Sunday, 23 April 2017

LISA SURIHANI SELAMAT LAHIRKAN BAYI LELAKI

Assalamualaikum...



Tahniah untuk Lisa Surihani dan Yusry kerana baru sahaja menimang cahaya mata kedua pagi tadi.Berita gembira tersebut di kongsi Yusry di laman sosial nya sebentar sahaja tadi.Semoga Lisa cepat sihat dan selamat berpantang.


Kali ni Lisa dan Yusry dapat anak lelaki pula..Alhamdulillah..

Rasanya macam baru je diaorang timang cahaya mata pertama .Tak sedar  Yahaira pun dah jadi kakak sekarang ni.Untuk kelahiran ke dua ni adakah yusry dan Lisa akan sorok anak diaorang macam anak pertama jugak.Kita tunggu je la..

Apa pun semoga murah rezeki keluarga ni.
tahniah...

Saturday, 22 April 2017

PERSEMBAHAN GEMA GEGAR VAGANZA MINGGU 3

Assalamualaikum..



Minggu ke 3 persembahan  Gema gegar Vaganza kali ni bertemakan Akustik menampilkan 9 peserta lagi yang tinggal selepas Bienda tersingkir di Minggu ke 2.Pentas minggu ini di buka dengan menampilkan penyanyi Aris Ariwatan dengan lagu nya Permaidani.Suaranya masih hebat sama seperti dulu.Sebak rasa bila dia menyampaikan lagu ni sambil menitiskan air mata.Lagu ni memang penuh makna.

Kali ni 3 orang pengacara tu mendendangkan lagu Puji-Pujian .Nampak tak serabut sangat minggu ni macam yang orang dok komplen sejak minggu pertama lagi..Tapi saya ok je dengan gaya pengacaraan ketiga-tiga pengacara ni.Sebab diaorang kan baru lagi.Dulu AC Mizal pun selalu dikritik sebab suka memekik dan huru hara.hahahah..Lama-lama nanti orang akan terima..Cara dan gaya masing-masing kan tak sama..

Kali ni sebab tak nak bagi serabut sangat pentas tu pengacara pun bergilir-gilir.Tak de macam minggu-mnggu sudah tiga-tiga naik pentas.Ok la..Produksi dengar juga pendapat penonton.Juri jemputan gema gegar vaganza minggu ke 3 ialah Dato Yusuf Haslam..



Untuk persembahan pertama menampilkan Azmi yang mendendangkan lagu Hamba Mu dendangan asal Mawi.Penuh pentas Azmi kali ni dengan penari-penari latar siap ada lawan pedang .Itu yang buat persembahan nya kali ni lebih menghiburkan.Juri siap puji vokal dia memang tak pernah ada masalah pitching.



Persembahan kedua pulak adalah dari Saujana yang mendendangkan lagu Hikmah dendangan asal Netta Kd & Daniel. minggu lepas saya kurang puas hati dengan persembahan diaorang.Tapi minggu ni vokal diaorang lebih menyerlah , lebih sedap .Lagu-lagu macam ni baru lah sesuai dengan vokal penyanyi nasyid.kan??



Kalau minggu lepas Mirwana di pilih  sebagai pemenang Anugerah Gema terindah tapi saya rasa minggu ni tak mungkin Mirwana dapat pertahan kan nya.Persembahan minggu ni bagi saya biasa-biasa saja.Vokal memang bagus cuma persembahan mereka tak ada beza dengan minggu lepas.Tak de peningkatan dan kelainan pun.



Persembahan Wani pulak saya suka.Suara wani ni lembut sangat.Dia dendangkan lagu Intifada .Lagu ni kan penyampaian nya laju sikit.Tapi dengan suara tenang Wani ni lagu tu kita dengar pun rileks je.Memang suara wanita asli.Bagi saya dia memang sesuai bawa lagu-lagu ketuhanan  dan dakwah.Baju dia pun cantik kali ni.hahhaah..



Ana rafali mendendangkan lagu Perjalanan hidup dendangan asal Ramli Sarip.Kali ni Ana bawak gitar dia naik pentas.Saya rasa dia memang akan menyanyi dengan baik bila ada gitar dia..kalau minggu lepas dia di senarai peserta dengan markah terendah harap-harap minggu ni Ana bukan lagi disenarai bawah.



Bagi saya Hijjaz sangat beruntung dapat lagu Selimut Putih..Lagu ni kita nyanyi sorang-sorang pun boleh menangis.Tengok persembahan Hijjaz ni lagi la meremang bulu roma sebab mengenangkan apa la nasib makcik nanti.Diaorang siap bawak keranda .Lepas tu ada adik kecil menangis tepi keranda tu..Memang menagis la makcik kat rumah ni..hahaha..Naluri ibu-ibu kan???.Comel sangat budak tu.Dia pesan jangan kutuk suara Abang Achey tau..hahhahaah....Persembahan Hijjaz dengan lagu ni jadi lebih menarik sebab diorang ubah sikit muzik tu supaya sesuai dengan selera kita sekarang.



Persembahan Izam EYE bagi saya macam kurang sikit la vokal dia tu.Suara dia sedap tapi bila lagu ni macam dia mencuba sangat nak bawak macam Penyanyi asal.Saya macam merasa Izam yang bakal di singkirkan untunk minggu ni.KIta tengok la akhir nya nnati macam mana.



Hafiz Hamidun menyanyikan lagu duh saleha minggu ni.Mula2 ingtakan mawi..Hahaha..Entah kenapa bila nada tinggi saya tengok Haffiz Ni macam susah sangat nak nyanyi.Sampai merah muka dia..Perasan tak??Untuk Lagu Aduh saleha ni persembahan nya pun sama je macam minggu lepas.Cuma minggu ni nampak dia berusaha sikit la menyanyi nada2 tinggi tu ..Harap hafiz boleh mara ke minggu depan dengan sokongan cik tunang nya tu..Ada datang jugak tau.. :p



Persembahan UNIC minggu i santai je..Tapi menghiburkan .Diorang ni memang setiap minggu persembahan tak beriaya2 sangat tapi tetap menarik.macam ada aura penghibur tu tau..sedap je mata tengok diaorang bertiga ni.Minggu ni nyanyi lagu dari Raihan .Rasanya lagu ni mudah je bagi diaorang.



Istimewa minggu ni tetamu undangan adalah Wany hasrita..Lagu yang tengah meletop-letop kot sekarang ni. iaiutu lagu Menahan Rindu..Tapi saya macam tak minat lagu dia..hahahaha..Faktor usia kot..

Anugerah Gema Gegar Terindah sekali lagi jadi Milik Hijjaz..Tak dinafikan persembahan diaorang memang terbaik dan rasanya video persembahan diaorang mesti ramai yang cari lepas ni..Macam yang saya jangka dari awal tadi Izam EYE tersingkir untuk minggu ni.Rasanya dia pun tahu sebab persembahan nya macam ada yang kurang sikit..

Minggu depa tema Pentas Gma Gegar Vaganza ialah Gema Mestika.Apa benda gema Mestika tu kita tunggu je la ye..Tak sabar nak tengok persembahan Ana Rafali sebab minggu depan dia dapat lagu Balqis dendangan asal Siti Nurhaliza


Senarai Lagu minggu ke 4 Gema Gegar Vaganza


Hijjaz- 
Unic- Ghazal Untuk Rabiah
Saujana- 
Hafiz Hamidun- nour el ein 
Azmi-  i believe i can fly
Mirwana - Raikan cinta
Ana Rafali - Balqish
Wani - Kun Anta

Sekian..



Friday, 21 April 2017

TUGAS SEBAGAI GURU BUAT BADAN JADI GEMUK

Assalamualaikum...




Saya terbaca di laman web brightside ni.Katanya jadi guru akan buat korang jadi gemuk. Sebab gemuk ialah korang banyak duduk.Korang setuju ke tidak??Makcik rasa macam kurang bersetuju je sebab cikgu mana la yang asyik duduk tu.Cikgu ni biasanya masa mengajar pun dia berdiri..nak pi ke kelas tu kadang2 panjat sampai 4 tingkat.kan??

Kawan-kawan saya ramai cikgu ..Tolong la  korang jangan gemuk..Nanti anak murid kau akan kenal kau dengan nama "cikgu gemuk" sampai diaorang habis sekolah..

"kau ingat tak cikgu Manan..?

"yang mana satu beb"

"yang gemuk2 , pipi cam tempurung tu.."

nampak ???sampai kau mati pun dia akan ingat kau cikgu gemuk macam tempurung.Walaupun masa kau dah pencen kau punya gemuk dah bertukar jadi sado.



Memang ada orang yang sejak dia kerja dia jadi gemuk....Ada banyak sebab nya..Mungkin sebab korang asyik  makan sedap-sedap setiap kali waktu makan.Kalau waktu makan  3 kali, dan setiap kali tu la korang makan macam  pak Arab memang gemuk la..Sebab lain mungkin adalah kerana kerja korang adalah makan.Hahhaah,..Atau pun kerja korang macam kerja makcik ni..Menyuap anak-anak makan.Bila anak tak mau makan dah ,sanggup korang nak buang semua tu dalam tong sampah??tak sanggup kan??Jadi korang mula menyuap diri sendiri..Tu la punca gemuk nya..hahahh..

Ada juga yang waktu kerja dia tak makan..dia sibuk sangat.lepas tu balik kerja dah jam 10 malam..baru nak tidur perut dah lapar.Pergi dapur, buat roti canai dengan kuah kari.Buka peti sejuk..eh...ada nasi beriani semalam tak habis.Terus masuk kan dlam mikrowave.Tak kan nak makan beriani tak de lauk.Korang pun buat la dalca daging.Siap dengan jus tembikai..Hambik kau!!tak makan siang kan..jadi qadha la makan siang tadi..hahahahh

sekian..


Thursday, 20 April 2017

5 PERKARA INI BUAT SI DIA TAK AKAN CURANG

Assalamualaikum...



Bila setiap kali pasangan berlaku curang jarang sekali untuk menyelidik apakah punca sebenar pasangan tergamak mencurangi kita.Kita akan terus menyalahkan pasangan 100% seolah-olah kita tidak sedar yang kesalahan juga ada dipihak kita.Tapi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk membuatkan pasangan tidak akan mencurangi kita;



1-Kerap memberi pujian

lelaki atau perempuan kedua-duanya suka akan pujian.Pujian akan membuatkan kita lebih berkeyakinan dan rasa di hargai .Begitu juga dengan pasangan kita.Apabila dia dalam keadaan stress, sedih atau marah, pujuk lah dia dengan pujian dan kata-kata semangat.Hargai apa yang pasangan kita lakukan dengan mengucapkan terima kasih walaupun apa yang dilakukan adalah perkara-perkara kecil.

2-ketawa dan bergurau

Saya pernah mengenali sepasang suami isteri yang usia perkahwinan mereka lebih 15 tahun.Pasangan ini jarang-jarang bergurau senda dan saya tak pernah lihat suami ini melemparkan senyuman pada isteri dan anak-anaknya.Dan korang mungkin dapat mengagak apa yang terjadi pada rumahtangga mereka.Mereka berpisah angkara kecurangan.Ketawa dan bergurau senda adalah hiburan dalam satu-satu hubungan.Apabila kita mencintai seseorang apalagi yang paling membahagiakan kita selain melihat sidia senyum dan tertawa..??

3-Pedengar yang baik

Tak perlu korang menjadi penyelesaian masalah atau hero saat sidia sedang bergelut dengan masalah.Cukup kalau korang mendengar dan memberi pelukan ketika dia meluahkan masalah nya.Terangkan padanya awalau apapun yang terjadi korang tetap menyokong nya dan sentiasa ada untuk nya.Untuk apa dia ada orang lain sedangkan korang sendiri sangup bersamanya walau dalam apa keadaan..kan??



4-Jangan merajuk terlalu lama

Rumahtangga mana yang tidak bergelora.Cinta yang mana tidak disulam air mata?Sekali sekala rasa marah pada pasangan tentu ada.Namun jangan biarkan ianya berlarutan hingga terlalu lama.Hilangkan rasa marah korang pada pasangan dalam masa sehari.jangan kerana marahkan satu perkara korang mengungkit-ungkit perkara yang lain dan dibawa ke masalah yang sedang berlaku.Ianya akan membuatkan pasangan merasakan hidup dengan korang hanya berbuah masalah yang tak pernah hilang.

5-Pupuk minat yang sama

Selalu kita lihat ada pasangan yang punya minat yang sama mereka sentiasa bersama walau kemana saja.Kalau suami suka travel, dah tentu isteri akan ikut serta, kalau suami suka memancing , isteri akan turut sama dengan suami pergi mencing .Minat yang sama bukan bermakna isteri sentiasa berkepit dengan suami dan mengawal suami kemana-mana.Tapi bila masing2 mempunyai minat yang sama ianya seolah-olah kita saling menyokong dan kerana minat dan hobi yang sama kita dan pasangan akan lebih kerap berkomunikasi.

Sedaya upaya elak kan lah untuk berlaku curang pada pasangan kita.Tak kira la dalam hubungan cinta ataupun rumhatangga.Untuk apa jalinkan hubungan kalau disulami dengan kecurangan yang sudah pasti akan memberi kesan buruk pada hubungan yang kita sendiri bina.


sekian..


GANDINGAN TAJUL DAN WANY HASRITA BAGAIKAN ACHIK DAN NANA

Assalamualaikum..



Pernah dengar  lagu baru Tajul dan Wany Hasrita yang berjudul Di sana Cinta Disini Rindu. ? Nak kata baru sangat pun tak jugak..Lagu ni dah keluar  2-3 bulan lalu rasanya.Baca komen ramai yang kata macam Arwah Achik dan Siti Nordiana je.Saya pun rasa macam tu la.Sedap lagunya..Nanti boleh la kita smule ye..hahahah..

Ada yang kata terubat rindu nak dengar gandingan  Achik Spin dan Siti Nordiana..Kalau nak tahu adik beradik arwah Achik Spin ni boleh dikatakan semua adik2 lelakinya sedap-sedap suara diaorang.Memang saling tak tumpah suara macam arwah abang diaorang tu..

Wany hasrita pulak memang ramai yang kata suaranya ala-ala Siti Nordiana.Cuma suara Wany ni bila menyanyi lebih banyak lenggok nya.

Jom dengar lagu best ni..

Tajul & Wany Hasrita- Disana Cinta Disini Rindu 


T- Sejak ku dengar merdu suara mu
    Tidak Kusangka Jiwa terganggu

W- Apa Kurangnya Suara Manjamu
     Menyentuh Hati Membawa mimpi

T- kamu Wanita Manis Sekali
   Lirik Mata mu Membawa cinta

W- kamu lelaki pandai menggoda
     Hingga hati ku melara rindu

   Riang Hati ku hilangnya resah.

T- Di sini cinta disana cinta

W- Benar kah..
     Di sana rindu disini rindu

T- sejiwa..
    Di sini sayang di sana sayang

W-sekata,.
     orang disana orang disini
     sama menanggung rasa..

T- Cinta

W- Tak dpat diduga..

T- Cinta

 W- Hanya dapat di rasa..

   Senada dalam cinta..

T- Smulekan cinta irama Indah
    Semoga Hilang kenunyian

 W&T- Semoga hilang...kesunyian...



sekian....


Wednesday, 19 April 2017

TAK PERNAH TERFIKIR NAK TUTUP BLOG

Assalamualaikum...



Dah habis dah saya punya cuti-cuti depan TV.Hari ni kena la update semua laman sosial yang saya ada.Ikut kan hati nak je tambah cuti-cuti depan TV ni lagi 2-3 hari.Tapi nanti orang ingat saya dah tak menulis blog pulak..

Bila setiap hari kena online, update  blog, facebook  dan instagram, kemudian sehari kita tinggalkan semua ni, rasa lapang dada, hati senang, tak stress dan kita akan dapat rehat yang cukup.

Sejak dulu lagi saya memang akan elak kan untuk online bila saya rasa letih, tak de mood  dan stress.Bagi saya itu cara terbaik untuk saya berehat.Orang dulu-dulu kalau nak rehat disuruh tidur je..Tapi sekarang kalau nak rehat , jauhkan diri dari internet.InsyaAllah..akan dapat rehat yang cukup.

Tapi saya ni kalau rasa tak de mood nak update blog tak ada la terus terfikir nak tutup blog ni.Sepanjang 7 tahun menulis belum pernah sekali pun terfikir nak tutup blog.Saya pernah dekat 3 bulan tak menulis diblog ni tau..Masa tu mengandung dan selepas bersalin anak kedua..


Whatsapp pun baru hari ni saya nak balas, yang email dan pm di facebook pun InsyaAllah lepas ni saya balas ye.Semalam ada juga la secara tak sengaja ter scroll facebook, ter like..hehehe..sebab benda jadi kebiasaan..kan??tapi bila teringat je yang kita nak berehat, terus tutup phone.

Lepas ni nak biasakan seminggu sekali kena ada juga la hari tanpa internet ni.Susah juga bila rumah ada wifi ni..kan??kalau pakai data mobile rasanya tak de masalah nak tinggalkan internet.Kalau dah wifi on 24 jam , pegang phone je mesti nak check notification yang masuk.  takut ada email yang penting. :)

Tapi pelik nya dapat email penting pun , tak juga balas..hahahah..takat baca lepas tu , tutup..

Saya rasa unntuk mereka yang selalu rasa stress dan letih dengan blog tu kena juga la ikut cara ni.Tak la bila stress , tak de benda nak update, tak de internet, terus keluar statement "nak tutup blog" ..Cuti je la 2,3 hari..lepas tu sambung balik menulis...


sekian..