana hidroelektrik di  situ  membuat cermin raksasa besar..Dia membuat tiga cermin khas berukuran 17 meter persegi dan diletakan di atas lereng gunung setinggi 450 meter. Cerminnya menggunakan kaedah heliostat (Varden)

Dana untuk projek tersebut di berikan oleh pemerintah tempatan sebanyak 5 juta NOK.


Heliostat adalah salah satu cara baru un…

MAJIKAN PUKUL DAN UGUT BUNUH PEMBANTU RUMAH SECARA LIVE DI FACEBOOK

Hongkong , seorang pembantu rumah warga Indonesia di Hongkong di pukul  majikan nya dan mengejutkan apabila pelakunya ialah seorang wanita tua berusia 79 tahun. Lebih  dasyat lagi ianya disiarkan secara live di facebook.

Sebuah video live di facebook yang menunjuk kan seorang wanita memukul dan mengugut untuk membunuh pembantu rumah tersebut menjadi viral di media sosial.
Dalam video itu menunjukkan majikan nya masuk ke bilik dan mula berleter dan memarahi pembantu rumahnya 
Perang mulut antara mereka menyebab kan wanita berusia 79 tahun itu menampar dan memukul pembantu rumah warga Indonesia tersebut bertalu-talu sambil pembantu rumah terus beristigfar dan menyebut Ya Allah..ya Allah....
Kemarahan majikan nya semakin menjadi-jadi apabila pembantu rumahnya itu bercakap dalam bahasa jawa dan terus beristigfar.
"..mengapa anda bercakap dalam bahasa lain.?Saya tidak faham" sambil dia terus memukul pembantu rumahnya 
Mengikut  laporan Coconut Hong Kong , Majikan nya itu menuduh pembn…

KEJAMMYA MANUSIA..SAMPAI HATI BAKAR KUCING DALAM SANGKAR

Assalamualaikum..

Tak tahu apa punca dan sebab nya ada orang suka menganiaya haiwan seperti kucing dan anjing .  Mereka melakukan kekejaman kepada haiwan-haiwan ni seolah-olah haiwan ni tak ada rasa sakit dan tak berperasaan,

Kenapa lah mereka sanggup melakukan perkara macam tu..Tapi yang pasti mereka yang suka melakukan keganasan dan kekejaman kepada haiwan  ni mesti ada masalah mental. Mungkin mereka sendiri dididik dengan suasana yang tak peduli tentang haiwan peliharaan.

Seperti yang dikongsi oleh Cherry@frsarsln  di twitter , beberapa gambar ekor kucing milik nya melecur di kaki kerana dipercayai menjadi mangsa penganiayaan manusia yang kejam.

Menurut nya , kucing-kucing nya yang berada didalam sangkar mengelupur dan menjerit kesakitan apabila api marak didalam sangkar kucing miliknya.


"..2am, 1/3/2018, kucing menangis kat luar, sangkar dah penuh api, aku nampak dengan mata aku diorang mengelupur terbakar, kalau betul dizalimi orang. Aku harap dia dapat balasan berlipat kali gand…

SERAM!! KELIBAT BUDAK KECIL TANPA MUKA SERING DILIHAT DI DALAM RUMAH .

Rumah ada gangguan makhluk halus ni biasanya gangguan akan berulang dan selagi kita tak lakukan sesuatu selagi tu lah benda tu tetap ada dalam rumah.

Tapi ramai orang akan memilih untuk berpindah sahaja bila tak de jalan lain lagi selepas berbagai usaha dilakukan.

Bagi yang pernah alami gangguan dalam rumah ni ,mesti selalu nampak lintasan atau bayang2 melintas lebih teruk lagi ada yang dapat melihat benda tu dengan jelas .

Ada kisah seram yang dikongsikan Mira Jemy tentang beberapa kejadian seram yang berlaku dalam rumah keluarga nya.

"...So kalau korang zoom dekat bahagian atas kiri korang boleh nampak macam tangan kan. Yup tu tangan "dia". Aku kalau berdiri dekat situ  bahu aku sama paras dengan tangan tu. So benda tu terapung actually btw tinggi aku 168cm. Gambar ni adik aku ambik waktu 2014 tak silap aku




First day  ambik gambar ni memang tak perasan apa-apa pelik tapi lepas 2 minggu adik aku tunjuk dekat mak aku "Umi tu tangan siapa?". Pastu mak aku terkejut s…

LELAKI INI PUKUL DAN IKAT ANAK PADA MOTORSIKAL DAN MENGHERETNYA SEPANJANG LALUAN BERBATU

Banyak betul kisah-kisah kekejaman yang dilakukan pada kanak-kanak yang dikongsikan sekarang ni.Itu kes-kes yang berjaya dikesan dan dirakam. Macam mana dengan kes-kes yang terpencil dan tak di hebahkan.? 

Entah apa lah penyebab nya anak-anak kecil diperlakukan sebegitu.kadang-kadang  kesalahan yang dibuat oleh anak-anak kecil tu tak seberapa pun. Hanya kesalahan kecil yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak. Tapi Orang tua tak mampu mengawal perasaan dan anak kecil menjadi mangsa.







Boleh dikatakan tekanan hidup juga menjadi satu punca mengapa anak kecil menjadi mangsa penderaan . 

Berlaku di China , video seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di dera bapanya tersebar di media sosial.





Lelaki yang dikenali sebagai Wei dilihat memukul punggung , belakang dan bahagian kepala  anak perempuan nya dengan kuat tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan si anak.

Tidak cukup dengan memukul anak nya, Wei kemudian di lihat mengherat anak nya kearah motorsikal dan mengikat anaknya dibelakang motors…

MAKAN SOSEJ YANG DIBELI DI TEPI JALAN,LIHAT APA YANG DI ALAMI KANAK-KANAK

Anak-anak saya suka makan benda yang sama dari tempat yang sama dan kadang-kadang saya rasa ianya macam satu kelebihan juga pada saya. Anak-anak saya tak terkena alahan sebab saya cuma beri mereka makan benda2 yang mereka selalu makan sahaja.

Memandangkan sekarang ni anak-anak kita mudah sangat terkena alahan yang berpunca dari makanan, nak tak nak kita kena berhati-hati dalam memilih makanan untuk mereka terutamanya bila kita nak cuba beri makanan baru . 

Baru-baru ni ada perkongsian pengalaman dari seorang ibu yang menghadapi pengalaman ngeri apabila wajah anaknya berubah menjadi bengkak dengan tiba-tiba sampai melarat ke bahagian badan. Ianya berpunca dari alahan pada makanan..

Jom kita baca perkongsian dari seorang ibu yang dikenali sebagai  Dyla




"Mommy, kalau tetiba anak merengek tengah malam tu cepat - cepat bangun bukak lampu tengok keadaan anak. Bukan tepuk - tepuk dia suruh dia tidur balik.


Sebab apa aku pesan macam ni, sebab benda ni terjadi dekat aku sendiri. 


Ahad (Malam) a…

RESEPI POP CORN CARAMEL SEDAP , RANGUP DAN PALING MUDAH

Popcorn memang sangat digemari tak kira kanak-kanak dan juga orang dewasa. Kalau dulu popcorn ni cuma ada perisa caramel je. Tapi sekarang dah dipelbagaikan rasa popcorn tu supaya lebih ramai yang dapat menikmati popcorn dengan perisa kegemaran masing-masing.
Ramai yang lebih suka kan popcorn yang rangup dan cara membuatnya sebenarnya tidak la susah pun.
Bagi kebanyakan ibu-ibu popcorn boleh la dikatakan sebagai snek untuk anak-anak yang sangat mudah disediakan . Kalau dah tak de apa sangat nak di jamu , buat je popcorn. 
Lepas tu letak la perisa apa yang anak-anak kita suka.Bagi orang dewasa mungkin lebih suka kan popcorn  perisa keju ataupun yang berempah.Untuk kanak-kanak perisa caramel, strawberry atau pun untuk lebih sihat cukup popcorn kosong yang tak disalut apa-apa perisa.
Macam anak saya ni kadang2 dia nak makan popcorn yang tak di letak kan apa-apa perisa. Tapi masa masak jagung tu kena guna mentega yang ada garam atau kalau tak de butter guna majerin je.

Biji jagung untuk buat p…

LAGI KISAH SERAM DI HOSPITAL

Satu lagi kisah seram saya nak kongsikan hari ini. Kisah seram di hospital kali ni lebih seram dan boleh buat bulu roma korang berdiri .Kejadian dikatakan berlaku disebuah hospital di sebuah negeri di daerah pedalaman.

Dari apa yang digambarkan tak la pedalaman sangat. Masih ada hospital dan KFC tu saya rasa mungkin ianya cuma bandar kecil.

Jom kita baca cerita yang dikongsikan oleh Saudari Dena Bahrin  ni yang dikatakan berdasarkan dari kisah yang kakaknya sendiri ceritakan.


"Hospital and horror stories never get old.Time my sister kerja kat hospital kat satu negeri  area perkampungan pun banyak je cerita dia lagi lagi kat zon kritikal & kids. 

Plus,the nurses & doctors pun memang cakap penduduk situ pesakit ramai juga jumpa bomoh dulu baru doctor.


I think i'm not going to tell which negeri is it . But know that, the hospital is big ofcourse and the only hospital yang elok in that area. 

Dia memang kawasan yang tak bandar. Kedai makan paling mewah pun kfc je. So imagine je…

DAPAT TUDUNG BAWAL SEMPENA AIDIJUMA GOLD LABEL GA BY ANIES

Saya suka betul kalau orang buat Giveaway hadiahnya tudung. Lagi-lagi kalau tudung bawal Aidijuma . Belum menang pun dah berangan-angan pakai bawal Aidijuma . ahhaha..
Baru-baru ni angan-angan jadi kenyataan bila saya dapat hadiah dari Travel blogger yang satu ni.. Blogger anies ni memang rajin buat giveaway.
Murah rezeki Anies lepas ni..dapat la kot travel tempat2 best serata dunia . 

Terima kasih Anies sebab pilih blog ni sebagai salah satu pemenang. Sangat suka dengan hadiah dari Anies ni..Saya ni memang tak banyak tudung warna hitam. Masuk yang ni , ada dua je tudung hitam saya.hahhaha..
Cerita sikit pasal blog Anies. Blog ni niche travel. Memang selalu saya baca blog ni . Setakat ni dah banyak tempat yang Anies pergi antaranya Perancis, Egypt. China dan banyak lagi tau.
Setiap memori perjalanan nya akan di catatkan dalam blog dia.. Yang terbaru catatan perjalan Anies bersama Blogger Sal ke Hong Kong.
Banyak perkara-perkara menarik dikongsikan dalam blog AniesandYou . kalau koran…