Monday, 18 December 2017

JONGHYUN SHINEE DITEMUI MATI DIPERCAYAI BUNUH DIRI

Assalamualaikum..


Berita yang pasti membuatkan peminat-peminat kumpulan SHINee sedih dan kecewa malah menggempar kan dunia hiburan Korea hari ini apabila salah seorang anggota SHINee ditemui mati dirumahnya dipercayai membunuh diri.

Pihak Polis Gangnam telah memaklumkan tentang kematian Jonghyun berpunca dari membunuh diri.

Dipetik dari Koreaboo. pada 18 disember 2017 polis mendapat panggilan telefon pada jam 16:42 dari salah seorang ahli keluarga Jonghyun memakumkan Jonghyun cuba membunuh diri.






Polis kemudian nya bergegas ke apartment  Jonghyun di Chungdam dan menemui beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis yang datang bersama pihak Forensik kemudian nya membawa Jonghyun ke Hospital Universiti Konkuk dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana serangan jantung.



Menurut laporan forensik Jonghyun mati akibat terhidu karbon dioksida yang berpunca dari arang batu yang dipanaskan diatas kuali dapur.

Ahli keluarga yang melaporkan perkara tersebut memaklumkan  dia mendapat pesanan mengatakan yang Jonghyun cuba membunuh diri dan terus menghubungi pihak polis.

sekian..

OKI SETIANA DEWI KONGSI GAMBAR DETIK MANIS SAMBUT KELAHIRAN ANAK KE 3

Assalamualaikum..

OKI SETIANA DEWI KONGSI GAMBAR DETIK MANIS SAMBUT KELAHIRAN ANAK KE 3 Selalunya kita tengok ramai selebriti yang tidak akan dedahkan wajah anak mereka yang baru lahir.Tapi berbeza dengan pelakon dari seberang dan juga pernah menjadi Juri Gema Gegar Vaganza ini , Oki Setiana Dewi . Beliau dan suami nya tidak kisah memuat naik gambar anak lelaki mereka yang baru lahir  untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikut mereka.

Oki memuat naik gambar-gambar detik manis beliau dan suaminya didalam dewan bedah ketika baru sahaja melahirkan bayi ke 3 nya . Seperti kelahiran yang lepas kali ini juga Oki melahirkan secara pembedahan.

Photo by @DIERABACHIR


Oki juga berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan nya dalam catatan ringkas yang di tulis di laman Instagram nya..


okisetianadewi :setiap kehamilan memiliki ceritanya sendiri-sendiri. kehamilan ini berbeda dari sebelumnya.. seingat saya, saya hanya muntah 2-3 kali saja pada kehamilan ini. 
mengandungnya menyenangkan. saya berterbangan kemana saja sampai usia kehamilan 32 minggu. 













pada saat mengandungnya, saya mendaptkan 2 beasiswa untuk mempelajari Islam di Australia dan Jerman untuk menjalankan studi singkat. Allah izinkan saya menjelajah bumi Andalusia dalam proyek pembangunan masjid di Seville, hingga pergi haji ke Baitullah



di minggu-minggu terakhir kehamilan, saya betul-betul membatasi kegiatan. saya hanya pergi kuliah sambil menyelesaikan tulisan saya untuk sebuah buku. serta menghadiri beberapa kegiatan yang saya anggap sangat penting. salah satunya : Palestina. 
banyak waktu dihabiskan bersama kakak maryam dan kakak khadeejah. mengajak mereka berdua bercengkrama dan merasakan tendangan sang adik



Hal yang tak pernah saya lupakan dan saya tau merupakan mustajab nya doa adalah meminta doa dari para jemaah pengajian/ dalam majelis ilmu serta doa dari santri penghafal quran @maskanulhuffadz 
doa-doa mereka mustajab. selain doa dari para orangtua dan guru tentunya.





tiba saatnya melahirkan. sungguh saya ingin menjalani persalinan normal sejak kehamilan pertama. saya begitu sedih saat dokter menyatakan sy harus menjalani oprasi caesar saat itu karena sy mengalami simpisis pubis disfungsi yg membuat saya tak bisa menggerakkan kaki. hingga qodarullah sampai persalinan ketiga pun harus menjalankan oprasi caesar



saya tak ingin kelelahan seperti kehamilan kedua yg lalu. saat persalianan khadeejah, hemoglobin saya yang hanya 9 membuat saya sangat lemah saat menjalankan oprasi dan merasa sulit sekali bernafas. kehamilan ketiga ini saya betul2 menjaga agar keadaan fisik saya baik. 
ditangani semua dokter perempuan (dokter kandungan, dokter anak, dokter anastesi) dan perawat-perawat perempuan , ditemani alunan murottal syeikh mishari rashid favorit saya serta genggaman tangan yg erat dari suami, persalinan pun berjalan cepat dan lancar. Alhamdulillah!




Alhamdulillah,telah lahir anak ke 3 kami , Ibrahim Muhammad Abdullah, pada hari Senin ,18 Desember 2017 pkl 6.20 pagi dengan panjang 51cm dan berat 3,7 kg.

semoga anak ini diberkahi dan dikaruniakan kebaikkan olehNya. 
Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.” (QS. Huud: 75). yang berbahagia,
Ory Vitrio Abdullah dan Oki Setiana Dewi

-Oki Setiana Dewi-


Tahniah untuk Oki dan suaminya. Kalau dilihat gambar2 yang di kongsikan ni memang cantik2 .kan?/Sebab suami Oki ni seorang jurugambar..

Tahniah juga untuk Khadeejah dan Maryam sebab dah dapat adik.. Semoga anak-anak Oki membesar menjadi anak-anak yang cemerlang dunia akhirat.

sekian..


KENAPA KITA KENA ADA BLOG

Assalamualaikum...



Kenapa kita kena ada blog.Saya selalu terfikir kenapa ramai orang tak buat blog sedangkan ada banyak kelebihan jika kita ada blog.Sejak saya menulis dari 2010 saya dah melihat jatuh bangun ramai blogger. Ada yang menulis dan terhenti di tengah jalan.Ada juga yang sehingga sekarang masih bersemangat menulis dan melontarkan idea-idea dalam penulisan.


Disamping tu ada juga yang baru ada keinginan untuk buat blog dan menguruskan blog sendiri.Jujur lah saya bagitau ni , nak ada blog memang senang tapi nak menguruskan nya sangat susah dan korang perlu jugak ada sedikit kemahiran.Kalau tak de kemahiran korang perlu ada duit.Kenapa kita kena ada blog sedangkan saya kata nak menguruskan nya susah?

Tapi kebanyakan blogger yang saya kenal masing-masing ada kemahiran menguruskan blog.Jadi tak la mereka melaburkan banyak duit untuk blog mereka.Yang tak de kemahiran boleh la upah orang lain untuk edit blog dan untuk tolong update blog.

Setakat ni saya memang melakukan segala nya sendiri. Tak payah laburkan banyak duit untuk blog. Lagipun dah banyak tutorial dan teknik blog yang dikongsi oleh blogger-blogger lain.Cukup lah korang tahu perkara asas tentang blog dan teknik menjadikan blog korang sebagai pilihan pembaca.

Kalau ditanya pada saya perlu kah  ada blog.? Saya akan jawab YA. Saya rasa sepatutnya kita kena ada blog..Ada banyak sebab kenapa kita kena ada blog.Saya kongsikan di sini sebab kenapa korang sepatutnya ada blog.







1- Membantu orang lain
Setiap hari berjuta-juta orang mencari sesuatu di enjin carian.Ada yang mencari tips kesihatan, resepi masakan, tempat membeli belah dan berbagai-bagai lagi maklumat yang dicari.Korang boleh menggunakan blog korang sebagai hebahan untuk perkara-perkara seperti ini.

Ianya banyak membantu orang ramai mencari tempat makan yang murah, kosmetik yang berkesan, cara membayar bil, cara melanggan perkhidmatan dan sebagainya. Maklumat yang korang kongsikan ini sangat-sangat membantu mereka di luar sana.

Korang juga boleh menulis tentang mereka-mereka yang memerlukan bantuan dan dalam kesulitan. Dengan artikel yang korang tulis siapa tahu mungkin ada pihak-pihak lain diluar sana yang sudi membantu.





2- Buat duit
Tidak dinafikan ramai blogger yang menghasilkan wang dengan hanya menggunakan blog.Di Malaysia sendiri ada yang menjadi blogger sepenuh masa kerana mampu menghasilkan pendapatan dengan hanya menulis blog.Bermula dengan minat , mereka kembangkan blog mereka menjadi sumber pendapatan.

Ada banyak cara untuk menjadikan blog sebagai sumber kewangan.Salah satu yang saya lakukan ialah dengan menyertai program affiliate . Kebanyakan program affiliate memberikan komisyen yang tinggi . Korang boleh membuat postblog atau pun hanya memasang banner ads di blog.

Selain itu kolaborasi dengan syarikat lain juga boleh korang lakukan.Ada syarikat yang memerlukan khidmat korang untuk menulis review dan iklan. Untuk satu post sahaja korang boleh dibayar hingga mencecah ratusan ringgit bergantung kepada jumlah pembaca dan teknik penulisan korang.


3- Memperbaiki teknik menulis
Blog juga mampu memperbaiki teknik menulis. Saya masih ingat semasa awal saya membuat blog, teknik menulis saya sangat teruk dan saya rasa kalau saya baca post-post lama yang saya tulis saya rasa nak mencarut je..Tapi sejak beberapa tahun lalu saya sudah mengubah dan memperbaiki penulisan saya supaya lebih baik dan mudah dibaca .

Untuk memperbaiki teknik menulis , saya juga banyak membaca blog-blog lain yang lebih bagus.Kemudian saya praktik kan teknik menulis tersebut di blog saya..Bila banyak didedahkan dengan penulisan yang baik, sedikit sebanyak ianya mempengaruhi penulisan kita.



4- Menilai sejauh mana pengetahuan am 
Menulis tentang pengetahuan am membuatkan korang perlu banyak membaca tentang isu-isu semasa dan fakta-fakta.Korang boleh mengulas tentang isu semasa dengan mudah jika banyak perkara yang korang tahu.Disini korang boleh nilaikan sendiri sama ada korang tahu banyak perkara atau tidak.

Kalau korang minat nak tulis tentang isu semasa dan pengetahuan am, tapi ada banyak perkara yang korang tak tahu, korang boleh jadikan post korang sebagai medan perbincangan.Dalam post tersebut tak salah kalau korang minta pembaca untuk kongsikan pandangan dan buah pemikiran mereka tentang satu-satu isu.Ini juga mampu mempertingkatkan pengetahuan korang.


5- Untuk kenal dengan lebih ramai orang
Awal saya buat blog saya tak kenal siapa-siapa orang terdekat saya yang ada blog.Saya buat blog sebab seronok baca blog orang je. Tapi bila dah ada blog , saya mula bercampur dengan blogger lain.Tambah mereka sebagai rakan facebook, twitter dan mula ada instagram untuk tahu update terkini dari mereka.

Kami mula berhubung dan semakin hari semakin akhrab.Kami banyak berkongsi pendapat tentang isu semasa, tentang blogging dan sebagainya. Ternyata dengan blog saya  mampu mendapat ramai kenalan.

Selain itu saya mula mengenali mereka-mereka yang ada perniagaan berkaitan kecantikan, makanan dan sebagainya. ianya disebabkan saya banyak menerima khidmat menulis review produk.


Itu lah 5 perkara yang saya boleh kongsikan kenapa kita kena ada blog . Saya harap dengan artikel ini korang boleh buat blog yang bagus dan memberikan korang semanagt untuk menulis blog.


Sekian..

Sunday, 17 December 2017

AISYAH RANGKUL JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KE 4 2017

Assalamualaikum.



Tahniah untuk Aisyah Juara Gegar Vaganza musim ke empat. Tiba lah sudah minggu akhir Gegar Vaganza musim ke Empat.Konser Akhir Gegar Vaganza musim ke 4 kali ni di adakan di Johor Baharu.

Senarai Pemenang Gegar Vaganza :

Tempat pertama : Aisyah

Tempat Kedua : Liza Hanim

Tempat Ke Tiga : Lan Solo

Tempat Ke Empat: Hazami

Tempat ke Lima: Firman

Tempat Ke enam: Tia JinBara

Untuk pemenang Digi Star Of The Week jatuh kepada Hazami yang dapat rm1000 . Mana kala Bagi Anugerah Gelora Vida Vaganza pula jatuh kepada , siapa lagi kalau bukan Aisyah..

Peserta akhir terdiri daripada Hazami, Firman, Lan Solo, Liza Hanim, Aisyah dan Tia JinBara.. Awal-awal persembahan 6 finalist ni , macam tak boleh nak duga lagi siapa yang mampu jadi juara.Semua nya di tahap yang sama.Hebat! Macam-macam nama yang dijangka akan jadi Juara Gegar Vaganza Musim Ke Empat.Bermakna masing2 ada kekuatan mereka sendiri.


Sebelum baca review konset akhir Gegar Vaganza musim ke 4 ni meh kita tengok dulu gambar-gambar  konsert Gegar Vaganza musim 4.















Untuk persembahan solo saya paling suka dengan persembahan Tia JinBara. Vokal nya hebat dan sepanjang Gegar Vaganza 4 ni saya rasa dia lah peserta paling konsisten.Susah kita nak dengar komen2 yang kata persembahan dia teruk dan sebagainya.

Saya tak tahu kenapa tapi saya selalu rasa persembahan Hazami sangat membosan kan..hahaha.. Suara dia memang la bagus tak dinafikan dia memang ada vokal yang hebat.Dia kan guru muzik...Mungkin sebab saya dah nampak ramai yang ada suara macam dia..Dan mungkin juga sebab setiap minggu dia dapat lagu tak best.hahahah..

Jangan marah ye peminat Hazami..Ni pendapat saya je..





Persembahan Firman untuk minggu akhir ni juga saya rasa biasa-biasa saja.Bila lagi dia nak buat kejutan macam minggu yang dia nyanyi lagu Zalikha tu, kalau bukan di minggu akhir ni..tapi kecewa sebab persembahan nya biasa2 saja.Kita kan sekarang dalam pertandingan.

Minggu lepas masa segmen ada lagu ada lagi tu, ramai yang macam seronok je bila Liza Hanim dapat lagu Meniti Titian Usang . Tak sabar nak tengok macammana la persembahan Liza Hanim menyanyikan lagu dari kumpulan Search ni.. Lagu ni agak susah nak dinyanyikan .Tapi Liza Hanim dapat menyampaikan nya dengan baik sekali..Liza Hanim tak mensia-siakan kehebatan vokal nya.Memang tak payah nak sanghkal kenapa ramai yang menjangka kan Liza Hanim menjadi Juara Gegar Vaganza musim ke 4.





Lan Solo, peserta kegemaran saya ni.Tapi sepanjang Gegar Vaganza ni tak semua persembahan Lan Solo saya suka..Hahhaha... Untuk minggu akhir Lan menyampaikan lagu  bahasa Inggeris. Awal persembahan vokalnya macam lemah sikit. Bunyi sebutan pun macam baca buku. Tapi bila part corus dia bagi habis la sampai tak dengar apa dia sebut..Hahha.. pa pun bunyi nya memang syok la  didengar..Memang rock sangat sesuai dengan lan. Istimewanya persembahan Lan kali ni dia siap angkut semua LK Rangers ke atas pentas bersama-sama nya semasa persembahan. LK Rangers ni adalah kelab peminat Lan Cobain.. Eh!!Lan Solo... tapi tu la..Juri kata tak jelas sebutan nya..tapi kalau dengar lagu2 rock inggeris kebanyakan nya  memang kita bukan dengar jelas pun apa dia orangsebut..Hahahah..






Akhirnya dikonsert Final ni baru la dapat tengok baju Kak Aisyah yang lain dari selalu.Kalau  tidak nampak sama je..hahha. Saya sebenarnya malas nak ulas persembahan  Aisyah ni sebab dia memang bagus la.Lagu2 yang dia dapat pun best2..Tu pun penyumbang jugak kepada jeritan2 histeria penonton tu tau..Kalau dapat lagu yang biasa2 , penonton jerit pun bunyi biasa2 je la..Persembahan Aisyah di Konsert akhir memang best dan korang bayang kan lah dia punya nyaring jerit part last tu cemana..mantap!!Kata Juri  ini lah persembahan terbaik sepanjang Gegar Vaganza musim ke 4.

Pusingan kedua iaitu Pusingan Battle.. Peserta kena berduet pulak.Untuk battle pertama Firman dan juga TiaJinbara.. Memang entah apa la yang Tia dok menyumpah. Hahhaha..Tapi memang terhibur la persembahan battle diaorang ni..

Battle kedua menampilakn Lan Solo dan Hazami.Boleh la dikatakan persembahan mereka berdua ni best dan menghiburkan.. nak komen lebih2 pun kita pun bukan reti rap. Hahah.. Takat rap lagu KRU masa muda2 dulu ada la..Dah tua2 ni kalau rap boleh tergelincir lidah.Jadi kita pun paham jugak la lidah tua peserta-peserta gegar vaganza ni..hahahah..

Battle terakhir ..Liza Hanim dan Aisyah menyampaikan lagu Supergirl..Lagu apa ni???hahhaah..Serius weh!!tak pernah dengar lagu ni.Tapi dengar Aisyah dan Liza Hanim nyanyi macam best pulak.. Aisyah Rap ke marah tu??hahaha..Liza hanim macam biasa la..dia memang boleh nyanyi semua genre muzik kot. Apa pun diaorang berdua best tau..esok ulangan kita tengok lagi.







Dengan ini berakhirlah sudah persembahan ke enam-enam persembahan peserta Gegar Vaganza musim ke 4.

Ekslusif hanya di gegar Vaganza dapat tengok Mamat Exist dan Ezad Exist buat persembahan..Walaupun suara lain2 tapi bila nyanyi lagu yang sama , dua2 dengar best..Memang kena tengok ulangan lagi  ni..hahah..

Tahniah sekali lagi untuk Aisyah Juara Gegar Vaganza Musim ke 4. Harap-harap nama nya boleh naik kembali seperti Siti Nordiana. Tahniah juga untuk semua peserta-perseta dan terima kasih sebab menghiburkan kami setiap minggu.

So korang rasa cemana??Puas hati tak dengan keputusan kali ni???


Sekian..





KALAU PAKAI BLOGSPOTJE BOLEH KE APPLY GOOGLE ADSENSE ?

Assalamualaikum...




Kalau pakai blogspot je boleh ke apply google adsense? Sejak ramai blogger yang dah lulus Google Adsense ni makin ramai blogger yang berminat nak memohon Google Adsense termasuk la yang pakai blogspot je.  Saya sendiri pun baru je lulus permohonan Google Adsense.. Dulu masa masih lagi blogspot memang tak terfikir nak apply google adsense. Pengetahuan tentang google adsense tu pun belum ada.Berbeza dengan sekarang , yang pakai blogspot pun dah berimpian nak apply google adsense

Walaupun saya ni baru je lulus adsense tapi dah ada pulak yang tanya  tentang adsense ni.Gelabah jugak la nak jawab sebab kita bukan pakar. Ada yang tanya saya , kalau pakai blogspot je boleh ke lulus adsense ni?

Jawapan nya dah tentu lah boleh.Tak ada masalah pun sebenarnya.macam saya katakan diatas tadi , saya dah pakai domain berbayar dot com baru saya tahu tentang google adsense.Kalau masa saya guna blogspot dulu saya dah didedahkan dengan google adsense , memang saya dah apply awal-awal lagi.Tapi masa dulu nak lulus Google adsense ni bukan nya mudah.Ada banyak yang perlu diperbaiki dalam satu-satu blog.

Kalau korang pengguna blogspot dan nak memohon iklan Google adsense  ini ada beberapa tips mudah yang boleh korang cuba praktik kan sebelum korang memohon.






Yang pertama tulis 13-14 artikel dengan minimun 600 payah perkataan. Artikel tu jugak biarlah yang asli milik korang dan bukan copy paste dari mana-mana . Memang susah nak bermula tapi bila korang dah biasa menulis panjang-panjang , ianya bukan masalah lagi. Bila menulis tu jangan la copy paste. . Cedok idea atau isi dalam content lain tu tak pe..Letak jugak sumber dari mana ..Olah guna ayat sendiri yang lebih menarik.

Bagi blogger yang baru buat blog korang kena tunggu sekurang-kurangnya 25 hari untuk apply google adsense. Dalam tempoh 25 hari tu perbaiki blog korang macam yang no 1 saya tulis tadi. Ada juga yang kata kena tunggu blog berusia 6 bulan atau lebih..Tapi tak salah kalau korang mencuba.Yang penting artikel korang banyak dan content  nya asli.

Pastikan blog korang ada pembaca.Korang boleh guna facebook atau twitter . Macam saya memang selalu saya kongsikan link post saya di facebook dan twitter.mula2 tak ramai tapi semakin lama , semakin ramai yang selesa dengan penulisan saya dan diaorang akan baca apa saya tulis kat blog.Saya tak la pandai sangat bercerita. Tapi orang suka kalau benda yang kita tulis tu dalam bentuk pendapat peribadi atau cadangan . kadang2 dalam post yang cerita tentang benda tengah viral tu, saya selit kan juga pengalaman sendiri .

Korang juga boleh gunakan teknik SEO untuk lebih ramai pembaca blog. Cemana Google adsense nak lulus kalau blog kita tak de pembaca..kan??Siapa nak tengok iklan yang kita letak tu kalau yang baca pun tak ada..

Ok..tu je la..Nak cerita lebih2 tentang adsense ni pun kita bukan pakar tau..Korang boleh tanya blogger-blogger lama yang dah jana beribu ringgit dengan adsense ni macam  blogger Nick Nashram..Tengok blog Nick sendiri pakai blogspot tau..tapi dia memang hebat la bab Adsense ni ..Banyak post tentang google adsense yang saya baca kat blog dia.. Lepas ni kalau ada apa2 hal tanya dia je, jangan tanya saya ok..Hahhaha


sekian...





Friday, 15 December 2017

AZWAN KOMBOS PADAM GAMBAR ANAK DI INSTAGRAM ATAS NASIHAT KELUARGA

Assalamualaikum...



6 Disember yang lalu pelakon Ezzaty Abdullah selamat melahirkan bayi perempuan. tahniah untuk Ezzaty dan Azwan Kombos . Memang seronok dapat baby ni.Rumah rasa ceria. Dapat lah dibayangkan perasaan Azwan dan isterinya apabila  sekarang ni Azwan setiap hari memuat naik gambar anaknya di sosial media.








Malah Azwan turut mewujudkan satu akaun instagram khas untuk anak nya. Akaun yang diberi nama sempena nama anak nya , Harum Dalia kini sudah mempunyai seramai lebih 14 ribu pengikut.


Dalam pada teruja dapat bayi mungkin Azwan terlupa dengan pantang larang orang tua yang melarang gambar wajah anak didedahkan selama siibu didalam pantang.



Di laman instagram nya Azwan memberitahu terpaksa memadam gambar wajah anak nya atas nasihat keluarga.Dia turut mengakui dia terlalu seronok dan bersemangat untuk berkongsi kegembiraan nya pada semua. 

Bagus la kalau macam tu,..kan??Lagipun kena hormat juga pendapat dan pandangan orang-orang lama. Peminat2 sekarang ni pun dah faham dan tak kisah sama ada artis tu nak dedahkan gambar anak mereka atau pun tidak.

Nanti dah habis tempoh berpantang pun tetap boleh tengok wajah anak artis kesayangan mereka.Banyak komen2 yang tak kisah dan menghormati keputusan Azwan. 

Lagipun Azwan tak padam semua gambar..Dia cuma padam gambar yang mendedahkan wajah anak nya sahaja.


sekian..

Thursday, 14 December 2017

TERKEJUT ADA KULAT DALAM SUSU KOTAK - BAGAIMANA KULAT BOLEH ADA DALAM SUSU KOTAK SEDANGKAN BELUM TARIKH LUPUT?

Assalamualaikum...

Bukan sekali dua tapi dah banyak kali ramai yang jumpa kulat dan bahan seperti getah dalam kotak susu.Semalam saya terbaca di twitter  ,  ibu dia  jumpa kulat dalam susu kotak yang diminum.


Masa nak minum dengar macam ada benda dalam kotak tu.Bila kotak tu di potong ini lah yang dia jumpa dalam kotak tersebut...





Kalau dilihat pada tarikh luput yang tertulis pada kotak tu, tahun 2018 baru sampai tarikh luput nya tapi kenapa dah ada kulat??

Melalui apa yang saya baca ini saya terangkan sedikit apa yang saya faham kenapa terdapat kulat didalam kotak susu tersebut..

Walaupun tarikh luput pada kotak tu lambat lagi tapi bila susu kotak tu sudah dibuka , susu didalam kotak hanya bertahan selama 5-6 hari sahaja walaupun disimpan dalam peti sejuk.. Kalau tak dihabiskan dalam tempoh tu, susu tersebut akan berketul didalam kotak.

Tapi ada juga yang tak jadi berketul walaupun dah lebih dari seminggu.Anggap je la dia bernasib baik.Tapi hakikatnya susu jadi berketul dalam kotak tu perkara biasa bila dah di buka.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca di negara kita ni , susu tak mampu bertahan lama .Memang susu akan mudah  rosak.Ianya bukan lah kesalahan pihak pengilang.Cuma cara kita menyimpan susu tu sahaja yang tak betul.

Walaupun kita dah simpan susu dalam peti sejuk tak bermakna susu tak kan rosak. Simpan dalam peti sejuk tak kan menghalang kulat .Ianya hanya untuk bagi sejuk saja.








Saya sertakan sedikit tips bagi yang selalu membeli susu.


Sebaiknya bila lepas balik dari beli susu terus masuk kan susu ke dalam peti sejuk.Jangan fikir susu yang sudah dibuka je yang perlu diletak kan dalam peti sejuk tau..Sedangkan susu yang sudah dibuka dan disimpan dalam peti sejuk pun boleh terjadi pertumbuhan kulat macam ni, apa lagi kalau susu yang dibiarkan dengan suhu biasa.Dah tentu lah susu akan rosak.

Yang keduanya , sebelum membeli susu perhatikan keadaan kotak tu.Dalam kotak susu ada lapisan logam .Lapisan tu sebenarnya melindungi susu dalam kotak tersebut.Jika kotak rosak , kemungkinan besar lapisan logam dalam kotak juga turut rosak.Bila lapisan tu rosak , susu juga turut terjejas.

Yang ketiga nya jangan membeli susu dalam kuantiti yang banyak.lain la kalau kita nak buat kuih muih untuk berniaga yang guna susu yang banyak ..kan??Tapi kalau untuk kegunaan sendiri je beli setakat yang korang rasa boleh habis dalam 2-3 hari saja..

Elak kan susu dari terdedah di tempat yang terlalu panas.Kadang-kadang kita beli susu lepas tu susu duduk dalam kereta , kita menyinggah ke salon la, ke bank la, pejabat pos la...berapa jam dah tu susu terdedah dalam panas tu?itu pun jadi punca kenapa susu cepat rosak.

Itu je la tips2 yang saya boleh kongsikan.

Ada orang dia lebih suka beli susu botol.Itu pun satu cara yang bagus jugak untuk elak kan terbeli susu yang ada kulat.Lagipun susu dalam botol ni bila dia rosak kita mudah nampak.Bebrbeza dengan susu dalam kotak yang kadang2 kita lupa nak check, terus minum je.

ok..tu je..

sekian..





GAMBAR JOY REVFA DENGAN GAYA TUDUNG ALA RAMBUT PALSU

Assalamualaikum...


Saya suka sangat tengok wajah Joy Revfa ni sebab dia memang cantik orang nya.Gayanya juga sopan dan dia ni juga sebenar nya pemalu orng nya.

Baru-baru ni saya ada tengok Joy kongsikan gambarnya di instagram dengan gaya bertudung tapi bahagian dalam tudung tu ada shawl yang didandan seolah-olah seperti rambut palsu.


Ini lah gambar yang dikongsi Joy. Ramai juga yang ingatkan Joy mengenakan rambut palsu.

Tapi rupanya shawl yang didandan seperti rambut palsu.

Gaya pakai nya tu macam pakai turban saja katanya.


Cantik tak???










Jangan ada yang tiru gaya ni untuk pergi makan kenduri dah la ye..nanti orang kata bergaya melampau pulak..hahaha..

Joy mengenakan gaya ni hanya untuk rakaman video untuk produk kosmetiknya sahaja.Bukan untuk jalan-jalan kat luar tau.

Tapi nampak gaya ni macam sesuai je dijadikan kostum untuk majlis hari jadi atau event yang bertemakan retro atau Princess Muslimah.

sekian..